I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 25, 2016

Jangan Mudah Menilai Atau Menghukum, Silap-Silap Timbangan Dosa Akan Bertambah


Apabila saya scroll newsfeed di FB, kadang-kadang terberhenti membaca status yang menulis tentang perkara-perkara seperti,

- konsert XYZ inilah yang merosakkan orang M....U
- kecik-kecik dah suruh menyanyi, tayang body bla bla bla ini semua tiket ke neraka
- tua muda semua nak menyanyi ajer, apa nak jadi

(ini contoh sahaja).

Saya hanya mampu menghela nafas yang panjang. Mudahnya mereka ini berkata begitu begini kepada orang lain / sekumpulan orang lain, seolah-olah diri ini malaikat.

Jika pun ingin menegur, ada tertibnya. Usahlah kita terpekik-pekik sehingga menyerlahkan kedangkalan diri pula.

Apatah lagi, apabila kita melihat satu sisi kehidupan seseorang itu, mudah sahaja kita menilai dan menjatuhkan hukum.

"Oh patutlah budak ni macam tak cukup zat aje, mak bapak sibuk kerja cari duit sampai anak pun terabai".

"Kesiannya dia dapat suami / isteri macam tu, terpaksa tebalkan muka je lah jawabnya"

(ini contoh sahaja).

Baru sahaja lihat satu sisi yang mungkin 1% sahaja, kita sudah judge 99% kehidupannya yang lain.

Tak malukah kita? Sempurna sangatkah kehidupan kita?

Sama jugalah macam perkongsian yang ditulis di blog.

Kita follow blog orang tu, follow blog orang ni, baca setiap entry dia, dan terus cop diri sendiri tahu benar tentang kehidupan yang dia lalui.

Sedangkan, apa yang dia tulis di blog pun, mungkin sekadar 1% sahaja daripada perjalanan kehidupannya.

Kesimpulannya, jangan mudah memberatkan timbangan dosa sendiri, dengan menilai dan menghukum seseorang yang lain. Bersangka baiklah dan doakan sahajalah yang baik-baik untuknya. Mudah-mudahan doa kita itu diangkat di sisi Allah s.w.t. dan dimakbulkan.

Jika kita doa yang baik-baik, malaikat pun akan  mendoakan kita. Tak teringinkah nak didoakan oleh para malaikat? :)




Berlapang dada.
Bersangka baik.
Doakan yang baik-baik.
Semoga kita juga beroleh pahala untuk kita bawa ke sana nanti, in shaa Allah.

Thursday, March 24, 2016

Perbezaan Antara Review Percuma, Review Berbayar dan Pengiklanan


Hari ini saya nak share sedikit tentang Review Percuma, Review Berbayar dan Pengiklanan.


REVIEW PERCUMA

Ini adalah hasil review daripada pengalaman saya sendiri. Tidak disuruh oleh siapa-siapa dan tidak pula dibayar oleh siapa-siapa. Sebab itu namanya Review Percuma. Hehehe...

Review ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ia boleh jadi positif atau negatif bergantung kepada pengalaman saya sendiri.

Oleh kerana review ini percuma, kebiasaannya saya tidak memasukkan info-info penting tentang sesuatu produk atau perkhidmatan itu, kerana saya hanya review berdasarkan apa yang saya ada / guna pada masa itu.


REVIEW BERBAYAR

Ini pula adalah review yang saya tulis sendiri di mana saya diminta oleh seseorang invididu atau kumpulan untuk menggunakan produk atau perkhidmatan mereka terlebih dahulu, dan saya tulis review berdasarkan pengalaman saya itu.

Oleh kerana ini adalah review berbayar, bermakna saya diminta untuk menulis dan dibayar untuk menulis mengikut skop tertentu. Untuk review berbayar ini, ia melibatkan beberapa terma dan syarat yang mesti dipatuhi dan diterima oleh kedua-dua belah pihak iaitu saya sebagai blogger dan juga pihak yang meminta saya untuk review.


PENGIKLANAN

Saya menyediakan ruangan iklan di blog saya khusus untuk mereka yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka. Di sini, saya tidak membuat sebarang review.

Setiap entry pengiklanan mestilah ditulis oleh tuan punya iklan itu sendiri dan disertakan bersama gambar dan info produk / perkhidmatan, testimoni atau lain-lain. Pengiklanan ini tertakluk kepada bayaran untuk tempoh tertentu dan mesti dibayar oleh pihak pengiklan bagi memastikan iklan mereka terus disiarkan di blog saya.


Diharap anda semua yang membaca entry, jelas akan perbezaan ketiga-tiganya. Saya mengalu-alukan sekiranya anda inginkan khidmat saya untuk membuat review terhadap produk atau perkhidmatan anda, ataupun anda ingin membuat pengiklanan di blog saya :)

Tuesday, March 22, 2016

Never Run Back to What Broke You


"Never run back to what broke you"
powerofpositivity.com


Saya pernah berada dalam situasi patah hati, jiwa resah, minda kusut. Bangun pagi rasa tidak bersemangat, tidur malam pula membawa segala ketegangan yang berlaku di siang hari. 

Lama saya bertahan dalam situasi yang sangat tidak menyihatkan ini, dan akhirnya saya tahu, saya tidak boleh selama-lamanya begini.

Saya ada 2 pilihan :

1) Change myself
2) Change the situation

Saya memilih untuk "change myself" namun, graf menunjukkan trend menurun dengan sangat cepat. Saya jadi ibarat suis, kejap on kejap off. Saya sedar saya tidak boleh berterusan begini.

Dan akhirnya, saya memilih untuk "change the situation". I must quit from this unhealthy environment. Satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat namun dengan petunjuk Ilahi, saya yakin dengan apa yang saya buat. Perlahan-lahan, saya membina semula kehidupan yang tercalar dan memperbaiki segala kekurangan. Saya berazam untuk lebih menikmati kehidupan bersama suami dan anak-anak yang saya sayang.

Pagi ini pula, saya terjumpa quote di atas ini. Seolah-olah satu peringatan untuk saya, agar tidak kembali semula kepada situasi yang "merosakkan" saya, biarpun situasi itu nampak gah di mata manusia.

Semoga saya akan terus ingat sampai bila-bila.

"I Will Never Run Back to What Broke Me".

Review Kek Anis Chocolate Moist


Anis Chocolate Moist memang dah popular kan, tapi saya baru je berkesempatan nak merasa kek ni.

Hari tu suami saya pergi memancing, janji nak balik petang tapi malam baru sampai rumah. So agaknya, dia nak pujuk saya ke apa (tak taulah), sampai je rumah dia hulurkan kek coklat Anis ni. Saya pulak, nampak kek coklat, memang tak ingat benda lain dah, tau nak ngappp terus. Hahahaha...


Kek ni bentuk love, harga RM4.50


Makan punya makan, inilah review saya tentang kek ni :

  • namanya kek coklat moist, tapi pada saya tak berapa moist. Agak kering dan teksturnya macam tak bind together
  • lapisan coklat kat atas tu sangat-sangat manis, nasib baik tak tersedak. Saya cepat-cepat minum air masak.
  • overall pada saya, lapisan coklat tu sangat manis dan kek pun biasa sahaja.


Dalam pada manis manis tu, tetap habis jugak 1 bekas tu, mana taknya 1 bekas kongsi 3 beranak - saya, Haziq dan Aimi. Tapi Haziq makan 1 sudu jer, lepas tu taknak, sebab katanya manis sangat.

Aimi pulak, makan kek ni sampai comot mulut dia. Sedap katanya. 

Saya pulak, tetap makan. Kesian suami dah belikan, takkan nak buang kan.

So habislah kek tu akhirnya. Rasanya, dah takkan beli dah kek ni pada masa akan datang. Mungkin tak berapa sesuai dengan selera saya. Jangan marah ye, ini pendapat saya jer :)

Thursday, March 17, 2016

Hadiah Reward Untuk Diri Sendiri : Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover


Alhamdulillah, bonus Shaklee yang baru sahaja dikreditkan ini, telah saya gunakan sedikit untuk reward diri saya sendiri.

Dah lama saya aim nak beli Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover, akhirnya tercapai sudah. Alhamdulillah. Memang target nak beli guna duit bonus Shaklee sebab taknak usik duit yang lain-lain.

Apa benda Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni?

Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover


Ia bolehlah saya umpamakan sebagai pre-cleanser. Sebelum kita cuci muka, kita mestilah tanggalkan mekap dan bersihkan kotoran yang ada di muka dulu kan? Kotoran ada yang berbentuk fizikal. Contohnya, kalau muka jenis berminyak, percaya tak, habuk-habuk atau partikel halus pun boleh melekat kat muka yang berminyak tu?

Tak percaya? Gunalah Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni, then baru nampak segala jenis kotoran dan daki kat muka dan leher tu.

Kalau nak harapkan kepada pencuci muka sahaja, memang tak cukup.

Cara nak gunanya senang sahaja.

1) Picitkan sedikit Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover (bentuk gel).

2) Sapukan rata ke bahagian muka dan leher (muka dan leher biar kering dan tak perlu dibasahkan terlebih dahulu). Gosok-gosokkan.

3) Tadaaaaaa!! Nanti tengok kat cermin, boleh nampak kekotoran yang telah ditanggalkan.

* Ataupun selepas dah gosok rata tu, ambil tisu dan kesat muka. Kat tisu lagi nampak jelas kekotoran dan segala daki-daki yang ada.

Lepas tu bersihkan muka dengan air. Masa ni pun dah rasa kulit jadi lembut sangat. Then continue dengan mencuci muka (cleanser).

Saya juga cuba Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni kat muka suami. Punyalah syok, sampai lena dia dibuatnya. Hahahaha... Tapi, being a man, kotor kat muka diorang ni, tak macam kat muka kita orang pompuan. Sebab, orang lelaki tak pakai mekap, tak pakai krim, tak pakai foundation, tak pakai bedak. 

So kekotoran kat muka suami saya tu agak minimum kalau nak dibandingkan dengan kat muka saya ni. Hehehehehe...

Yang bestnya lagi, Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni boleh pakai anytime. Tak kisah siang atau malam. Yang penting, asal kita nak cuci muka jer, kita buat pre-cleanse dulu. Baru muka lebih bersih sepenuhnya.

Bahan-bahan dalam Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni pun kesemuanya berasaskan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi. So dont worry lah, safe to use :)

- bearberry
- aloe
- mulberry
- rosemary
- peony
- linden

dan pelbagai lagi.

Saya suka sangat guna makeup remover ni sebab ia buat kulit saya rasa lebih bersih dan lembut. Ada sesetengah skincare tu bila kita cuci muka, ia akan buat kulit muka kita rasa tegang. Kalau anda pernah alami keadaan macam ni, bermakna skincare tersebut tak sesuai dengan anda kerana lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit akan menjadi kering sehingga menggelupas (ini pengalaman saya sendiri).

Satu tiub Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni, bersamaan 150 gram. Rasanya boleh tahan sehingga berbulan-bulan sebab hanya perlu guna sedikit sahaja setiap kali nak bersihkan muka. Apatah lagi dengan harganya yang tak sampai RM100 dan tahan pula sehingga berbulan-bulan, memang berbaloi sangat kalau beli Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni.

Saya memang berpuas hati!!

Kalau anda berminat nak cuba, boleh hubungi saya seperti number yang tertera di dalam gambar di atas :)

Wednesday, March 16, 2016

Resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas, Sesuai Untuk Anak-Anak


Hari ni saya nak share resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas, Sesuai Untuk Anak-Anak :)

Saya baru je masak untuk dinner malam tadi. Alhamdulillah, suami dan anak-anak cakap sedap. Haziq siap ratah ayamnya lagi.

Nak masak ayam masak merah bunyi macam waaaa sangat kan? Macam leceh, macam renyah, tapi sebenarnya mudah sangat bila kita dah prepare stok cili kering siap-siap.

Nak tahu macamana saya prepare stok cili kering / cili blender / cili boh? Klik sini.

Untuk makluman, ayam masak merah yang saya masak kali ni, menggunakan cili blender yang saya beli kat satu gerai sarapan kat Taman Bukit Dahlia. Gerai tu betul-betul terletak dekat AmBank Taman Bukit Dahlia. Selain jual sarapan pagi, gerai tu pun jual cili blender / cili boh ni. Dah siap blender dah, harganya cuma RM4.50 sahaja untuk plus minus 1 kilogram.

Kebetulan masa tu, stok cili blender kat rumah dah habis. Saya belum sempat prepare, jadi untuk nak cepat, beli jelah yang dah siap :)

Ok ini dia Resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas

Bahan-bahan :

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia sikit
(Ketiga-tiga ni saya blender guna blender basah)

Cili blender 3 sudu besar
Serai 2 batang, ketukkan
Bawang besar 1 biji potong bulat
Sos cili
Sos tiram
Asam jawa
Gula
Garam
Perasa


Cara masak :

1) Goreng ayam terlebih dahulu. Ambil minyak yang goreng ayam tadi tu, untuk masak ayam masak merah. Jangan ambil semua minyak, kang mandi minyak kita nanti. Hehehe... Agak-agaklah minyaknya, yang penting masak sambal / cili ni pakai minyak banyak juga.

2) Tumis serai + bawang besar + bawang putih + halia sehingga kering sikit.

3) Masukkan 3 sudu besar cili blender.

4) Masa cili sampai keluar minyak (ambil masa jugak).

5) Masukkan gula, tabur atas cili tu, biar dia meresap dalam cili then baru kacau-kacaukan. Masukkan air, sukatan ikut suka. Kalau nak kuah banyak, masukkan air banyak.

6) Masukkan sos cili sikit, sos tiram sikit, asam jawa sikit. Saya guna asam jawa Adabi tu. Masuk sikit je, hujung sudu jer. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau-kacau biar sekata.

7) Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa dulu, if dah ok, baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi.

8) Kacau hingga sekata. Rasa lagi sekali, if dah ok, boleh tutup api. Siapppp!!!

Dan inilah hasilnya,

Ayam Masak Merah Tak Pedas


Selamat mencuba!!

Thursday, March 10, 2016

Buku Latihan Untuk Anak-Anak Di Rumah


Perlu ke beli buku latihan untuk anak-anak di rumah? Kat sekolah dah belajar, kat rumah pun nak belajar lagi? Tak kesian kat anak ke? Nanti anak cepat bosan belajar.

Pada saya,

Ya, perlu beli buku latihan untuk anak-anak di rumah.
Ya, kat rumah pun perlu belajar lagi. Belajar ini luas maksud dan konsepnya.
Ya, saya kesian kat anak, kalau dia tak berilmu, di kemudian hari nanti dia yang akan susah dan merana.
Ya, anak cepat bosan kalau mak tak tahu kaedah mengajar anak sambil belajar sambil berseronok.

Haaa, itulah jawapan saya :)




Bulan lepas, saya ke kedai buku, survey buku latihan untuk Haziq. Sampai je kat kedai, saya jadi bingung. Punyalah banyak buku, punyalah banyak publisher. Nak pilih yang mana satu ye? Semua pun nampak bagus di mata.

Disebabkan saya punya banyak masa, saya duduk membelek setiap buku. Kebetulan ada disediakan sofa empuk di kedai buku. Belek punya belek, saya dapat filter buku mana yang saya rasakan terbaik di kalangan semua buku yang ada.

Tapi saya tak terus beli. Somehow saya ni ada masanya cuba apply konsep yang mak saya ajar iaitu delay purchase. Kalau kita suka apa yang kita nak beli, kita kena tenangkan diri dulu. Balik rumah dulu, be rational dan jika apa yang kita nak beli itu betul-betul yang kita perlukan, then barulah pergi beli.

Sama juga dengan buku latihan untuk anak-anak. Kalau ikutkan hati saya, ada lah dalam 10 buah buku nak saya beli pada masa itu juga. Melampau pulak rasanya.

Jadinya saya balik ke rumah dahulu. 3 hari kemudian saya pergi semula ke kedai buku, kali ini saya pilih 5 buah buku latihan yang betul-betul terbaik pada firasat saya. Hehehhe..

Saya pilih buku :

Praktikal Solat
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Harga pun berpatutan, dapat diskaun 20% lagi. Inilah buku latihan yang Haziq buat di rumah, diselangselikan dengan homework dari sekolah :)

Wednesday, March 9, 2016

Nak Upah Blogger Untuk Buat Review?


Berapa ye agak-agaknya upah untuk seorang blogger bagi membuat review tentang produk dan perkhidmatan kita?



Selepas anda baca list di atas ni, agak-agaknya berapa upah yang sesuai untuk seorang blogger untuk buat review?

Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen :)

Tuesday, March 8, 2016

Urusan Pendaftaran Sekolah Kebangsaan Darjah 1, Sekolah Agama dan Survey Sekolah SRIP (Part 3 of 3)


Selesai pendaftaran di sekolah kebangsaan, kami terus pergi ke sekolah agama.

Sampai ke sekolah agama, kami naik ke pejabat untuk urusan pendaftaran, kebetulan ada seorang cikgu / ustazah di situ. Dia bagitahu, pendaftaran hanya dibuka bermula bulan July 2016 nanti.

Sempatlah juga kami bertanyakan sesi kelas untuk darjah 1 sekolah agama, bagi anak yang darjah 1 sekolah kebangsaan.

Macam saya dulu, saya sekolah di Sekolah Agama Plentong.

Untuk petang ada 3 sesi dan boleh pilih sesi

2.00 - 3.30 pm
3.30 - 5.00 pm
5.00 - 6.30 pm

Ingatkan sekarang sama macam dulu, rupa-rupanya tidak.

Cikgu bagitahu, sesi kelas dah ditetapkan.

Untuk darjah 1 sekolah agama :

Sesi pagi : 10.00 am -. 11.30 am
Sesi petang : 2.00 pm - 3.30 pm

Sesi lain dikhususkan untuk darjah lain pula.

Nampaknya, kami tiada pilihan sesi lah. Kalau kami pilih sekolah kebangsaan, bermakna Haziq perlu berkejar-kejaranlah untuk sekolah agama. Tapi kalau kami pilih SRIP, semuanya ada di satu sekolah.

Selepas itu, kami terus balik, masing-masing dah kelaparan, kepenatan dan kemengantukan. Hehehhee.. Sudahnya, tapau 4 bungkus nasi bajet, makan sampai habis licin dan tido. Sekian urusan daftar dan survey sekolah :)

Monday, March 7, 2016

Urusan Pendaftaran Sekolah Kebangsaan Darjah 1, Sekolah Agama dan Survey Sekolah SRIP (Part 2 of 3)


Selesai survey di SRIP, kami terus bergegas ke sekolah kebangsaan (SK). Macam biasa, isi nama di buku pelawat di guard house. Lepas tu terus pergi ke pejabat. Saya berharap moga-moga tiada ramai parents jadi urusan pendaftaran cepat siap. Hehehe..

Bila sampai ke pejabat, ada lah dalam 5 orang parents sedang menunggu. Bila tiba turn saya, saya pun seronoklah. Tup-tup staff tu bagitahu,

"Kak, yang sampul surat bersetem ni, nama anak ye kak".

Alamak! Saya pergi tulis nama suami. Hihihihi...

"Oh yeke, sorilah, saya tertulis nama ayahnya pula. Mmmm, salah saya kan, yang nak sekolah tu anaknya, bukan ayahnya kan".

Terus staff tu gelak. Terkejut ai dibuatnya.

Then saya cakap saya nak pergi beli envelope baru di koperasi sekolah. Jadi staff tu return semula dokumen saya suruh daftar semula bila semua dah complete.

Bila sampai ke koperasi, takde jual envelop saiz rectangle biasa tu. Yang ada jual saiz A4. Amboi besarnya, takpelah beli jelah. 60 sen harganya.

Terus saya tulis nama Haziq, alamat rumah dan tampal setem yang baru. Walaupun diberitahu tampal setem 60 sen, saya tampal setem RM1 sebab itu setem yang saya ada. Maka berkobar-kobarlah saya naik ke pejabat semula (Pejabat di first floor, koperasi di ground floor).

Sampai je kat pejabat, aduhai, parents dah bertambah ramai. Terpaksalah saya queue sekali lagi. Sambil tu, sempatlah bersembang dengan ramai parents. Collect seberapa banyak info tentang sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ada sorang parent tu bagitau, ini pendaftaran sekolah untuk anak ketiganya, jadi dia share info - sekolah kebangsaan darjah 1, 2, 3 ialah sesi petang jadi sekolah agama sesi pagi. Sekolah kebangsaan darjah 4, 5, 6 ialah sesi pagi jadi sekolah agama ialah sesi petang.

Bila tiba turn saya, staff pejabat bagi satu "Borang Penempatan Murid Tahun 1" untuk diisi. Punyalah laju saya tulis, sampai suami cakap, "Sabar Ma, takkan lari pejabat dikejar". Hahahahhaa, pejabat memang tak lari, tapi Mama is excited ohkay. Hahahahaha...

Dah sudah tu, saya submit borang dan staff bagi saya surat biru kecik. Surat untuk datang semula ke sekolah bulan Ogos 2016 nanti untuk pengesahan pendaftaran.

Jadi, bulan Ogos 2016 nanti, saya perlu hadir semula ke sekolah untuk membuat pengesahan dan membawa :

1) Sijil lahir anak yang original
2) Surat biru yang pejabat sekolah bagi tadi

Maka selesailah urusan pendaftaran. Sempat juga kami round-round sekitar sekolah (kat area dekat-dekat pejabat dan koperasi jer). Nampaknya kebersihan memang di tahap yang sangat memuaskan. Kelas pun luas nampaknya. Nampak juga beberapa orang cikgu sentiasa round di kawasan sekolah. Nampak juga cikgu disiplin (agaknyelah) yang tengah mendisiplinkan murid-murid. Tersenyum sendiri kami dibuatnya.

Yelah, dulu kita datang ke sekolah sebagai murid.
Sekarang kita datang ke sekolah sebagai ibu bapa murid.
How time flies dan usia juga makin meningkat.

Next destination --> pendaftaran sekolah agama darjah 1 :)

Urusan Pendaftaran Sekolah Kebangsaan Darjah 1, Sekolah Agama dan Survey Sekolah SRIP (Part 1 of 3)


Semalam, selepas hantar Haziq ke tadikanya, bermulanya tugasan kami untuk mendaftar Haziq ke darjah 1.

Sejak Haziq berusia 4 tahun, saya sudah niatkan di dalam hati, yang saya ingin masukkan Haziq ke Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP), iaitu sebuah sekolah rendah private yang bertempat di Bandar Seri Alam.

Namun, saya belum pernah berkesempatan untuk hadir ke SRIP bertemu pihak pengurusan dan bertanyakan tentang soal bayaran, silibus sekolah dan lain-lain. Jadi hari Ahad semalam (6 Mac 2016) adalah hari kami pergi survey sekolah tersebut.

Walaupun hasrat di hati nak masukkan anak ke sekolah private, saya tetap siapkan dokumen untuk pendaftaran Haziq ke darjah 1 sekolah kebangsaan, lebih awal. Kata rakan-rakan saya, kalau betulpun kita nak masukkan anak ke sekolah private, kita mesti daftar dulu anak kat sekolah kebangsaan (sekolah kerajaan). Lepas tu kalau nak tukar ke sekolah private, just jumpa pihak pejabat sekolah kebangsaan (SK) dan maklumkan nak masukkan anak ke sekolah private.

Bila masa nak daftar anak untuk darjah 1?

Pendaftaran dibuka seawal 2 tahun sebelum anak masuk darjah 1 (setiap 1-31 Mac).

Maksudnya, macam Haziq, tahun 2017 darjah 1 kan, jadi masa tahun 2015, dah boleh daftar dah.

Tapi entahlah kenapa, masa sepanjang bulan Mac 2015, saya langsung tak alert pasal pendaftaran darjah 1 ni. Sibuk sangatlah dengan kerja, langsung tak teringat. Huhuhu...

So bila masuk je bulan Mac 2016, saya terus ingat, apa taknya, siap tulis besar-besar dalam planner. Sebabnya, kalau tak daftar jugak, dengar-dengarnya kena naik sampai ke pejabat pendidikan bila nak daftar anak masuk sekolah. So disebabkan nak mengelakkan segala kelecehan, tu yang saya cepat-cepat pergi daftar.

Saya call pejabat sekolah kebangsaan hari Khamis 3 Mac 2016 dan bertanyakan dokumen yang perlu disediakan untuk pendaftaran darjah 1.

Ini senarainya :

1) IC Ibu Bapa - original dan salinan
2) Sijil Lahir anak - original dan salinan
3) Bil Air / Bil Elektrik - original dan salinan
4) MyKid - ori dan salinan
5) Sampul surat bersetem 60 sen beralamat sendiri

Hari Ahad tu, bila sampai je depan SK, baru teringat yang IC suami belum lagi difotostat. Maka pergilah kami ke kedai fotostat, tapi kedai pun belum buka lagi. Hehehe... Jadi kami pergi survey ke sekolah SRIP dahulu.

Sampai ke sekolah SRIP, kami disambut oleh wakil pengurusan sekolah. Sekolah ini terletaknya di bangunan rumah kedai di mana 3 lot rumah kedai dimiliki oleh sekolah ini (dari tingkat bawah ke tingkat 2, total semua sekali 3 tingkat).

Mula-mula sekali kami bertanyakan tentang background sekolah, kumpulan pengajar dan kumpulan sokongan. Kemudian terus tanya tentang bayaran. Private school kan? :)

Bayaran pendaftaran darjah 1 sesi 2016


Sekolah Rendah Islam Pintar
No. 10, Jalan Gunung 28,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor.
No. Telefon : 07-3806072

Item A - bayaran pendaftaran pelajar baru ialah RM150, sekali sahaja bayar. Bila masuk darjah 2 dan seterusnya, tak perlu bayar lagi.

Item B, D, E, F, G - bayaran tahunan
B - Yuran Tahunan (RM100)
D - Lembaran Kerja (RM100)
E - Riadah / Sukan (RM50)
F - Pusat Sumber / Maklumat (RM70)
G - Yuran Kokurikulum (RM50)

Item C - bayaran bulanan
C - Bayaran Bulanan (RM300)

Harga Buku Teks (RM79.60) - untuk setahun
Subjek :
1) Bahasa Melayu
2) English
3) Matematik
4) Pendidikan Islam
5) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6) Sains dan Teknologi
7) Bahasa Arab

Harga Kitab (RM40.00) - untuk setahun
Subjek :
1) Ibadat
2) Tauhid
3) Akhlak
4) Al-Quran
5) Bahasa Arab
6) Sirah
7) Jawi

Buku Tulis (RM20.00) - untuk setahun

Uniform dan Baju Sukan - belilah berapa pasang untuk keperluan.

Sesi pembelajaran : 8.00 am - 4.15 pm

Waktu rehat : 10.00 am - 10.30 am & 1.00 pm - 2.15 pm (makanan disediakan)

Selepas tamat sesi pembelajaran, ada kelas mengaji, tapi yang ini bayarannya RM25 sebulan. Terpulang kepada parents nak ambil kelas ni untuk anak atau tidak. Kelas mengaji bermula jam 4.15 pm - 5.00 pm.

Selepas itu pelajar boleh pulang ke rumah (asrama tidak disediakan).

Transport disediakan. Boleh berhubung dengan pihak sekolah.

On paper, semua nampak okey kan. Saya terus rasa berminat :)

Kemudian, saya request untuk melawat ke setiap kelas, makmal sains, perpustakaan dan bilik kemahiran hidup.

Masa naik ke atas ni, saya buka kasut (tapi saya pakai stokin hitam).

Overall selepas melawat :

Yang bagus di mata saya :

1) Satu kelas ada maksimum 20 orang murid. Untuk darjah 1, kuota dibuka untuk 2 kelas sahaja, tapi permintaan yang tinggi menyebabkan mereka buka sehingga 3 kelas (pada tahun 2016). Tapi untuk tahun 2017, mereka nak strict kepada 2 kelas sahaja.

2) Pada saya, cikgu akan lebih fokus kepada setiap murid apabila jumlah murid tidak begitu ramai untuk satu-satu kelas.

3) Sesi pembelajaran termasuk dengan subjek sekolah agama sekali. Sama seperti yang belajar kat sekolah agama. Jadi anak tak perlu berpenat bersusah nak transit kemudian nak pergi ke sekolah agama pulak. Semuanya ada di satu sekolah (silibus sekolah kebangsaan + sekolah agama).

4) Silibus sekolah follow silibus kementerian pendidikan. Jadi walaupun sekolah swasta, pelajaran tetap sama macam yang di sekolah kebangsaan.

5) Rak buku disediakan untuk setiap pelajar.

6) Tandas bersih.


Yang tak berapa bagus di mata saya :

1) Keadaan kebersihan sekolah tidak begitu memuaskan. Saya pergi pada hari pertama minggu (hari Ahad), tapi keadaan lantai, kipas, tingkap, dinding dan lain-lain agak kotor. Bila saya bertanya, "sekolah ni ada cleaner khusus tak?", jawapannya "Tiada. Staf sekolah yang buat kerja pengurusan jugalah yang buat kerja cleaning".

2) Condition meja kerusi ada yang bagus ada yang kurang bagus. Ada yang kotor dan comot.

3) Disebabkan experience kerja saya banyak berkaitan dengan System, Safety and Health, saya tanya juga tentang fire drill. Yelah sekolah padat macam tu, bagaimana mereka buat fire drill? Bila ditanya lanjut, jawapannya "Ye, kami buat cara memadamkan api tahun lepas. Bulan November. Kami belum pernah buat evacuation. Belum ajar lagi murid-murid macamana nak lari bila berlaku kebakaran".

Errr... lari??? kebakaran??? shop lot?? tetttt!!!!

4) Keluar daripada bangunan sekolah selepas survey, baju saya dah basah lencun. Panas dan berpeluh-peluh. Stokin saya yang hitam tu, terasa berdebu. Boleh bayangkan tak keadaan dalam kelas macamana? Masa saya survey tu, murid-murid semua takde dalam kelas. Mereka tengah berkumpul kat dewan. Jadi saya survey kelas masa tiada murid-murid, pun saya dah rasa panas dan sesak. Macamana pula kalau ada murid-murid?

5) Berselisih dengan beberapa orang guru. Ada dalam plus minus 10 orang. Tapi tak seorang pun tegur kami yang memang datang ke sekolah, bukannya lalu depan sekolah (Bab ni, saya ok jer, bersangka baik jer, cikgu-cikgu tengah sibuk kot, tapi suami saya lain pendapatnya, pada dia greet people and say "Assalamualaikum", tak sampai 20 saat pun).

6) Aktiviti sukan / ko kurikulum dijalankan di atas padang open. Mmmm.. macamana nak cakap ye. Kat depan sekolah tu ada satu padang tau. Haa kat situlah mereka buat aktiviti sukan / ko kurikulum (bukan compound milik sekolah).

Dah siap survey, kami pun minta diri untuk balik. Kalau nak booking, bayar RM150 dulu katanya, tapi kami cakap, nak balik fikir dahulu.

Saya sendiri, dah suka sangat sekolah SRIP ni, tapi itulah, bab stuffy, panas, lemas dan tak berapa bersih, tu yang rasanya hold me back. Tapi takpela, fikir dulu.

Selepas itu, kami terus pergi ke SK.

Selesai Urusan Daftar Sekolah Darjah 1


Fuhh!! Semalam selesai sudah urusan pendaftaran sekolah darjah 1 untuk Haziq.

Daftar untuk sekolah kebangsaan.

Pergi sekolah agama, cikgu cakap, pendaftaran akan dibuka bermula bulan July - October 2016 nanti.

Kami juga survey satu sekolah private.

Cerita lanjut akan menyusul nanti.

Tuesday, March 1, 2016

Buku Iqra' 1 Hingga 6


Januari 2015.

Ini adalah permulaannya saya hantar Haziq mengaji Iqra' di rumah jiran kepada pengasuh Haziq dan Aimi.

Saya akui pada masa ini, saya tidak ambil kisah langsung tentang bacaan Iqra' Haziq.

Yang saya tahu, beli buku Iqra' seperti yang diperlukan dan bayar yuran RM10 sebulan.

Apa yang Haziq baca, apa yang Haziq belajar, langsung saya tidak ambil tahu. Tak sempat nak ambil tahu.

Saya tidak malu untuk mengakuinya di sini (di blog saya kan), sebab saya nak ibu-ibu yang sibuk bekerja ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah saya ini. Mudah-mudahan.


Towards end December 2015.

Masuk ke akhir tahun 2015, saya dan suami mula berfikir tentang bacaan Iqra' Haziq. Kami mula berfikir untuk hantar mengaji kat tempat lain / kat rumah orang lain, yang lebih dekat dengan rumah kami. So saya mula survey-survey, tanya kawan-kawan tempat mengaji yang diorang rekemen dan saya mula hubungi satu persatu.

Entah kenapa, tidak ada satupun tempat mengaji / rumah mengaji itu yang memenuhi kriteria saya dan suami. Ada yang ok, ada yang tak ok, tapi takde satu pun yang buat kami rasa nak hantar Haziq pergi mengaji di situ.

Bila buntu, saya buat solat Istikharah. Saya tak tau apa nak buat. Saya tak tahu nak hantar Haziq ke mana untuk belajar mengaji.

Selepas beberapa hari, saya seolah-olah beroleh petunjuk yang didetikkan di dalam hati. Siapa yang mendetikkan hati saya? Pastinya Allah s.w.t.

Detikan itu ialah,

"Saya sendiri yang perlu ajar Haziq mengaji, tak perlu hantar ke tempat lain".

Masa tu saya rasa keliru, sebab langsung tak pernah terlintas dalam hati saya untuk ajar Haziq mengaji. Saya boleh mengaji, tapi nak mengajar tu saya betul-betul rasa tak konfiden.

Then saya doa lagi, moga Allah permudahkan jalan untuk saya. Saya tak tau bagaimana nak mula dan macamana nak mula (Saya nervous sebenarnya).

Sedikit demi sedikit, urusan ini mula menjadi mudah.


December 2015

Saya berjumpa dengan jiran yang mengajar Haziq. Bertanyakan bagaimana Haziq sewaktu mengaji, pencapaian dia, attitude dia etc etc (Korang percaya tak, sepanjang tahun 2015, takde sekali pun saya bincang dengan jiran tentang ni, sedangkan boleh dikatakan kami berjumpa setiap hari. Ibaratnya saya menyerahkan 100% urusan mengaji Haziq kepada beliau. Saya sendiri pun tak faham kenapa saya jadi begitu. Sibuk kerjakah?).

Beliau terangkan yang Haziq sekarang baca Iqra' 3 dan juga attitude Haziq sewaktu mengaji. Mmmm.. yang tak berapa best didengar lah, tapi saya tetap beri perhatian dan bertanya tentang teknik-teknik mengajar mengaji.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian dan kesabaran beliau mengajar Haziq mengaji sepanjang tahun 2015 ini dan juga beritahu yang saya tidak akan teruskan (Haziq mengaji) untuk tahun 2016.

Balik ke rumah, saya berfikir sendiri.

Januari hingga December 2015 = 12 bulan, tapi Haziq baca sehingga Iqra' 3 sahaja. Haziq slow sangat ke nak pickup apa yang diajar? Atau susah sangat ke nak mengajar budak-budak membaca Iqra'? Sungguh banyak yang saya fikirkan sampai sakit kepala.

Kemudian, saya ambil masa untuk bertenang. Tenangkan diri.

Slowly, saya mula plan bagaimana nak mengajar Haziq. Saya mula belek setiap helaian buku Iqra', saya baca arahan yang tertulis dalam buku, saya baca setiap satu sehinggalah akhirnya saya sendiri berkata,

"Oh, senang aje!"

Daripada situ, barulah terasa beban kat kepala ni hilang. Saya fikir, saya mulakan dulu mengajar Haziq membaca Iqra', jika saya tak pasti, saya masih boleh rujuk kepada ibu bapa saya atau ibu bapa mertua. Yang penting, saya mulakan dahulu. Jangan sibuk nak beri alasan jer.

Ini dia buku Iqra' Haziq.

Buku Iqra' 1 hingga 6
Warna pink complete buku 1 hingga 6 (RM12)
Saya beli di Pustaka Arris, Pusat Bandar Pasir Gudang
Kalau nak beli berasingan pun boleh, rujuk kepada warna-warna buku di atas


January 2016.

Saya mula mengajar Haziq mengaji. Ya Allah, sangat menguji kesabaran dan ketahanan diri. Haziq sampai menangis waktu mengaji, katanya saya garang. Saya pula sampai menangis waktu mengajar Haziq mengaji, sebab geram kenapa Haziq tak boleh nak sebut dengan betul dan jelas.


February 2016.

Alhamdulillah, kini masuk bulan kedua saya mengajar Haziq membaca Iqra' dan saya dapat rasa semuanya kini menjadi lebih mudah, cuma kadang-kadang bila sibuk tu yang ada masa ter skip juga mengaji ni. Huhuhu... Akan diperbaiki.

Saya berazam untuk mengajar Haziq mengaji sebaik-baiknya. Target saya, 1 bulan, habis baca 1 buku Iqra' :

January 2016 - Iqra' 1
February 2016 - Iqra' 2
March 2016 - Iqra' 3
April 2016 - Iqra' 4
May 2016 - Iqra' 5
June 2016 - Iqra' 6

Saya juga bagi grace period 3 bulan sekiranya Haziq perlukan lebih masa untuk membaca dengan lancar. Jadinya by October 2016, saya harap Haziq akan mula naik level iaitu dengan membaca Al-Quran. Mudah-mudahan, pada masa itu, saya juga yang terus mengajar Haziq mengaji, sama seperti ibu saya sendiri yang mengajar saya mengaji :)

Untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja, sesibuk manapun kita, please ambil tahu apa yang anak belajar dan mengaji setiap hari. Bukan sekadar belikan buku dan bayar yuran sahaja, mesti AMBIL TAHU dan AMBIL PERANAN. Saya tak suruh ibu-ibu semua berhenti kerja, tapi saya suruh ibu-ibu jadi lebih prihatin terhadap anak-anak, despite of kesibukan sehari-hari.

Saya bersyukur Allah "kejutkan" saya lebih cepat, jika tidak, mungkin saya terus hanyut dalam kesibukan yang tidak memberi erti dan makna kehidupan.

Kini Haziq panggil saya :

Cikgu mengaji
Teacher Mama
Cikgu Mama

Hahahaha... but one thing for sure, saya memang garang, ada masanya saya menjadi sangat garang, tapi garang saya bersebab, garang saya bertempat, garang kerana inginkan yang terbaik untuk anak-anak yang saya sayang.

Mudah-mudahan, dengan kembalinya saya bekerja di rumah, memberikan sinar harapan, kejayaan dan kebahagiaan hakiki untuk kami sekeluarga. In Shaa Allah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *