I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, February 19, 2016

Masuk Bulan Kedua Mengajar Anak Membaca Iqra'


Ingat lagi dulu masa mula2 ajar Haziq baca Iqra' awal tahun ni.

Saya rasa mcm tak boleh nak handle. Rasa tahap kesabaran saya nipis gitu. Pernah sampai Haziq menangis time baca Iqra', pernah sampai saya sendiri menangis time dia baca Iqra'. Haziq menangis sebab katanya saya garang. Saya pula menangis sebab geram (tau kan kerenah budak-budak kan, sangat menguji mak-mak).

Tapi itu cerita awal-awal tahun. Sekarang takde dah nangis menangis ni. Lebih kepada seronok nak baca Iqra'. Hehehee...

Ini cara saya :

1) buat jadual baca Iqra'

2) tetapkan waktu dan tempoh nak baca Iqra' untuk satu sesi. Tak perlu lama-lama
.
3) demo dan terangkan dulu cara nak baca. Apa yg betul apa yg salah. Suruh dia tengok mulut kita bila kita sebut huruf dan bunyi itu.

4) bila dia salah baca, jgn marah. Tapi terangkan dengan baik.

5) bila dia baca betul semua, puji dan hargai dia.

6) tengok mood dia sebelum nak baca Iqra'. Pastikan dah cukup makan dan dah cukup rehat.

7) bagi makan Omegaguard supaya dia mudah faham dan ingat.

8) baca doa sebelum dan selepas baca Iqra'. Baca juga doa dalam bahasa Melayu cara kita supaya anak tau apa yg kita doakan utk dia.
.
.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dan juga urusan anda yg sedang membaca :)

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Teruskan istiqomah. Kakak ajar bebudak mengaji memang mulakan dan akhiri dgn doa. Satu yg penting JANGAN MARAH tapi puji bila betul dan pandai.

Fiqah Feeona said...

Saya pun ajar anak Iqraa. saya punya kesabaran sangat la nipis. InshaAllah saya akan cuba tips awak ni. Terima kasih. =)

Nurzakiah Hanum said...

singgah jumaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *