I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, May 21, 2017

Sedekah RM60, Dapat Dalam RM600-RM800 (Part I)


Kisah semalam. Jumaat 19 Mei 2017

Saya hantar anak-anak ke rumah pengasuh untuk setengah hari, sebab ada urusan sket kene setel segera.

Dah setel urusan, sebelum nak amik anak-anak semula, saya terfikir nak belikan sesuatu sebagai hadiah Mother's Day untuk pengasuh.

Tapi tak tau nak beli apa, sebab memang tak plan nak beli. Idea tiba-tiba je datang. Kebetulan masa tu saya di Pusat Bandar PG. Saya fikir nak beli kek jer. Kek = celebration.

Pergi survey kek kat Season. Takde yang berkenan di hati. Terus call suami, minta pendapat dia.

Dia kata, beli KFC. Sure orang makan petang-petang ni. Meriah gitu.

So saya belilah KFC. Total semua dalam RM60+. Saya ikhlaskan pembelian untuk pengasuh.

Bila masuk kereta nak gerak ke rumah pengasuh, ada bunyi whatsapp masuk. Saya check dulu.

ADA ORANG NAK HADIAHKAN SAYA TABLET!!!

aduh, tereksaited seketika. Memang sebelum tu saya ada berwhatsapp dengan seseorang ni. Minta pendapat hp mana yang bagus. Saya nak beli.  Nak ganti tablet saya ni. Sebab tablet saya sekarang dah problem sangat-sangat. Charging 25 jam tapi bateri masuk 12% jer. Huhuhu...

Tapi tak sangka lah pulak, diskas punya diskas, orang tu nak belikan tab terus untuk saya. Nak belikan XIAOMI MI PAD 2.

Saya tau xiaomi tapi tak tau xiaomi ade pad jugak. Hehehe.. orang tu beri masa untuk saya google info pasal tab xiaomi ni. Then konfemkan. Sebab dia nak terus proceed beli untuk saya.

Tak tau nak gambarkan macamana perasaan saya masa tu. Last-last saya bertenang dulu. Dan terus gerak ke rumah pengasuh.

Sambil drive, sambil recall semula keputusan nak hadiahkan pengasuh KFC sempena Mother's Day.

Allah balas 10x ganda. Dengan sesuatu yang sangat-sangat saya perlukan ketika ini.

Cerita selanjutnya bersambung di Part II.

2 comments:

Hasnurul Akhma said...

salam..sy ada baca pasal haziq & eczemanya..nak tau jugak lepas gunakan produk moogoo.. ada perubahan apa2 x?sekarang dia mcm mn?

Siti Munirah said...

Reply to @Hasnurul Akhma,

Waalaikumussalam.

Ini review saya selepas 3 minggu guna produk Moogoo untuk Haziq.

http://www.mystorymory.com/2012/12/3-minggu-selepas-guna-moogoo.html


Haziq guna Moogoo sampai umurnya 4 tahun. Lama-lama tu dah okey sampai saya pun stop dah beli Moogoo. Kulit dah cantik, halus, lembut. Untuk mandian, saya tukar kepada Carrie Junior. Alhamdulillah okey.


Tapi sekarang ni Haziq dah darjah 1. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Satu hari full dengan sekolah. Ekzemanya dah datang semula sebab panas dan berpeluh-peluh. Huhuhu...


Kat bahagian lain semua okey, sekarang ni yang agak problem kat bahagian tengkuk dan leher. Gatal, merah dan kulit jadi tebal sebab menggaru.


Hari tu saya ada survey Moogoo Irritable Skin Balm (ISB) kat Red Cap Pharmacy. Terkedu kejap sebab harga dah naik. Uhuk uhuk... tapi nampak gaya kene beli jugak ISB tu. sebab itulah satu-satunya krim yang serasi dengan Haziq untuk kurangkan ekzemanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *