I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 7, 2016

Urusan Pendaftaran Sekolah Kebangsaan Darjah 1, Sekolah Agama dan Survey Sekolah SRIP (Part 1 of 3)


Semalam, selepas hantar Haziq ke tadikanya, bermulanya tugasan kami untuk mendaftar Haziq ke darjah 1.

Sejak Haziq berusia 4 tahun, saya sudah niatkan di dalam hati, yang saya ingin masukkan Haziq ke Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP), iaitu sebuah sekolah rendah private yang bertempat di Bandar Seri Alam.

Namun, saya belum pernah berkesempatan untuk hadir ke SRIP bertemu pihak pengurusan dan bertanyakan tentang soal bayaran, silibus sekolah dan lain-lain. Jadi hari Ahad semalam (6 Mac 2016) adalah hari kami pergi survey sekolah tersebut.

Walaupun hasrat di hati nak masukkan anak ke sekolah private, saya tetap siapkan dokumen untuk pendaftaran Haziq ke darjah 1 sekolah kebangsaan, lebih awal. Kata rakan-rakan saya, kalau betulpun kita nak masukkan anak ke sekolah private, kita mesti daftar dulu anak kat sekolah kebangsaan (sekolah kerajaan). Lepas tu kalau nak tukar ke sekolah private, just jumpa pihak pejabat sekolah kebangsaan (SK) dan maklumkan nak masukkan anak ke sekolah private.

Bila masa nak daftar anak untuk darjah 1?

Pendaftaran dibuka seawal 2 tahun sebelum anak masuk darjah 1 (setiap 1-31 Mac).

Maksudnya, macam Haziq, tahun 2017 darjah 1 kan, jadi masa tahun 2015, dah boleh daftar dah.

Tapi entahlah kenapa, masa sepanjang bulan Mac 2015, saya langsung tak alert pasal pendaftaran darjah 1 ni. Sibuk sangatlah dengan kerja, langsung tak teringat. Huhuhu...

So bila masuk je bulan Mac 2016, saya terus ingat, apa taknya, siap tulis besar-besar dalam planner. Sebabnya, kalau tak daftar jugak, dengar-dengarnya kena naik sampai ke pejabat pendidikan bila nak daftar anak masuk sekolah. So disebabkan nak mengelakkan segala kelecehan, tu yang saya cepat-cepat pergi daftar.

Saya call pejabat sekolah kebangsaan hari Khamis 3 Mac 2016 dan bertanyakan dokumen yang perlu disediakan untuk pendaftaran darjah 1.

Ini senarainya :

1) IC Ibu Bapa - original dan salinan
2) Sijil Lahir anak - original dan salinan
3) Bil Air / Bil Elektrik - original dan salinan
4) MyKid - ori dan salinan
5) Sampul surat bersetem 60 sen beralamat sendiri

Hari Ahad tu, bila sampai je depan SK, baru teringat yang IC suami belum lagi difotostat. Maka pergilah kami ke kedai fotostat, tapi kedai pun belum buka lagi. Hehehe... Jadi kami pergi survey ke sekolah SRIP dahulu.

Sampai ke sekolah SRIP, kami disambut oleh wakil pengurusan sekolah. Sekolah ini terletaknya di bangunan rumah kedai di mana 3 lot rumah kedai dimiliki oleh sekolah ini (dari tingkat bawah ke tingkat 2, total semua sekali 3 tingkat).

Mula-mula sekali kami bertanyakan tentang background sekolah, kumpulan pengajar dan kumpulan sokongan. Kemudian terus tanya tentang bayaran. Private school kan? :)

Bayaran pendaftaran darjah 1 sesi 2016


Sekolah Rendah Islam Pintar
No. 10, Jalan Gunung 28,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor.
No. Telefon : 07-3806072

Item A - bayaran pendaftaran pelajar baru ialah RM150, sekali sahaja bayar. Bila masuk darjah 2 dan seterusnya, tak perlu bayar lagi.

Item B, D, E, F, G - bayaran tahunan
B - Yuran Tahunan (RM100)
D - Lembaran Kerja (RM100)
E - Riadah / Sukan (RM50)
F - Pusat Sumber / Maklumat (RM70)
G - Yuran Kokurikulum (RM50)

Item C - bayaran bulanan
C - Bayaran Bulanan (RM300)

Harga Buku Teks (RM79.60) - untuk setahun
Subjek :
1) Bahasa Melayu
2) English
3) Matematik
4) Pendidikan Islam
5) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6) Sains dan Teknologi
7) Bahasa Arab

Harga Kitab (RM40.00) - untuk setahun
Subjek :
1) Ibadat
2) Tauhid
3) Akhlak
4) Al-Quran
5) Bahasa Arab
6) Sirah
7) Jawi

Buku Tulis (RM20.00) - untuk setahun

Uniform dan Baju Sukan - belilah berapa pasang untuk keperluan.

Sesi pembelajaran : 8.00 am - 4.15 pm

Waktu rehat : 10.00 am - 10.30 am & 1.00 pm - 2.15 pm (makanan disediakan)

Selepas tamat sesi pembelajaran, ada kelas mengaji, tapi yang ini bayarannya RM25 sebulan. Terpulang kepada parents nak ambil kelas ni untuk anak atau tidak. Kelas mengaji bermula jam 4.15 pm - 5.00 pm.

Selepas itu pelajar boleh pulang ke rumah (asrama tidak disediakan).

Transport disediakan. Boleh berhubung dengan pihak sekolah.

On paper, semua nampak okey kan. Saya terus rasa berminat :)

Kemudian, saya request untuk melawat ke setiap kelas, makmal sains, perpustakaan dan bilik kemahiran hidup.

Masa naik ke atas ni, saya buka kasut (tapi saya pakai stokin hitam).

Overall selepas melawat :

Yang bagus di mata saya :

1) Satu kelas ada maksimum 20 orang murid. Untuk darjah 1, kuota dibuka untuk 2 kelas sahaja, tapi permintaan yang tinggi menyebabkan mereka buka sehingga 3 kelas (pada tahun 2016). Tapi untuk tahun 2017, mereka nak strict kepada 2 kelas sahaja.

2) Pada saya, cikgu akan lebih fokus kepada setiap murid apabila jumlah murid tidak begitu ramai untuk satu-satu kelas.

3) Sesi pembelajaran termasuk dengan subjek sekolah agama sekali. Sama seperti yang belajar kat sekolah agama. Jadi anak tak perlu berpenat bersusah nak transit kemudian nak pergi ke sekolah agama pulak. Semuanya ada di satu sekolah (silibus sekolah kebangsaan + sekolah agama).

4) Silibus sekolah follow silibus kementerian pendidikan. Jadi walaupun sekolah swasta, pelajaran tetap sama macam yang di sekolah kebangsaan.

5) Rak buku disediakan untuk setiap pelajar.

6) Tandas bersih.


Yang tak berapa bagus di mata saya :

1) Keadaan kebersihan sekolah tidak begitu memuaskan. Saya pergi pada hari pertama minggu (hari Ahad), tapi keadaan lantai, kipas, tingkap, dinding dan lain-lain agak kotor. Bila saya bertanya, "sekolah ni ada cleaner khusus tak?", jawapannya "Tiada. Staf sekolah yang buat kerja pengurusan jugalah yang buat kerja cleaning".

2) Condition meja kerusi ada yang bagus ada yang kurang bagus. Ada yang kotor dan comot.

3) Disebabkan experience kerja saya banyak berkaitan dengan System, Safety and Health, saya tanya juga tentang fire drill. Yelah sekolah padat macam tu, bagaimana mereka buat fire drill? Bila ditanya lanjut, jawapannya "Ye, kami buat cara memadamkan api tahun lepas. Bulan November. Kami belum pernah buat evacuation. Belum ajar lagi murid-murid macamana nak lari bila berlaku kebakaran".

Errr... lari??? kebakaran??? shop lot?? tetttt!!!!

4) Keluar daripada bangunan sekolah selepas survey, baju saya dah basah lencun. Panas dan berpeluh-peluh. Stokin saya yang hitam tu, terasa berdebu. Boleh bayangkan tak keadaan dalam kelas macamana? Masa saya survey tu, murid-murid semua takde dalam kelas. Mereka tengah berkumpul kat dewan. Jadi saya survey kelas masa tiada murid-murid, pun saya dah rasa panas dan sesak. Macamana pula kalau ada murid-murid?

5) Berselisih dengan beberapa orang guru. Ada dalam plus minus 10 orang. Tapi tak seorang pun tegur kami yang memang datang ke sekolah, bukannya lalu depan sekolah (Bab ni, saya ok jer, bersangka baik jer, cikgu-cikgu tengah sibuk kot, tapi suami saya lain pendapatnya, pada dia greet people and say "Assalamualaikum", tak sampai 20 saat pun).

6) Aktiviti sukan / ko kurikulum dijalankan di atas padang open. Mmmm.. macamana nak cakap ye. Kat depan sekolah tu ada satu padang tau. Haa kat situlah mereka buat aktiviti sukan / ko kurikulum (bukan compound milik sekolah).

Dah siap survey, kami pun minta diri untuk balik. Kalau nak booking, bayar RM150 dulu katanya, tapi kami cakap, nak balik fikir dahulu.

Saya sendiri, dah suka sangat sekolah SRIP ni, tapi itulah, bab stuffy, panas, lemas dan tak berapa bersih, tu yang rasanya hold me back. Tapi takpela, fikir dulu.

Selepas itu, kami terus pergi ke SK.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *