I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, December 10, 2017

Apa Yang Kita Dapat Bila Kita Mendoakan Keburukan Untuk Orang Lain?


Uni teringat pesan seorang sahabat. Masa tu kami form 4.


Dia cakap, ramai orang takut plus kedekut nak mendoakan kejayaan orang lain, sedangkan setiap doa yang baik itu, malaikat aminkan dan doakan juga semoga semua kebaikan itu kembali kepada kita yang berdoa.


Simple sangat formulanya


Kita doakan kebaikan untuk orang lain = kebaikan itu juga berbalik kepada kita
Kita doakan keburukan untuk orang lain = keburukan itu juga berbalik kepada kita


Bila kita sakit hati, cemburu, tak puas hati dan yang sewaktu dengannya, senang saja kita doa dan harap yang buruk akan berlaku kepada orang itu.


Sedangkan, SEGALA KEBURUKAN YANG DIDOAKAN itu boleh jadi berbalik semula kepada diri kita. Nauzubillahiminzaalik.


Daripada membenarkan dada kita terasa sakit, sempit, kusut dan susah nak move on, baiklah kita berlapang dada dan doakan sahaja kebaikan untuk orang lain.


Again, Allah sentiasa melihat dan malaikat sentiasa mencatat.

Wednesday, December 6, 2017

Bermulalah Pra-Tadika, Juga Dikenali Sebagai Minggu Orientasi

Semalam 5 Disember 2017 bermulalah hari pertama pratadika untuk Aimi. Satu pengalaman baru untuk Uni juga, sebab sebelum ni Haziq takde pratadika pun. Terus masuk tadika umur 4 tahun hinggalah 6 tahun.


Untuk Aimi, umur 5 tahun baru Uni masukkan dia ke tadika. Kenapa bukan 4 tahun? Sebab Uni rasa setiap anak ni ada cara masing-masing dan Uni sebagai ibu melihat Aimi lebih sesuai masuk ke tadika pada umur 5 tahun, berbanding abangnya Haziq pada umur 4 tahun.


Pratadika ni pun, bukan semua murid dapat. Yang terpilih sahaja yang akan dihubungi oleh guru besar dan alhamdulillah Aimi salah seorang daripadanya. Pratadika ni lebih kepada minggu orientasi, begitulah yang Uni boleh ungkapkan dalam bahasa yang lebih mudah. Dengan bayaran RM40 untuk kelas pratadika selama 11 hari, maka untuk tempoh itu juga Uni akan berulang alik hantar Aimi dan jemput Aimi balik dari tadikanya.


Sebenarnya, ada perbezaan perasaan yang baru Uni sedari dan kenalpasti.


Masa hantar Haziq ke tadika umur 4 tahun, Uni rasa Haziq okey saja, maklumlah anak lelaki. Tapi bila cikgu suruh ibu bapa beredar, Haziq antara murid yang menjerit dan menangis. Terkejut juga Uni tengok reaksi Haziq masa tu.


Semalam masa Uni hantar Aimi ke pratadika umur 4 tahun, Uni risau sebenarnya. Aimi anak yang manja, faham sajalah anak perempuan dan bongsu pulak. Sangat attached to me. Jadi Uni risau Aimi menangis meragam bila Uni beredar dari tadika.


Tapi, lain pula yang terjadi. Aimi langsung tak menangis, tak menjerit. Malah boleh tersenyum lagi, cuma dia tak cakap banyak (mungkin nervous dengan suasana baru). Pelik pulak rasanya tengok Aimi macam steady jer.


Tapi dari situ jugalah Uni sedar dan lebih mengenali karakter serta peribadi anak sendiri.


11 hari ni kejap sangat sebenarnya. Habis pratadika, sambung cuti sekolah dan start kelas sama macam sesi persekolahan biasa untuk tahun hadapan.


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

Tuesday, December 5, 2017

Apa Yang Kita Cakap, Apa Yang Kita Nak, For Sure Dia Tetap Akan Datang Kepada Kita Suatu Hari Nanti


Dulu..


Elok-elok pakai Wira, buat wishlist nak pakai Kenari.


Sebab wira masa tu banyak sangat problemnya. Paling tak syok sebab power window yang sungguh tak power. Tak masuk lagi bab lain. Ulang alik bengkel jer.


Nak pakai kenari sebab rasa bayar bulan lagi murah dan senang nak gerak sini sana sebab comel saiznya 😘


Tapi taklah nak terus tolak wira tu. Pakai jer.


Tup-tup something happened. Dari wira terus bertukar pakai kenari, tapi bukan dalam situasi yang Uni sangka dan harapkan. Beralah dan mengalah. Takleh nak kata apa, so pakailah kenari.


Apa yang Uni nak cakap kat sini, apa yang kita cakap, yang kita nak, for sure dia tetap akan datang kepada kita satu hari nanti. 


So silalah feed minda kita dengan perkara yang baik, yang bagus, yang indah sebab setiap apa yang kita cakap, semua tu adalah DOA dan SANGKAAN. Once kita cakap, MINDA BAWAH SEDAR kita dah mula buat kerja dia.


Apapun, syukur alhamdulillah untuk semua rezeki. Sesungguhnya sentiasa percaya apa yang Allah aturkan, itulah yang paling tepat pada MASANYA 💓

Sunday, December 3, 2017

Beza Mengurus Anak


Persiapan Aimi nak masuk tadika - siap 100%. Alhamdulillah lega rasa. Selasa ni dah start kelas pra tadika, heksaited nak tengok Aimi kat kelas nanti camne 😘


Satu benda yang Uni perasan bab uruskan Haziq & Aimi nak masuk sekolah ni, Haziq jenis tak kisah ape jer yang Mama Abahnya belikan. Semua ok. Semua boleh. Semua tak kisah. Dia sibuk main sana main sini, lompat sana lompat sini, usik itu usik ini. Balik shopping, dia sorang jer yang berpeluh sakan 😂


Aimi pulak lain. Jauh beza. Apa yang dipilih kene tanya dulu "Aimi suka tak yang ni ke Aimi suka yang tu?" Dia akan tengok dan pilih apa yang dia suka. Once dia dah pilih, itu kata dia, jangan haraplah Mama Abah boleh tukar. Kalau nak tukar pun, kitorang memang kene guna ayat saiko lebih skettt 😂


Ada beza urus anak lelaki dan anak perempuan. Takleh pukul rata semua in fact setiap anak walaupun semua lelaki atau semua perempuan pun pasti ada beza masing-masing. Semoga kita jadi ibu bapa yang ADIL 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *