I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, January 29, 2016

3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf


Abdul Rahman bin Auf merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang saudagar yang termasyhur dan merupakan ahli perniagaan yang tersohor di zaman Rasulullah s.a.w.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat 3 strategi yang digunakannya dalam perniagaan iaitu :

1) Tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.

2) Tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.

3) Tidak menjual secara tangguhan bayaran.
.
.
.
Kedengarannya ringkas sahaja kan 3 strategi ini namun sangat besar impaknya kepada perniagaan kita. Percaya atau tidak, saya sendiri pernah mendapat keuntungan bernilai RM1 sahaja, pada masa itu terasa perit benar dan terfikir apalah yang saya boleh buat dengan untung seringgit ini?

Namun saya pujuk hati dengan cuba melihat dalam konteks yang lebih luas. Keuntungan seringgit ini sebenarnya mengajar saya lebih mendalam tentang selok belok urusniaga. Daripada situ juga, saya menambah rangkaian pelanggan dan alhamdulillah nilai keuntungan mula meningkat sedikit demi sedikit.

Untuk strategi yang kedua, saya akui dulu-dulu saya juga pernah melambat-lambatkan, bukan melambatkan penjualan tapi sebenarnya melambatkan pengeposan. Ini kerana pada masa itu saya belum cukup arif tentang pengurusan masa dan pernah juga saya dimarahi oleh pelanggan kerana barang yang dibelinya mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke tangannya.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah itu, mula-mulanya saya lambat pos, kemudian saya kurang arif dengan urusan pengeposan, ditambah pula saya tidak segera track parcel pelanggan dan lambat pula maklumkan kepada pelanggan. Kalau diingatkan semula, terasa seolah jahil benar saya sebagai peniaga pada masa itu.

Namun sedikit demi sedikit, saya mula memperbaiki diri dan Alhamdulillah, kini saya boleh melakukan pengeposan produk Shaklee hampir setiap hari termasuk juga pada hari Ahad malah tiada lagi rungutan daripada pelanggan berkenaan parcel mereka. Alhamdulillah :)

Untuk strategi ketiga, memang tidak pernah saya lakukan sepanjang saya menjalankan bisnes ini. Pengeposan akan dilakukan hanya apabila bayaran penuh diterima dan bukti pembayaran disertakan bersama. Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang masalah daripada pelanggan. Pembayaran dijelaskan seperti yang dijanjikan dan bukti pembayaran juga disertakan. Ia memang memudahkan kedua-dua belah pihak.

Terima kasih kepada semua yang pernah dan akan berurusniaga dengan saya. Jika anda berpuas hati, beritahulah kawan-kawan, tapi jika ada sebarang komen dan cadangan yang membina, beritahulah saya ya supaya saya boleh segera perbaiki :)

Monday, January 25, 2016

DO IT NOW!


If you don't do it now, it won't get done.

And if you don't do it now, you will probably won't do it at all.

If not now, then when?

If not you, then who?
.
.
.
Apapun yang ingin kita lakukan, kita lakukan sekarang juga.

Sekiranya kita bertangguh, kemungkinan kita takkan melakukannya sampai bila-bila.

Hendak memulakan bisnes part time? Mulakan sekarang.

Hendak memulakan bisnes full time? Mulakan sekarang.

Hendak berhenti kerja dan berbisnes? Mulakan sekarang.

Mulakan sekarang dengan menambah ilmu-ilmu bisnes, melatih diri berbisnes dan menjana keuntungan sedikit demi sedikit.

Mulakan dengan mempunyai blog khusus untuk bisnes dan kemudiannya bina fanpage khusus untuk bisnes kerana proses untuk menguasai kedua-dua ini mengambil masa dan adalah lebih baik untuk anda memulakannya sekarang.



#DOITNOW merupakan nama team Shaklee saya! ;)

Thursday, January 21, 2016

Ruangan Iklan : Sumber Makanan Jepun Halal


Teks : Ourkizuna

Assalamualaikum.

Sebelum saya memulakan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat tuan blog, sahabat lama yang saya kenali sejak memasuki alam sekolah menengah lagi, Siti Munirah. Saya sangat menghargai peluang yang diberikan untuk menggunakan blognya sebagai platform bagi saya mempromosikan diri saya dan perniagaan saya.

Boleh panggil saya kesoma atau rai. Saya merupakan penulis utama bagi blog http://ourkizuna.blogspot.com. Jemput singgah ya. Bagaimana pun, kali ini saya bukan nak bercerita tentang diri saya atau intipati blog Ourkizuna.

Hari ini saya nak bercerita tentang makanan Jepun.

Mungkin masih ramai yang terasa agak asing dengan makanan Jepun. Mungkin ada yang rasa-rasa macam "eh kena ke dengan selera kita".

Haa.. Jangan tak tau. Makanan Jepun macam takoyaki, sushi, teppanyaki dan banyak lagi semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Tapi eh.. HALAL ke?

Kann..

Itulah persoalan dan kerisauan yang menyebabkan ramai orang tak dapat menikmati keenakan makanan Jepun.

Kami sekeluarga amat sukakan makanan Jepun. Sup miso, ayam teriyaki, tempura, dan takoyaki adalah antara makanan yang menjadi kegemaran anak-anak. Sesetengah jenis makanan ini asalnya mengandungi bahan yang haram bagi umat Islam iaitu mirin. Sejenis alkohol yang selalu digunakan dalam masakan Jepun. Menggunakan pengalaman dan sedikit sebanyak pengalaman ketika tinggal di Jepun selama beberapa tahun, saya memulakan pencarian bahan-bahan yang halal untuk menyediakan sendiri makanan Jepun untuk kami sekeluarga.

Ianya bukan saja lebih murah, malah, kami yakin dengan kebersihan dan halalnya makanan yang kami makan.

Percaya tak kalau saya katakan, kos menyediakan semangkuk miso sup tidak sampai RM1. Kalau makan di restoran, harganya mencecah RM3 semangkuk!

Cara penyediaannya juga tidak rumit. Masak asam pedas lagi susah tau. Dan yang pastinya, saya hanya menjual miso paste yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh organisasi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain dari itu, berita baik juga ingin saya sampaikan kepada yang menyukai takoyaki. Kalau beli di kedai takoyaki yang terkenal tu, tiga biji takoyaki sudah mencecah RM5.50. Makan tiga biji mana puas!!

Tapi, kalau beli bahan-bahannya kemudian buat sendiri, boleh makan sampai puas hati. Kalau takut tak jadi jangan risau. Saya juga ada sediakan kelas untuk belajar buat makanan Jepun ni. Insya allah kami juga akan mengedarkan e-book makanan Jepun PERCUMA buat peminat-peminat makanan Jepun.

Menarik kan..? Ini adalah contoh makanan Jepun yang saya sediakan menggunakan bahan yang saya jual. Antaranya,

Miso soup dan takoyaki


Bagi kawasan Shah Alam, kami juga menjual Frozen Takoyaki untuk COD (Jalan Kebun, Aeon Big Bukit Rimau dan Giant Kemuning Utama).


Sos Teriyaki


Bagi yang dah lama teringin nak mencuba makanan Jepun, boleh order melalui Fanpage kami Frozen Takoyaki - https://www.facebook.com/frozentakoyaki. Atau hubungi kami melalui whatsapp/call/sms 0126894617.

Pstt... Kalau nak awet muda macam gadis Jepun, kena cuba makanan Jepun tau. ^_^
.
.
.
.
.
Berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di blog www.mystorymory.com? Sila klik Kadar Pengiklanan untuk maklumat lanjut.

Wednesday, January 20, 2016

Tempahan Membina Blog : Pusat Sumber Sekolah


Alhamdulillah, ini adalah hasil kerja saya menyiapkan tempahan blog daripada Cikgu Hanem di Sek. Men. Keb. Seri Kota Puteri 2, Masai, Johor.

Saya dihubungi oleh Cikgu Hanem untuk mendapatkan perkhidmatan saya iaitu membina blog untuknya. Setelah saya berikan keterangan lanjut, beliau bersetuju dan bermulalah tugas saya membina blog untuk pusat sumber sekolah beliau. Pakej ini termasuk sekali pendaftaran dan pemasangan iklan Nuffnang di blog. Sambil menulis sambil menjana pendapatan.

Saya berharap Cikgu Hanem berpuas hati dengan blog baru beliau. Sekiranya anda semua berminat untuk melihat blog tersebut, bolehlah berkunjung ke blog Cikgu Hanem dan jangan lupa follow ya.


Tuesday, January 19, 2016

Ruangan Iklan : DeXandra Perfume


Teks : Nur Azwa Norazmi



DeXandra Perfume...

Wangian terbaik anda...

DeXandra Perfume merupakan perfumes inspirasi dari jenama terkenal seperti Dior, Chanel, Gucci, Lancome dan banyak lagi.



Kenapa anda perlu pilih DeXandra Perfumes?

1. Wangian inspirasi jenama terkenal
2. Ada pelbagai pilihan. Lebih dari 50 bau dari jenama terkenal.
3. Produk bumiputra
4. BOLEH BAWA SOLAT
5. Bau tahan lebih dari 8 jam.

Untuk list produk boleh terus ke website www.shiwawaperfume.com

Agen dropship & authorised agen diperlukan. 

Boleh hubungi 017-7957125 untuk mendaftar.
.
.
.
.
.
Berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di blog www.mystorymory.com? Sila klik Kadar Pengiklanan untuk maklumat lanjut.

Monday, January 18, 2016

Menulis Dari Hati Dan Menjadi Diri Sendiri


Satu perkara yang selalu saya tekankan apabila kita menulis atau blogging adalah, kita mestilah menulis dari hati dan menjadi diri sendiri. Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia biasa, kita mudah terpesona apabila membaca tulisan orang lain dan mudah pula terikut-ikut dengan gaya penulisan mereka.

Hari ini, kita baca tulisan saudari A, dan kita tiru gaya penulisan beliau.

Hari esok, kita baca tulisan saudara B, dan kita tiru gaya penulisan beliau.

Hari lusa, kita baca tulisan saudari C, dan kita tiru gaya penulisan beliau.

Oleh sebab tiru meniru ini lah, kita hilang keghairahan / passion untuk menulis, kerana kita tidak mempunyai acuan kita sendiri akibat asyik terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain.

Percayalah, setiap daripada kita ada keistimewaanya, malah pembaca boleh 'sense' keistimewaan dan keikhlasan kita menulis hanya apabila membaca tulisan kita.

Yang lebih penting lagi, menulis dari hati menjadikan kita seorang yang percaya dengan diri sendiri dan lebih mudah untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti.

Hadza min Fadhli Rabbi
(Segala yang baik itu datangnya daripada Allah jua)


Untuk membantu mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia penulisan di blog, saya telah menubuhkan FB group "Mudahnya Blogging Dengan Siti Munirah" di mana saya berkongsi pelbagai tips dan panduan menulis, blogging dan apa sahaja yang berkaitan dengan blog.

Di sini anda bebas berinteraksi dan bertanyakan apa sahaja soalan berkaitan blog kepada saya, in shaa Allah saya akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Syarat kemasukan untuk group ini adalah khusus untuk anda yang menempah blog dengan saya ataupun menghadiri personal coaching membina blog bersama saya.

Saya doakan anda semua akan terus menulis dan berkongsi kebaikan kepada orang lain melalui penulisan di blog, in shaa Allah :)

Sunday, January 17, 2016

Mood Nak Bercuti Sudah Mari


Baru masuk awal tahun 2016, terus nak pergi bercuti?

Of course, sebab tahun lepas agak padat dengan segala macam urusan, sehingga percutian yang di plan pada akhir tahun, tak jadi.

Jadi kita postpone lah ke awal tahun ini.

Memandangkan cuti sekolah lambat lagi, plannya nak bercuti dekat-dekat sini sahaja. Tak kisahlah, asalkan bersama keluarga tersayang :)

Saturday, January 16, 2016

Ruangan Iklan : Kuah Rojak Cik Nard


Kuah Rojak Cik Nard


Keterangan Produk :
  • Kuah rojak yang boleh didapati secara online, offline, agent dan stokis.
  • Boleh dijadikan hadiah doorgift, hamper dan souvenir kerana packaging yang menarik.


Keistimewaan Produk :
  • Kuah rojak yang tidak terlalu bergula.
  • Tidak bau belacan yang kuat.
  • Mudah didapati secara online. Tak perlu ke R&R.
  • Pekat dan tidak cair macam air.(tuang je berair)
  • Kaya dengan bijan.
  • Diberi kacang cincang pada pek berlainan.
  • Tiada pengawet.
  • Homemade.
  • Dimasak dengan kasih sayang.
  • Kuah rojak yang serbaguna. Boleh dimakan dengan apa saja!!
  • Premium packaging.
  • Sudah jelajah 1 Semenanjung, soon 1 Dunia!!



Untuk Order :

Whatsapp / sms dengan taip KRCN (ruang) LOKASI dan hantar ke 6016.948.3930.

Atau layari page :


.
.
.
.
.
Berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di blog www.mystorymory.com? Sila klik Kadar Pengiklanan untuk maklumat lanjut.

Friday, January 15, 2016

Lokasi Untuk Personal Coaching Belajar Membina Blog


Saya menerima beberapa whatsapp yang ingin personal coaching dengan saya untuk belajar membina blog.

Kebanyakan yang menghubungi saya berada di luar Johor. Alhamdulillah, tidak sia-sia rasanya saya menulis di blog ini. Yang menghubungi saya, mendapat nombor saya melalui blog ini jua.

Namun, dukacitanya dimaklumkan, saya hanya menjalankan personal coaching di negeri Johor sahaja, spesifiknya lagi di area berikut :

1) Bandar Seri Alam, Masai
2) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang
3) Bandar Baru Permas Jaya

Selain daripada area yang dinyatakan di atas, maaf, tidak dapat saya penuhi buat masa ini.

Namun, sebagai gantinya, saya menerima tempahan membina blog. Saya siapkan satu blog untuk anda, dan anda hanya perlu update sahaja seperti biasa. Mudah kan?

Berminat untuk menempah blog dengan saya? Maklumat lanjut di sini.

Thursday, January 14, 2016

Ruangan Iklan : Qaseh Gold - Produk Kesihatan Ramuan Sunnah dan Herba


Teks : Siti Aisyah Abdul Rahim

Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat-sahabat?    

Sekadar memperkenalkan produk kesihatan ramuan sunnah dan herba yang mujarab-mudah-dan murah untuk seisi keluarga.



Selepas Aisyah sendiri amalkan sekeluarga selama 1 tahun, dengan rasa rendah diri ingin berkongsi manfaat dengan semua .

Ada yang berminat untuk tahu lebih detail? Boleh pm Aisyah ya

  • Qaseh Gold Premier(lelaki + perempuan 40an) 
  • Qaseh Gold Adinda (perempuan 12tahun keatas)
  • Qaseh Gold Kekanda(lelaki 12tahun keatas) 
  • Qaseh Gold Junior(kanak2 12tahun-1tahun)
  • Gojes by Qaseh gold(khusus kulit cantik glow licin kenyal dari dalam)
  • Serum Gojes(kulit yang glow dari luar)
  • Sole (semua)
  • Garam masakan
  • Gincu tanpa paraben ( ikut warna darah)
  • Rindu qoqo tanpa gula. ( Guna stevia)
  • Rindu Cafe 


Pembelian 3 botol ke atas layak untuk dapatkan mystery gift dari #SuccessQasehNetwork.

Semoga kalian sentiasa diberkati.

Sahabat Konsultan Anda,
Aisyah
012 3899052
.
.
.
.
.
Berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di blog www.mystorymory.com? Sila klik Kadar Pengiklanan untuk maklumat lanjut.

Yang Penting Mesti Ada Blog Dahulu


Rata-rata mereka yang menghubungi saya tentang tempahan blog bisnes / peribadi, selalu menyatakan bahawa mereka sangat ingin mempunyai blog sendiri tapi tak pasti sama ada boleh menulis dengan konsistennya di blog.

Masa terus berlalu, sampai ke sudah pun mereka tiada blog sendiri. Masih ingin mempunyai blog tapi tidak bertindak pantas untuk membina blog ataupun menempah blog. Rugi masa kan?

Oleh yang demikian, saya selalu tekankan, apa pun keadaannya, anda mesti mempunyai blog terlebih dahulu. Buat satu blog terlebih dahulu dan 'paksa' diri untuk menulis dan mengemaskini blog setiap hari.

Maafkan saya kerana menggunakan perkataan 'paksa' tetapi saya guna perkataan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya mula menulis di blog peribadi sekitar tahun 2011-2012 dahulu. Pada masa itu saya tahu saya mesti mempunyai blog sendiri walaupun saya tidak pasti hala tujuan blog saya nanti. Saya juga tidak pasti apakah saya boleh menulis di blog setiap hari. Saya lagi tidak pasti apakah betul saya boleh menjana pendapatan daripada blog.

Di sebalik semua ketidakpastian di atas (banyaknya ketidakpastian), saya teruskan juga membuat blog. Di peringkat permulaan, agak terkial-kial juga kerana saya belum dapat mengenalpasti 'rentak blog'. Tapi saya paksa diri saya untuk menulis dan menulis.

Alhamdulillah kini, saya sudah fine tune blog saya dan boleh blogging dengan lebih baik berbanding dahulu.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan di sini?

1) Menulis di blog adalah satu proses yang mengambil masa sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan mentor.

2) Sikap bertangguh akan menjadikan kita lebih malas dan lebih ketinggalan di belakang.

3) Semua perkara pun, kita bermula dengan "tidak tahu" tapi lama kelamaan kita akan menjadi mahir dengannya.

4) Lebih lambat kita mempunyai blog, lebih lambat peluang untuk kita menjana pendapatan dengan blog


Tepuk dada, tanya selera, bilakah anda ingin mempunyai blog sendiri?

Cadangan saya, anda hadiri personal coaching membina blog bersama saya ataupun tempah sahaja blog dengan saya. Kemudian kita sama-sama belajar lebih lanjut tentang blogging dan cara menjana pendapatan dengan blog di fb group.

Tepuk dada tanya selera, NAK ke TAKNAK?

Terima kasih :)

Wednesday, January 13, 2016

Setiap Blog Harus Ada Widget Follower


Widget Follower (pengikut) adalah antara widget terbaik yang disediakan di Blogger.com.

Seseorang blogger menggunakan blog mereka sebagai platform untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Dengan niche yang khusus, seseorang blogger mampu menjadikan blognya sebagai tempat rujukan maklumat bagi orang lain.

Bagi memudahkan pembaca blog mengikuti perkembangan setiap entry kita, pastikan kita memasukkan widget follower ke dalam blog kita.

Pembaca blog akan klik pada "Join This Site" menandakan mereka adalah follower blog kita, mereka adalah orang yang berminat dan suka dengan apa yang kita tulis.

Perkara yang sama juga apabila kita suka membaca blog orang lain. Kita klik pada widget Follower di blog tersebut. Ini memastikan kita tidak terlepas setiap entry menarik daripada blog yang kita follow.

Contoh widget follower adalah seperti di bawah :

Semakin ramai follower blog kita, bermaksud semakin ramai orang suka membaca apa yang kita tulis dan semakin luas potensi kita untuk menukar pembaca kepada pelanggan.


Sudahkah anda install widget Follower di blog anda? Lakukannya sekarang! :)

Tuesday, January 12, 2016

Cara Register Akaun EPF di Maybank2u Supaya Boleh Mencarum Pada Bila-Bila Masa


Seperti yang dijanjikan, di sini saya kongsikan tutorial untuk mendaftar akaun EPF anda di Maybank2u.

Tujuannya adalah supaya anda boleh mencarum pada bila-bila masa secara online, tanpa perlu pergi ke kaunter EPF / bank. Pastikan anda telah mempunyai nombor EPF terlebih dahulu.

Caranya adalah seperti berikut :


1) Login ke Maybank2u. Klik "Investment" kemudian klik "EPF".



2) Klik "Add".



3) Step 1 of 3 : isikan nombor EPF, nombor IC dan nama.



4) Step 2 of 3 : Request TAC number. TAC number akan dihantar melalui sms ke handphone anda yang telah didaftarkan di Maybank. Masukkan TAC number dan klik "Confirm".



5) Step 3 of 3 : Ini adalah Confirmation Status. Kalau semua dah ok, klik Return to EPF.



6) Di sini ialah summary. Anda boleh delete akaun ataupun tambah akaun yang lain.



Ok selesai sudah tutorialnya. Selamat mencuba dan selamat mencarum! :)

Menabung Sendiri di EPF / KWSP


Beberapa bulan yang lalu, saya telah pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) cawangan Johor Bahru untuk satu urusan.

Semasa menunggu nombor giliran saya dipanggil, saya terpandang satu banner ini yang sangat menarik perhatian.

Mula menabung untuk persaraan sendiri pada bila-bila masa
dan layak menerima dividen tahunan KWSP


Saya membaca banner ini untuk mendapatkan maklumat. Fokusnya adalah kepada mereka yang bekerja sendiri, pemilik perniagaan, suri rumah dan yang sewaktu dengannya, untuk mula menabung untuk persaraan sendiri di KWSP, pada bila-bila masa sahaja malah layak pula untuk menerima dividen tahunan KWSP! Menarik kan?

Ini bermakna caruman di KWSP tidak tertakluk kepada mereka yang bekerja makan gaji sahaja.

Selesai urusan saya, saya pergi mendapatkan penerangan lanjut daripada pegawai KWSP yang sedang bertugas. Ini adalah ringkasan perbualan saya dengan pegawai tersebut.

1) Untuk mula mencarum / menabung di KWSP, mestilah mempunyai Nombor Ahli KWSP terlebih dahulu. Jika belum ada, mestilah membuka akaun di KWSP.

2) Dengan adanya nombor ahli ini, kita perlu mengisi borang "Bayaran Caruman Pilihan Sendiri". Borang ini hanya boleh didapati di KWSP sahaja (kalau tidak silap saya).

Borang "Bayaran Caruman Pilihan Sendiri"



3) Minimum deposit untuk setiap transaksi ialah sebanyak RM50 di kaunter KWSP.

4) Maksimum jumlah deposit setahun adalah sebanyak RM60,000 sahaja (bermakna untuk satu-satu tahun, jumlah duit yang kita carum di KWSP adalah tidak melebihi RM60,000).


Wah, memang menarik kan? Bermakna mereka yang bekerja sendiri juga boleh mencarum di KWSP, dengan syarat mestilah mempunyai nombor ahli KWSP terlebih dahulu. 

Jika sedang bekerja makan gaji dan ingin membuat tambahan caruman setiap bulan selain daripada yang dicarum oleh majikan dan dipotong gaji setiap bulan, juga boleh menggunakan cara seperti di atas.

Selain itu, boleh juga membuat caruman terus ke akaun KWSP masing-masing dengan menggunakan Maybank2u.

Tidak tahu bagaimana caranya? Nantikan entry saya selepas ini :)

Blog, Blogger, Blogging, Blogwalking, Bloggeroid


Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan blog, pasti pernah terdengar istilah seperti blog, blogger, blogging dan blogwalking. Mungkin juga pernah ternampak atau terbaca di mana-mana tentang bloggeroid. Adakah kelima-lima perkataan ini membawa maksud yang sama?

Mari kita lihat satu persatu.
Blog

Secara ringkasnya, blog adalah satu jenis laman web (website). Namun, berbeza daripada laman web biasa, blog memerlukan artikel-artikel / post / entry baru ditambah atau dikemaskinikan daripada semasa ke semasa. Artikel-artikel ini ditulis oleh pemilik atau penulis blog (blogger).

Jangan keliru ya, walaupun artikel itu "ditaip", tapi lebih senang untuk menggunakan perkataan "menulis". Contohnya, "menulis artikel di blog" dan bukannya "menaip artikel di blog".


Blogger

Blogger adalah orang yang mempunyai blog dan mempunyai minat untuk menulis di blog. Juga dikenali sebagai pemilik atau penulis blog.


Blogging

Blogging adalah satu cabang daripada aktiviti penulisan sama seperti kita menulis di buku atau diari. Cuma bezanya, bagi setiap artikel / post / entry yang diterbitkan, akan mempunyai alamat url yang unik yang dipanggil permalink. Blogging membenarkan orang lain untuk meninggalkan komen bagi setiap artikel / post / entry yang diterbitkan.


Blogwalking

Dalam bahasa yang paling mudah - maksudnya pergi berjalan-jalan daripada satu blog ke blog yang lain dan tinggalkan komen. Contohnya, anda sedang membaca entri ini, seterusnya anda tinggalkan komen, kemudian anda lihat senarai blog list di sebelah kanan side bar saya. Anda klik ke blog yang lain pula. Anda baca entri di blog tersebut dan tinggalkan komen, dan begitulah seterusnya berulang-ulang.


Bloggeroid

Ia merupakan satu aplikasi yang boleh dimuat turun di Play Store bagi anda yang memiliki telefon pintar. Dengan bloggeroid, anda boleh menerbitkan atau mengemaskini entri untuk blog anda walau di mana jua anda berada tanpa perlu menghadap laptop atau komputer.


Baiklah, diharap perkongsian kali ini membantu anda untuk lebih jelas tentang beberapa perkataan penting dalam dunia blogging :)

Monday, January 11, 2016

1 Blog Saya Akan Ditutup


Dalam masa terdekat, salah satu blog saya iaitu www.munirahmalek.com akan ditutup.

Ini kerana saya ingin memudahkan kerja-kerja pengurusan blog.

Siapa kata senang nak maintain blog banyak-banyak ni? Senang tu senang tapi perlu betul-betul teliti dan banyak aspek perlu dititikberatkan.

Kebanyakan entry daripada blog yang akan ditutup ini, akan saya pindahkan secara berperingkat ke 2 blog saya yang UTAMA iaitu :

1) www.sitimunirah.com
2) www.mystorymory.com

2 tahun lebih saya menulis di blog www.munirahmalek.com, fikir-fikir balik rasa sayang pula kalau nak tutup blog ni kan. Tapi kalau fikir sayang saja, memang tak ke mana lah jawabnya.

Kadang-kadang perlu fikir dengan rasional dan mesti berani untuk membuat perubahan, lagipun perubahan ini penting untuk memudahkan saya mengurus blog-blog saya pada masa akan datang.

Sekiranya anda tidak dapat lagi melayari blog www.munirahmalek.com, bermakna blog ini sudah ditutup.

Jadi pada masa itu, carilah saya di blog www.sitimunirah.com dan www.mystorymory.com! :)

Kembali Kepada Fitrah :)


Alhamdulillah, tahun 2016 ini adalah titik permulaan saya kembali semula kepada fitrah sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa. Terima kasih Allah :)

Selamat tinggal alam pekerjaan, tempoh 10 tahun yang penuh dengan pelbagai pengalaman serta rencah dan suka duka. Sudah merasa menjadi orang di bawah, sudah merasa menjadi orang di atas, juga sudah merasa menjadi orang yang berkepentingan untuk membuat satu-satu keputusan di dalam jabatan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk setiap pencapaian ini :)

Memetik kata-kata seorang sahabat IMKK saya iaitu Kak Zanariah Abdullah,

"Pastinya ada sebab konkrit atas setiap perubahan. 
Dan kita harus mendepani perubahan. Itulah kehidupan. 
Hidup Itu Perjuangan".

Tibalah kini masa untuk saya kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk keluarga tersayang, untuk anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang saya sepenuhnya. Saya tidak mahu terlepas setiap detik-detik penting dalam perkembangan anak-anak saya dan semoga segala ilmu dan pengalaman saya sebelum ini dapat saya gunakan kembali untuk mendidik kedua-dua permata hati yang Allah anugerahkan untuk saya dan suami :)

Hidup ini bukan untuk diri saya seorang sahaja, bahkan untuk saya terus menyebarkan dan memberi manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah, saya juga adalah pengedar sah Shaklee, sentiasa sedia berkongsi sedikit sebanyak ilmu berkaitan vitamin Shaklee khusus untuk mereka yang ingin meningkatkan taraf kesihatan kepada yang lebih baik. Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi mengenai sebarang vitamin Shaklee dan membuat tempahan, boleh hubungi saya di z.munirah@gmail.com / whatsapp 018-766 9798 :)

Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas segala nikmat kurniaan-Mu, tetapkanlah aku dan imanku di jalan yang benar. Amin amin ya Rabbal alamin...



Wednesday, January 6, 2016

Wordless Wednesday #8



Tuesday, January 5, 2016

Hadiah Daripada Sahabat : Planner 2016 Yang Istimewa


Tahun 2016 ini saya menerima hadiah istimewa daripada seorang sahabat. Sewaktu menerima bungkusan ini, hati tertanya-tanya, apakah di dalamnya dan apabila dibuka, inilah dia :

Thank you so much Fiza! :)


Hadiahnya adalah Planner Islamik 2016!!

Ya Allah, seronoknya tidak terkata! Apatah lagi sewaktu membelek-belek isi kandungan planner ini, sungguh luar biasa. Rasanya saya belum pernah lagi jumpa planner seperti ini.

Belek punya belek, terus jatuh cinta dengan planner ni dan terus berazam nak betul-betul guna planner ini sepanjang tahun 2016.

Apa yang saya suka sangat dengan planner ini?

1) Ada jadual harian untuk setiap bulan, dan masa dimulakan dengan 4.00 am hingga jam 3.00 am.

- Mula-mula saya terfikir, kenapa 4.00 am? Oh rupa-rupanya inilah masa yang sangat sesuai untuk bangun bertahajud! Subhanallah!!


2) Ada ruangan Mutabaah Ibadah

- Iaitu summary untuk satu-satu minggu, berapa kalikah kita melakukan solat sunat Tahajud, solat Subuh, baca Al-Ma'thurat, sujud Tilawah, solat sunat Dhuha dan beristighfar. Subhanallah!

3) Ada ruangan Things To Do untuk setiap bulan dan catatan apa yang mesti dicapai atau dilakukan pada bulan tersebut.

4) Kata-kata hikmah dan motivasi pada setiap mukasurat.


Subhanallah! Inilah hadiah "paling mahal" yang pernah saya terima seumur hidup saya. Apabila menerima planner ini, saya seolah-olah dapat melihat ke depan, bagaimana cara untuk saya menyusun dan memprogramkan semula amal ibadat saya, sebabnya ia sangat lengkap dengan panduan untuk membantu insan seperti saya ini yang setiap hari tidak pernah lari dari membuat dosa dan kekhilafan.

"Untuk sahabaku Fiza, Uni hargai sangat-sangat hadiah planner ini. Sangat-sangat hargai. Malah Uni juga percaya, ini adalah kiriman dari Allah s.w.t. kepada Uni melalui Fiza. Moga-moga hadiah ini menjadi satu permulaan untuk Uni memperbaiki segala kekurangan diri. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran rezeki, kebaikan, kemudahan, perlindungan dan segalanya yang terpaling baik buat Fiza sekeluarga, In Shaa Allah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin..."


Monday, January 4, 2016

Borang Pengeluaran Berkaitan Pinjaman Perumahan di EPF


Entry ni simple je.

Just nak bagitahu terms yang perlu anda gunakan apabila berurusan di EPF untuk tujuan pembayaran rumah yang anda telah beli.

Rasanya semua tahu kan yang kita boleh keluarkan akaun 2 EPF kita untuk tujuan pembelian rumah dan pembayaran rumah.

Jadi kalau anda nak keluarkan akaun 2 EPF tu, jangan salah sebut 2 terms ni ya :

1) Kalau anda nak keluarkan sejumlah wang yang banyak dalam akaun 2 untuk bayar lump sump satu amaun bayaran rumah atau untuk terus buat final settlement (terus habis bayar), cakap kat pegawai tu "Saya nak Borang Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan".

2) Kalau anda nak keluarkan wang daripada akaun 2 untuk bayaran ansuran bulanan rumah anda, cakap kat pegawai tu "Saya Nak Borang Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan".

Sila rujuk gambar borang di bawah :



Kena sebut borang yang betul, jika tidak, penat-penat dah isi borang nanti kena reject pula di kaunter dalam EPF. Kan leceh kan kena isi borang banyak kali?

So pastikan kita isi borang yang betul supaya proses akan selesai dengan lebih cepat. Good Luck! :)

Friday, January 1, 2016

Impian 2016


Saya seorang wanita + isteri + ibu + anak + insan yang Bahagia, Gembira dan Sentiasa Bersyukur dengan kehidupannya.

Saya lebih dekat kepada Allah s.w.t. dan lebih banyak beramal ibadat, jaga amalan wajib, perbanyakkan amalan sunat, sentiasa get connected to Allah s.w.t. dalam apa jua situasi.

Saya jadi isteri yang taat, setia dan penyayang always untuk suami saya. Sentiasa berada di samping suami dan sentiasa menyokongnya dalam apa jua perkara yang baik.

Saya jadi ibu mithali yang penyayang always dan yang terbaik untuk anak-anak saya dari semua segi, saya didik anak-anak sebaiknya, saya bersama anak-anak dalam setiap moment kehidupan mereka, saya upgrade skill memasak supaya masakan lebih sedap demi anak-anak dan suami :)

Saya mempunyai hubungan silaturahim yang baik dengan ibu bapa, adik beradik, mertua, keluarga, rakan-rakan, komuniti dan sesiapa sahaja.

Saya memiliki status kewangan yang lebih mantap dan lebih stabil berbanding tahun-tahun sudah, saya berikan kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik untuk mereka yang sangat saya sayangi.

Saya bersedekah, menderma dan menyumbang dengan konsisten setiap hari. Saya komited dan percaya "the more I give, the more I get in many many ways".

Saya beri lebih banyak manfaat kepada ramai orang dengan apa yang saya buat iaitu berkongsi kebaikan supplement Shaklee, bantu mereka yang ingin jana pendapatan dengan Shaklee, penulisan di blog, penulisan di fb dan kehidupan harian saya. Saya sentiasa menambah nilai dalam diri setiap mereka yang berurusan dengan saya secara langsung atau tidak langsung.


Saya berdoa ke hadrat Ilahi dan sangat-sangat berharap agar tahun 2016 menjadi MAGICAL MOMENT di mana saya berjaya mencapai semua 101 Impian Saya yang telah saya tulis di IMKK April 2015 dan dalam jurnal 101 Impian Saya. In Shaa Allah.

Amin amin ya rabbal alamin.

Anda yang membaca tulisan ini, tolong doakan untuk saya ya? Tolong aminkan doa saya ya?

Terima kasih banyak-banyak, tulus ikhlas dari hati saya, :) :) :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *