I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 7, 2016

Urusan Pendaftaran Sekolah Kebangsaan Darjah 1, Sekolah Agama dan Survey Sekolah SRIP (Part 2 of 3)


Selesai survey di SRIP, kami terus bergegas ke sekolah kebangsaan (SK). Macam biasa, isi nama di buku pelawat di guard house. Lepas tu terus pergi ke pejabat. Saya berharap moga-moga tiada ramai parents jadi urusan pendaftaran cepat siap. Hehehe..

Bila sampai ke pejabat, ada lah dalam 5 orang parents sedang menunggu. Bila tiba turn saya, saya pun seronoklah. Tup-tup staff tu bagitahu,

"Kak, yang sampul surat bersetem ni, nama anak ye kak".

Alamak! Saya pergi tulis nama suami. Hihihihi...

"Oh yeke, sorilah, saya tertulis nama ayahnya pula. Mmmm, salah saya kan, yang nak sekolah tu anaknya, bukan ayahnya kan".

Terus staff tu gelak. Terkejut ai dibuatnya.

Then saya cakap saya nak pergi beli envelope baru di koperasi sekolah. Jadi staff tu return semula dokumen saya suruh daftar semula bila semua dah complete.

Bila sampai ke koperasi, takde jual envelop saiz rectangle biasa tu. Yang ada jual saiz A4. Amboi besarnya, takpelah beli jelah. 60 sen harganya.

Terus saya tulis nama Haziq, alamat rumah dan tampal setem yang baru. Walaupun diberitahu tampal setem 60 sen, saya tampal setem RM1 sebab itu setem yang saya ada. Maka berkobar-kobarlah saya naik ke pejabat semula (Pejabat di first floor, koperasi di ground floor).

Sampai je kat pejabat, aduhai, parents dah bertambah ramai. Terpaksalah saya queue sekali lagi. Sambil tu, sempatlah bersembang dengan ramai parents. Collect seberapa banyak info tentang sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ada sorang parent tu bagitau, ini pendaftaran sekolah untuk anak ketiganya, jadi dia share info - sekolah kebangsaan darjah 1, 2, 3 ialah sesi petang jadi sekolah agama sesi pagi. Sekolah kebangsaan darjah 4, 5, 6 ialah sesi pagi jadi sekolah agama ialah sesi petang.

Bila tiba turn saya, staff pejabat bagi satu "Borang Penempatan Murid Tahun 1" untuk diisi. Punyalah laju saya tulis, sampai suami cakap, "Sabar Ma, takkan lari pejabat dikejar". Hahahahhaa, pejabat memang tak lari, tapi Mama is excited ohkay. Hahahahaha...

Dah sudah tu, saya submit borang dan staff bagi saya surat biru kecik. Surat untuk datang semula ke sekolah bulan Ogos 2016 nanti untuk pengesahan pendaftaran.

Jadi, bulan Ogos 2016 nanti, saya perlu hadir semula ke sekolah untuk membuat pengesahan dan membawa :

1) Sijil lahir anak yang original
2) Surat biru yang pejabat sekolah bagi tadi

Maka selesailah urusan pendaftaran. Sempat juga kami round-round sekitar sekolah (kat area dekat-dekat pejabat dan koperasi jer). Nampaknya kebersihan memang di tahap yang sangat memuaskan. Kelas pun luas nampaknya. Nampak juga beberapa orang cikgu sentiasa round di kawasan sekolah. Nampak juga cikgu disiplin (agaknyelah) yang tengah mendisiplinkan murid-murid. Tersenyum sendiri kami dibuatnya.

Yelah, dulu kita datang ke sekolah sebagai murid.
Sekarang kita datang ke sekolah sebagai ibu bapa murid.
How time flies dan usia juga makin meningkat.

Next destination --> pendaftaran sekolah agama darjah 1 :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *