I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, February 18, 2016

Hasil vs Proses - Apabila Orang Lebih Memandang Hasil (Output), Berbanding Proses


Apa perasaan anda, bila ada saudara rapat atau kawan tiba-tiba Whatsapp anda dengan ayat berikut:

"Din, aku ada meniaga barang sikit ni dan blah blah blah blah..." (Anggap Din tu nama anda)

Apa persepsi anda ketika tu?

Anda tentu akan mula rasa kurang selesa. Risau saudara rapat atau kawan anda tu offer pasal bisnes dia ke, minta beli barang dia ke. Anda akan mula menjauhkan diri. Kan?

Biasanya, Whatsapp Seen saja, tapi tidak berbalas.

.

.

Kita akan lagi teruja bila saudara rapat atau kawan tu Whatsapp begini:

"Din, aku nak belanja ko makan sedap ni, sebab aku ada dapat duit lebih sikit dari hasil meniaga bulan ni "

Kalau ini lah ajakan dari dia, hati kita mesti rasa lebih teruja kan?

On the spot balas!

.

.

Itulah realitinya. Pahit tapi ini realiti.

Tidak kira serapat mana pun hubungan tu, kita biasanya lebih tertarik pada HASIL usaha mereka, berbanding usaha itu sendiri.

Bila mereka di awal usaha dan melakukan penjualan, orang pertama yang akan mempercayai adalah orang asing.

Tak percaya? Siapa yang dah lalui lebih tahu.

Jika benar anda begitu teruja membantu berbanding orang asing, kenapa kerap kali kita dengar,

"Bagi harga kawan-kawan lah bro!"

Jika kita nak 'tolong' pun, kita nak cekik harga paling murah.

.

.

Betul lah, walaupun serapat mana pun orang itu dengan kita, majoriti suka kongsi hasil, tapi bukan proses.

Bila kita sedang berpeluh busuk, majoriti menjauhkan diri.

Bila kita sudah wangi, ramai akan kembali mendekatkan diri.

Semoga kita tak tergolong dalam golongan seperti ini.

Peringatan untuk diri aku sendiri.

Sumber : FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *