I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 25, 2016

Jangan Mudah Menilai Atau Menghukum, Silap-Silap Timbangan Dosa Akan Bertambah


Apabila saya scroll newsfeed di FB, kadang-kadang terberhenti membaca status yang menulis tentang perkara-perkara seperti,

- konsert XYZ inilah yang merosakkan orang M....U
- kecik-kecik dah suruh menyanyi, tayang body bla bla bla ini semua tiket ke neraka
- tua muda semua nak menyanyi ajer, apa nak jadi

(ini contoh sahaja).

Saya hanya mampu menghela nafas yang panjang. Mudahnya mereka ini berkata begitu begini kepada orang lain / sekumpulan orang lain, seolah-olah diri ini malaikat.

Jika pun ingin menegur, ada tertibnya. Usahlah kita terpekik-pekik sehingga menyerlahkan kedangkalan diri pula.

Apatah lagi, apabila kita melihat satu sisi kehidupan seseorang itu, mudah sahaja kita menilai dan menjatuhkan hukum.

"Oh patutlah budak ni macam tak cukup zat aje, mak bapak sibuk kerja cari duit sampai anak pun terabai".

"Kesiannya dia dapat suami / isteri macam tu, terpaksa tebalkan muka je lah jawabnya"

(ini contoh sahaja).

Baru sahaja lihat satu sisi yang mungkin 1% sahaja, kita sudah judge 99% kehidupannya yang lain.

Tak malukah kita? Sempurna sangatkah kehidupan kita?

Sama jugalah macam perkongsian yang ditulis di blog.

Kita follow blog orang tu, follow blog orang ni, baca setiap entry dia, dan terus cop diri sendiri tahu benar tentang kehidupan yang dia lalui.

Sedangkan, apa yang dia tulis di blog pun, mungkin sekadar 1% sahaja daripada perjalanan kehidupannya.

Kesimpulannya, jangan mudah memberatkan timbangan dosa sendiri, dengan menilai dan menghukum seseorang yang lain. Bersangka baiklah dan doakan sahajalah yang baik-baik untuknya. Mudah-mudahan doa kita itu diangkat di sisi Allah s.w.t. dan dimakbulkan.

Jika kita doa yang baik-baik, malaikat pun akan  mendoakan kita. Tak teringinkah nak didoakan oleh para malaikat? :)




Berlapang dada.
Bersangka baik.
Doakan yang baik-baik.
Semoga kita juga beroleh pahala untuk kita bawa ke sana nanti, in shaa Allah.

1 comment:

Diana Rashid said...

Betul..baik doakan yang baik2 je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *