I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 24, 2017

Setiap Anak Punya Keistimewaan Tersendiri, Hanya Jika Kita...


Balik dari cod GLA complex kat cust tadi, terus singgah kat satu pusat tuisyen ni. Sebelum ni dah pernah call. Ari ni pegi singgah terus.


Dengan 2 org kanak-kanak riang berlari sana sini bergelak ketawa dan menjerit, kesabaran sedikit teruji. Padahal ruang pusat tuisyen tu takdelah besar mana. Taktaulah tengah ade kelas ke tak tadi.


Uni suruh Haziq & Aimi duduk depan cikgu tapi tahannya 5 saat jer. Pastu sambung berlari lagi. Dah setel, Uni minta diri.


Balik rumah. Rehat jap.


Tetiba Haziq bagitau kelas tuisyen darjah 2 hari apa, pukul berapa, hari apa belajar apa & lain-lain info yang Uni diskas dgn cikgu tadi.


"Eh macamana Haziq boleh tau ni? Tadi kan Haziq lari jer".


"Haziq tengok kertas atas meja dan Haziq dengar apa yang Mama bincang dengan cikgu".


Gulp. Mama tertelan air liur. Stunned.


Teringat tadi Haziq berlari-lari dalam pusat tuisyen..


p/s : Sungguh, setiap anak punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lebih dari itu, mereka sebenarnya punya KEISTIMEWAAN TERSENDIRI, akan hanya kita sedari jika kita melihatnya dengan MATA HATI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *