I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, May 6, 2016

Malu Dengan Allah


Sebenarnya saya nak tulis entry ini di fb, tapi bila fikir-fikir semula, saya nak abadikan tulisan ini di blog saya, untuk ingatan saya di masa hadapan dan juga moga-moga ada manfaatnya untuk mereka yang membaca tulisan ini.


Selasa 3 Mei 2016 @ 4.45 am

Saya terjaga dari tidur sebab Haziq bangun nak buang air kecil. Selesai temankan dia di bilik air, mata saya dah cerah dan tak rasa mengantuk lagi.

Saya tengok jam, masih ada masa untuk solat Tahajud. Kalau ikutkan, macam dah lama saya tak buat Tahajud. So bila ada peluang masa seperti ini, saya taknak lepaskan.

Selesai siap-siapkan anak ke sekolah dan suami pergi kerja, saya masuk ke soho. Banyak yang saya dah plan untuk disiapkan hari ini. Saya pun mula buat kerja dan masa tengah isi borang Poslaju, saya tersengguk.

"Eh, kenapa pula ini, saya mengantuk ke?" Rasa macam tak percaya saya mengantuk sebab memang saya rasa segar sejak bangun dari awal pagi lagi.

Saya menyambung kerja.

Tahu-tahu saya saya sudah terlelap di depan skrin laptop. Mata saya bagai digam-gam, kepala rasa berat dan saya rasa mengantuk sangat-sangat. Saya kenal diri saya, kalau dah mengantuk sampai tersengguk, ubatnya pergi tidur ajelah. Tapi saya tahankan diri juga.

Tepat jam 8.50 am, saya dah tak tahan lagi. Mengantuk sangat-sangat. Saya set jam untuk bangun jam 9.15 am.

Jam berbunyi, saya postpone lagi ke 9.45 am. Lagi setengah jam, lagi setengah jam, sedar-sedar sahaja dah pukul 10.30 am!!!

Terkejut betul saya, lama sungguh saya tidur. Rasa rugi sangat-sangat tidur di waktu pagi kerana saya percaya rezeki mula masuk di waktu pagi.

Nak solat Dhuha, saya rasa malu dengan Allah, nak Dhuha apanya, tidur sampai sejam lebih waktu Dhuha. Pulak tu saya kena cepat bersiap-siap untuk ambil Haziq di sekolah. Akhirnya saya tidak solat Dhuha pagi itu, kerana mengejar masa. Sambil bersiap, saya merungut pada diri sendiri kerana tidur lama.

Sampai ke sekolah, cikgu beritahu ada kawan Haziq main baling getah, getah tu ada kat kepala Haziq, dan masa kawan tu nak ambil getah, kawannya tertepis tepi mata Haziq dan Haziq mengadu matanya sakit sangat. Saya hanya mampu mengangguk dan saya lihat Haziq masuk dalam kereta dengan muka yang monyok.

Masuk je dalam kereta dan baru je bergerak, Haziq terus menangis, ala-ala burst out. Mungkin dia tahan dari masa kat sekolah tadi. Saya biarkan sahaja Haziq menangis tapi makin lama makin kuat, siap cakap, "Haziq taknak kawan  lagi dengan xxx sebab dia tepis mata Haziq". Untuk pujuk Haziq, saya belikan air Milo kotak.

Kemudian, saya bergegas ke Shaklee branch. Masa isi order form, barulah saya perasan yang saya tak bawak handphone. Aduhaiiii, geramnya rasa. Nasib baiklah semua info customer saya dah tulis siap-siap, takde handphone pun takpe, tapi tahulah perasaan tertinggal handphone dalam situasi penting, itulah yang saya rasa.

Tiba di kaunter untuk buat payment, kad bank pula tak dapat digunakan untuk buat transaksi. Cuba 2 kali, memang tak boleh juga. Saya pula tak cukup cash di tangan pada masa tu. Ya Allah, terkial-kial saya mengorek duit di dalam handbag kot-kot terjumpa. Nasib baik cukup, akhirnya setel payment dan saya tiada lagi cash di tangan.

Selesai beli produk, saya pun buatlah kerja saya di branch. Tapi masih lagi merungut dengan masalah kad bank, masalah tak cukup cash, masalah tak bawak handphone, semuanya buat saya merungut dalam hati sambil buat kerja.

Selesai semua, saya pun bergegas untuk pulang. Keluar sahaja dari pintu branch, saya telah ditahan oleh 2 orang wanita.

"Eh kenapa pulak ni?" tanya saya dalam hati.

Dipendekkan cerita, mereka sebenarnya telah memerhatikan saya sejak dari tadi lagi. Saya aje yang tak perasan.

Mereka ingin membeli produk Shaklee dan perlukan bantuan saya. Saya berbesar hati untuk membantu, dan hasilnya, saya mencapai target saya pada hari itu pada jam 1.30 pm.

In fact, sudah lebih mencapai target.

Dalam perjalanan pulang, saya terdiam sendiri sambil memandu. Banyak yang saya fikirkan bermula dari saya bangun untuk solat Tahajud awal pagi tadi.

Banyak yang saya minta, banyak juga yang Allah beri, malah Allah beri lebih daripada apa yang saya minta. Tapi saya ini sahaja yang banyak merungut, atas perkara-perkara kecil. Sedangkan Allah memang nak beri saya sesuatu yang besar pada hari itu.

Saya malu.

Saya malu sangat-sangat.

Merungut tertidur lama.

Merungut pasal handphone.

Merungut pasal kad bank.

Merungut pasal cash tak cukup.

Banyaknya saya merungut.

Sedangkan apa yang Allah atur tu adalah yang terbaik untuk saya.

Biarpun saya tertidur lama, mungkin itu caranya Allah persiapkan saya supaya tidak mengantuk di tengahari sewaktu sedang berurusan dengan customer.

Merungut pasal handphone, sedangkan info customer sudah siap saya tulis di buku log, tak perlu refer handphone lagi dah sebenarnya.

Merungut pasal kad bank, sedangkan cash di handbag cukup walaupun terpaksa korek-korek.

But still, Allah beri rezeki banyak untuk saya hari itu. Allah beri apa yang saya perlukan.

Saya malu sangat dengan Allah, sampai ke rumah saya terus solat Taubat, mohon ampun atas segala dosa dan kelalaian saya.

Saya tidak mahu lagi merungut selepas ini, kerana saya tahu Allah sentiasa memerhatikan saya dan akan memberikan apa yang saya perlukan, pada masa yang tepat, yang hanya Allah sahaja yang tahu bilakah masa itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *