I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 7, 2017

Teknik Memeluk Anak Perempuan dan Anak Lelaki




Teknik memeluk anak perempuan & lelaki 👧👨

➡ Lihat pelukan pada anak perempuan, tepuk dan gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila seorang ibu gosok di bahagian tu, bagi nasihat apa pun, insyaAllah dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila².

➡ Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Gosoklah beberapa saat sambil memberi nasihat. Tak boleh cakap banyak² pun, anak lelaki sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni.

InsyaAllah, sama² kita hasilkan anak² yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)


Kredit : FB Aina Othman (https://www.facebook.com/profile.php?id=100004899936953)

Sunday, October 29, 2017

Terima Kasih Astro Oasis Channel 106


Sejak beberapa bulan lepas, pukul 7.00 - 7.30 pm setiap hari Uni WAJIBKAN buka Astro Oasis kat umah. Volume kasi up sket. Strictly no cartoon no other channel.
.
.
Tanpa disangka, start seminggu dua ni Uni dah mula dengar Aimi dan Haziq baca doa perlindungan diri ini walaupun belum begitu lancar.
➡ Bismillaahillazi laa yadhurru ma'as mihi syaiunnn fil ardhi wala fissamaaa'i wahuwassami ul alim
.
.
Terdiam Uni. Ingat-ingat Uni lah, masa Uni dulu dah bekerja few years, baruuu tahu pasal doa ni.
.
.
Sungguh, anak-anak ini adalah mengikut apa yang kita corakkan.
Apa yang kita berikan.
Apa yang kita FEED kepada mereka.
Begitulah mereka akan jadi.
.
.
Bukan hanya nak anak-anak mudah ingat mudah faham subjek akademik semata-mata, tapi paling penting nak ayat-ayat suci Al-Quran dan zikirullah sentiasa basah di bibir dan jiwa anak-anak
Sebab tu Uni pastikan Omega Guard sentiasa ada di rumah kami
Uni berikan Omega Guard kepada anak-anak kerana ini adalah ikhtiar dan usaha Uni membantu anak-anak untuk fokus dan tingkatkan daya ingatan mereka dalam perjuangan MENUNTUT ILMU.
.
.
Besar tanggungjawab sebagai ibu bapa. Semoga Allah Ta'ala sentiasa melindungi dan menjaga keluarga kita semua.

Resepi Sambal Tumis Tanpa Belacan


Hari ni rasa nak makan ayam goreng, sup sayur dengan sambal. So jadilah resepi sambal tumis tanpa belacan. Senang jer caranya (dengan Uni memang resepi senang-senang ajer hehehe...).
.
.
Makan pula di kala hujan lebat. Fuh, memang terangkat! (ehhh puji diri sendiri lah pulakkk 😂 ).
.
.
Ok ni dia resepinya :
.
RESEPI SAMBAL TUMIS TANPA BELACAN



Bahan-bahan :
2 biji bawang besar (kalau bawangnya besar, guna sebiji pun ok dah)
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
Segenggam cili api (kalau suka pedas, tambah lagi kasi 2-3 genggam)
Ikan bilis
Garam dan gula
.
.
1) Potong semua bahan di atas pastu tumbuk sampai hancur dan lumat. Tapi sebab tadi nak cepat, Uni blend semua guna blender kering jer. Mana-mana cara pun boleh.
.
2) Panaskan minyak. Haa time ni pastikan minyak banyak sket pun takpe. Kena betul-betul masak sambal ni.
.
3) Tumis sambal. Masukkan gula dan garam. Rasakan pedas, manis dan masinnya. Terus tumis sampai pecah minyak. Tambah air then Uni tumis lagi biar lama sket.
.
.
Tadaaaa!! Siap sudah! Haaa memang simple kan?
.
.
Sambal ni sedap makan dengan nasi, ubi rebus, lempeng, dengan roti pun boleh. Lepas habis makan nasi tadi, Uni ratah ayam cicah sambal ni. Ish ish ish.. betul-betul makan ni 😂
.
.
.
p/s : bagi yang suka belacan, boleh tambah belacan sekali masa tumbuk / blend 😊

Saturday, October 28, 2017

5 Ayat Keramat Melentur Emosi Anak Sulung Sekelip Mata




Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk 'lenturkan' ego Kakak.

Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada 'ragam' dia sendiri bila dia dah dapat adik.
Ada 5 'ayat keramat' yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah 'pencabar' baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana 'egonya' lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi 'PELINDUNG' adik-adik.



=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG 
=========================

Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.

Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.

Guna ayat keramat, "Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang.." Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya 'bercakap' dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.

Selalunya, lepas suruh adik 'minta izin' untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.



==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================

Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?

So, jeritan adik sangat memberi 'ancaman' yang build 'tense' dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa 'menjauhkan' diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat "Adik, cakap baik-baik dengan Kakak.." Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, "Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik.."

Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula 'lembut' dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

"Anak faham ke reverse phsychology macam ni...?"

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.



==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================

Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. "Adik, Adik dengar cakap Kakak ya.." Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, "Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya.."

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.



==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan 'bawa diri'. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. "Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH.." atau

"Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya.."

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.



==============================
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU 
==============================

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk 'move on' dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita dah pandai 'kecil hati' dan pandai 'buat judgment' samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik 'minta maaf.'

"Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?" Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, "Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar.."

Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa 'hak' dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam 'hak' dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

==============
KESIMPULAN
==============

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku 'perebutan' meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA 'BISANYA.' Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.

Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.

Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, "Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak" dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi. :)

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

*Pm/inbox akan saya jawab antara waktu 9 malam - 12 malam sahaja.

#sebelumsenja

Sharifah Zahidah
23 Oktober 2017

#TrainerHati
Abunour Training Solution


Kredit : FB Sharifah Zahidah

Friday, October 27, 2017

Rejection - Boleh Jadi Allah Mahu Melindungi Kita


Simple jer ayat Mufti Menk kat bawah ni, tapi dua tiga kali Uni baca, deep sangat rasanya.




Uni percaya setiap daripada kita pasti pernah berdepan dengan REJECTION dalam hidup ini kan. Macamana reaksi kita bila direject?
.
.
Beberapa tahun sudah, Uni pernah ditawarkan kerja dengan gaji dan pangkat yang lebih besar. Tapi akhirnya, Uni direject dengan cara yang Uni tak sangka, malah tak pernah terfikir pun akan terjadi. Mula-mula Uni rasa "yeah, i'm okay" tapi bila dicampur dengan beberapa perkara lain, dua tiga bulan lepas tu Uni akui "yeah i'm NOT okay". Ibaratnya Uni jatuh terduduk. Roda di bawah.
.
.
Dunia rasa tunggang terbalik. Stress level meningkat mencanak. Rasa struggle sangat. Perlahan-lahan Uni kumpul kekuatan. Banyak segi banyak cara. Support daripada orang-orang yang Uni sayang dan sayangkan Uni sangat bantu Uni untuk kembali okay.
.
.
Selepas Uni dah move on sekian lama, barulah Uni nampak HIKMAH kenapa Uni direject dulu. It is Allah' protection for me. Allah selamatkan Uni terlebih dahulu TANPA Uni tahu kenapa Allah atur sebegitu sekali untuk Uni.
.
.
Dan kini, tiap-tiap hari Uni scroll newsfeed, Uni baca apa yang rakan-rakan kongsikan. Tak syok pula rasa nak tulis contohnya kat sini, tapi mungkin ayat dari Mufti Menk ini boleh menjelaskan apa yang anda semua sedang lalui kini ataupun telah lalui dulu.
.
.
Rejection is also equal to Allah's protection, in a way :)

Thursday, October 26, 2017

Ibu Bapa Juga Insan Biasa, Tak Sunyi Daripada Dosa


Malam ni pertama kalinya buat sesi bercerita (bedtime stories) sebelum tidur, yang mana anak-anak yang perlu bercerita. Bukan Uni.
.
.
Haziq bercerita. Tak sampai 5 minit, habis cerita.
.
.
Aimi bercerita. Nak dekat 45 minit bercakap. Sampai Abahnya dan Abg Haziq terus tidur lena 😂
.
.
Uni tahan mata walaupun ngantuk sangat. Tak sedar dua kali terlelap. Celik mata, Aimi dok tengokkkk je Mama dia ni. Muka dia macam nak merajuk. So Uni layankan lagi dia sambung cerita.
.
.
Last-last dia suruh Uni cerita pulak. Uni layankan juga walau pening mata tahan ngantuk. Dah habis cerita, sambil baring berdua, Uni cakap yang Uni sayang sangat kat Aimi dan keluarga kami.
.
.
Tiba-tiba hati Uni rasa sebak. Uni minta maaf kat Aimi sebab Uni tahu Uni ibu yang garang. Ada masanya Uni marah anak, pukul anak, cubit anak untuk tujuan mengajar dan mendidik (Uni rasa semua ibu pun sedikit sebanyak camtu juga kan?). Uni minta maaf kalau dia rasa tak best dengan Uni. Uni cuma nak berikan yang terbaik. Uni juga cakap harapan Uni pada Aimi, Haziq dan keluarga kami untuk masa depan. Masa ni air mata tak dapat ditahan lagi.
.
.
Aimi tengok Uni. Tak berkelip mata dia. Akhirnya dia sama menangis dan kami berpelukan erat dalam tangisan air mata yang hangat. Aimi pun minta maaf juga kat Mama dia ni.
.
.
Walaupun Uni ibu, sebagai insan biasa Uni tetap tak lepas daripada dosa terhadap anak-anak. Jadi Uni percaya dengan meminta maaf seikhlas hati walaupun kepada anak-anak yang masih kecil, akan mengurangkan salah faham dan lebih merapatkan hubungan. Kita akan menerima segala kelebihan dan kekurangan, seadanya.
.
.
Semoga Allah Ta'ala sentiasa menjaga dan melindungi keluarga kecil Uni. Uni doakan yang sama juga untuk keluarga sahabat-sahabat Uni yang sedang membaca status ini.
.
.
Sama-sama kita berusaha ke arah keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH, WA RAHMAH. In shaa Allah.
.
.
#MuhasabahDiri

Monday, October 23, 2017

Tegas Seorang Ayah


Pagi tadi buat mihun goreng. Asal goreng mihun ni, berdebar je rasa sebab ada 3 kemungkinan :
➡ Mihunnya lembut sedap
➡ Mihunnya keras kejung
➡ Mihunnya lembek benyek
.
.
.
Dan hasil pagi ni ialah, pertengahan antara lembut dan lembek, tapi still boleh dimakan 😂
.
.
Yang kelakarnya bila Haziq buka tudung saji tadi pastu tanya,
.
"Mama masak ape ni ma?
.
"Mama masak mihun goreng. Sedap tau"
.
"Mmm.. kenapa macam pelik je mihun ni?"
.
.
Dan Uni pun gelak jelah. Tapi camne rupa pun, makanlah kami anak-beranak. Hasben selalu pesan kat anak-anak, "apa yang Mama masak, makan jer jangan komplen".
.
Hasilnya anak makan bertambah jua 😂
.
.
Pernah jua hasben cakap "jangan komplen apa Mama masak. Sape komplen cakap tak sedap ke apa, takyah makan terus"
.
.
Uni first time dengar camni, terkedu juga rasa. Tapi beginilah cara hasben dibesarkan dan inilah yang dia terapkan pada anak-anak kami.
Banyak hikmah yg Uni boleh nampak. Jadi lebih bersyukur, kurang mengkritik dan paling penting, CAMPAKLAH KE MANA SEKALIPUN, IN SHAA ALLAH BOLEH SURVIVE 💪

Wednesday, October 18, 2017

Sukan vs Akademik


Throwback hari sukan kat sekolah Haziq minggu lepas.
.
.
Pagi tu hasben hantar Haziq ke sekolah, pastu terus pergi kerja. Uni kat rumah dengan Aimi, rilek-rilek dulu pagi hari pastu baru bersiap pergi ke sekolah Haziq. Parents pun boleh datang masa hari sukan.
.
.
Nak keluar rumah, Uni siapkan satu backpack penuh dengan segala barang. Tuala besar, tuala kecik, baju spare Haziq & Aimi, air masak, roti, dan topi anak. Oh, sekali dengan 2 kaki payung.
.
.
Sampai sekolah, hari dah mula panas. Uni carilah Haziq, nasib baiklah jumpa. Since dia darjah 1 dan tak terpilih masuk sukan, kat tepi padang dia main kejar-kejar, main bola dengan kawan-kawan yang sama tak masuk sukan. Hahaha..
.
.
Siap semua pukul 1 lebih. Uni sebenarnya dah takleh duduk diam dah kat tepi padang. Panas campur tak rasa nak tengok sukan pun (mungkin sebab Haziq tak join apa-apa acara). Tapi Uni layankan Haziq main bola dgn kawan-kawan. Rasanya nak dekat 30-40 orang budak dok kejar sebijik bola. Last-last Haziq jadi goalkeeper, sekali dengan 4 orang kawan yang lain (satu gawang ada 5 goalkeeper. Hahahaha..)
.
.
Malam tu Uni citerlah kat hasben pengalaman hari sukan sekolah anak. Hasben gelak dengar Uni cerita. Dia kata, mak-mak kalau buat preparation memang complete, the best ever. Kalau dia datang tanpa Uni, memang tak bawak lah backpack bagai. Cukup tuala jer untuk kesat peluh berjurai.
.
.
Uni cakapla Uni sebenarnya ala-ala mati kutu sepanjang aktiviti sukan tu berlangsung. Nak balik rumah tapi Haziq nak stay sampai habis. Then Uni sedarlah Uni sebenarnya memang tak minat acara sukan berpanas bagai. Hasben pulak sebaliknya. Dia yang beriya-iya sangat nak pergi tapi kerja.
.
.
Masa hari orientasi masuk darjah 1 dulu, masa cikgu buat penerangan silibus dan yg berkaitan, Uni memang pay attention betul-betul. No sembang-sembang gosip-gosip dengan orang sebelah. Tapi hasben pulak takleh duduk diam. Kejap-kejap tengok fon, kejap pusing sana, kejap pusing sini.
.
.
Maksudnya INTEREST BERBEZA. Sorang suka sukan, sorang suka akademik. Sama jugak macam petang tadi, hasben ajak gi joging. Uni follow jer. Habis joging masuklah kete nak balik, Uni terus rasa ngantuk nak tertidursss. Hahahha.. Punyalah hasben bersungguh cakap jangan tido jangan tido, tapi mata ni tetap layu jugak. Ni dah siap mandi, pun ngantuk jugak. Hahahaha.. Jogingnya setengah jam aje, tapi mengantuk tak hengattt.
.
.
.
Apa yang Uni nak cakap kat sini ialah, setiap orang punya MINAT dan KEKUATAN MASING-MASING. FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK.
.
.
Mana-mana kelemahan, perbaikilah dari semasa ke semasa.
.
.
In shaa Allah, hidup ini akan jadi lebih bermakna :)

Wednesday, October 4, 2017

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan & Cara Mudah Kupas Telur Rebus




Hari ni Haziq request nak makan telur sambal for lunch (telur sambal dengan sambal telur tu sama je kan? hehehe..)
.
.
So alang-alang nak buat telur sambal, Uni fikir baik buat nasi lemak sekali. Tapiiii.. santan pulak takde. Kalau buat nasi lemak, Uni guna santan yang perah tu. Kalau guna santan kotak, ish ish ish.. memang haru dibuatnya. Sendiri pun tak nak makan sebab nasinya tak jadi. Hahaha...
.
.
Walaupun takde santan, Uni nak buat nasi lemak jugak. Teringat hari tu ada baca satu post kat MAHN (FB Masak Apa Hari Ni), ada sorang penjual nasi lemak share resepi masak nasi lemak TANPA guna santan. Haaa sesuai sangatlah untuk Uni, kita nak yang jimat masa jer takyah gi beli santan kat kedai ;D
.
.
so apa yang Uni buat pagi tadi :
.
.
1) Rebus telur dulu. Kali ni Uni follow tips rebus telur dari grup MAHN juga. Rebus telur dan masukkan garam dan minyak masak sekali, tujuannya supaya bila kita kupas telur tu cantik licin je telurnya takdelah comot-comot.
.
.
2) Sambil rebus telur, masak nasi lemak yang takde santan tu. Uni masukkan bawang besar dan halia plus garam sikit jer.
.
.
3) Sambil tu goreng ikan bilis.
.
.
.
Lepas setel Haziq mengaji, baru sambung masak.
.
.
4) Time kupas telur tu, mudahnyeee. Telur pun cantik gebu licin aje. Faham jelah Uni ni kadang kupas telur pun sampai nak hancur telur jadinya. Hahaha.. melekat punya pasal. Tapi kali ni iols fefeeling mastercheflah selama 5 minit.
.
.
5) Start masak sambal. Ramuan macam biasa - bawang besar, bawang putih, kiub ikan bilis, belacan, gula, garam ciput dan air. Masak masak masak dan rasa sampai puas hati. Masukkan telur & ikan bilis sikit dan gaul sampai sebati. Siapppp!!
.
.
6) Nasi tadi bila dah siap, aroma tu tetap ada. Bila rasa, of courzelah ada beza sket compare dengan letak santan kan. Tapi takpe, yang penting anak-anak makan bertambah siap cakap, "sedapnya nasi lemak Mama masak hari ni"
.
.
.
Of courzeeelah sedap, Mama follow resepi penjual nasi lemak kat MAHN tauuu! 😘

Tuesday, August 22, 2017

Motivational Moments by Mufti Menk


Jika kita perlukan makanan untuk tenaga, perlukan solat dan zikir untuk jiwa dan rohani kita, maka sama jugalah kita perlukan kata-kata hikmah lagi positif untuk menguatkan semangat kita di kala kita rasa lemah, rasa down.


Setiap seorang daripada kita sebenarnya berdepan dengan situasi kehidupan yang berbeza setiap hari. Bagaimana kita nak pastikan, walau dalam apa jua situasi, kita masih boleh kekal positif dan mampu membuat keputusan yang rasional. di sinilah peranannya positive quotes. Nak muhasabah diri? bacalah juga positive quotes.


Bercerita tentang positive quotes, tiba-tiba Uni dapat hadiah buku yang sangat-sangat istimewa - "MOTIVATIONAL MOMENTS by MUFTI MENK" daripada seseorang yang sangat istimewa. Katanya, buku ini tak dijual di Malaysia, dia beli di luar negara dan hadiahkan untuk Uni. Terus tak terkata Uni dibuatnya. Speechless terus.








Uni dah baca beberapa topik, sangat-sangat terkesan di hati. Mudah-mudahan ia dapat membantu Uni menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dan berjaya di dunia dan akhirat in shaa Allah




Untuk seseorang itu yang menghadiahkan buku ini kepada Uni, terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga di atas ingatan, sokongan padu dan kasih sayang yang sentiasa utuh untuk Uni. I truly appreciate it from the bottom of my heart. Dia ada dalam friendlist Uni dan Uni tau dia sedang membaca post ini :) :) :)


Jom kita lebih positif bermula hari ni. Let's start with few quotes a day! :)

Sunday, August 20, 2017

Mama, Bila Kita Nak Ada Baby?


13 Ogos 2017 (Ahad)


Berbual dengan anak-anak dalam perjalanan ke sekolah siang tadi
.
H : Mama, bila kita nak ada baby? Semua orang ada baby. Ayah Jan & Cik Ain pun dah ada baby baru.
.
M : Tak tau lah Mama (layankan jela soalan yg sama berpuluh kali ditanya 😂)
.
A : Yelah Mama, Aimi pun nak ada adik baby jugak
.
.
M : Ok kalau ada baby baru, Haziq nak bagi nama apa?
.
H : ok kalau baby boy Haziq nak bagi nama Muhammad Victor bin Zainal Amli
.
.
M : Haaa Victor? Victor mana pulak ni? (Sambil tergelak bergegar keta 😂)
.
.
H : Alaaa Victor dalam komik Ejen Ali tu Mama. Dia baik.
.
.
M : oh haa ok ok. (Sambil gelak lagi 😂😂). Aimi pulak macamana. Nak baby boy ke girl. Nak bagi nama apa?
.
.
A : Aimi nak baby girl la Mama. Nak bagi nama Nur Alisha Sofia. Best tak nama ni?
.
.
M : Wah pandainya Aimi pilih nama baby. Kalau baby boy pulak nak bagi nama apa?
.
.
A : Kalau baby boy, Aimi nak bagi nama Ali
.
.
M : Aik pendeknya nama. Kat mana Aimi dapat nama tu?
.
.
A : tu kat dalam komik Ejen Ali, Mama.
.
.
M : (gelak lagi bergegar kereta 😂😂😂)
.
.
.
Pastu Mama terus tukar topik lain. Kat radio ade lagu Irfan Haris so menyanyilah kami beramai-ramai sampailah ke sekolah 😂

Monday, July 17, 2017

Hikmah


Hikmah
Memang tak terjangkau dek akal fikiran


Setelah 2 tahun, baru Allah tunjukkan satu lagi hikmah, atas keputusan besar yang telah dibuat 2 tahun lepas


Syukur, gembira, bahagia
Benarlah, sibuknya kerja stressnya kerja kadang tak beri peluang untuk melihat / menerokai aspek kehidupan yang lain
Dan akhirnya terlepas banyak peluang dan ruang begitu sahaja


Syukur kerana Allah 'jentikkan' hati ini lebih awal
Bukan mudah, tapi pastinya bukan juga susah
Asalkan terus berusaha + yakin kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, in shaa Allah tiada yang mustahil dengan izinNya :)

Monday, June 19, 2017

Cara Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Bagi Mereka Yang Sibuk


Uni ade baca perkongsian seorang sahabat fb. Sori tak ingat namanya


Yang uni ingat
Cara untuk istiqamah baca Al-Quran setiap hari bagi surirumah / suri bekerja yang sibuk urus anak/ada anak kecil / sesiapa jer yg rasa sibuk tak sempat nak baca Al-Quran


Caranya baca 2 helai Al-Quran setiap kali selepas solat
2 helai bersamaan 4 mukasurat
5x solat sehari
Jadi kita dapat baca Al-Quran 10 helai bersamaan 20 mukasurat sehari


Katakan selepas solat Subuh kita kebizian
Takpe kita teruskan baca 2 helai lepas solat Zohor (kalau ade masa, ganti yg 2 helai yg tak sempat baca waktu Subuh tadi. Kalau takde masa, cukup 2 helai lepas solat Zohor jer)


Jadikan amalan lepas solat mesti baca 2 helai lama-lama akan jadi terbiasa


Uni pun cubalah buat bulan Ramadhan ni
Dan boleh rupanya achieve baca 10 helai sehari (sebab dah tau cara. Thanks a lot to my friend yg kongsikan cara)


In shaa Allah tiada lagi alasan "SIBUK" sehingga langsung tak sempat nak baca Al-Quran.


Semoga perkongsian ini ada manfaatnya in shaa Allah 😊


P/s : moga diri ini terus istiqamah walaupun selepas berakhirnya Ramadhan..

Saturday, June 17, 2017

Moment Mama Happy


Result midyear exam Haziq dah keluar
8A 3B
No. 11 dalam kelas
No. 34 dalam darjah
Uni rasa happy seronok sangat dah
Peluk cium Haziq sampai dia kata


"Mama, Haziq pandai kan sebab tu Haziq dapat no. 11 kan Mama. Mama suka tak Haziq dapat no. 11"


Mama tergelak pastu cakap "Iya Mama suka happy bersyukur sangat. Haziq nampak kan Mama senyum banyak ni. Tahniah Haziq. Mama doakan Haziq terus berjaya dunia dan akhirat" 


Seronok sangat moment masa tahu result Haziq ni. Berpeluk berjemaah kami mcm dapat result SPM / result masuk U jer gayanye 😂😂


Semoga Haziq terus seronok pergi sekolah, seronok belajar, seronok berkawan dan bergaul dan hormat cikgu-cikgu.
In shaa Allah berkat ilmu dunia akhirat 💕

Friday, June 2, 2017

Nak Diapers-Free Anak?


Nak diapers free anak
Bukan anak je kena bersedia
Mak juga kena bersedia

Mak mesti fokus betul-betul
Bukan dalam tempoh training je
Tapi bab tempoh yang dah lulus training tu pun sama.

Tak boleh lepas masuk tandas sendiri
Mesti nak kena tengok suci atau tidak aliran airnya

Dibuatnya tetiba terkucil atas lantai,
Mak sibuk fokus tidurkan adik lain

Habis najis merebak satu rumah

(Bab najis ni mak memang tak boleh nego. Sebab rumah ni, penghuninya bersembahyang)

Tak pasal2 cuci satu rumah
Tak pasal2 anak kena marah sebab terkucil terberak

Oleh itu mak mestilah sesuaikan dengan keadaan sendiri dan anak. Dah betul sesuai ke, mak betul bersedia ke nak mengadap najis bertaburan. Mak dah bersedia ke nak tahan emosi?

Kalau tak sedia lagi,
Tunggu la dahulu.
Hubungan anak dan ibu lebih utama
Jangan sampai tercalar jiwa anak

Taharah mesti kena jaga
Silap2 tertolak ibadah

Biarkan kata orang yang mencemuh
Mereka tiada di tempat kita
Dan mereka tak turut sama cucikan najis
Mereka tak tolong pun pegang paip air cuci rumah

Biarkan, mak cik bawang itu dengan bawangnya. Biarkan.


Kredit : FB Aina Mardhiah (https://www.facebook.com/aina.mardhiah.56?fref=nf)

Thursday, June 1, 2017

Berapa Lama Nak Rebus Telur?



Place eggs in a pot with cold water over high beat
Once water comes to a boil, remove from heat, cover and let sit to desired

Soft boiled : 3 - 6  minutes
Hard boiled : 10-15 minutes

Wednesday, May 31, 2017

Miliki Rumah? Miliki Kedai? Miliki Tanah? Sila Bayar Cukai Tanah



Hari ni last day ye untuk bayar cukai tanah
Siapa lum bayar, sila pergi bayar cepat yer :)

Daftar Haji Untuk Anak-Anak


Check kat draft, rupanya dah lama draft post ni. Tahun 2015. Dah 2 tahun berlalu, so sekarang saya publish lah ye.





Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab. Daftar haji untuk anak-anak tersayang, Haziq & Aimi :)


Pergi daftar haji pada 10 Mei 2015.
Tahun peruntukan haji ialah pada tahun 2084.
Bermakna masa tu Haziq umur 74 tahun dan Aimi umur 71 tahun. Fuhhh... ada rezeki, boleh naik haji awal in shaa Allah.


Masa tu, kat mana saya?
Kalau panjang umur, umur saya 101 tahun :)

Masa Untuk Guna Moogoo Semula?


Last entry saya cerita pasal Moogoo ialah entry ini - 3 Minggu Selepas Guna Moogoo


Haziq guna Moogoo sampai umurnya 4 tahun. Lama-lama tu dah okey sampai saya pun stop dah beli Moogoo. Kulit dah cantik, halus, lembut. Untuk mandian, saya tukar kepada Carrie Junior. Alhamdulillah okey.


Tapi sekarang ni Haziq dah darjah 1. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Satu hari full dengan sekolah. Ekzemanya dah datang semula sebab panas dan berpeluh-peluh. Huhuhu...


Kat bahagian lain semua okey, sekarang ni yang agak problem kat bahagian tengkuk dan leher. Gatal, merah dan kulit jadi tebal sebab menggaru.


Hari tu saya ada survey Moogoo Irritable Skin Balm (ISB) kat Red Cap Pharmacy di Taman Austin Perdana, Johor Bahru. Terkedu kejap sebab harga dah naik. Untuk ISB saja harga dah RM70+. Uhuk uhuk... Dulu beli 1 kotak starter pack ada 4 item total RM187.


Tapi nampak gaya kene beli jugak ISB tu, sebab itulah satu-satunya krim yang serasi dengan Haziq untuk kurangkan ekzemanya.

Monday, May 29, 2017

Bila Anak-Anak Dah Lupa Kepada Ibu Bapa dan Taknak Balik ke Rumah Keluarga Lagi


Ini adalah tips / sharing daripada mak mertua uni yang belum pernah uni dengar lagi daripada mana-mana sumber lain sebelum ini.


Tipsnya related dengan - anak-anak yang jenis duduk jauh-jauh pastu taknak balik rumah kita, dah lupa ibu bapa, senang cakap dah lupa keluarga dan taknak balik lagi.
Jadi mak mertua share cara ape nak buat bila jadi camni


Caranya ialah :
Pada bila-bila masa si ibu teringat pada anaknya yang taknak balik ke rumah / dah lupa family, si ibu sedekahkan al-Fatihah kepada anak dan selawat 3x, sebut nama penuh anak berbin / bintikan ayahnya, sambil si ibu mengusap-usap dadanya (breast = miss b) dan ingat sepenuh perasaan kepada anak.


Uni terkejutlah dengar tips ni, so uni tanye, kenapa miss b?


Mak mertua cakap, sebab dari miss b lah anak minum susu ibu, dan kat miss b lah tempat paling tenang bagi anak sebaik saja dia keluar dari rahim ibu. Jadi moga-moga dengan kita usap miss b kita, sebut nama anak serta ingat penuh perasaan kat dia, anak yang jauh tu akan ingat semula pada kita dan in shaa Allah akan balik semula kat kita (tips ni mak mertua dapat dari seseorang yg share dengan beliau).


Semua ini adalah ikhtiar kita sebagai manusia. Selebihnya kita tawakal dan mohon pertolongan pada Allah Ta'ala.


semoga perkongsian ini ada manfaatnya. in shaa Allah.

Saturday, May 27, 2017

Siapa Yang Kejut Bangun Sahur?


#throwback sahur dulu-dulu
Most of the time suami yg kejut bangun sahur
Celik mata jer eh dah siap semua atas meja 😂
Uni punya part setelkan semua lepas siap sahur
Pastu siap-siaplah kami gi kerja, anak-anak pun diangkut sama. Yang ke tadika. Yang ke rumah pengasuh.


Sekarang ni
Uni yg kejut suami bangun sahur
Dia celik mata tengok semua dah siap atas meja
Then uni juga yg kemas-kemas lepas sahur
Pastu dia siap-siap gi kerja
Anak-anak kat umah dengan uni (tahun lepas Haziq tadika so suami yg anta)


In shaa Allah bila dah kat umah sekarang ni
Dapat buat apa yg tak dapat dibuat masa bekerja dulu
Yg penting kat mana pun kita, kat ofis ke kat umah ke
Setiap kita punya ruang masa untuk kejar pahala dengan cara masing-masing yg bersesuaian ❤


Semoga puasa kita dan amal ibadat yg lain diterima Allah s.w.t. in shaa Allah.

Sedekah RM60, Dapat Dalam RM600-RM800 (Part II)


Sambungan dari sini.


So dalam masa singkat yang diberikan, saya pun google lah tentang Xiaomi Mi Pad 2. Tak banyak info sangat sebab semua info pun lebih kurang sama jer, semua tentang spec tab tu. Pastu tak jumpa pulak mana-mana review yang orang dah guna tab Xiaomi ni.


Menyedari diri sendiri ni agak slow bab-bab gadget, so saya fikir nak Samsung aje. Sebab features lebih kurang sama dengan tablet saya yang dah rosak tu. Cuma kali ni rasa tak mo lagi dah pakai tablet. Handphone okey sangat dah.


Tapi diri ni malu nak bagitau. Yelah, orang offer kita tab Xiaomi, takkan kita nak request lain pulak. Tak sampai hati. So saya rilek dulu. Tanpa disangka lagi, orang tu whatsapp, katanya "Kalau nak beli Samsung ke atau apa-apa brand lain yang suka, bagitau jer. No problem". Eh macam tau-tau jer. Orang ni ada sixth sense ker?


So saya bagitaulah, kalau boleh saya nak Samsung Galaxy J5 tapi kalau tak dapat J5, J3 pun boleh. Saya okey jer.


So orang tu siap tanye semua detail spec hp yang saya nak. Saya blurlah kejap, sebab katanya nak bagi hadiah, so bagi lah camne rupa pun saya okey jer. Tapi dia kata dia nak bagi handphone ikut apa yang saya nak. So kalau camtu, saya pun bagitaulah details yang saya nak. Hehehe...


Dan beberapa hari selepas tu, saya pun dapat hadiah handphone baru saya. Alhamdulillah :) Happy me!


Saya cerita kat sini, bukan nak canang soal berapa jumlah sedekah saya, bukan juga soal apa yang saya dapat, tapi point saya ialah, bila kita rasa susah, cubalah bersedekah lebih sikit dari yang kita biasa buat. Serta mohonlah ampun atas segala dosa-doa. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita :)


Tq Allah
Tq seseorang yang sudi hadiahkan saya handphone ini. Saya betul-betul happy dan sangat hargai pemberian ini :)

Wednesday, May 24, 2017

Hadiah Tak Diduga


Di kala hp ku dah rosak teruk
Charging 25 jam tapi bateri yg masuk cuma 12% 😂
Dah direpair tapi memang mungkin setakat tu je khidmatnya
Di saat kepala buntu memikirkan nak kene beli hp baru ke
Sebab beli hp baru tak pernah terlintas pun dalam fikiran


Dan inilah dia
Tak pernah terfikir juga
Akan dapat hadiah hp baru dari seseorang yang istimewa
Yang seolah faham seolah mengerti




Tiada kata yang mampu diucap
Hanyalah terima kasih terima kasih ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam
Moga Allah balas dengan segala kebaikan dan limpahan rezeki berganda-ganda untukmu di dunia dan di akhirat in shaa Allah

Monday, May 22, 2017

Dulu vs Sekarang Step by Step


Target step by step
Dulu nak solat dhuha tapi kekangan waktu bekerja
Dulu nak bangun malam/qiamullail tapi sudahnya ngantuk terover kat tempat kerja
Dulu nak baca al-kahfi setiap hari/malam jumaat tapi tak pernahnya habis baca satu surah tu
Dulu baca al-quran tapi tak dapat istiqamah tiap-tiap hari
Dulu tadarus al-quran ramai2 bulan puasa dapatlah khatam 30 juzuk
Dulu time bulan puasa sure lembik letih lesu gastrik sampai rasa "takut" dengan puasa


Dulu vs sekarang
Kenal diri sendiri
Buat sikit2 ikut kemampuan diri
In shaa Allah lama2 lancar dan pasti boleh buat



Marhaban Ya Ramadhan
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita

Sunday, May 21, 2017

Sedekah RM60, Dapat Dalam RM600-RM800 (Part I)


Kisah semalam. Jumaat 19 Mei 2017

Saya hantar anak-anak ke rumah pengasuh untuk setengah hari, sebab ada urusan sket kene setel segera.

Dah setel urusan, sebelum nak amik anak-anak semula, saya terfikir nak belikan sesuatu sebagai hadiah Mother's Day untuk pengasuh.

Tapi tak tau nak beli apa, sebab memang tak plan nak beli. Idea tiba-tiba je datang. Kebetulan masa tu saya di Pusat Bandar PG. Saya fikir nak beli kek jer. Kek = celebration.

Pergi survey kek kat Season. Takde yang berkenan di hati. Terus call suami, minta pendapat dia.

Dia kata, beli KFC. Sure orang makan petang-petang ni. Meriah gitu.

So saya belilah KFC. Total semua dalam RM60+. Saya ikhlaskan pembelian untuk pengasuh.

Bila masuk kereta nak gerak ke rumah pengasuh, ada bunyi whatsapp masuk. Saya check dulu.

ADA ORANG NAK HADIAHKAN SAYA TABLET!!!

aduh, tereksaited seketika. Memang sebelum tu saya ada berwhatsapp dengan seseorang ni. Minta pendapat hp mana yang bagus. Saya nak beli.  Nak ganti tablet saya ni. Sebab tablet saya sekarang dah problem sangat-sangat. Charging 25 jam tapi bateri masuk 12% jer. Huhuhu...

Tapi tak sangka lah pulak, diskas punya diskas, orang tu nak belikan tab terus untuk saya. Nak belikan XIAOMI MI PAD 2.

Saya tau xiaomi tapi tak tau xiaomi ade pad jugak. Hehehe.. orang tu beri masa untuk saya google info pasal tab xiaomi ni. Then konfemkan. Sebab dia nak terus proceed beli untuk saya.

Tak tau nak gambarkan macamana perasaan saya masa tu. Last-last saya bertenang dulu. Dan terus gerak ke rumah pengasuh.

Sambil drive, sambil recall semula keputusan nak hadiahkan pengasuh KFC sempena Mother's Day.

Allah balas 10x ganda. Dengan sesuatu yang sangat-sangat saya perlukan ketika ini.

Cerita selanjutnya bersambung di Part II.

Thursday, May 18, 2017

Bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun Untuk Darjah 1


Hari ini 17 Mei 2017, bermulalah peperiksaan pertengahan tahun Haziq sampailah minggu depan.

Persiapan? Rasanya betul-betul belajar dan ulangkaji, termasuklah untuk peperiksaan sekolah agama yang dah pun selesai minggu lepas (seminggu).

Untuk sekolah agama, bila darjah 1, 2, 3 exam, maka murid darjah 4, 5, 6 dicutikan seminggu.

Dan sekarang ni, murid darjah 4, 5, 6 exam, maka Haziq pun cutilah seminggu! Yahoooo!! (eh, Mama Haziq pulak yang over excited.. hehehe...)

Walaupun baru darjah 1, tapi terus terang saya cakap, exam sekarang ni bukan macam kita dulu-dulu. Standardnya lebih tinggi, apatah lagi lepas hari perjumpaan dengan guru-guru Haziq bulan lepas, barulah saya tahu yang ada perbezaan juga untuk kelas-kelas, walaupun baru darjah 1.

Masa saringan Linus bulan November 2016, bila keputusan dikeluarkan untuk penentuan kelas, Haziq ditempatkan kat kelas ke-9. Total kelas ada 10 kelas. Masa tu dalam hati, eh anak aku masuk kelas ke-9?, tapi saya fikir-fikir balik, alah darjah 1 je pun tak kisahlah kelas mana-mana. so okey jelah.

Masa minggu pertama persekolahan Januari 2017, diadakan minggu transisi selama 2 minggu. Kira macam orientasi gitu lah. Cikgu-cikgu buat aktiviti basic dengan murid-murid. Masuk hari keempat minggu pertama tu, cikgu call suami saya bagitahu Haziq dipindahkan ke kelas ke-2. Sebabnya penguasaan Haziq jauh lebih tinggi dan dia layak masuk kelas ke-2 dan bukannya di kelas ke-9.

Masa tu kami happy lah, dan pada masa yang sama, ada rasa cuak juga, eh darjah 1 pun dah ada standard2 ker.

Teruslah contact kak ipar dan suaminya yang kedua-duanya pegang jawatan tinggi di sekolah rendah dan jabatan pendidikan. Diorang cakap, memang macam tu, supaya cikgu boleh fokus ikut level murid-murid. Yang dah pandai baca lancar baca, takkanlah duduk satu grup dengan yang masih mengeja ataupun yang masih mengenal huruf. Begitulah contohnya.

So bila dah duduk kat kelas ke-2, rasanya Haziq boleh ngamlah (Haziq kat mana-mana pun boleh ngam. Kat kelas ke-9 pun dia happy, kat kelas ke-2 pun dia happy.. Hahahaha..)

Masa hari perjumpaan bulan lepas tu, saya tanya cikgu adakah semua topik dalam buku teks dan buku aktiviti cikgu akan cover (ajar)?

Cikgu jawab, yes cikgu akan cover semua dalam buku teks untuk semua kelas, tapi untuk buku aktiviti bergantung kepada kelas. Kelas yang depan-depan, memang akan habiskan satu buku aktiviti plus extra worksheet. Untuk kelas yang lain, ade bahagian dalam buku aktiviti yang cikgu tak cover tapi cikgu ganti dengan aktiviti / worksheet lain yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

Dalam hati saya berkata "Patutlah!!"

Patutlah homework Haziq banyak betul. 2 jam untuk satu malam kadang tak cukup untuk siapkan homework, siap sambung lagi buat homework pagi esoknya sebelum pergi sekolah. Huhuhu...

Nasib baik jugaklah saya kini jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa kat rumah, so memang tugas saya 100% lah bab ni. Kadang terfikir jugak, kalau aku masih bekerja, macamanalah anak aku. Pandai-pandailah siapkan homework sendiri. Silap-silap aku letih, aku pun tak sempat nak belek apa homework dia. Huhuhu...

Suka atau tidak, inilah yang kita para ibu bapa perlu persiapkan untuk anak-anak kita, or else anak kita yang akan ketinggalan.

Decidelah apapun yang melibatkan soal pendidikan anak-anak, tapi buatlah yang terbaik yang kita mampu dan anak kita mampu carry on.

Untuk mid year exam ni, preparation dah buat yang terbaik, selebihnya tawakal saja. Moga Allah kurniakan keputusan yang cemerlang untuk Haziq in shaa Allah :)

Monday, April 24, 2017

Dah Daftar Tadika


Lega!

Semalam selesai daftar tadika untuk Aimi. Actually bila dah masuk anak kedua nih, job survey-survey tadika dah kurang sangat dah. Sebab dah ada pengalaman sebelum ni. Takde dah sibuk nak survey tadika itu tadika ini.

Yang berbeza cumalah lokasi tadika. Since sekarang saya dah agak jarang masuk ke area Pasir Gudang, jadi dah tak carilah tadika kat sana. Yang tadika dekat-dekat dengan rumah pulak, ada banyak sebenarnya. Tapi tak begitu "memberangsangkan" untuk saya.

Kali ni, saya dan suami set kriteria yang sama :

- yuran bulan tadika mesti bawah RM200 sebulan
- tak kisah shop lot atau landed house

Ikut hati, berkenan juga nak hantar Aimi ke tadika Little Caliph, tapi bila tengok yuran pendaftaran dan bulanannya, terus tergelak sendiri. Surrendar mak! Mak memang tak mampu dek nonnn... Hahahahaha...

2 minggu sebelum ni, kami pergi ke Tadika Pintar Bistari. Yang bagusnya tadika under My Bistari Group ni, diorang dah ada 20 tahun pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, so korang imaginelah macamana dia punya sistematik tu. Dan itulah antara yang menambat hati saya dan suami.

Sampai ke tadika, kami dibawa masuk ke pejabat. Dilayan dengan sangat baik. Diberikan kerusi untuk duduk dan cikgu yang menerangkan urusan pendaftaran tadika pun sangat mesra dan well-verse.

Teringat sebelum ni, kami ada survey satu tadika yang lagi dekat dengan rumah. Masa pergi tu, main terjah aje memang takde buat appointment pun. Kami pergi pada waktu dan hari bekerja.

Tapi ade ke patut, dia suruh kami tunggu kat luar pintu grill tadika tu, for almost 15 mins? Pegi kul 3.30 pm, cubalah bayangkan dia punya panas macamana. Saya okey lagi. Suami dan anak-anak dah berpeluh lencun macam apa. Dua kali kami tanye, tadika buka ke tidak hari ni. Dia jawab buka, dia suruh kami tunggu kat luar, pastu dia tutup pintu.

Sungguh kurang sopan. At least bawaklah kami masuk ke pejabat ataupun masuk ke ruang menunggu yang selesa, kan?

Last-last suami makin panas, dia ajak kami pergi ke tadika lain.

Pergi ke tadika Pintar Bistari tu pun, kami terjah jer, takde buat appointment pun, tapi dilayan dengan sangat baik. Suami terus cakap, ok tadika ni dapat extra marks. Hehehehe..

Dah lepas survey tu, balik ke rumah. Bincang bincang bincang. Akhirnya setuju untuk hantar Aimi ke tadika ni.

Pegi buat salinan surat beranak dan amik gambar 4 keping. Isi borang pendaftaran siap-siap dan semalam submit ke tadika. Bayar pendaftaran RM100. Selebihnya bayar masa bulan 11 nanti.

Aimi my baby dah nak sekolah dah. Tetiba rasa syahdu, cepatnya anak Mama dah besar.

Saturday, April 22, 2017

Quotes of The Day


Lately, banyak sangat perkara baru yang berlaku dalam hidup saya

Ada yang positif, ada yang negatif. Tapi yang negatif tu saya cuba pandang dari sudut yang positif.

Juga ada masanya, saya banyak berfikir tentang keputusan-keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya sebelum ni.

Ada big matters decision, ada small matters decision.

Saya ni, sebelum buat satu-satu keputusan besar dalam hidup, pertamanya saya akan senaraikan pro & cons jika saya pilih yes atau no.

Masa ni, kena rasional lah. Bab-bab emosi berat sebelah semua kene tolak ke tepi.

Pastu, saya akan google. Get as much infos as I can. Kemudian, tanya pendapat mereka-mereka yang berkenaan dalam circle saya.

Lepas tu, saya buat solat istikharah. Minta Allah tunjuk yang mana yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat.

Kemudian buat keputusan berdasarkan petunjuk yang Allah berikan.

After some time, saya pernah juga terasa, perlukah untuk aku berpatah balik?

10% kata perlu
90% kata tak



"Once you've made the decision to move on, don't look back.
You will never find your future in the rear view mirror"


Also equals to


"Whatever you do, never run back to what broke you".

Tuesday, April 4, 2017

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah


Perkongsian di FB. Saya kongsikan di sini untuk panduan dan amalan bersama, in shaa Allah.

************
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. Amin.

Monday, April 3, 2017

Pengurusan Masa dan Kerja Bagi Seorang WAHM


Saya belum berkesempatan menghadiri Bengkel WAHM anjuran Pn. Khairunnisa Hamzahara, tetapi di bawah ini adalah ringkasan yang ditulis oleh seorang peserta bengkel beliau. Saya tidak sempat untuk catatkan namanya, namun beliau izinkan untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang lain.


****************************

Perkongsian dari kelas semalam yang saya rasa amat menarik adalah set minda, di bawah senarai perkara yang kita perlu aturkan dalam seharian:

1. Bangun seawal pagi jam 4, waktu yang sama setiap hari, mandi, bersiap, solat tahajjud, taubat, hajat. Selepas selesai, buat kerja WAHM itu dan berakhirnya "me time" adalah bila masuk subuh..

2. Sediakan 1 ruang utk WAHM. Di situ disediakan ruang bekerja yang lengkap. Laptop, alat tulis, file, bilik jahitan, dan lain-lain. Pastikan ruang itu kita selesa dan alert kita sedang bekerja.

3. Buat senarai harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan bagi kehidupan peribadi dan juga kerja. Ikut urutan satu pekara di satu masa. ,"if u fail to plan, u plan to fail".

4. Dalam seharian menguruskan rumahtangga dan juga WAHM, kita perlu ada waktu rehat sebentar, keluar dari kerja dan nikmati snack atau minuman ringan. Ini penting untuk mengelakkan stress.

5. Qailullah. Ambil waktu sekitar 11.30pg ke pukul 11.50pg utk lelap sekejap. Ini penting untuk merehatkan minda dan badan. Jangan lebih dari 30 min, kerana badan akan berasa penat. Kita hanya perlukan tidur yang sekejap, tapi berkualiti.

6. Pemakanan yang sihat. Simpan kurma sebagai snack. Tukarkan susu kambing utk minuman harian. Simpan makanan berkhasiat sahaja dirumah. Lama kelamaan semua akan terbiasa utk makan berkhasiat.

7. Adakan waktu tamat berkerja (punch card in & out) sebagai contoh isnin sampai jumaat, waktu 8.30~11.30pg sahaja utk benar2 berada di ruang bekerja. Ini akan membuat kita lebih fokus dan terurus. Kita akan lebih motivasi utk siapkan kerja dengan cepat, kerana kita ada masa yang kurang.

8. Akhiri waktu bekerja tadi dengan maksud benar-benar bg tumpuan pada keluarga pula. Pembahagian begini membuat kita gembira, dan keluarga juga.


Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua ibu-ibu. Moga Allah permudahkan semua urusan kita. Amin..

Monday, March 27, 2017

Haziq baca Ayat Seribu Dinar


Dalam kete masa nak anta Haziq gi sek keb


Sebelum gerak, Haziq baca doa naik kenderaan plus ayat seribu dinar


Eh, ayat seribu dinar? Rasanya Mama takde ajar Haziq ayat ni


Bila tanya, jawabnya "Kan Mama selalu baca bila naik kete nak kuar umah. Tu Haziq dengar tu"


Mama terus tacing, terus peluk cium Haziq kuat-kuat sampai bergegar-gegar kete, Haziq gelak jer tengok perangai Mama dia ni


Sekarang ni tengok jam, baru kul 2.30pm
Tapi Mama dah rindu sangat kat Haziq!!!

Monday, March 13, 2017

Mood Holiday ON!


Weekend lepas done booking hotel. Memang dah plan nak bawak anak-anak tido hotel musim cuti sekolah ni. Alah, 1 malam jer pun. Hehehe...

Since suami tak boleh nak bercuti panjang, dan cuti yang ada pun kena bahagi 2 (nak balik kampung dan juga nak bawak anak-anak bercuti tido hotel), jadi kami guna apa je masa yang ada. Yang penting, taknak terlepas MOMENT yang ada.

Actually dah lama jugaklah kami sekeluarga tak pergi bercuti ataupun pergi tido hotel. Dah sooooo long sangat rasanya. Dah plan tapi tak jadi. Dah plan pastu tak booking. Dan macam-macam lagilah. So kali ni, mesti kasi jadi juga. Lagi-lagi bila Haziq dah sekolah. Harapkan time cuti sekolah ni ajelah masa kami sekeluarga dapat berkumpul sama (Err.. tau kan cuti hujung minggu kat Johor ni tak sama between swasta & gomen?)

And now, mood holiday is already ON!! Yeayy!!

Sunday, March 12, 2017

Nak Tulis Berapa Entry di Blog Dalam Seminggu?


Dulu saya ada buat satu Blogging Logbook.

Sekarang ni bila saya review semula logbook tu, terus gelakkan diri sendiri. Set target punyalah tinggi menggunung, langsung pun tak tercapai pun sebenarnya.

Akhir tahun 2015 - target nak tulis 5 entry dalam sehari. dalam sehari uolssss... haaaa banyak tak banyaklah tu... paling banyak, saya boleh achieve 4 entry sehari. Masa tu masih lagi hantar anak ke babysitter, so saya punya ruang masa yang banyak untuk menulis.

Awal tahun 2016 - target nak tulis 3 entry dalam sehari. Yang ni ada jugaklah yang tercapai dalam bulan Jan-Feb 2016. Masuk bulan Mac dan seterusnya, makin lama makin slow. Bulan Mei, itulah bulan terakhir saya buat jadual blogging nih. Lepas tu stop terus. Busy uruskan anak-anak sebab masa ni memang dah jaga anak fulltime.

Jun 2016 - logbook senyap. Langsung tak update apa-apa dah. masa ni saya dah start join Team Usahawan Natuwrel, jadi fokus banyak kat fb jer. Dengan blog ni sekali ditinggalkan seketika.

Mac 2017 - fefeeling nak buat comeback kat blog. RINDU!

Bila dah buat comeback ni, taknak lagi dah set target yang bukan-bukan. Yang sendiri tak mampu nak capai pastu sendiri rasa tak best.

So saya target nak tulis 1-3 entry seminggu di blog. Oklah tu kan, in shaa Allah mampu nak capai walaupun mungkin bukan 100%.

Korang tulis berapa entry dalam seminggu? :)

Saturday, March 11, 2017

To Do List : Home & Biz


Bila bekerja di rumah ni kan, sebenarnya kita akan mudah terbuat kerja-kerja rumah berbanding dengan kerja-kerja bisnes.

Mata serabut tengok kain baju kotor - terus pergi basuh baju

Mata serabut tengok kain baju tak berlipat - terus pergi lipat baju

Mata serabut tengok sinki penuh - terus pergi cuci pinggan mangkuk

Mata serabut tengok rumah kotor / bersepah - kerjanya asyik kemas rumah ajer, tapi rumah tetap bersepah. Hahaha..

End up, kita kepenatan buat kerja rumah yang konfem memang takkan habis, dan yang lagi haru, kerja-kerja bisnes jadi tergendala pulak. Kalau sehari dua okey lagi, tapi kalau berhari-hari, memang haruuuuu.

Saya juga tak terkecuali. Sebabnya, saya dulu ni seorang yang perfectionist. Sampai sekarang pun masih lagi, tapi dah banyak berkurang dah. Sebab saya sendiri realize, being a perfectionist, is killing me inside. 

So kalau korang datang ke rumah saya, janganlah harap rumah saya sentiasa kemas licin berseri. Hahahaha... Bersepah tetap ada, tak berkemas tetap ada. Saya buat setakat mana yang saya boleh dan yang saya mampu. Saya bukan surirumah yang buat kerja rumah saja, tapi saya juga bekerja di rumah. Sama je macam kerja ofis tapi bezanya kerja di rumah.

Dari dulu lagi saya memang seorang yang berpegang kepada To Do List. Bukan semua benda boleh ingat satu persatu dalam kepala. Jadi kena tulis. Dulu list ni hanya untuk urusan kerja aje. Yang kat rumah boleh ingat dalam kepala.

Tapi sejak dah jadi WAHM ni, supaya tak terhanyut dek masa yang sangat mencemburui, jadi saya buat To Do List : Home & Biz. Supaya balance. Supaya maintain. Tidaklah buat kerja rumah & urusan keluarga saja sampai kerja biz terabai, dan tidaklah buat kerja biz sahaja sampai kerja rumah dan urusan keluarga terabai.

Keypointnya ialah : BALANCE & HARMONY FOR BOTH HOME & BIZ

Dan inilah writing pad saya khas untuk To Do List : Home & Biz


Harga RM4.49
Beli kat Harris Aeon Tebrau City


Apa yang saya suka tentang writing pad ni ialah :

  1. Macam buku garis satu, tapi space besar. Puas hati nak menulis.
  2. Saya buat garis tengah untuk bahagikan Home & Biz
  3. Setel job, boleh terus koyak dan buang page berkenaan (yang ni penting untuk sense of accomplishment & achievement. Hehehhe...)

So far, hidup rasa lebih teratur walau kadang rasa, eh kejap-kejap kene tengok to do list, kejap-kejap kena tengok to do list. :P

Tapi dengan adanya to do list ni lah, takde lagi urusan yang drag berminggu or berbulan. No more. Semua setel dengan kadar yang lebih cepat. Setel cepat, tenang fikiran. Setuju?

Jadi untuk WAHM out there, please please please start having your own To Do List
Tak kisahlah guna buku ke kertas ke writing pad ke, bunga-bunga ke, corak geometri ke, doesn't matter
Yang penting to do list ni bantu kita untuk urus MASA dengan lebih baik.

Cubalah!

Friday, March 10, 2017

Nak Daftar Tadika Yang Mana Satu?


Selesai urusan sekolah Haziq darjah 1, dah lega, dah boleh adapt dengan rutin, sekarang masa untuk fikir tentang Aimi pulak.

Tahun depan, Aimi umur 5 tahun, masa untuk Aimi masuk tadika.

Sampai sekarang, saya masih lagi undecided nak daftar kat tadika yang mana satu.

Niat di hati, nak masukkan ke tadika yang sama dengan Haziq (Inovasi Bestari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang), tapi nak ulang-alik Seri Alam ke Pasir Gudang setiap hari tu rasa macam jauhhhhh sangat. Almaklumlah dah lama dah tak jejak kaki ke Pasir Gudang tiap-tiap hari.

Pastu ada pilihan lain, Tadika Nur Pintar Bistari, Taman Rinting tapinya tadika ni kat shoplot betul-betul tepi jalan besar (main road). Pastu lagi takde swimming pool sendiri, tumpang yang tadika Inovasi Bestari punya. So melibatkan soal logistik jugak.

Tadika lain banyak lagi kat Seri Alam ni, tapi saya dan suami memang puas hati sangat dengan MyBistari Group, so kalau boleh nak teruskan yang sama juga untuk Aimi.

Target bulan April 2017 ni, selesai pendaftaran tadika.

Tadika mana satu ye? Undecided. Tunggu nanti.

Thursday, March 9, 2017

4 Bulan Tanpa Me Time


Hai blog!

Lamanya tak update blog. Rindu sangat!

Walaupun orang cakap, dah tak relevan nak berblogging sekarang ni, tapi saya tak rasa macam tu.

Saya tetap rasa, blogging is must, untuk orang yang suka menulis dan blogging, like me :)

Sebenarnya, saya baru baik daripada keadaan kurang sihat selama seminggu lebih.

Awal bulan 3 baru ni, saya pening kepala.. kejap pening kejap sakit kepala. So apelagi, telan panadol lah, dah namanya painkiller for fast relieve. Saya memang kene jugak buat fast method ni, sebab sekarang urusan anak-anak mostly saya uruskan. Hantar Haziq ke sekolah dan jemput Haziq balik dari sekolah, itulah antara tugasan utama saya setiap hari. So badan mesti sentiasa sihat cergas.

Tapi telan panadol, tak jalan jugak. Kepala tetap rasa pening melayang. Terrible horrible sangat rasa. Sebabnya, dalam keadaan macam tu, saya tetap perlu uruskan anak-anak macam biasa. Ada satu masa tu, saya tak konfiden nak drive. Call suami dari tempat kerja. Saya cakap saya nak mc hari ni (inilah hari pertama saya mc bila bekerja di rumah). Saya betul-betul takleh handle anak-anak sebab kepala rasa pening pusing.

Masuk beberapa hari, keadaan macam tu jugak. Asal baring jer, saya mesti tido. Tido tido tido. Asal letak kepala bantal, terus tido.Tak sempat nak fikir anak dah. Akhirnya, pergi cek kat doktor.

Blood pressure saya 80/60.

Bp saya memang rendah pun selama ni. Tapi kali ni punya rendah, betul-betul buat saya rasa pening dan pusing. Tapi muka saya tak pucat dan saya tak pitam. Alhamdulillah. It's just muka takde seri, muka macam boringg jer.. :)

So teruslah makan ubat untuk pening. Makan ubat ni, lagi saya rasa pening kepala dan nak tido. Rasanya 2 hari berturut saya amik ubat ni. Keje saya memang tido aje. Nasib baiklah masa tu Jumaat & Sabtu, Haziq tak sekolah.

Semalam saya dah mula rasa segar, cuma ada 1 waktu jer yang buat saya rasa pening sikit dan terus tido. Hari ni alhamdulillah, feel much much better syukur Alhamdulillah. Mula get back to track. Get back to work. Banyak juga kerja yang terbengkalai dalam tempoh seminggu ni, tapi in shaa Allah pasti dapat catch up semula.

Bila fikir-fikir balik, bak kata doktor - saya perlu banyak rehat, perlu minum lebih banyak air.

Yes true. Saya start jaga anak sepenuhnya bermula akhir Oktober 2016. Start dari tu sampailah sekarang, saya tiada me time. Rehat tu ada lah, but still dengan anak-anak. Saya tiada masa bersendiri. Rutin saya yang sama jualah dari celik mata awal pagi sampailah pejam mata nak tido waktu malam.

Saya penat. Badan saya penat. Otak saya penat. Sangat penat.

Hari Ahad lepas, lepas hantar Haziq ke sekolah, suami bawa saya berjalan ke Aeon Tebrau. Asalnya saya nak pergi sendiri jer, nak gi sorang jer, tapi saya rasa tak konfiden nak jalan sorang sebab saya still on medication. Takmolah pengsan ke pitam ke jatuh ke depan orang ramai.

Pergi Aeon Tebrau City, haihhh betul-betul dah berwajah baru. Second time ke sini lepas fully renovated. Pening kepalaku yang memang sedia pening. Hahahaduiii..

First - pergi Harris. Saya cari barang kerja.

Second - pergi makan kat food court. Saya teringin nak makan combo western kat situ. Sedap.

Third - suami bawak Aimi gi main kat Molly Fantasy. Saya pulak gi shopping baju anak kejap.

Fourth - jalan jalan jalan... pastu terjumpa Hokkaido Cheese Tart. Belilah 2 ketul. 1 original 1 coklat. Yang original tu sedap yang amat! Yang coklat is biasa jer.

Fifth - balik rumah.


Itu lah me time hiburkan hati. me time ke tu? hahaha..

Disebabkan tempoh saya pening tak sihat + letih ni sampai seminggu lebih, suami jadi risau. Dia pun rasa bersalah, sebab dia ingat saya okey jer, saya sentiasa steady jer, dan dia tak rasa yang saya perlu masa bersendiri. Saya pun tak bagitau dia yang saya sebenarnya tersangat letih, saya nak rehat untuk diri saya sendiri. Huhuhu...

We didn't communicate on this matter. Terlalu sibuk dengan urusan harian dan anak-anak.

Jadi semua yang berlaku ni pun, ada hikmahnya. Ia buat saya sedar dan bertambah sedar, yang saya bukannya seorang superwoman. Yang sentiasa punya kuasa dan tenaga itu ini untuk semua perkara. Ada masa saya perlu slow down and take a break. To recharge.

So sekarang ni, suami cakap, bila-bila masa saya perlukan me time, terus bagitahu dia. Dia tak kisah berapa frekuensinya, asalkan bagitau dia dan dia boleh arrange untuk saya. Hehehe.. ginilah perkahwinan. Makin lama kita rasa kita makin faham dan tak perlu nak cakap pasal benda-benda kecik, tapi hakikatnya, bukan begitu. Saya dan suami kini sedar hakikat yang satu ni.

So to all WAHMs or SAHMs, sesibuk manapun kita di rumah, please please please, know our limits. Ada orang, me timenya mesti bersama suami. Ada orang, me timenya mesti bersama anak-anak.

Tak kisahlah macamana pun, asalkan ada me time.

Dan untuk saya, me time ialah masa saya bersendiri untuk diri saya sendiri :)

"Make yourself a priority once in a while. It's not selfish.
It's necessary".

Friday, January 13, 2017

Bila Sebenarnya Start Shopping Back To School?


ni cerita flashback ye. tahun lepas punya cerita :)

Saya start shopping back to school for Haziq start daripada mid December 2016. Ini yang dikira betul-betul shopping. Sebelum tu, memang duduk rilek jela kat rumah menikmati hari cuti sekolah.

Yang first beli baju sekolah masa awal bulan November 2016, itupun sebab ada saringan Linus di sekolah kebangsaan. Wajib hadir ke sekolah dengan pakai uniform sekolah. Masa tu saya tak tau nak cari kat mana.

Tanya tanya orang, saya terus pergi kat Pasaraya Big 10 kat Masai

Kat situ brand uniform nama Newbery. Belilah sepasang harga nak dekat RM50 jugak. Telan air liur jer, biar betul harga sepasang uniform ni. Tapi masa tu tak sempat nak fikir banyak. Terus beli je.

Pastu sepanjang 2 minggu terakhir Disember 2016 - masa tu lah sibuk shopping

Bukan dapat beli semua barang dalam 1 hari

Faktor penat, faktor masa, faktor barang yang dicari tak memenuhi kriteria dan macam-macam lagilah

Tapi alhamdulillah, dapat siap semuanya sebelum Haziq start sekolah :)

Nanti saya cerita satu-satu  persiapan Back To School yer :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *