I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, January 29, 2016

3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf


Abdul Rahman bin Auf merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang saudagar yang termasyhur dan merupakan ahli perniagaan yang tersohor di zaman Rasulullah s.a.w.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat 3 strategi yang digunakannya dalam perniagaan iaitu :

1) Tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.

2) Tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.

3) Tidak menjual secara tangguhan bayaran.
.
.
.
Kedengarannya ringkas sahaja kan 3 strategi ini namun sangat besar impaknya kepada perniagaan kita. Percaya atau tidak, saya sendiri pernah mendapat keuntungan bernilai RM1 sahaja, pada masa itu terasa perit benar dan terfikir apalah yang saya boleh buat dengan untung seringgit ini?

Namun saya pujuk hati dengan cuba melihat dalam konteks yang lebih luas. Keuntungan seringgit ini sebenarnya mengajar saya lebih mendalam tentang selok belok urusniaga. Daripada situ juga, saya menambah rangkaian pelanggan dan alhamdulillah nilai keuntungan mula meningkat sedikit demi sedikit.

Untuk strategi yang kedua, saya akui dulu-dulu saya juga pernah melambat-lambatkan, bukan melambatkan penjualan tapi sebenarnya melambatkan pengeposan. Ini kerana pada masa itu saya belum cukup arif tentang pengurusan masa dan pernah juga saya dimarahi oleh pelanggan kerana barang yang dibelinya mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke tangannya.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah itu, mula-mulanya saya lambat pos, kemudian saya kurang arif dengan urusan pengeposan, ditambah pula saya tidak segera track parcel pelanggan dan lambat pula maklumkan kepada pelanggan. Kalau diingatkan semula, terasa seolah jahil benar saya sebagai peniaga pada masa itu.

Namun sedikit demi sedikit, saya mula memperbaiki diri dan Alhamdulillah, kini saya boleh melakukan pengeposan produk Shaklee hampir setiap hari termasuk juga pada hari Ahad malah tiada lagi rungutan daripada pelanggan berkenaan parcel mereka. Alhamdulillah :)

Untuk strategi ketiga, memang tidak pernah saya lakukan sepanjang saya menjalankan bisnes ini. Pengeposan akan dilakukan hanya apabila bayaran penuh diterima dan bukti pembayaran disertakan bersama. Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang masalah daripada pelanggan. Pembayaran dijelaskan seperti yang dijanjikan dan bukti pembayaran juga disertakan. Ia memang memudahkan kedua-dua belah pihak.

Terima kasih kepada semua yang pernah dan akan berurusniaga dengan saya. Jika anda berpuas hati, beritahulah kawan-kawan, tapi jika ada sebarang komen dan cadangan yang membina, beritahulah saya ya supaya saya boleh segera perbaiki :)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great entry

Kakzakie Purvit said...

Cuma macam sykt tempat kakak kerja memang tak ada yg cash Siti.
Semua payment kita bagi credit terms. Nak buat macam mana kalau tak bagi terms pelanggan pulak yg lari.

Abd Rahman bin Auf satu lagi sebab berjayanya juga kerana beliau sentiasa bersedekah. Satu dia beri 10 Allah ganti.

Nik Azidah said...

Nampak simple je kan strategi bisnesnya tapi sangat besar impaknya kepada prestasi bisnes...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *