I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, December 10, 2017

Apa Yang Kita Dapat Bila Kita Mendoakan Keburukan Untuk Orang Lain?


Uni teringat pesan seorang sahabat. Masa tu kami form 4.


Dia cakap, ramai orang takut plus kedekut nak mendoakan kejayaan orang lain, sedangkan setiap doa yang baik itu, malaikat aminkan dan doakan juga semoga semua kebaikan itu kembali kepada kita yang berdoa.


Simple sangat formulanya


Kita doakan kebaikan untuk orang lain = kebaikan itu juga berbalik kepada kita
Kita doakan keburukan untuk orang lain = keburukan itu juga berbalik kepada kita


Bila kita sakit hati, cemburu, tak puas hati dan yang sewaktu dengannya, senang saja kita doa dan harap yang buruk akan berlaku kepada orang itu.


Sedangkan, SEGALA KEBURUKAN YANG DIDOAKAN itu boleh jadi berbalik semula kepada diri kita. Nauzubillahiminzaalik.


Daripada membenarkan dada kita terasa sakit, sempit, kusut dan susah nak move on, baiklah kita berlapang dada dan doakan sahaja kebaikan untuk orang lain.


Again, Allah sentiasa melihat dan malaikat sentiasa mencatat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *