I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, April 24, 2017

Dah Daftar Tadika


Lega!

Semalam selesai daftar tadika untuk Aimi. Actually bila dah masuk anak kedua nih, job survey-survey tadika dah kurang sangat dah. Sebab dah ada pengalaman sebelum ni. Takde dah sibuk nak survey tadika itu tadika ini.

Yang berbeza cumalah lokasi tadika. Since sekarang saya dah agak jarang masuk ke area Pasir Gudang, jadi dah tak carilah tadika kat sana. Yang tadika dekat-dekat dengan rumah pulak, ada banyak sebenarnya. Tapi tak begitu "memberangsangkan" untuk saya.

Kali ni, saya dan suami set kriteria yang sama :

- yuran bulan tadika mesti bawah RM200 sebulan
- tak kisah shop lot atau landed house

Ikut hati, berkenan juga nak hantar Aimi ke tadika Little Caliph, tapi bila tengok yuran pendaftaran dan bulanannya, terus tergelak sendiri. Surrendar mak! Mak memang tak mampu dek nonnn... Hahahahaha...

2 minggu sebelum ni, kami pergi ke Tadika Pintar Bistari. Yang bagusnya tadika under My Bistari Group ni, diorang dah ada 20 tahun pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, so korang imaginelah macamana dia punya sistematik tu. Dan itulah antara yang menambat hati saya dan suami.

Sampai ke tadika, kami dibawa masuk ke pejabat. Dilayan dengan sangat baik. Diberikan kerusi untuk duduk dan cikgu yang menerangkan urusan pendaftaran tadika pun sangat mesra dan well-verse.

Teringat sebelum ni, kami ada survey satu tadika yang lagi dekat dengan rumah. Masa pergi tu, main terjah aje memang takde buat appointment pun. Kami pergi pada waktu dan hari bekerja.

Tapi ade ke patut, dia suruh kami tunggu kat luar pintu grill tadika tu, for almost 15 mins? Pegi kul 3.30 pm, cubalah bayangkan dia punya panas macamana. Saya okey lagi. Suami dan anak-anak dah berpeluh lencun macam apa. Dua kali kami tanye, tadika buka ke tidak hari ni. Dia jawab buka, dia suruh kami tunggu kat luar, pastu dia tutup pintu.

Sungguh kurang sopan. At least bawaklah kami masuk ke pejabat ataupun masuk ke ruang menunggu yang selesa, kan?

Last-last suami makin panas, dia ajak kami pergi ke tadika lain.

Pergi ke tadika Pintar Bistari tu pun, kami terjah jer, takde buat appointment pun, tapi dilayan dengan sangat baik. Suami terus cakap, ok tadika ni dapat extra marks. Hehehehe..

Dah lepas survey tu, balik ke rumah. Bincang bincang bincang. Akhirnya setuju untuk hantar Aimi ke tadika ni.

Pegi buat salinan surat beranak dan amik gambar 4 keping. Isi borang pendaftaran siap-siap dan semalam submit ke tadika. Bayar pendaftaran RM100. Selebihnya bayar masa bulan 11 nanti.

Aimi my baby dah nak sekolah dah. Tetiba rasa syahdu, cepatnya anak Mama dah besar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *