I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, July 7, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Jam dah pukul 1.30am baru sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Hehhee.. beginilah hidup, banyak benda penting yang kena didahulukan dulu (hal keluarga dan anak-anak).

Dipendekkan cerita, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk semua pembaca blog My Story, My Life. Terima kasih sebab sudi baca blog saya ini walaupun saya tak tahu siapa yang membacanya. Apa yang baik dari dari blog ini jadikanlah tauladan, dan yang buruk jadikanlah sempadan dan takyah diikut ye :)

Tahun ini giliran beraya pertama di rumah keluarga saya di Johor Bahru. Tema baju raya tahun ni ialah warna purple, macam biasalah, saya yang pilih warna. Kata suami, hal-hal simple macam ni, dia follow saja asalkan jangan pilih warna pink striking tu. Hahahaha...

Raya hari Rabu, Isnin malam Selasa barulah sampai ke rumah Mama. Itupun pukul 11.30pm baru sampai, padahal jarak rumah saya dengan rumah Mama cuma dalam 20 minit sahaja. Yang buat lambat tu bab nak packing baju. Aduhaiii ini baru anak dua, lama betul mengemasnya.

Raya tahun ini sederhana sahaja, masak pun biasa-biasa sahaja. Menu yang wajib ada ialah pulut kuning, rendang daging, laksa putih, sate ayam dan daging, kuah kacang dan nasi impit. Selebihnya kuih raya dan kerepek-kerepek. Suami beli juga lemang dan lepat pulut untuk menambah menu. Kira banyak sangat dah tu.

Saya sebenarnya seronok sangat nak raya tahun ni, sebab suami cakap, tahun ni nak kami semua sekeluarga 4 orang pergi solat raya di masjid. Saya punya seronok tu, seronok sangat-sangat. Betul-betul nak pergi sangat. Sejak daripada melahirkan Haziq sampailah ke sekarang ni, rasanya saya dah tak pergi solat raya dah.

Sibuk menguruskan anak kecil di pagi raya, membuatkan saya tak sempat nak pergi solat raya. Dalam hati memang teringin sangat, tapi anak-anak kecil lagi penting kan, takkan nak suruh orang lain pulak handle anak kita kan. Tahun ni Haziq dah umur 6 tahun dan Aimi 3 tahun, kira dah besar sikit dan dah faham apa kita cakap, sebab tu suami ajak kami semua pergi solat raya.

Tapi itulah, dalam pada saya excited nak solat raya di masjid, sekali period lah pulakkk... Haihhhh sabo sangatnyaaa.. memang Allah tak izin lagi solat raya di masjid tahun ni. Redha sajalah. Jadi suami pergi dengan Haziq sahaja, bersama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Balik dari solat raya, saya dan suami beraya dulu berdua. Bermaafan berdua dalam bilik dan siap kunci pintu. Privacy sikit. Saya teremosional pula time bermaafan. Menangis berjurai-jurai non-stop. Rasa banyaknya dosa kat suami, rasa banyaknya kekurangan saya sebagai isteri dan ada juga rasa banyak menyusahkan suami. Huhuhuhu...

Dan akhirnya kami sama-sama menangis...sama-sama memohon ampun dan maaf dan berjanji berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Aidilfitri kali ini penuh kesederhanaan untuk kami, tapi betul-betul raya untuk Haziq dan Aimi. Haziq request nak sangat beg duit raya, kami belikan beg duit raya Ultraman, Aimi pun nak juga beg duit raya, kami belikan beg duit raya Frozen. In fact, Aimi request macam-macam untuk raya ni - baju raya, kasut raya, stokin raya, lipstik raya, handbag raya dan lain-lain. Meriah betul permintaan Aimi!

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua!!! :)

1 comment:

emma diana said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *