I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, December 16, 2017

Buat Baik Tak Perlu Ada Syarat


Pesanan dari ibuku pagi ini


BUAT BAIK TAK PERLU ADA SYARAT


Biarpun kita dah habis banyak masa, wang, tenaga dan sebagainya untuk seseorang / sekumpulan insan, dari awal lagi kita mesti niatkan dan ikhlaskan hati yang aku buat semua ini kerana Allah. Lillahita'ala.


Apakah kerana si polan itu tak membalas kebaikan kita, maka kita jadi tak cukup makan? tak cukup pakai? tak boleh tidur malam? Tak kan... Jadi sentiasa ingat, buat baik tak perlu syarat. Kita buat baik, Allah lihat dan kita mesti yakin pasti setiap kebaikan kita ini tidak sia-sia.


Samalah juga, jika ada orang berniat jahat atau buat sesuatu yang buruk kepada kita. Apakah mereka akan terlepas begitu sahaja? Apakah Allah pandang begitu sahaja? Tidakkk.... Allah lihat semua. Allah tak tidur.


Kalau kita nak balas, berapa kuat yang kita nak balas? Berapa jauh yang kita boleh balas? Tapi bila kita serah diri sepenuhnya 200% kepada Allah, kekuatan Allah dan sejauh mana Allah akan balas kepada si polan itu takkan dapat terjangkau oleh akal fikiran kita.


Berlapang dadalah. Buat baik tak perlu ada syarat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *