I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, April 22, 2017

Quotes of The Day


Lately, banyak sangat perkara baru yang berlaku dalam hidup saya

Ada yang positif, ada yang negatif. Tapi yang negatif tu saya cuba pandang dari sudut yang positif.

Juga ada masanya, saya banyak berfikir tentang keputusan-keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya sebelum ni.

Ada big matters decision, ada small matters decision.

Saya ni, sebelum buat satu-satu keputusan besar dalam hidup, pertamanya saya akan senaraikan pro & cons jika saya pilih yes atau no.

Masa ni, kena rasional lah. Bab-bab emosi berat sebelah semua kene tolak ke tepi.

Pastu, saya akan google. Get as much infos as I can. Kemudian, tanya pendapat mereka-mereka yang berkenaan dalam circle saya.

Lepas tu, saya buat solat istikharah. Minta Allah tunjuk yang mana yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat.

Kemudian buat keputusan berdasarkan petunjuk yang Allah berikan.

After some time, saya pernah juga terasa, perlukah untuk aku berpatah balik?

10% kata perlu
90% kata tak



"Once you've made the decision to move on, don't look back.
You will never find your future in the rear view mirror"


Also equals to


"Whatever you do, never run back to what broke you".

Tuesday, April 4, 2017

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah


Perkongsian di FB. Saya kongsikan di sini untuk panduan dan amalan bersama, in shaa Allah.

************
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. Amin.

Monday, April 3, 2017

Pengurusan Masa dan Kerja Bagi Seorang WAHM


Saya belum berkesempatan menghadiri Bengkel WAHM anjuran Pn. Khairunnisa Hamzahara, tetapi di bawah ini adalah ringkasan yang ditulis oleh seorang peserta bengkel beliau. Saya tidak sempat untuk catatkan namanya, namun beliau izinkan untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang lain.


****************************

Perkongsian dari kelas semalam yang saya rasa amat menarik adalah set minda, di bawah senarai perkara yang kita perlu aturkan dalam seharian:

1. Bangun seawal pagi jam 4, waktu yang sama setiap hari, mandi, bersiap, solat tahajjud, taubat, hajat. Selepas selesai, buat kerja WAHM itu dan berakhirnya "me time" adalah bila masuk subuh..

2. Sediakan 1 ruang utk WAHM. Di situ disediakan ruang bekerja yang lengkap. Laptop, alat tulis, file, bilik jahitan, dan lain-lain. Pastikan ruang itu kita selesa dan alert kita sedang bekerja.

3. Buat senarai harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan bagi kehidupan peribadi dan juga kerja. Ikut urutan satu pekara di satu masa. ,"if u fail to plan, u plan to fail".

4. Dalam seharian menguruskan rumahtangga dan juga WAHM, kita perlu ada waktu rehat sebentar, keluar dari kerja dan nikmati snack atau minuman ringan. Ini penting untuk mengelakkan stress.

5. Qailullah. Ambil waktu sekitar 11.30pg ke pukul 11.50pg utk lelap sekejap. Ini penting untuk merehatkan minda dan badan. Jangan lebih dari 30 min, kerana badan akan berasa penat. Kita hanya perlukan tidur yang sekejap, tapi berkualiti.

6. Pemakanan yang sihat. Simpan kurma sebagai snack. Tukarkan susu kambing utk minuman harian. Simpan makanan berkhasiat sahaja dirumah. Lama kelamaan semua akan terbiasa utk makan berkhasiat.

7. Adakan waktu tamat berkerja (punch card in & out) sebagai contoh isnin sampai jumaat, waktu 8.30~11.30pg sahaja utk benar2 berada di ruang bekerja. Ini akan membuat kita lebih fokus dan terurus. Kita akan lebih motivasi utk siapkan kerja dengan cepat, kerana kita ada masa yang kurang.

8. Akhiri waktu bekerja tadi dengan maksud benar-benar bg tumpuan pada keluarga pula. Pembahagian begini membuat kita gembira, dan keluarga juga.


Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua ibu-ibu. Moga Allah permudahkan semua urusan kita. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *