I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, April 18, 2016

Kenapa Mama Dah Lama Tak Baca Al-Quran?


Beberapa hari lalu, masa tengah layan anak-anak bermain, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu soalan daripada Haziq.

"Mama, Haziq tengok Mama dah lama tak baca Al-Quran. Kenapa Mama dah lama tak baca Al-Quran?"

Tersentak saya dibuatnya. Saya tak pasti nak beritahu bagaimana, atau nak respon macamana, selebihnya saya terkedu sebab tak sangka soalan itu yang akan terpacul keluar dari mulut Haziq yang berusia 6 tahun (baru 5 tahun lebih kalau ikut tarikh lahir).

"Mmmm.... kenapa Haziq tanya macam tu?" Saya bertanya lagi, cuba memancing soalan seterusnya.

"Yela, Mama kan selalu sembahyang, selalu mengaji. Tapi Haziq rasa dah lama Mama tak sembahyang dan tak mengaji. Kenapa Mama? Mama dah lupa ke?" jawab Haziq.

"Ooohhhh....." lega hati saya.

Pantas saya menangkap maksud Haziq. Rupa-rupanya sudah masuk 3 hari saya "bercuti" a.k.a. period, so bila period, memanglah tak sembahyang, tak mengaji semua tu. Rutin harian yang direhatkan buat seketika, paling lama pun seminggu.

Tapi nak explain pasal period kepada anak yang masih kecil, memang saya tak tahu nak mulakan macamana. Takkan nak cakap Mama tengah period. Nanti soalan seterusnya, "period tu apa, Ma?". Fikir punya fikir, ini sahaja yang dapat saya jawab,

"Yelah, Mama terlupa lah sayang. Lepas ni boleh tak Haziq ingatkan Mama untuk sembahyang dan mengaji? Sebab kadang-kadang Mama terlupa kalau Haziq tak ingatkan Mama".

"Oh, Mama lupa lah tu rupanya. Haziq dah tau dah. Ok lepas ni kalau Mama tak sembahyang dan tak baca Al-Quran, Haziq akan cepat-cepat ingatkan Mama".

Saya senyum lebar, kemudian bertanya lagi,

"Haziq suka ke Mama baca Al-Quran?"

Jawabnya,

"Ya, Haziq suka. Haziq suka dengar suara Mama baca Al-Quran, sebab tu bila Mama tak baca, Haziq teringat-ingat".

Aduhhh... entah kenapa saya rasa syahdu.

Haziq, anak sulung saya, setiap kali saya sembahyang atau mengaji Al-Quran, pada pandangan saya, dia bukanlah pay attention sangat. Dia tetap buat apa dia buat, tengok tv ke, bermain ke, kaler-kaler ke, atau apa-apa jelah, rasanya tak pernah pula dia datang duduk dekat saya bila saya mengaji.

Tapi bila dia tanya begini, hati saya tersentuh. Walaupun dia seolah-olah tak pay attention selama ni, but the truth is, dia dengar. He listened. Dia ingat. Dia capture moment tu dalam ingatan dia, dan itu yang buat saya sebak.

Teruslah terlintas di hati saya, bahawa sebagai seorang ibu :

1) Kita mesti sentiasa berbuat baik dari semua segi. Mungkin anak kita seolah tak beri perhatian, atau tak follow, tapi sebenarnya dia memerhatikan apa yang kita buat.

2) Jangan jemu beri nasihat kepada anak-anak, selagi kita punya kudrat, punya upaya, sentiasa berikan nasihat untuk mereka. Pengalaman saya sendiri, saat saya dinikahkan, Mama saya berpesan, "menjadi seorang isteri adalah permulaan kita hidup di bawah jagaan seorang suami, bukan lagi ibu bapa. Suami yang kita sebenarnya baru nak kenal siapa sebenar-benarnya dia, maka dalam proses ini, rajin-rajinlah bangun solat malam. Jadikan solat malam sebagai sahabat baik kita". Begitulah nasihat yang diberikannya untuk saya, namun saya hanya benar-benar menunaikannya apabila masuk tahun ke-6 perkahwinan. Malah kini, Mama saya masih terus berpesan yang sama kepada saya.

3) Sentiasa kongsikan dengan anak-anak, apa yang telah kita doakan untuk mereka. Supaya mereka tahu yang kita sebagai ibu takkan pernah berhenti mendoakan mereka, supaya mereka tahu bahawa kepada Allah s.w.t. sahaja tempat kita mengadu dan memohon keampuan dan pertolongan dan supaya ada strong connection dan bonding antara kita dan anak.

Sehingga sekarang, masih terngiang-ngiang di telinga saya akan persoalan Haziq tempohari, walaupun saya sudah habis period. Setiap kali memandang Al-Quran, pasti saya akan teringat pada Haziq. Semoga saya akan terus istiqamah membaca, memahami dan beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga ke akhir hayat saya.

4 comments:

Mila@Rimbun said...

Moga kita semua istiqomah membaca alQuran. Kadang2 anak dara kenit saya yg umur 17 bulan ni pun sort of "menegur", dia pergi ambik alQuran dan bagi kat saya huhu...

Siti Munirah said...

--> Mila@Rimbun, kadang-kadang Allah beri peringatan / petunjuk kepada kita melalui pelbagai cara, antaranya melalui anak-anak kita. :)

Diana Rashid said...

suami saya pernah pesan tau benda ni..kata nya..bila anak2 masih kecil ni..walau pun kita orang perempuan "bercuti" kita kena jugak bentang sejadah dan duduk je atas sejadah tu..pakai telekung macam nak solat tu..supaya anak tahu yang solat tu kena setiap hari.tak boleh tidak..

nanti dia besar bab cuti tu dia tau la.cuma untuk pengajaran masa kecik ni itu yang sebaiknya.

Siti Munirah said...

@Diana Rashid,

Thank you for the idea. Boleh dipertimbangkan, In Shaa Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *