I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, November 16, 2016

Hebat Seorang Suami Kerana Isteri


Selalu tengok Tanyalah Ustaz tv9
Hari ni tukar2 channel tertengok pulak Klinik d'Hijrah tv al Hijrah
Tajuknya - Hebat Seorang Suami Kerana Isteri
.
Masya Allah, topik yang sangat menarik. Banyak input yg sgt berguna
Tapi sayang tak sempat nak duduk depan tv sebab masa tu tengah siapkan Haziq nak pergi sekolah dan mengemas sekali.
So dengar-dengar gitu aje
.
Ringkasan yg sempat didengar :

- suami isteri kene faham tanggungjawab dan hak masing-masing

- suami perlu bantu juga urusan rumahtangga jangan serah bulat-bulat kepada isteri

- sesekali suami reward isteri, tak perlu yang mewah / mahal. Yg penting sebagai tanda suami hargai isteri.

- utk wujudkan rumahtangga yg sakinah, mawaddah dan rahmah, perlu usaha dari kedua-dua suami isteri. Juga disebut dalam surah ar Ruum ayat 21 (kalau tak silap ayatnya)

- hebatnya anak lahir dari didikan ibu (ada betulnya) kerana ibu adalah guru pertama bagi anak2 bermula dari lahirnya anak dari rahim ibu.

- ibu positif, anak hebat positif. Ibu negatif, anak hebat negatif

- ibu tahu potensi setiap anak. Sebab tu layanan ibu kepada setiap anak berbeza, kerana ibu layan ikut potensi anak. Bermaksud ibu adil.

- bila isteri berleter, anggaplah ia nyanyian yg syahdu. Kisah khalifah Umar al-Khattab yang sabar apabila isterinya berleter

- isteri menarik/membawa rezeki dalam rumahtangga apabila dia taat kepada Allah, Rasul dan suami.
.
Mudah-mudahan ada manfaat utk sesiapa yang membaca tulisan ini, in shaa Allah.

Macamana Abis Ceritanya?


Tadi pasal Aimi. Sekarang pasal Haziq.

Kat astro tadi ada cerita pondok plastik tepi kubur yg Wan Maimunah berlakon. Cerita lama dah ni. Saya dah pernah tengok dulu tapi dah lupa camne ceritanya.

Tadi suami n anak2 je tengok. Saya tak tengok.

Baru kejap tadi, Haziq beriya-iya ceritakan semula cerita tu. Bersungguh-sungguh dia cerita. Saya pun layankan siap tanya itu ini lagi.

Last2 saya tanye "Haziq, macamana abis ceritanya?"

Jawab Haziq,
.
"Bila tulisan banyak-banyak naik ke atas".



Hahahahhahahaa gelak berdekah saya malam ni. 

Aimi's Words (3y 9m)


Aimi sekarang umur 3 tahun 9 bulan
.
Her words yg buat mamanya tergelak teringat-ingat
.
Syiling ▶ ciling

Nyamuk ▶ mamok

Basikal ▶ beskel

Laptop ▶ letop

Pencilbox ▶ sebox

Pampers ▶ pempers

Bayam ▶ bayang

Iqra ▶ ikok

Peti sejuk ▶ tepi sejuk

Nutella ▶ mutella

Kopi pak belalang ▶ kopi tak belalang

Lipstik ▶listip

Syampu ▶ sempu

Aquanano ▶akunano

Hospital ▶ sepital

Ultraman ▶ atomen

Susu Sustagen ▶susu sasejen


Setiap kali dengar Aimi bercakap, saya rasa happy, bangga, kelakar semua ada. Mama sayang Aimi sangat-sangat tau.

Syukur alhamdulillah sekarang Mama dah ada di rumah. Setiap hari setiap masa boleh peluk cium Aimi :)

Wednesday, November 9, 2016

Fully WAHM


Hai semua! Bersiaran di soho kecik seawal jam 5.00 am, tapi sebenarnya saya bangun lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, hari ni rasa lebih segar dan bertenaga selepas dapat tidur yang cukup.

Lama rasanya tak menulis di blog ini kan. yes, saya kesuntukan masa. Rutin kehidupan saya berubah sekali lagi.

Selepas berhenti kerja, saya masih lagi menghantar anak ke rumah babysitter setiap hari Isnin hingga Jumaat. 5 hari itu, saya pulun siapkan kerja-kerja online saya, termasuk sekali urusan pos, cod dan yang sewaktu dengannya.

Kemudian pada Februari 2016, saya dan suami decide untuk hantar anak 3 hari seminggu sahaja iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Pada masa ini, saya rasa saya dah konfiden sikit nak jaga anak (jaga tu bukan sekadar jaga je kan, makan minum pun kena jaga, emosi, dan lain-lain). So dalam tempoh 3 hari itu, saya pun kerja, 3 hari lagi saya balancekan kerja dan jaga anak dan 1 hari lagi ialah off day saya - cuti (cuti daripada online di laptop jer. hehehe...)

Dan baru-baru ini, alhamdulillah, saya menapak satu lagi anak tangga, iaitu mula jaga anak full time. Last day hantar anak ke rumah babysitter ialah pada 26 Oktober 2016 yang lalu, dan esoknya, bermulalah zaman kemerdekaan anak-anak daripada rutin ke rumah babysitter ;)

Satu perkara yang saya realize, anak-anak adalah orang yang paaaaaaaling happy dengan keputusan ini. Haziq sekarang dah 6 tahun, Aimi 3 tahun, dua-dua dah petah sangat bercakap dan menzahirkan apa yang ada di minda masing-masing.

1 minggu pertama menjaga anak full time, hahahadui saya stress. dari segi makan minum, mengaji dan lain-lain tu saya dah boleh manage dah, tapi yang stress nya sebab saya langsung tak dapat buat kerja online saya. Baru 15 minit menghadap laptop / hp, anak dah bising cari saya, merengek-rengek.

tempoh 1 hari tu, saya rasa ia berlalu dengan sangat cepat. tau-tau saja saya dah kepenatan. bayangkan, memang saya tetapkan masa untuk tidur siang untuk anak-anak sama ada around 1-3pm / 2-4 pm / 3-5 pm, tapi kadang-kadang belum apa-apa saya yang dah kepeningan, keletihan dan kemengantukan dulu. hahahaduii. anak baru 2 orang kan, kalau 4 orang ke 5 orang ke, tak tau camne rupa saya. hahahaha...

saya punya penat tu tak tau nak describe macamana. penat sungguh!

tapi alhamdulillah, dah masuk minggu kedua ni, saya dah mula rasa stabil sikit. urusan kerja online lebih teratur. urusan memasak dan mengemas dapur jadi lebih pantas. kalau dulu, 2 jam lebih je dah abis kat dapur (saya ni bukan pandai masak so amik masa lama sikitlah kat dapur), tapi dalam seminggu jaga anak ni, dalam tempoh 1 - 1 jam setengah, dah boleh siap masak plus kemas dapur dan clearkan sinki sekali. hahahahaa itu rasa macam pencapaian besar sangat dah tu untuk saya ni. hihihihi..

anyway, perjalanan saya sebenarnya masih jauh. saya salute dan tabik spring untuk ibu-ibu yang berstatus wahm (working at home mom), sambil jaga anak, sambil kerja bisnes sambil cari rezeki. lagi-lagi yang punya banyak anak. memang saya salute sangatlah. sebab wahm ni buat 2 kerja utama dalam 1 masa dan bukan semata-mata jaga anak saja.

baru kejap online, anak dah merengek. baru nak reply wassap customer, anak mintak cebok. tengah packing parcel, anak menangis nak dodoi. lepas sembahyang nak zikir + mengaji kejap, anak dah request nak makan perut lapar padahal baru je makan dan the list goes on.

serius, memang pening, sebab minda kita seolah-olah kene switch dengan begitu cepat mengikut ragam anak. tu yg minggu pertama tu, saya jadi terlebih penat sampai sakit kepala sebab tak boleh nak adapt lagi dengan rutin baru.

tapi alhamdulillah, sekarang rasa lebih okey, improvement is in progress :)

sesungguhnya dalam hati, saya bersyukur dan rasa bahagia sangat dapat jaga anak-anak sendiri. walaupun penat, walaupun pening kepala, tapi saya rasa happy inside. celik mata dapat tengok anak, pejam mata dapat tengok anak. paling best, dapat peluk cium anak anytime saya mahu. hati selalu tercuit dengan keletah anak-anak. ah, takde words boleh describe apa saya rasa sekarang ni, hanya boleh cakap i feel happy inside :)

saya nak jadi ibu terbaik untuk Haziq dan Aimi. saya nak tebus semula masa-masa yang telah saya kehilangan sebelum ini. semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan suami dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak kami. Doakan kami, ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *