I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 18, 2017

Bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun Untuk Darjah 1


Hari ini 17 Mei 2017, bermulalah peperiksaan pertengahan tahun Haziq sampailah minggu depan.

Persiapan? Rasanya betul-betul belajar dan ulangkaji, termasuklah untuk peperiksaan sekolah agama yang dah pun selesai minggu lepas (seminggu).

Untuk sekolah agama, bila darjah 1, 2, 3 exam, maka murid darjah 4, 5, 6 dicutikan seminggu.

Dan sekarang ni, murid darjah 4, 5, 6 exam, maka Haziq pun cutilah seminggu! Yahoooo!! (eh, Mama Haziq pulak yang over excited.. hehehe...)

Walaupun baru darjah 1, tapi terus terang saya cakap, exam sekarang ni bukan macam kita dulu-dulu. Standardnya lebih tinggi, apatah lagi lepas hari perjumpaan dengan guru-guru Haziq bulan lepas, barulah saya tahu yang ada perbezaan juga untuk kelas-kelas, walaupun baru darjah 1.

Masa saringan Linus bulan November 2016, bila keputusan dikeluarkan untuk penentuan kelas, Haziq ditempatkan kat kelas ke-9. Total kelas ada 10 kelas. Masa tu dalam hati, eh anak aku masuk kelas ke-9?, tapi saya fikir-fikir balik, alah darjah 1 je pun tak kisahlah kelas mana-mana. so okey jelah.

Masa minggu pertama persekolahan Januari 2017, diadakan minggu transisi selama 2 minggu. Kira macam orientasi gitu lah. Cikgu-cikgu buat aktiviti basic dengan murid-murid. Masuk hari keempat minggu pertama tu, cikgu call suami saya bagitahu Haziq dipindahkan ke kelas ke-2. Sebabnya penguasaan Haziq jauh lebih tinggi dan dia layak masuk kelas ke-2 dan bukannya di kelas ke-9.

Masa tu kami happy lah, dan pada masa yang sama, ada rasa cuak juga, eh darjah 1 pun dah ada standard2 ker.

Teruslah contact kak ipar dan suaminya yang kedua-duanya pegang jawatan tinggi di sekolah rendah dan jabatan pendidikan. Diorang cakap, memang macam tu, supaya cikgu boleh fokus ikut level murid-murid. Yang dah pandai baca lancar baca, takkanlah duduk satu grup dengan yang masih mengeja ataupun yang masih mengenal huruf. Begitulah contohnya.

So bila dah duduk kat kelas ke-2, rasanya Haziq boleh ngamlah (Haziq kat mana-mana pun boleh ngam. Kat kelas ke-9 pun dia happy, kat kelas ke-2 pun dia happy.. Hahahaha..)

Masa hari perjumpaan bulan lepas tu, saya tanya cikgu adakah semua topik dalam buku teks dan buku aktiviti cikgu akan cover (ajar)?

Cikgu jawab, yes cikgu akan cover semua dalam buku teks untuk semua kelas, tapi untuk buku aktiviti bergantung kepada kelas. Kelas yang depan-depan, memang akan habiskan satu buku aktiviti plus extra worksheet. Untuk kelas yang lain, ade bahagian dalam buku aktiviti yang cikgu tak cover tapi cikgu ganti dengan aktiviti / worksheet lain yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

Dalam hati saya berkata "Patutlah!!"

Patutlah homework Haziq banyak betul. 2 jam untuk satu malam kadang tak cukup untuk siapkan homework, siap sambung lagi buat homework pagi esoknya sebelum pergi sekolah. Huhuhu...

Nasib baik jugaklah saya kini jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa kat rumah, so memang tugas saya 100% lah bab ni. Kadang terfikir jugak, kalau aku masih bekerja, macamanalah anak aku. Pandai-pandailah siapkan homework sendiri. Silap-silap aku letih, aku pun tak sempat nak belek apa homework dia. Huhuhu...

Suka atau tidak, inilah yang kita para ibu bapa perlu persiapkan untuk anak-anak kita, or else anak kita yang akan ketinggalan.

Decidelah apapun yang melibatkan soal pendidikan anak-anak, tapi buatlah yang terbaik yang kita mampu dan anak kita mampu carry on.

Untuk mid year exam ni, preparation dah buat yang terbaik, selebihnya tawakal saja. Moga Allah kurniakan keputusan yang cemerlang untuk Haziq in shaa Allah :)

1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

good luck semua adik2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *