I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, July 30, 2018

Skincare vs Cosmetics



Lama tak menulis kat sini tetiba datang dengan tajuk SKINCARE vs COSMETICS. Haha cam funny gitu tapi itulah antara benda utama yang Uni dok fikir few days ni.


Macamana boleh terfikir?


Sebab Uni notice yang Uni ada satu bintik JERAGAT kat tangan kanan. Pada Uni so obvious tapi bila tunjuk kat suami, dia kata, alah kecikkkkk sangat takde sape pun nak belek jeragat tuuuu.


Hahaha orang lelaki tetap orang lelaki, so takpelah, yang penting bertitik tolak dari situlah Uni rasa Uni kena buat sesuatu.


Teruslah cari body lotion with spf or anything with spf yang sesuai untuk sapu kat tangan dan badan.


Uni perasan yang jadi camni sebab Uni banyak drive keluar masuk rumah everyday. Daripada pagi, sampai matahari terik, sampai petang yang panas sampailah nak dekat maghrib memang on the road.


Thats why lah naik bintik jeragat ni yang Uni rasa haihhh why laaaaa


So daripada asalnya nak cari body lotion with spf, tu dia pi cari sunblock untuk muka terus!! Hahahaaha.


And guess what, Uni beli sunblock Neutrogena yang nak pakai kat muka plus kat tangan sekali.


Sambil dok beli kat watsons hari tu, terfikir yang once dah ada jeragat ni memang SANGAT-SANGAT susah lah nak hilang. Dia bukan macam jerawat tau.


Then time tu jugak terfikir yang Uni kene pay double triple attention to my skincare routine plus umo pun dah 30++ dahhh


So antara skincare dengan cosmetics, Uni lebih pentingkan skincare. Cosmetics tu pada Uni, as long as ada bedak muka, lipbalm, lipstik, cukup sudah. Tak biasa bereye shadow or blusher semua. Pernah rasa nak pakai but end up, rasa tu hilang camtu jer. Hahahaa


Nanti Uni share produk yang Uni pakai for my skincare regime okies :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *