I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, April 26, 2016

Doa Untuk Anak-Anak, Di Depan Anak-Anak


Saya spesifikkan satu masa, berdoa untuk anak-anak, di depan anak-anak, dengan menggunakan bahasa Malaysia.

Bezanya, sebelum ini jika saya berdoa menggunakan ganti nama "aku", tapi bila berdoa untuk anak-anak di depan anak-anak, saya gunakan ganti nama "Mama".

Saya panggil anak-anak duduk bersila di depan saya, tadah tangan dan dengar doa saya. 

Apa yang saya inginkan untuk anak-anak, saya sebut satu persatu. Saya dapat melihat reaksi wajah mereka, diam sambil memberi sepenuh perhatian terhadap doa saya.
.
.
.
.
Semalam, semasa anak-anak sedang bermain dan berbual sesama mereka, saya pasang telinga...

H = Haziq, A = Aimi

H : Adik sayang Mama tak?

A : Sayang. Abang sayang Mama?

H : Mestilah sayang. Mama kan selalu doa untuk kita. Abang suka bila Mama doa untuk kita berdua.

A : Aimi pun.

Lepas tu kedua-duanya saling mengusik, bermain dan bergelak ketawa.
Perbualan anak-anak yang cukup singkat, namun sangat terkesan di hati saya.
.
.
.
.
Semoga saya sebagai seorang ibu, sentiasa sabar, ikhlas dan redha dalam mendidik anak-anak. Saya doakan sahabat semua yang telahpun menjadi ibu atau bakal menjadi ibu juga sentiasa sabar, ikhlas dan redha mendidik anak-anak :)

Monday, April 25, 2016

Tulisan Haziq Yang Buat Mama Happy, Seronok, Tergelak, Syahdu Pun Ada


Di sini saya abadikan tulisan tangan Haziq semasa dia berusia 6 tahun (sekarang). Alhamdulillah, sejak dah pandai menulis ni, macam-macam yang dia tulis, seronok saya melihatnya.

Abah, Mama, Tok Wan, Nenek


Barangan di ruang tamu dan dapur



Makanan yang Mama masak.
Jempuk-jempuk = jemput-jemput
Terguling-guling Mama gelak, rasa macam 
kena hempuk membaca jempuk-jempuk! Hahaha..


TQ Cikgu-Cikgu ajar Haziq sampai Haziq boleh menulis dan membaca. Semoga Allah s.w.t. kurniakan ganjaran pahala yang sangat besar untuk cikgu semua :)

Thursday, April 21, 2016

Roti Bom Segera, My Feveret


Pertama kali beli dan terus tersuka!

Ini dia roti putar a.k.a. roti bom keluaran Zaimah Frozen Foods. Jangan ditanya berapa harganya sebab saya tak ingat :)

Dalam 1 pek ni ada 8pcs roti putar, satu kali masak, goreng 4 pcs. Dapatlah sorang satu, cukup dah tu, memang kenyang sangat dah. Hehehe...




Cara masak :

1) Panaskan sedikit sahaja minyak masak dalam non-stick frying pan.

2) Balik-balikkan roti anggaran 1 belah roti tu dalam 2-3 minit. Ini agak-agak jela ye, apapun pastikan bahagian tengah roti tu masak sepenuhnya.


Selalunya saya makan roti bom ni begitu saja, yang ini memang plain, takde inti apa-apa, itupun dah cukup sedap dah pada saya. Hehehe..

Kadang-kadang, saya cicah dengan susu manis ataupun kuah kari. Memang sedap, boleh buat sebagai sarapan ataupun minum petang :)

Wednesday, April 20, 2016

Gambar Buku Tadika Semester 1 (Umur 6 Tahun)


Dapat juga saya upload gambar buku-buku tadika yang Haziq pelajari di sekolahnya.

Ini untuk Semester 1 sahaja ye, untuk buku sahaja, jumlahnya RM100. Boleh lihat details bayaran yuran di sini.





Untuk senarai subjek dan subtopik yang dipelajari di tadika untuk Semester 1 umur 6 tahun, boleh lihat di sini.

Tuesday, April 19, 2016

Cara Gaul Ayam Dengan Garam dan Kunyit Supaya Jari Tidak Menjadi Kuning


Err... fenin memikir tajuk apa untuk entry ni.

Ini sesuai untuk ibu-ibu, bapa-bapa ataupun orang bujang yang jarinya jadi kuning kesan daripada menggaul ayam dengan kunyit sebelum digoreng.

Suami saya ada berkongsi satu cara, yang diberitahu oleh rakan memancingnya. Hehehee.. pergi mancing bukan bawak balik ikan ajer, siap bawak balik info baru, sangat-sangat membantu isterinya bila tiba bab nak goreng ayam dan ikan. Hehehe..

Selalunya, sebelum goreng ayam dan ikan, saya akan gaul rata kunyit, serbuk kunyit, kadang-kadang letak serbuk cili, bawang putih dan lain-lain ramuan. Hasilnya, jari jadi kuning, kadang-kadang tak berapa gemar tengok macam tu, lagi-lagi kalau lepas tu nak keluar pergi jalan-jalan.

So ini dia cara paling mudah nak gaul ayam dan ikan sebelum digoreng :

Cara gaul ayam dengan garam dan kunyit
supaya jari tidak menjadi kuning


3 langkah super mudah :

#1 - Taburkan garam, serbuk kunyit, serbuk cili dan lain-lain ke atas ayam yang telah diletakkan di dalam bekas aiskrim.

#2 - Tutupkan dengan penutup bekas aiskrim dan goncang-goncangkan bekas tersebut.

#3 - Buka penutup dan ayam siap sedia untuk digoreng!


Paling best, jari jemari tak kuning :)

Selamat mencuba! :)

Monday, April 18, 2016

Kenapa Mama Dah Lama Tak Baca Al-Quran?


Beberapa hari lalu, masa tengah layan anak-anak bermain, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu soalan daripada Haziq.

"Mama, Haziq tengok Mama dah lama tak baca Al-Quran. Kenapa Mama dah lama tak baca Al-Quran?"

Tersentak saya dibuatnya. Saya tak pasti nak beritahu bagaimana, atau nak respon macamana, selebihnya saya terkedu sebab tak sangka soalan itu yang akan terpacul keluar dari mulut Haziq yang berusia 6 tahun (baru 5 tahun lebih kalau ikut tarikh lahir).

"Mmmm.... kenapa Haziq tanya macam tu?" Saya bertanya lagi, cuba memancing soalan seterusnya.

"Yela, Mama kan selalu sembahyang, selalu mengaji. Tapi Haziq rasa dah lama Mama tak sembahyang dan tak mengaji. Kenapa Mama? Mama dah lupa ke?" jawab Haziq.

"Ooohhhh....." lega hati saya.

Pantas saya menangkap maksud Haziq. Rupa-rupanya sudah masuk 3 hari saya "bercuti" a.k.a. period, so bila period, memanglah tak sembahyang, tak mengaji semua tu. Rutin harian yang direhatkan buat seketika, paling lama pun seminggu.

Tapi nak explain pasal period kepada anak yang masih kecil, memang saya tak tahu nak mulakan macamana. Takkan nak cakap Mama tengah period. Nanti soalan seterusnya, "period tu apa, Ma?". Fikir punya fikir, ini sahaja yang dapat saya jawab,

"Yelah, Mama terlupa lah sayang. Lepas ni boleh tak Haziq ingatkan Mama untuk sembahyang dan mengaji? Sebab kadang-kadang Mama terlupa kalau Haziq tak ingatkan Mama".

"Oh, Mama lupa lah tu rupanya. Haziq dah tau dah. Ok lepas ni kalau Mama tak sembahyang dan tak baca Al-Quran, Haziq akan cepat-cepat ingatkan Mama".

Saya senyum lebar, kemudian bertanya lagi,

"Haziq suka ke Mama baca Al-Quran?"

Jawabnya,

"Ya, Haziq suka. Haziq suka dengar suara Mama baca Al-Quran, sebab tu bila Mama tak baca, Haziq teringat-ingat".

Aduhhh... entah kenapa saya rasa syahdu.

Haziq, anak sulung saya, setiap kali saya sembahyang atau mengaji Al-Quran, pada pandangan saya, dia bukanlah pay attention sangat. Dia tetap buat apa dia buat, tengok tv ke, bermain ke, kaler-kaler ke, atau apa-apa jelah, rasanya tak pernah pula dia datang duduk dekat saya bila saya mengaji.

Tapi bila dia tanya begini, hati saya tersentuh. Walaupun dia seolah-olah tak pay attention selama ni, but the truth is, dia dengar. He listened. Dia ingat. Dia capture moment tu dalam ingatan dia, dan itu yang buat saya sebak.

Teruslah terlintas di hati saya, bahawa sebagai seorang ibu :

1) Kita mesti sentiasa berbuat baik dari semua segi. Mungkin anak kita seolah tak beri perhatian, atau tak follow, tapi sebenarnya dia memerhatikan apa yang kita buat.

2) Jangan jemu beri nasihat kepada anak-anak, selagi kita punya kudrat, punya upaya, sentiasa berikan nasihat untuk mereka. Pengalaman saya sendiri, saat saya dinikahkan, Mama saya berpesan, "menjadi seorang isteri adalah permulaan kita hidup di bawah jagaan seorang suami, bukan lagi ibu bapa. Suami yang kita sebenarnya baru nak kenal siapa sebenar-benarnya dia, maka dalam proses ini, rajin-rajinlah bangun solat malam. Jadikan solat malam sebagai sahabat baik kita". Begitulah nasihat yang diberikannya untuk saya, namun saya hanya benar-benar menunaikannya apabila masuk tahun ke-6 perkahwinan. Malah kini, Mama saya masih terus berpesan yang sama kepada saya.

3) Sentiasa kongsikan dengan anak-anak, apa yang telah kita doakan untuk mereka. Supaya mereka tahu yang kita sebagai ibu takkan pernah berhenti mendoakan mereka, supaya mereka tahu bahawa kepada Allah s.w.t. sahaja tempat kita mengadu dan memohon keampuan dan pertolongan dan supaya ada strong connection dan bonding antara kita dan anak.

Sehingga sekarang, masih terngiang-ngiang di telinga saya akan persoalan Haziq tempohari, walaupun saya sudah habis period. Setiap kali memandang Al-Quran, pasti saya akan teringat pada Haziq. Semoga saya akan terus istiqamah membaca, memahami dan beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga ke akhir hayat saya.

Monday, April 4, 2016

Ada Yang Nak Tahu Ke Macamana Cara Balut Buku?


Baru kejap tadi saya check keyword yang membawa pengunjung ke blog saya, antaranya ialah "cara nak balut buku".

Untuk saya yang memang suka balut buku, saya rasa memang mudah sangat. Tapi bila terpandang keyword ni, terdetik di hati saya, ada orang yang perlukan tutorial cara-cara membalut buku.

Ada yang betul-betul perlukan ke? :)

Kalau ada, saya boleh buat tutorial ni. In Shaa Allah sangat mudah untuk difahami dan diikuti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *