I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 1, 2016

Buku Iqra' 1 Hingga 6


Januari 2015.

Ini adalah permulaannya saya hantar Haziq mengaji Iqra' di rumah jiran kepada pengasuh Haziq dan Aimi.

Saya akui pada masa ini, saya tidak ambil kisah langsung tentang bacaan Iqra' Haziq.

Yang saya tahu, beli buku Iqra' seperti yang diperlukan dan bayar yuran RM10 sebulan.

Apa yang Haziq baca, apa yang Haziq belajar, langsung saya tidak ambil tahu. Tak sempat nak ambil tahu.

Saya tidak malu untuk mengakuinya di sini (di blog saya kan), sebab saya nak ibu-ibu yang sibuk bekerja ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah saya ini. Mudah-mudahan.


Towards end December 2015.

Masuk ke akhir tahun 2015, saya dan suami mula berfikir tentang bacaan Iqra' Haziq. Kami mula berfikir untuk hantar mengaji kat tempat lain / kat rumah orang lain, yang lebih dekat dengan rumah kami. So saya mula survey-survey, tanya kawan-kawan tempat mengaji yang diorang rekemen dan saya mula hubungi satu persatu.

Entah kenapa, tidak ada satupun tempat mengaji / rumah mengaji itu yang memenuhi kriteria saya dan suami. Ada yang ok, ada yang tak ok, tapi takde satu pun yang buat kami rasa nak hantar Haziq pergi mengaji di situ.

Bila buntu, saya buat solat Istikharah. Saya tak tau apa nak buat. Saya tak tahu nak hantar Haziq ke mana untuk belajar mengaji.

Selepas beberapa hari, saya seolah-olah beroleh petunjuk yang didetikkan di dalam hati. Siapa yang mendetikkan hati saya? Pastinya Allah s.w.t.

Detikan itu ialah,

"Saya sendiri yang perlu ajar Haziq mengaji, tak perlu hantar ke tempat lain".

Masa tu saya rasa keliru, sebab langsung tak pernah terlintas dalam hati saya untuk ajar Haziq mengaji. Saya boleh mengaji, tapi nak mengajar tu saya betul-betul rasa tak konfiden.

Then saya doa lagi, moga Allah permudahkan jalan untuk saya. Saya tak tau bagaimana nak mula dan macamana nak mula (Saya nervous sebenarnya).

Sedikit demi sedikit, urusan ini mula menjadi mudah.


December 2015

Saya berjumpa dengan jiran yang mengajar Haziq. Bertanyakan bagaimana Haziq sewaktu mengaji, pencapaian dia, attitude dia etc etc (Korang percaya tak, sepanjang tahun 2015, takde sekali pun saya bincang dengan jiran tentang ni, sedangkan boleh dikatakan kami berjumpa setiap hari. Ibaratnya saya menyerahkan 100% urusan mengaji Haziq kepada beliau. Saya sendiri pun tak faham kenapa saya jadi begitu. Sibuk kerjakah?).

Beliau terangkan yang Haziq sekarang baca Iqra' 3 dan juga attitude Haziq sewaktu mengaji. Mmmm.. yang tak berapa best didengar lah, tapi saya tetap beri perhatian dan bertanya tentang teknik-teknik mengajar mengaji.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian dan kesabaran beliau mengajar Haziq mengaji sepanjang tahun 2015 ini dan juga beritahu yang saya tidak akan teruskan (Haziq mengaji) untuk tahun 2016.

Balik ke rumah, saya berfikir sendiri.

Januari hingga December 2015 = 12 bulan, tapi Haziq baca sehingga Iqra' 3 sahaja. Haziq slow sangat ke nak pickup apa yang diajar? Atau susah sangat ke nak mengajar budak-budak membaca Iqra'? Sungguh banyak yang saya fikirkan sampai sakit kepala.

Kemudian, saya ambil masa untuk bertenang. Tenangkan diri.

Slowly, saya mula plan bagaimana nak mengajar Haziq. Saya mula belek setiap helaian buku Iqra', saya baca arahan yang tertulis dalam buku, saya baca setiap satu sehinggalah akhirnya saya sendiri berkata,

"Oh, senang aje!"

Daripada situ, barulah terasa beban kat kepala ni hilang. Saya fikir, saya mulakan dulu mengajar Haziq membaca Iqra', jika saya tak pasti, saya masih boleh rujuk kepada ibu bapa saya atau ibu bapa mertua. Yang penting, saya mulakan dahulu. Jangan sibuk nak beri alasan jer.

Ini dia buku Iqra' Haziq.

Buku Iqra' 1 hingga 6
Warna pink complete buku 1 hingga 6 (RM12)
Saya beli di Pustaka Arris, Pusat Bandar Pasir Gudang
Kalau nak beli berasingan pun boleh, rujuk kepada warna-warna buku di atas


January 2016.

Saya mula mengajar Haziq mengaji. Ya Allah, sangat menguji kesabaran dan ketahanan diri. Haziq sampai menangis waktu mengaji, katanya saya garang. Saya pula sampai menangis waktu mengajar Haziq mengaji, sebab geram kenapa Haziq tak boleh nak sebut dengan betul dan jelas.


February 2016.

Alhamdulillah, kini masuk bulan kedua saya mengajar Haziq membaca Iqra' dan saya dapat rasa semuanya kini menjadi lebih mudah, cuma kadang-kadang bila sibuk tu yang ada masa ter skip juga mengaji ni. Huhuhu... Akan diperbaiki.

Saya berazam untuk mengajar Haziq mengaji sebaik-baiknya. Target saya, 1 bulan, habis baca 1 buku Iqra' :

January 2016 - Iqra' 1
February 2016 - Iqra' 2
March 2016 - Iqra' 3
April 2016 - Iqra' 4
May 2016 - Iqra' 5
June 2016 - Iqra' 6

Saya juga bagi grace period 3 bulan sekiranya Haziq perlukan lebih masa untuk membaca dengan lancar. Jadinya by October 2016, saya harap Haziq akan mula naik level iaitu dengan membaca Al-Quran. Mudah-mudahan, pada masa itu, saya juga yang terus mengajar Haziq mengaji, sama seperti ibu saya sendiri yang mengajar saya mengaji :)

Untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja, sesibuk manapun kita, please ambil tahu apa yang anak belajar dan mengaji setiap hari. Bukan sekadar belikan buku dan bayar yuran sahaja, mesti AMBIL TAHU dan AMBIL PERANAN. Saya tak suruh ibu-ibu semua berhenti kerja, tapi saya suruh ibu-ibu jadi lebih prihatin terhadap anak-anak, despite of kesibukan sehari-hari.

Saya bersyukur Allah "kejutkan" saya lebih cepat, jika tidak, mungkin saya terus hanyut dalam kesibukan yang tidak memberi erti dan makna kehidupan.

Kini Haziq panggil saya :

Cikgu mengaji
Teacher Mama
Cikgu Mama

Hahahaha... but one thing for sure, saya memang garang, ada masanya saya menjadi sangat garang, tapi garang saya bersebab, garang saya bertempat, garang kerana inginkan yang terbaik untuk anak-anak yang saya sayang.

Mudah-mudahan, dengan kembalinya saya bekerja di rumah, memberikan sinar harapan, kejayaan dan kebahagiaan hakiki untuk kami sekeluarga. In Shaa Allah :)

3 comments:

Hamelia Hamid said...

alhamdulillah..semoga berjaya.. :)

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan

Mar Mansor said...

saya pun bakal melaluinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *