I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, January 12, 2016

Menabung Sendiri di EPF / KWSP


Beberapa bulan yang lalu, saya telah pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) cawangan Johor Bahru untuk satu urusan.

Semasa menunggu nombor giliran saya dipanggil, saya terpandang satu banner ini yang sangat menarik perhatian.

Mula menabung untuk persaraan sendiri pada bila-bila masa
dan layak menerima dividen tahunan KWSP


Saya membaca banner ini untuk mendapatkan maklumat. Fokusnya adalah kepada mereka yang bekerja sendiri, pemilik perniagaan, suri rumah dan yang sewaktu dengannya, untuk mula menabung untuk persaraan sendiri di KWSP, pada bila-bila masa sahaja malah layak pula untuk menerima dividen tahunan KWSP! Menarik kan?

Ini bermakna caruman di KWSP tidak tertakluk kepada mereka yang bekerja makan gaji sahaja.

Selesai urusan saya, saya pergi mendapatkan penerangan lanjut daripada pegawai KWSP yang sedang bertugas. Ini adalah ringkasan perbualan saya dengan pegawai tersebut.

1) Untuk mula mencarum / menabung di KWSP, mestilah mempunyai Nombor Ahli KWSP terlebih dahulu. Jika belum ada, mestilah membuka akaun di KWSP.

2) Dengan adanya nombor ahli ini, kita perlu mengisi borang "Bayaran Caruman Pilihan Sendiri". Borang ini hanya boleh didapati di KWSP sahaja (kalau tidak silap saya).

Borang "Bayaran Caruman Pilihan Sendiri"



3) Minimum deposit untuk setiap transaksi ialah sebanyak RM50 di kaunter KWSP.

4) Maksimum jumlah deposit setahun adalah sebanyak RM60,000 sahaja (bermakna untuk satu-satu tahun, jumlah duit yang kita carum di KWSP adalah tidak melebihi RM60,000).


Wah, memang menarik kan? Bermakna mereka yang bekerja sendiri juga boleh mencarum di KWSP, dengan syarat mestilah mempunyai nombor ahli KWSP terlebih dahulu. 

Jika sedang bekerja makan gaji dan ingin membuat tambahan caruman setiap bulan selain daripada yang dicarum oleh majikan dan dipotong gaji setiap bulan, juga boleh menggunakan cara seperti di atas.

Selain itu, boleh juga membuat caruman terus ke akaun KWSP masing-masing dengan menggunakan Maybank2u.

Tidak tahu bagaimana caranya? Nantikan entry saya selepas ini :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *