I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, February 26, 2016

Tugas Ibu Bapa Bukan Sekadar...


Tugas ibu bapa bukan sekadar menghantar anak ke sekolah / menjemput anak dari sekolah.

Paling penting adalah untuk ambil tahu apa yg anak belajar di sekolah.

Tugas ibu bapa bukan sekadar menghantar anak ke pusat tuisyen / menjemput anak dari pusat tuisyen.

Paling penting adalah untuk ambil tahu apa yang anak belajar di pusat tuisyen.

Ibu bapa sekarang semakin berpendidikan, malah ada yg bekerjaya hebat dan sentiasa sibuk pula. Namun itu bukan alasan untuk tidak ambil tahu apa yang anak belajar di sekolah / pusat tuisyen.

Ambil tahu itu luas skopnya :
- apa yg dipelajarinya
- penguasaan / masalah anak terhadap apa yg dipelajarinya
- siapa gurunya
- siapa rakan-rakannya
- dan lain-lain

Kerana itu sangat besar tanggungjawab sebagai ibu bapa. Bukan sekadar menyediakan duit dan keperluan material sahaja, namun lebih daripada itu.

Semoga kita menjadi ibu bapa yg lebih prihatin dan turut serta dalam aktiviti / urusan yg melibatkan anak-anak kita, in shaa Allah :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *