I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, November 30, 2017

Tips Paling Penting Bila Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak


Selesai belanja sekolah anak-anak kat Mydin dan Tesco. Ada lagi yang tak cukup. Takde kat 2 tempat ni. Pasni kena pegi tempat lain pula.


Tips PALING PENTING shopping untuk keperluan sekolah anak-anak ialah :
➡ BUAT LIST ITEM dan KUANTITI YANG DIPERLUKAN


Beli barangan yang berkualiti dan tahan lama, selama mana yang boleh. Hehehe..


Pengalaman Uni akhir tahun lepas, beli beg sekolah agama Haziq harga RM30. Fikir untuk sekolah agama, buku & kitab tak banyak sangat so beg taklah berat sangat.


Tapi baru hari kedua sekolah, beg okey sangat lagi tapi tali beg pulak dah tertarik habis, teruslah tak boleh guna. Faham sajalah anak lelaki yang guna. Sudahnya pergi kedai lagi beli beg lain πŸ˜‚


Tahun ni tak beli uniform baru. Cikgu bagi jadual tahun depan, seminggu sekali jer pakai uniform. Hari lain semua pakai tshirt & tracksuit 😊


P/s : masuk je Tesco kat bahagian baju sekolah, anak-anak terus nyanyi lagu "Terima Kasih Makkkkk, Mak Belanja Bijakkkkk". Hebat betul penangan iklan tv! πŸ˜‚

Friday, November 24, 2017

Setiap Anak Punya Keistimewaan Tersendiri, Hanya Jika Kita...


Balik dari cod GLA complex kat cust tadi, terus singgah kat satu pusat tuisyen ni. Sebelum ni dah pernah call. Ari ni pegi singgah terus.


Dengan 2 org kanak-kanak riang berlari sana sini bergelak ketawa dan menjerit, kesabaran sedikit teruji. Padahal ruang pusat tuisyen tu takdelah besar mana. Taktaulah tengah ade kelas ke tak tadi.


Uni suruh Haziq & Aimi duduk depan cikgu tapi tahannya 5 saat jer. Pastu sambung berlari lagi. Dah setel, Uni minta diri.


Balik rumah. Rehat jap.


Tetiba Haziq bagitau kelas tuisyen darjah 2 hari apa, pukul berapa, hari apa belajar apa & lain-lain info yang Uni diskas dgn cikgu tadi.


"Eh macamana Haziq boleh tau ni? Tadi kan Haziq lari jer".


"Haziq tengok kertas atas meja dan Haziq dengar apa yang Mama bincang dengan cikgu".


Gulp. Mama tertelan air liur. Stunned.


Teringat tadi Haziq berlari-lari dalam pusat tuisyen..


p/s : Sungguh, setiap anak punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lebih dari itu, mereka sebenarnya punya KEISTIMEWAAN TERSENDIRI, akan hanya kita sedari jika kita melihatnya dengan MATA HATI.

Monday, November 20, 2017

Nak Jadi Pengawas


Balik sekolah, Haziq bagitau cikgu dah pilih murid yang jadi pengawas tahun depan, dan Haziq tak terpilih.


Uni tanya, "Haziq sedih ke?"


"Taklah Mama. Haziq ok jer".


Kalau nak tahu, dari awal tahun ni Haziq dok tanya bila dia dapat jadi pengawas. Nak sangat jadi pengawas sek keb & sek agama.


"Haa takpelah. Haziq kan dah jadi ketua darjah tahun ni. Pastu tahun depan kan Haziq dapat dapat naik kelas. Bagus sangat dah tu. Mama bangga dengan Haziq. Sentiasa bangga".


Terus singgah satu ciuman dari Haziq kat pipi Uni. Dengan senyum meleretnya.


Haziq sayang, Mama tak tau apa ada dalam hati Haziq sekarang ni. Yang Mama tau, Mama akan sentiasa ada di sisi Haziq. In every ups and down, and to bounce back higher, in shaa Allah πŸ’“

Sunday, November 12, 2017

Taklimat Pembelajaran Abad Ke-21


Pagi tadi Uni attend taklimat pembelajaran abad ke-21 kat sekolah Haziq.


Dimulakan dengan bacaan doa oleh cikgu.


Tak tahulah kenapa, doa yang dibaca sangat menyentuh hati dan perasaan. Mendayu-dayu. Suara cikgu penuh rintihan dan pengharapan, doa yang dibaca sangat-sangat mengharapkan pertolongan dan petunjuk dari Allah Ta'ala.


Selesai bacaan doa, Uni kesat air mata yang tumpah. Kelihatan ibu bapa lain jua begitu.


Ya Allah, makbulkanlah doa-doa kami ibu bapa dan guru-guru.

Tuesday, November 7, 2017

Teknik Memeluk Anak Perempuan dan Anak Lelaki




Teknik memeluk anak perempuan & lelaki πŸ‘§πŸ‘¨

➡ Lihat pelukan pada anak perempuan, tepuk dan gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila seorang ibu gosok di bahagian tu, bagi nasihat apa pun, insyaAllah dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila².

➡ Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Gosoklah beberapa saat sambil memberi nasihat. Tak boleh cakap banyak² pun, anak lelaki sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni.

InsyaAllah, sama² kita hasilkan anak² yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)


Kredit : FB Aina Othman (https://www.facebook.com/profile.php?id=100004899936953)

Friday, November 3, 2017

Bahasa Arab


Dalam pada Uni dan hasben dua-dua tak reti nak ajar Haziq Bahasa Arab
Dalam pada sesi ulangkaji pun tak pasti nak ulangkaji apa dan macamana, tapi usaha juga baca dan baca walaupun tak berapa faham
Dalam pada Uni rasa nak hantar Haziq tuisyen Bahasa Arab


Haziq pergi juga sekolah, amik exam Bahasa Arab diiringi doa kami mohon pertolongan dari Allah Ta'ala. Mohon dipermudahkan segalanya.


Dan semalam Haziq balik sekolah dengan bawa kertas exam dah siap bertanda markah.


Bila tengok markahnya, subhanallah, rezeki dari Allah yang memang tidak kami sangka-sangka.


Langsung tak sangka.


Markah penuh. Syukur Alhamdulillah.


Semoga subjek yang lain juga Allah kurniakan keputusan yang cemerlang. Aamin Aamin ya Rabbal alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *