I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 29, 2016

Restoran Ikan Bakar Farish Dekat Dengan Kipmart Masai


Ini cerita tahun lepas.

Ade satu hari tu, saya takde idea nak masak apa untuk dinner. Takde idea + malas sekali kot. Hahahaha...

Malam tu ajak suami makan kat luar. Cerita pasal makan kat luar ni, kadang-kadang jemu juga sebab pilihan tak berapa banyak kat area sini. Last-last kami cari makan sampai ke area Masai sana.

Restoran baru.

Restoran Ikan Bakar Farish namanya.

Saya dah lupa alamatnya, tapi restoran ni kat area shoplot baru dekat dengan Kipmart Masai. Restoran ni kat bahagian corner lot.

Suami teruja nak cuba makan kat sini sebab ada ikan bakar. Selain ikan bakar, ada menu lain yang goreng-goreng juga.

So kami order
- Nasi putih
- Ikan cencaru bakar
- Nasi goreng ikan masin
- Mihun goreng

Overall, boleh dikategorikan sebagai sedap dan memenuhi selera kami yang sememangnya tengah lapar. Hahahaha...



Haa, kalau dah baca entry ni, jangan baca je tau. Harus pergi makan kat sini, rasa sendiri pastu tulis review kat blog masing-masing okey :)

Sunday, February 28, 2016

Tulisan Haziq




Tulisan Haziq pada usia 6 tahun (kalau ikut birthday, umurnya 5 tahun 6 bulan).

Seronok sangat saya baca apa yang Haziq tulis, sebab apa yang dia tulis tu ialah apa yang selalu kami sekeluarga cakapkan setiap hari.

Haziq sekarang ni, suka sangat menulis, sampai saya belikan dia satu buku hard cover kat Book Talk Seri Alam khusus supaya dia boleh menulis apa sahaja yang dia hendak tulis.

Selalunya yang Haziq tulis ialah benda-benda yang ada di sekeliling dia, macam contohnya kat ruang tamu, kat dapur, kat bilik dan lain-lain.

Pastu kalau nak pergi belanja barang dapur, saya akan suruh Haziq tulis barang-barang yang nak dibeli, contohnya macam bawang besar, bawang putih, cili merah dan lain-lain. Kadang-kadang bila baca apa Haziq tulis tu, sampai gelak besar saya dibuatnya.

Saya lihat kekuatan Haziq lebih kepada menulis berbanding melukis. Menyanyi pun ya juga. Yang melukis tu, saya dan suami pun tak tahu nak buat macamana, sebab kami berdua memang tak pandai melukis. 

Takpela, seiring dengan masa, in shaa Allah Haziq pasti boleh menguasai kesemua kemahiran asas ini. Yang penting, saya mesti sentiasa bersemangat untuk anak-anak saya! :)

Saturday, February 27, 2016

Subjek Yang Anak Belajar Di Tadika 6 Tahun


Bulan lepas saya telah menaip subjek list dan subtopik yang Haziq belajar di tadika.

Dengan cara ini bolehlah saya faham dengan lebih mendalam apa yang Haziq belajar di tadika dan apa yang saya boleh bantu di rumah + kalau nak beli buku latihan tambahan di rumah.

Tak pernah terfikir nak buat sebelum ini. Inipun sebab ada sahabat FB yang share, so saya pun buatlah sama. Hehehe...




Senarai subjek dan subtopik yang dipelajari di tadika :

1) Bahasa Malaysia
2) English
3) Matematik
4) Sains
5) Congak
6) Bahasa Arab
7) Jawi
8) Ibadah / Akidah
9) Tulisan / Writing
10) Ejaan / Spelling
11) Bacalah / Read Easy / Worksheet
12) Pendidikan Seni
13) Pendidikan Jasmani


Topik dalam setiap subjek :

1) Bahasa Malaysia

1.1) Tentang Saya
a) Nama
b) Budak lelaki atau budak perempuan
c) Muka saya
d) Badan saya
e) Kegunaan anggota badan

1.2) Keluarga Bahagia Saya
a) Anggota keluarga
b) Ucapan selamat
c) Tinggi, rendah, tua, muda

1.3) Rumah Saya
a) Bahagian rumah
b) Bahagian dalam rumah
c) Bantu ibu

1.4) Alat Mainan Saya
a) Jenis alat mainan
b) Warna
c) Perasaan

1.5) Sekolah Saya
a) Mari ke sekolah
b) Tempat di sekolah
c) Kedudukan

1.6) Kawan Baik Saya
a) Umur
b) Mari berkenalan
c) Panjang, pendek, bersih, kotor


2) English

2.1) About Me
a) My Name
b) Boy / girl
c) My face
d) My body
        e) I have one nose / two ears / ten fingers

2.2) My Happy Family
a) My family members
b) Who is he / she?
c) This is my father, his name is
d) Good morning, Mother

2.3) My House
a) Part of a house
b) Living room / bedroom
c) Kitchen / bathroom
d) Things we do at home
e) Going out

2.4) My Toys
a) Types of toys
b) What do you have?
c) What does he / she have?
d) How many balls are there?

2.5) My School
a) Getting ready for school
b) Where is the teacher?
c) How do you go to school?

2.6) My Good Friends
a) I am ….. I am 4 years old
b) Where do you live?
c) Short / tall / long
d) Polite expressions


3) Matematik

3.1) My Birthday
a) Revision numbers 1 to 20
b) Comparing height
c) Ordinal numbers 1st to 10th
d) Half and quarter

3.2) It Is Mealtime
a) Numbers 21 and 22
b) Numbers 23 and 24
c) Numbers 25 and 26
d) Numbers 27 and 28
e) Numbers 29 and 30

3.3) Time to Shop
a) Revision numbers 1 to 30
b) Counting in twos
c) Counting in fives
d) Addition within 10
e) Subtraction within 10

3.4) I Like Gardening
a) Addition within 20
b) Subtraction within 20

3.5) On The Farm
a) Comparing weight
b) Time (o’clock)
c) Time (half past)
d) Sequence of events

3.6) Fun at The Beach
a) Addition problems (within 5)
b) Subtraction problems (within 5)


4) Sains

4.1) Hari Jadi Saya
a) Metal (Logam)
b) Wood (Kayu)
c) Glass (Kaca)
d) Rubber (Getah)
e) Plastic (Plastik)

4.2) It Is Mealtime
a) Water
b) Uses of Water
c) Water, ice, steam
d) Does it dissolve in water?

4.3) Time to Shop
a) Our clothes
b) Does it absorb water?
c) Mirror

4.4) I Like Gardening
a) Plants
b) Parts of plant
c) What do plants need to grow?
d) How do plants grow?
e) Uses of plants

4.5) On The Farm
a) Farm animals (haiwan ternakan)
b) Farms animals and their young
        c) How do animals have young? (membiak)
d) Animals and their uses

4.6) Fun at The Beach
a) Animals in the Sea
b) Parts of a fish
c) Air
d) Wind
e) Sand

5) Congak

6) Bahasa Arab

7) Jawi

8) Ibadah / Akidah

8.1) Mengetahui Rukun Iman
8.2) Beriman kepada Allah
8.3) Beriman kepada Malaikat
8.4) Beriman kepada Kitab
8.5) Beriman kepada Rasul
8.6) Beriman Kepada Hari Akhirat
8.7) Beriman Kepada Qada’ dan Qadar

9) Tulisan / Writing

10) Ejaan / Spelling

11) Bacalah / Read Easy / Worksheet

12) Pendidikan Seni

13) Pendidikan Jasmani


Anak yang sekolah, Mak yang semangat, boleh gitu? :)

Friday, February 26, 2016

Tugas Ibu Bapa Bukan Sekadar...


Tugas ibu bapa bukan sekadar menghantar anak ke sekolah / menjemput anak dari sekolah.

Paling penting adalah untuk ambil tahu apa yg anak belajar di sekolah.

Tugas ibu bapa bukan sekadar menghantar anak ke pusat tuisyen / menjemput anak dari pusat tuisyen.

Paling penting adalah untuk ambil tahu apa yang anak belajar di pusat tuisyen.

Ibu bapa sekarang semakin berpendidikan, malah ada yg bekerjaya hebat dan sentiasa sibuk pula. Namun itu bukan alasan untuk tidak ambil tahu apa yang anak belajar di sekolah / pusat tuisyen.

Ambil tahu itu luas skopnya :
- apa yg dipelajarinya
- penguasaan / masalah anak terhadap apa yg dipelajarinya
- siapa gurunya
- siapa rakan-rakannya
- dan lain-lain

Kerana itu sangat besar tanggungjawab sebagai ibu bapa. Bukan sekadar menyediakan duit dan keperluan material sahaja, namun lebih daripada itu.

Semoga kita menjadi ibu bapa yg lebih prihatin dan turut serta dalam aktiviti / urusan yg melibatkan anak-anak kita, in shaa Allah :)

Thursday, February 25, 2016

Murtabak Cheese Yang Sedap, Pastinya Tiada Bawang


Bulan lepas kami sekeluarga pergi makan murtabak cheese kat satu cafe ni.

Cafe ni kepunyaan Kak Emy (sahabat fb saya) dan juga rakannya.

Menu utama kat cafe ni ialah kek, murtabak dan roti (roti canai etc).

First time kami ke sana, kami makan :

- Murtabak cheese 1
- Roti telur 1
- Milo ais 1
- Teh o panas 1

Kongsi-kongsi makan 4 beranak. Alhamdulillah, cukup lagi mengenyangkan :)

Kenapa saya suka sangat murtabak cheese kat cafe ni?


SEBAB #1 : MURTABAK CHEESE NI TAKDE BAWANG.

Hehehe... bukan ape, ari tu saya ade try satu murtabak cheese ni kat Pasir Gudang. Cheesenye memang banyak, pastu bawangnya pun sama banyak mengalahkan rasa murtabak cheese tu. Rasa macam makan murtabak bawang pulak. Huhuhu...


SEBAB #2 : LOKASINYA DEKAT DENGAN RUMAH

So bebila rasa teringin nak makan murtabak cheese, start enjin kereta dan terus pergi. Vroommmm...


SEBAB #3 : TERSEDIA DALAM BENTUK FROZEN

Yang ni memang terbaik sangat. Selain daripada makan kat cafe tu, boleh juga beli yang frozen punya untuk makan kat rumah. Boleh juga buat stok kalau-kalau family datang ke, kawan-kawan datang ke, leh hidang murtabak cheese yang sedap ni.


SEBAB #4 : HARGA MAKAN KAT CAFE DAN YANG FROZEN, SAMA SAHAJA

Kalau makan murtabak cheese kat cafe, harganya RM12/pc. Kalau beli yang frozen pun sama juga RM12/pc.


Murtabak cheese sedap
Cafe pun best, cuma time kitorang pegi tu waktu petang,
so agak panas membara rasanya.
Cafe tiada aircond.


Alamat : No. 13 Jalan Kenanga 3, Taman Flora Height, Masai, Johor
Waktu operasi : 9.00 am - 6.30 pm
Tutup : Hari Isnin


Murtabak Cheese Sedap? Must try!!! ;)

Wednesday, February 24, 2016

Home... Is Where My Heart Is...


Bukan kerana jemu kerja bermajikan, tetapi kerana punya cita-cita dan impian yang sangat besar demi keluarga tersayang.

Perjuangan saya tidak pernah berakhir, bezanya kini, saya bekerja di rumah dan tidak lagi punch in punch out di pejabat.

Kenapa di rumah?

Kerana di situlah HATI saya berada... :)


Tuesday, February 23, 2016

Erti Kesyukuran dan Kebahagiaan


Copy n paste, sangat terkesan di hati...

You were born in a first class hospital, I was delivered at home, we both survived.

You went to a private primary school and I went to a public school, we both ended in the same high school.

You woke up from the bed and I woke from the floor, we both had a peaceful night rest.

Your outfits are all expensive, mine are all simple and cheap, we both still satisfy the need for clothing

You ate pure basmati fried rice and I ate local made rice but we both still ate to our satisfaction.

You ride on Lexus jeep, Range Rover, G Wagon, Hummer Jeep and I use public transport but we still got to our various destination.

You may be reading this post from your Samsung Galaxy 6edge, iPhone 6S and I typed it with a desktop from a cyber cafe, we still see the message.

Lifestyle is not a competition and there are different ways to get a lot of things done, different lanes all leading to the same destination. Just because your neighbour is doing things faster does not mean you are failing.

Happiness doesn't come from having everything, but making the best out of what you have, it's all about how you see yourself.

Happiness is not having what you like. Happiness is liking what you have and being content...

Fb : Rumah Safiyyah
Sumber : Dr. Azizan Osman Tribe

Saturday, February 20, 2016

Dari Tak Suka Jadi Suka


Dari dulu saya tak suka makan tauge.

Kalau dalam mihun ade tauge, saya sanggup asingkan tauge ke tepi pinggan baru makan.

Kalau baaaanyak sgt taugenya, saya sanggup tak makan sebab takleh tahan rasa tauge tu.


Then masa ttc (trying to conceive) dulu, saya ingat lagi Abah saya cakap, banyakkan makan tauge sebab tauge ni boleh tingkatkan kesuburan.

Saya macam... "tauge??? Oh tidakkk"

Tapi sebab nak sangat ade anak, saya usaha dan paksa diri makan tauge.

Dan kini, saya siap boleh makan sup ayam tauge dan ngap taugenya begitu sahaja. Enak sungguh! Sedapnyeeee.

Dari tak suka jadi suka, tersuka tanpa sengaja ;)

Anda ade tak kisah serupa macam saya? Jangan malu jangan segan jom kongsikan di ruangan komen :)

Friday, February 19, 2016

Masuk Bulan Kedua Mengajar Anak Membaca Iqra'


Ingat lagi dulu masa mula2 ajar Haziq baca Iqra' awal tahun ni.

Saya rasa mcm tak boleh nak handle. Rasa tahap kesabaran saya nipis gitu. Pernah sampai Haziq menangis time baca Iqra', pernah sampai saya sendiri menangis time dia baca Iqra'. Haziq menangis sebab katanya saya garang. Saya pula menangis sebab geram (tau kan kerenah budak-budak kan, sangat menguji mak-mak).

Tapi itu cerita awal-awal tahun. Sekarang takde dah nangis menangis ni. Lebih kepada seronok nak baca Iqra'. Hehehee...

Ini cara saya :

1) buat jadual baca Iqra'

2) tetapkan waktu dan tempoh nak baca Iqra' untuk satu sesi. Tak perlu lama-lama
.
3) demo dan terangkan dulu cara nak baca. Apa yg betul apa yg salah. Suruh dia tengok mulut kita bila kita sebut huruf dan bunyi itu.

4) bila dia salah baca, jgn marah. Tapi terangkan dengan baik.

5) bila dia baca betul semua, puji dan hargai dia.

6) tengok mood dia sebelum nak baca Iqra'. Pastikan dah cukup makan dan dah cukup rehat.

7) bagi makan Omegaguard supaya dia mudah faham dan ingat.

8) baca doa sebelum dan selepas baca Iqra'. Baca juga doa dalam bahasa Melayu cara kita supaya anak tau apa yg kita doakan utk dia.
.
.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dan juga urusan anda yg sedang membaca :)

Thursday, February 18, 2016

Hasil vs Proses - Apabila Orang Lebih Memandang Hasil (Output), Berbanding Proses


Apa perasaan anda, bila ada saudara rapat atau kawan tiba-tiba Whatsapp anda dengan ayat berikut:

"Din, aku ada meniaga barang sikit ni dan blah blah blah blah..." (Anggap Din tu nama anda)

Apa persepsi anda ketika tu?

Anda tentu akan mula rasa kurang selesa. Risau saudara rapat atau kawan anda tu offer pasal bisnes dia ke, minta beli barang dia ke. Anda akan mula menjauhkan diri. Kan?

Biasanya, Whatsapp Seen saja, tapi tidak berbalas.

.

.

Kita akan lagi teruja bila saudara rapat atau kawan tu Whatsapp begini:

"Din, aku nak belanja ko makan sedap ni, sebab aku ada dapat duit lebih sikit dari hasil meniaga bulan ni "

Kalau ini lah ajakan dari dia, hati kita mesti rasa lebih teruja kan?

On the spot balas!

.

.

Itulah realitinya. Pahit tapi ini realiti.

Tidak kira serapat mana pun hubungan tu, kita biasanya lebih tertarik pada HASIL usaha mereka, berbanding usaha itu sendiri.

Bila mereka di awal usaha dan melakukan penjualan, orang pertama yang akan mempercayai adalah orang asing.

Tak percaya? Siapa yang dah lalui lebih tahu.

Jika benar anda begitu teruja membantu berbanding orang asing, kenapa kerap kali kita dengar,

"Bagi harga kawan-kawan lah bro!"

Jika kita nak 'tolong' pun, kita nak cekik harga paling murah.

.

.

Betul lah, walaupun serapat mana pun orang itu dengan kita, majoriti suka kongsi hasil, tapi bukan proses.

Bila kita sedang berpeluh busuk, majoriti menjauhkan diri.

Bila kita sudah wangi, ramai akan kembali mendekatkan diri.

Semoga kita tak tergolong dalam golongan seperti ini.

Peringatan untuk diri aku sendiri.

Sumber : FB

Wednesday, February 17, 2016

Bagaimana Mahu Menjemput Rezeki?


Tunaikan kewajipan yg terutama kepada Yang Maha Esa.

Add on dengan amalan-amalan sunat moga-moga dapat menampung lompong / ruang kosong dalam amalan wajib yangg telah kita tunaikan.

Biarpun kita belum kaya raya beriman, belum lagi bebas hutang sepenuhnya namun janganlah kita menjadi di kalangan mereka yg kufur nikmat dan jangan pula sesekali kita lost track / lost connection / lost faith dgn Dia.

Tuesday, February 16, 2016

2 Minggu Tak Update Blog, Apa Cerita?


Assalamualaikum. Hai Semua!!! Happy Tuesday!!

Fuh, 2 minggu tuuu tak update blog. Apa cerita yek? Hahaha memang baaaanyak cerita. Dengan title baru sekarang ini (bekerja di rumah) bermula bulan February ni, permulaannya agak kelam kabut untuk saya. Kelam kabut dari segi pengurusan masa. Nak sesuaikan diri, nak sesuaikan anak-anak, nak sesuaikan suami, kira dah macam bulan orientasi pulak dah. Hehehehe.

Saya nak cakap tq so much so much so much untuk beberapa orang pembaca blog saya (katanya silent reader), yang menghubungi saya melalui emel dan bertanya,

"Bila nak update blog ni? Tiap-tiap pagi mesti bukak blog www.mystorymory.com dulu tapi frust sebab takde new entry. Cepatlah update pleaseee!!"

Haaa, gitulah bunyinya. Terkejut ahkak dibuatnya!!! Fefeeling retis kejap, macam tak sangka ade orang yang ternanti-nanti nak baca tulisan kita. Hehehhehe...

Ok ni dia saya dah balik semula ke blog, pasni saya keluar bertubi-tubi entry daripada saya, jangan tak baca pulak tau. ;)

p/s : Banyak cerita best nak storymory kat sini. Stay tunedddd!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *