I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, July 25, 2016

Bukan Soal Susu Murah Atau Mahal


Weekend 2 minggu lepas saya bawa Aimi pergi main gelongsor kat Mcd. Itu jelah aktiviti sementara nak tunggu Haziq habis sekolah waktu tengaharinya.

Sambil-sambil tu, berborak dengan seorang ibu. Dari segi rupa, sudah agak berusia dan punya seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun. Banyak juga yang kami bualkan, pastinya perihal anak.

Beliau cakap yang beliau tidak pandai memasak. Jadi nak masak apa untuk anaknya yang seorang tu pun beliau tidak tahu. Memang banyak makan di luar sahaja. Oleh kerana kekurangan yang satu itu (tidak pandai memasak), beliau decide untuk beri susu berjenama yang mahal harganya untuk anaknya yang seorang itu. Saya mengiyakan sahaja, pagi-pagi Ahad macam ni rasa lebih nak jadi listener berbanding jadi speaker :)

Kemudian beliau cerita yang beliau tidak sependapat dengan suaminya bab susu anak ni. Beliau nak bagi susu mahal, suaminya pula cakap, tak perlu susu mahal asalkan susu itu serasi dan sesuai dengan anak, itu yang paling penting. Dan isu inilah yang buat mereka bertelagah hampir setiap hari.

Saya terdiam sejenak, "pasal susu mahal murah pun sampai nak bergaduh ke" ini dialog dalam hati.

Beliau tak habis-habis berkata susah hati bab susu ni sebab sekarang anaknya minum susu Fernleaf. Padanya, susu Fernleaf tak setanding susu mahal jenama Anmum, Enfagrow, Similac dan sebagainya. Dan beliau cakap, kalau beri susu murah, macam kita ni tak sayangkan anak dan tak kesiankan anak.

Setelah menghela nafas panjang sambil menyusun kata-kata dalam kepala, saya pun akhirnya bercakap. Rasa macam tak best pula biarkan dia bercakap seorang dan saya berdiam diri ibarat tunggul.

"Boleh saya cakap sesuatu?" Saya memulakan perbualan dari pihak saya.

"Ye cakaplah, dari tadi awak senyap saja". 

"Okey begini, saya punya anak 2 orang. Dulu yang sulung, saya berikan dia susu yang boleh dikatakan berjenama dan agak mahal juga. Sebulan belanja rm300++ hanya untuk susu dia seorang. Ini kerana saya dah cuba pelbagai jenama lain, yang murah ada, yang mahal ada, yang sederhana pun ada, tapi hanya satu jenama itulah yang serasi sangat dengan dia. Susu Similac Gain IQ Plus keluaran Abbott. Untuk adiknya pula, saya teruskan dengan jenama susu yang sama. Tapi tak pernahnya habis. Buat susu 6 oz, minum 2 oz saja selebihnya buang. Bila buang tu saya rasa sedih, sebab susu dahla mahal, anak pula taknak minum. Berkali-kali dia cakap susu ini tak sedap, tapi saya suruh juga dia minum, sebab tengok abangnya minum sedap saja. Akhirnya, saya tukar susu jenama lain".

"Oh yeke? Awak tukar susu apa? Anmum? Enfagrow? Pediasure?" Ibu ini terus bertanya dengan excited sambil terus meneka jenama susu yang mahal".

Saya senyum jer...

"Saya bagi anak saya minum susu tepung Dutch Lady".

"Dutch Lady???? Itu susu murah!!" punyalah terkejut ibu ini bila saya bagitau yang anak saya minum susu Dutch Lady aje.

"Iya, sekarang dua-dua anak pun minum susu Dutch Lady. Mereka suka dan boleh habiskan sebotol susu setiap kali minum. Takde masalah sakit perut, sembelit, atau najis keras. Takde masalah ruam, panas dan lain-lain. Semua serasi".

Ibu tadi terdiam sejenak...

Saya bertanya lagi,

"Saya beri anak saya minum susu Dutch Lady, yang mungkin dalam kategori murah seperti yang puan nyatakan tadi. Adakah itu bermakna saya ibu yang tidak sayangkan anak saya? Dan untuk anak sulung, saya beri susu Similac, adakah itu bermakna, saya sayang anak sulung sahaja dan tidak sayang anak kedua saya? Adakah nilai kasih sayang saya kepada anak-anak saya ditentukan oleh jenama susu?"

Beliau mengangguk-angguk. Mungkin faham apa yang saya maksudkan.

"Kasih sayang bukan atas faktor susu. Dan bukan soal susu murah atau mahal. Saya minta maaf ye kalau saya tersalah cakap" ujar saya dengan penuh berhati-hati.

"Terima kasih. Terima kasih sangat" ucap puan tadi sambil betul-betul eye to eye  contact dengan saya.
.
.
.
.
.
Dulu-dulu saya pun begitu juga, bab susu anak ni memang fikir banyak sangat. Tapi as time goes by, saya rasa kita sebagai ibu perlu menilai setiap situasi dengan lebih bijak.

Again, kasih sayang terhadap anak, bukan dinilaikan oleh harga susu murah atau mahal.

Thursday, July 7, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Jam dah pukul 1.30am baru sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Hehhee.. beginilah hidup, banyak benda penting yang kena didahulukan dulu (hal keluarga dan anak-anak).

Dipendekkan cerita, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk semua pembaca blog My Story, My Life. Terima kasih sebab sudi baca blog saya ini walaupun saya tak tahu siapa yang membacanya. Apa yang baik dari dari blog ini jadikanlah tauladan, dan yang buruk jadikanlah sempadan dan takyah diikut ye :)

Tahun ini giliran beraya pertama di rumah keluarga saya di Johor Bahru. Tema baju raya tahun ni ialah warna purple, macam biasalah, saya yang pilih warna. Kata suami, hal-hal simple macam ni, dia follow saja asalkan jangan pilih warna pink striking tu. Hahahaha...

Raya hari Rabu, Isnin malam Selasa barulah sampai ke rumah Mama. Itupun pukul 11.30pm baru sampai, padahal jarak rumah saya dengan rumah Mama cuma dalam 20 minit sahaja. Yang buat lambat tu bab nak packing baju. Aduhaiii ini baru anak dua, lama betul mengemasnya.

Raya tahun ini sederhana sahaja, masak pun biasa-biasa sahaja. Menu yang wajib ada ialah pulut kuning, rendang daging, laksa putih, sate ayam dan daging, kuah kacang dan nasi impit. Selebihnya kuih raya dan kerepek-kerepek. Suami beli juga lemang dan lepat pulut untuk menambah menu. Kira banyak sangat dah tu.

Saya sebenarnya seronok sangat nak raya tahun ni, sebab suami cakap, tahun ni nak kami semua sekeluarga 4 orang pergi solat raya di masjid. Saya punya seronok tu, seronok sangat-sangat. Betul-betul nak pergi sangat. Sejak daripada melahirkan Haziq sampailah ke sekarang ni, rasanya saya dah tak pergi solat raya dah.

Sibuk menguruskan anak kecil di pagi raya, membuatkan saya tak sempat nak pergi solat raya. Dalam hati memang teringin sangat, tapi anak-anak kecil lagi penting kan, takkan nak suruh orang lain pulak handle anak kita kan. Tahun ni Haziq dah umur 6 tahun dan Aimi 3 tahun, kira dah besar sikit dan dah faham apa kita cakap, sebab tu suami ajak kami semua pergi solat raya.

Tapi itulah, dalam pada saya excited nak solat raya di masjid, sekali period lah pulakkk... Haihhhh sabo sangatnyaaa.. memang Allah tak izin lagi solat raya di masjid tahun ni. Redha sajalah. Jadi suami pergi dengan Haziq sahaja, bersama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Balik dari solat raya, saya dan suami beraya dulu berdua. Bermaafan berdua dalam bilik dan siap kunci pintu. Privacy sikit. Saya teremosional pula time bermaafan. Menangis berjurai-jurai non-stop. Rasa banyaknya dosa kat suami, rasa banyaknya kekurangan saya sebagai isteri dan ada juga rasa banyak menyusahkan suami. Huhuhuhu...

Dan akhirnya kami sama-sama menangis...sama-sama memohon ampun dan maaf dan berjanji berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Aidilfitri kali ini penuh kesederhanaan untuk kami, tapi betul-betul raya untuk Haziq dan Aimi. Haziq request nak sangat beg duit raya, kami belikan beg duit raya Ultraman, Aimi pun nak juga beg duit raya, kami belikan beg duit raya Frozen. In fact, Aimi request macam-macam untuk raya ni - baju raya, kasut raya, stokin raya, lipstik raya, handbag raya dan lain-lain. Meriah betul permintaan Aimi!

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua!!! :)

Erti Hari Raya


Hari Raya is all about :

- merendahkan ego
- memohon ampun dan maaf seikhlas hati
- memaafkan seikhlas hati
- menyayangi dan mengasihi
- menghargai apa yang kita ada dan siapa yang sentiasa bersama kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *