I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, January 12, 2016

Blog, Blogger, Blogging, Blogwalking, Bloggeroid


Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan blog, pasti pernah terdengar istilah seperti blog, blogger, blogging dan blogwalking. Mungkin juga pernah ternampak atau terbaca di mana-mana tentang bloggeroid. Adakah kelima-lima perkataan ini membawa maksud yang sama?

Mari kita lihat satu persatu.
Blog

Secara ringkasnya, blog adalah satu jenis laman web (website). Namun, berbeza daripada laman web biasa, blog memerlukan artikel-artikel / post / entry baru ditambah atau dikemaskinikan daripada semasa ke semasa. Artikel-artikel ini ditulis oleh pemilik atau penulis blog (blogger).

Jangan keliru ya, walaupun artikel itu "ditaip", tapi lebih senang untuk menggunakan perkataan "menulis". Contohnya, "menulis artikel di blog" dan bukannya "menaip artikel di blog".


Blogger

Blogger adalah orang yang mempunyai blog dan mempunyai minat untuk menulis di blog. Juga dikenali sebagai pemilik atau penulis blog.


Blogging

Blogging adalah satu cabang daripada aktiviti penulisan sama seperti kita menulis di buku atau diari. Cuma bezanya, bagi setiap artikel / post / entry yang diterbitkan, akan mempunyai alamat url yang unik yang dipanggil permalink. Blogging membenarkan orang lain untuk meninggalkan komen bagi setiap artikel / post / entry yang diterbitkan.


Blogwalking

Dalam bahasa yang paling mudah - maksudnya pergi berjalan-jalan daripada satu blog ke blog yang lain dan tinggalkan komen. Contohnya, anda sedang membaca entri ini, seterusnya anda tinggalkan komen, kemudian anda lihat senarai blog list di sebelah kanan side bar saya. Anda klik ke blog yang lain pula. Anda baca entri di blog tersebut dan tinggalkan komen, dan begitulah seterusnya berulang-ulang.


Bloggeroid

Ia merupakan satu aplikasi yang boleh dimuat turun di Play Store bagi anda yang memiliki telefon pintar. Dengan bloggeroid, anda boleh menerbitkan atau mengemaskini entri untuk blog anda walau di mana jua anda berada tanpa perlu menghadap laptop atau komputer.


Baiklah, diharap perkongsian kali ini membantu anda untuk lebih jelas tentang beberapa perkataan penting dalam dunia blogging :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *