I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, February 28, 2016

Tulisan Haziq




Tulisan Haziq pada usia 6 tahun (kalau ikut birthday, umurnya 5 tahun 6 bulan).

Seronok sangat saya baca apa yang Haziq tulis, sebab apa yang dia tulis tu ialah apa yang selalu kami sekeluarga cakapkan setiap hari.

Haziq sekarang ni, suka sangat menulis, sampai saya belikan dia satu buku hard cover kat Book Talk Seri Alam khusus supaya dia boleh menulis apa sahaja yang dia hendak tulis.

Selalunya yang Haziq tulis ialah benda-benda yang ada di sekeliling dia, macam contohnya kat ruang tamu, kat dapur, kat bilik dan lain-lain.

Pastu kalau nak pergi belanja barang dapur, saya akan suruh Haziq tulis barang-barang yang nak dibeli, contohnya macam bawang besar, bawang putih, cili merah dan lain-lain. Kadang-kadang bila baca apa Haziq tulis tu, sampai gelak besar saya dibuatnya.

Saya lihat kekuatan Haziq lebih kepada menulis berbanding melukis. Menyanyi pun ya juga. Yang melukis tu, saya dan suami pun tak tahu nak buat macamana, sebab kami berdua memang tak pandai melukis. 

Takpela, seiring dengan masa, in shaa Allah Haziq pasti boleh menguasai kesemua kemahiran asas ini. Yang penting, saya mesti sentiasa bersemangat untuk anak-anak saya! :)

2 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah bagus...cantik tulisannya...kemas...

Suzlin Azreena Nordin said...

Salam Mummy. Kita dr Pasir Gudang jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *