I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, November 20, 2017

Nak Jadi Pengawas


Balik sekolah, Haziq bagitau cikgu dah pilih murid yang jadi pengawas tahun depan, dan Haziq tak terpilih.


Uni tanya, "Haziq sedih ke?"


"Taklah Mama. Haziq ok jer".


Kalau nak tahu, dari awal tahun ni Haziq dok tanya bila dia dapat jadi pengawas. Nak sangat jadi pengawas sek keb & sek agama.


"Haa takpelah. Haziq kan dah jadi ketua darjah tahun ni. Pastu tahun depan kan Haziq dapat dapat naik kelas. Bagus sangat dah tu. Mama bangga dengan Haziq. Sentiasa bangga".


Terus singgah satu ciuman dari Haziq kat pipi Uni. Dengan senyum meleretnya.


Haziq sayang, Mama tak tau apa ada dalam hati Haziq sekarang ni. Yang Mama tau, Mama akan sentiasa ada di sisi Haziq. In every ups and down, and to bounce back higher, in shaa Allah 💓

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *