I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 26, 2016

Apa Nak Buat Bila Orang Puji Kita


Bila ada orang puji kita, maka ucapkanlah,

"Hadza Min Fadhli Robbi" yang bermaksud "Semua ini Adalah Kurniaan Dari Tuhanku", untuk mengembalikan semua pujian itu kepada Allah s.w.t., sebagai tanda merendah diri bahawa kita manusia tidak mempunyai apa-apa jika tiada kurniaan daripada-Nya.

Wallahualam.

Doa & Harapan Yang Tersangat Dalam


Banyak yang sifu pesan, tapi yang sangat terkesan melekat bagai gam gajah di hati ni ialah :
.
- jangan sabotaj diri sendiri
- nak bisnes, hati kena kering, kena firm, kena confident. mulut dan hati mesti selari. mesti tegas dengan diri sendiri.
- rules yang kita buat, jangan kita sendiri yang pergi langgar
- tak ramai takpe, asalkan berkualiti dan harmoni
.
.
========================
.
Ya Allah, permudahkanlah dan berkatilah setiap apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. aku tak main-main, aku bukan saja-saja, bukan test market, bukan survey-survey. aku betul-betul sungguh-sungguh sepenuh hati, jiwa dan raga aku Ya Allah. aku serah segalanya pada-Mu mohon Kau aturkan yang terbaik dunia dan akhirat. Amin amin ya rabbal alamin...

Wednesday, November 16, 2016

Hebat Seorang Suami Kerana Isteri


Selalu tengok Tanyalah Ustaz tv9
Hari ni tukar2 channel tertengok pulak Klinik d'Hijrah tv al Hijrah
Tajuknya - Hebat Seorang Suami Kerana Isteri
.
Masya Allah, topik yang sangat menarik. Banyak input yg sgt berguna
Tapi sayang tak sempat nak duduk depan tv sebab masa tu tengah siapkan Haziq nak pergi sekolah dan mengemas sekali.
So dengar-dengar gitu aje
.
Ringkasan yg sempat didengar :

- suami isteri kene faham tanggungjawab dan hak masing-masing

- suami perlu bantu juga urusan rumahtangga jangan serah bulat-bulat kepada isteri

- sesekali suami reward isteri, tak perlu yang mewah / mahal. Yg penting sebagai tanda suami hargai isteri.

- utk wujudkan rumahtangga yg sakinah, mawaddah dan rahmah, perlu usaha dari kedua-dua suami isteri. Juga disebut dalam surah ar Ruum ayat 21 (kalau tak silap ayatnya)

- hebatnya anak lahir dari didikan ibu (ada betulnya) kerana ibu adalah guru pertama bagi anak2 bermula dari lahirnya anak dari rahim ibu.

- ibu positif, anak hebat positif. Ibu negatif, anak hebat negatif

- ibu tahu potensi setiap anak. Sebab tu layanan ibu kepada setiap anak berbeza, kerana ibu layan ikut potensi anak. Bermaksud ibu adil.

- bila isteri berleter, anggaplah ia nyanyian yg syahdu. Kisah khalifah Umar al-Khattab yang sabar apabila isterinya berleter

- isteri menarik/membawa rezeki dalam rumahtangga apabila dia taat kepada Allah, Rasul dan suami.
.
Mudah-mudahan ada manfaat utk sesiapa yang membaca tulisan ini, in shaa Allah.

Macamana Abis Ceritanya?


Tadi pasal Aimi. Sekarang pasal Haziq.

Kat astro tadi ada cerita pondok plastik tepi kubur yg Wan Maimunah berlakon. Cerita lama dah ni. Saya dah pernah tengok dulu tapi dah lupa camne ceritanya.

Tadi suami n anak2 je tengok. Saya tak tengok.

Baru kejap tadi, Haziq beriya-iya ceritakan semula cerita tu. Bersungguh-sungguh dia cerita. Saya pun layankan siap tanya itu ini lagi.

Last2 saya tanye "Haziq, macamana abis ceritanya?"

Jawab Haziq,
.
"Bila tulisan banyak-banyak naik ke atas".



Hahahahhahahaa gelak berdekah saya malam ni. 

Aimi's Words (3y 9m)


Aimi sekarang umur 3 tahun 9 bulan
.
Her words yg buat mamanya tergelak teringat-ingat
.
Syiling ▶ ciling

Nyamuk ▶ mamok

Basikal ▶ beskel

Laptop ▶ letop

Pencilbox ▶ sebox

Pampers ▶ pempers

Bayam ▶ bayang

Iqra ▶ ikok

Peti sejuk ▶ tepi sejuk

Nutella ▶ mutella

Kopi pak belalang ▶ kopi tak belalang

Lipstik ▶listip

Syampu ▶ sempu

Aquanano ▶akunano

Hospital ▶ sepital

Ultraman ▶ atomen

Susu Sustagen ▶susu sasejen


Setiap kali dengar Aimi bercakap, saya rasa happy, bangga, kelakar semua ada. Mama sayang Aimi sangat-sangat tau.

Syukur alhamdulillah sekarang Mama dah ada di rumah. Setiap hari setiap masa boleh peluk cium Aimi :)

Wednesday, November 9, 2016

Fully WAHM


Hai semua! Bersiaran di soho kecik seawal jam 5.00 am, tapi sebenarnya saya bangun lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, hari ni rasa lebih segar dan bertenaga selepas dapat tidur yang cukup.

Lama rasanya tak menulis di blog ini kan. yes, saya kesuntukan masa. Rutin kehidupan saya berubah sekali lagi.

Selepas berhenti kerja, saya masih lagi menghantar anak ke rumah babysitter setiap hari Isnin hingga Jumaat. 5 hari itu, saya pulun siapkan kerja-kerja online saya, termasuk sekali urusan pos, cod dan yang sewaktu dengannya.

Kemudian pada Februari 2016, saya dan suami decide untuk hantar anak 3 hari seminggu sahaja iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Pada masa ini, saya rasa saya dah konfiden sikit nak jaga anak (jaga tu bukan sekadar jaga je kan, makan minum pun kena jaga, emosi, dan lain-lain). So dalam tempoh 3 hari itu, saya pun kerja, 3 hari lagi saya balancekan kerja dan jaga anak dan 1 hari lagi ialah off day saya - cuti (cuti daripada online di laptop jer. hehehe...)

Dan baru-baru ini, alhamdulillah, saya menapak satu lagi anak tangga, iaitu mula jaga anak full time. Last day hantar anak ke rumah babysitter ialah pada 26 Oktober 2016 yang lalu, dan esoknya, bermulalah zaman kemerdekaan anak-anak daripada rutin ke rumah babysitter ;)

Satu perkara yang saya realize, anak-anak adalah orang yang paaaaaaaling happy dengan keputusan ini. Haziq sekarang dah 6 tahun, Aimi 3 tahun, dua-dua dah petah sangat bercakap dan menzahirkan apa yang ada di minda masing-masing.

1 minggu pertama menjaga anak full time, hahahadui saya stress. dari segi makan minum, mengaji dan lain-lain tu saya dah boleh manage dah, tapi yang stress nya sebab saya langsung tak dapat buat kerja online saya. Baru 15 minit menghadap laptop / hp, anak dah bising cari saya, merengek-rengek.

tempoh 1 hari tu, saya rasa ia berlalu dengan sangat cepat. tau-tau saja saya dah kepenatan. bayangkan, memang saya tetapkan masa untuk tidur siang untuk anak-anak sama ada around 1-3pm / 2-4 pm / 3-5 pm, tapi kadang-kadang belum apa-apa saya yang dah kepeningan, keletihan dan kemengantukan dulu. hahahaduii. anak baru 2 orang kan, kalau 4 orang ke 5 orang ke, tak tau camne rupa saya. hahahaha...

saya punya penat tu tak tau nak describe macamana. penat sungguh!

tapi alhamdulillah, dah masuk minggu kedua ni, saya dah mula rasa stabil sikit. urusan kerja online lebih teratur. urusan memasak dan mengemas dapur jadi lebih pantas. kalau dulu, 2 jam lebih je dah abis kat dapur (saya ni bukan pandai masak so amik masa lama sikitlah kat dapur), tapi dalam seminggu jaga anak ni, dalam tempoh 1 - 1 jam setengah, dah boleh siap masak plus kemas dapur dan clearkan sinki sekali. hahahahaa itu rasa macam pencapaian besar sangat dah tu untuk saya ni. hihihihi..

anyway, perjalanan saya sebenarnya masih jauh. saya salute dan tabik spring untuk ibu-ibu yang berstatus wahm (working at home mom), sambil jaga anak, sambil kerja bisnes sambil cari rezeki. lagi-lagi yang punya banyak anak. memang saya salute sangatlah. sebab wahm ni buat 2 kerja utama dalam 1 masa dan bukan semata-mata jaga anak saja.

baru kejap online, anak dah merengek. baru nak reply wassap customer, anak mintak cebok. tengah packing parcel, anak menangis nak dodoi. lepas sembahyang nak zikir + mengaji kejap, anak dah request nak makan perut lapar padahal baru je makan dan the list goes on.

serius, memang pening, sebab minda kita seolah-olah kene switch dengan begitu cepat mengikut ragam anak. tu yg minggu pertama tu, saya jadi terlebih penat sampai sakit kepala sebab tak boleh nak adapt lagi dengan rutin baru.

tapi alhamdulillah, sekarang rasa lebih okey, improvement is in progress :)

sesungguhnya dalam hati, saya bersyukur dan rasa bahagia sangat dapat jaga anak-anak sendiri. walaupun penat, walaupun pening kepala, tapi saya rasa happy inside. celik mata dapat tengok anak, pejam mata dapat tengok anak. paling best, dapat peluk cium anak anytime saya mahu. hati selalu tercuit dengan keletah anak-anak. ah, takde words boleh describe apa saya rasa sekarang ni, hanya boleh cakap i feel happy inside :)

saya nak jadi ibu terbaik untuk Haziq dan Aimi. saya nak tebus semula masa-masa yang telah saya kehilangan sebelum ini. semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan suami dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak kami. Doakan kami, ya :)

Thursday, October 6, 2016

Meja SOHO Baru


Dah elok-elok ada soho sendiri kat tingkat atas, terpaksa pula create soho kedua di tingkat bawah.

Sebabnya, setiap kali saya naik atas nak buat kerja, anak-anak konfem ikut sama.
Dah tu gedegang gedegung main tutup buka laci

Bukak tutup almari, keluarkan masukkan segala macam benda dalam almari
Main gunting kertas meriah rasa macam kat dalam playground takpun theme park!

Belum lagi diorang nak duduk sama atas meja, ATAS meja tau, sebab meja kat bilik atas tu memang lebar.

Kalau anak-anak duduk atas meja cuba bayangkan camne maknye nak buat kerja hahahaduii

Last-last cari satu meja smaller size, kita berkampung pulak kat bilik bawah yang merangkap bilik laundry, bilik solat dan bilik 1001 kegunaan hahaha

Ini first gambar saya snap masa memula nak rasmikan meja
Sekarang takde dah rupa kosong macam tu. Now full house! haha

Beli kat Courts Mammoth Giant Plentong
RM59.00


Bila kat bilik bawah, lagi senang nak monitor anak. Yes, memang kena hangkut segala benda dari bilik atas back and forth (bawak yang betul-betul perlu saja), tapi small matter je tu, no problem.
.
Sekarang ni, saya rasa lebih senang nak buat kerja & lebih senang nak tengok anak. Anak nak makan ke, nak mandi ke, nak cebok je, nak tido ke, nak main ke, nak belajar ke, lebih senang nak urus in shaa Allah. Alhamdulillah.
.
p/s : sesekali perlu "tukar view" untuk mendapat "idea baru" :)

Tuesday, September 20, 2016

Taknak Demam Taknak Selsema


Penangan balik dari bercuti di Cherating, Pahang.

Angin pantai ni kuat agaknya. Bagi yang tak tahan, boleh demam.

Yang dah demam - Haziq dan Aimi. Nasib baiklah bukan demam serentak, jadi dapatlah saya fokus jaga seorang pada satu masa.

Memula Haziq demam. Memang langsung taknak makan. Takde selera katanya. Haziq yang bam-bam tu dah jadi kurus sikit. Rasa macam kurang comel dah sebab kurang makan. Hehehhe.. Bila dah baik dari demam, selera makannya dah kembali seperti biasa. Lega mak.

Lepas seminggu, Aimi pulak demam, Aimi kalau demam memang extra terlebih manja. Semua orang kena beri laluan kat dia. Kena pulak masa sekarang ni, saya diserang selsema sampai sakit kepala dok tarik hembus hingus. Malam tadi dah rasa semacam dah. Rasa sakit-sakit badan macam nak demam. Tapi taknak demam taknak selsema, so meratiblah saya dengan 2 ayat ni sampai anak-anak pun dok follow.

Hasilnya, tak demam, selsema pun kurang sangat dah, tapi hari ni - batuk pulak!

So kena tambah lah jadi - taknak demam, taknak selsema, taknak batuk, NAK SIHAT! :)

Dari satu segi, saya bersyukur banyak sangat. Tak perlu dah nak mc. Okey fine, banyak kalau nak diceritakan bab tu. So taknak ceritalah. Aci tak? Hahahahhaha...

Doakan saya sekeluarga cepat sihat ye kawan-kawan :)

Wednesday, September 7, 2016

Suprisedddddd!!!!!


Mood tengah happy sangat-sangat ni. Nak tau kenapa?

Sebab suami buat surpise birthday saya!!!

Kisahnya macam ni.

Selalunya tiap-tiap hari suami yang akan hantar Haziq ke sekolah dan Aimi ke rumah babysitter (hari yang saya fokus bisnes). Hari ni, suami mintak saya hantar mereka semua. Means saya hantar Haziq ke sekolah, hantar Aimi ke rumah babysitter dan hantar suami ke tempat kerja. Tengaharinya pula suami request saya amik dia dan pergi ke bank sama-sama (suami ada nak jumpa pegawai bank).

Kalau ikutkan suami boleh jer pergi sendiri, saya pun ada urusan saya sendiri tapi dah kalau suami request, takkanlah nak bantah pulak, Kata nak jadi isteri yang taat pada suami gituuuu... hahahhahaha.

Ok, so kat rumah pagi tu, tetiba lepas tengok rancangan Diari Haji Nabil, hati rasa macam syahdu sangat. Nak pergi Mekah. So fikir sempena birthday saya ni, saya nak pergi solat sunat kat masjid taman rumah saya. Saya whatsapp suami minta izin, dia bagi.

So teruslah saya bersiap-siap. Masa tu dah nak dekat pukul 10.00 am. Haziq keluar sekolah pukul 11.30 am. Saya siap cepat-cepat macam kartun. Then saya masuk ofis saya untuk amik surat yang nak dibawa ke bank tengahari nanti, tiba-tiba saya terpandang sesuatu atas laptop saya. Packing macam familiar jer.

Terus bukak.

Dapat hadiah The Body Shop dan birthday card!!!


Saya punyalah sebak, terharu, teruslah menangis berjurai-jurai kat situ. Serius, langsung tak sangka akan diraikan seperti ini pada harijadi saya hari ini. Dalam kepala ni macam-macam fikir, bila suami pergi beli hadiah ni? suami guna duit yang mana pula untuk beli suami ni? berapa harga semua ni? dan macam-macam lagi lah. Saya just rasa taknak menyusahkan suami buat semua ni untuk saya.

Then saya kesat air mata, terus bersiap ke masjid.

Sampai ke masjid tengok ada 2 orang pekerja lelaki kat situ. Tup-tup handphone bunyi, suami call. Dia cakap dia ubah fikiran, tak kasi saya pergi ke masjid sorang-sorang. Nak semayang, semayang kat rumah aje katanya. Dia just taknak saya sorang-sorang kat masjid.

So saya pun balik semula ke rumah.

Lepas tu lah suami tanya ada jumpa apa-apa tak kat ofis saya?

Hahahaha saya gelak jelah, cerita semua satu persatu.

Then suami cakap, tujuan dia suruh saya amik dia kat tempat kerja tengahari nanti, sebabnya dia amik cuti half day untuk meraikan birthday saya hari ni dan dia nak bawak saya makan kek dan makan apa-apa jelah yang saya nak makan sempena birthday saya hari ni.

Oh!! Oh!! Oh!!!

Korang rasa apa perasaan saya masa tu?

Of courselah saya heksaited yang teramat sangat sampai terjerit plus ketawa kuat-kuat dalam kereta. Serius lah memang surprise betul ni!!!

Lepas setel urusan bank, kami rehat jap then siap-siap pergi ke Aeon Permas Jaya.

Beli kek kat Secret Recipe, beli 1 slice aje dah cukup. Kali ni beli kek yang tak pernah dibeli sebelum ni, nama dia White-Dark Chocolate Cheese.

Then pergi makan kat restoran Sedap Corner kat situ. Saya teringin nak makan fish and chips, suami pulak makan nasi lemak ayam.

Masa tunggu order sampai, suami suruh saya letak lilin kat kek. Saya cakaplah tak payahlah berlilin bagai, mana ada lighter (suami saya tak merokok).

Then suami cakap, dia dah beli lighter dah semata-mata untuk lilin birthday ni. Hahahahahaha sabo jelah.

Suami pun nyanyilah lagu birthday versi malay & english untuk saya. Aduh aduh aduh, terus rasa jatuh cinta sejuta kali lagi kat suami tersayang. Hahahaha...

Lepas tiup lilin, saya pun makanlah kek tu. Ya Allah sedapnyaaaa!!!



Kek White-Dark Chocolate Cheese
(Secret Recipe)


Sambil makan, sambil berborak, sambil pegang tangan.
Rasa betul-betul dihargai, disayangi dan diraikan pada hari jadi kali ini.
Terharu ada, sebak ada, semua perasaan pun ada.
Tapi yang pastinya, makin bertambah sayang dan cinta pada suami
Thank you so much suamiku sayang, I love you more and more!

Happy birthday to me, I am truly blessed and happy! :)

Monday, July 25, 2016

Bukan Soal Susu Murah Atau Mahal


Weekend 2 minggu lepas saya bawa Aimi pergi main gelongsor kat Mcd. Itu jelah aktiviti sementara nak tunggu Haziq habis sekolah waktu tengaharinya.

Sambil-sambil tu, berborak dengan seorang ibu. Dari segi rupa, sudah agak berusia dan punya seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun. Banyak juga yang kami bualkan, pastinya perihal anak.

Beliau cakap yang beliau tidak pandai memasak. Jadi nak masak apa untuk anaknya yang seorang tu pun beliau tidak tahu. Memang banyak makan di luar sahaja. Oleh kerana kekurangan yang satu itu (tidak pandai memasak), beliau decide untuk beri susu berjenama yang mahal harganya untuk anaknya yang seorang itu. Saya mengiyakan sahaja, pagi-pagi Ahad macam ni rasa lebih nak jadi listener berbanding jadi speaker :)

Kemudian beliau cerita yang beliau tidak sependapat dengan suaminya bab susu anak ni. Beliau nak bagi susu mahal, suaminya pula cakap, tak perlu susu mahal asalkan susu itu serasi dan sesuai dengan anak, itu yang paling penting. Dan isu inilah yang buat mereka bertelagah hampir setiap hari.

Saya terdiam sejenak, "pasal susu mahal murah pun sampai nak bergaduh ke" ini dialog dalam hati.

Beliau tak habis-habis berkata susah hati bab susu ni sebab sekarang anaknya minum susu Fernleaf. Padanya, susu Fernleaf tak setanding susu mahal jenama Anmum, Enfagrow, Similac dan sebagainya. Dan beliau cakap, kalau beri susu murah, macam kita ni tak sayangkan anak dan tak kesiankan anak.

Setelah menghela nafas panjang sambil menyusun kata-kata dalam kepala, saya pun akhirnya bercakap. Rasa macam tak best pula biarkan dia bercakap seorang dan saya berdiam diri ibarat tunggul.

"Boleh saya cakap sesuatu?" Saya memulakan perbualan dari pihak saya.

"Ye cakaplah, dari tadi awak senyap saja". 

"Okey begini, saya punya anak 2 orang. Dulu yang sulung, saya berikan dia susu yang boleh dikatakan berjenama dan agak mahal juga. Sebulan belanja rm300++ hanya untuk susu dia seorang. Ini kerana saya dah cuba pelbagai jenama lain, yang murah ada, yang mahal ada, yang sederhana pun ada, tapi hanya satu jenama itulah yang serasi sangat dengan dia. Susu Similac Gain IQ Plus keluaran Abbott. Untuk adiknya pula, saya teruskan dengan jenama susu yang sama. Tapi tak pernahnya habis. Buat susu 6 oz, minum 2 oz saja selebihnya buang. Bila buang tu saya rasa sedih, sebab susu dahla mahal, anak pula taknak minum. Berkali-kali dia cakap susu ini tak sedap, tapi saya suruh juga dia minum, sebab tengok abangnya minum sedap saja. Akhirnya, saya tukar susu jenama lain".

"Oh yeke? Awak tukar susu apa? Anmum? Enfagrow? Pediasure?" Ibu ini terus bertanya dengan excited sambil terus meneka jenama susu yang mahal".

Saya senyum jer...

"Saya bagi anak saya minum susu tepung Dutch Lady".

"Dutch Lady???? Itu susu murah!!" punyalah terkejut ibu ini bila saya bagitau yang anak saya minum susu Dutch Lady aje.

"Iya, sekarang dua-dua anak pun minum susu Dutch Lady. Mereka suka dan boleh habiskan sebotol susu setiap kali minum. Takde masalah sakit perut, sembelit, atau najis keras. Takde masalah ruam, panas dan lain-lain. Semua serasi".

Ibu tadi terdiam sejenak...

Saya bertanya lagi,

"Saya beri anak saya minum susu Dutch Lady, yang mungkin dalam kategori murah seperti yang puan nyatakan tadi. Adakah itu bermakna saya ibu yang tidak sayangkan anak saya? Dan untuk anak sulung, saya beri susu Similac, adakah itu bermakna, saya sayang anak sulung sahaja dan tidak sayang anak kedua saya? Adakah nilai kasih sayang saya kepada anak-anak saya ditentukan oleh jenama susu?"

Beliau mengangguk-angguk. Mungkin faham apa yang saya maksudkan.

"Kasih sayang bukan atas faktor susu. Dan bukan soal susu murah atau mahal. Saya minta maaf ye kalau saya tersalah cakap" ujar saya dengan penuh berhati-hati.

"Terima kasih. Terima kasih sangat" ucap puan tadi sambil betul-betul eye to eye  contact dengan saya.
.
.
.
.
.
Dulu-dulu saya pun begitu juga, bab susu anak ni memang fikir banyak sangat. Tapi as time goes by, saya rasa kita sebagai ibu perlu menilai setiap situasi dengan lebih bijak.

Again, kasih sayang terhadap anak, bukan dinilaikan oleh harga susu murah atau mahal.

Thursday, July 7, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Jam dah pukul 1.30am baru sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Hehhee.. beginilah hidup, banyak benda penting yang kena didahulukan dulu (hal keluarga dan anak-anak).

Dipendekkan cerita, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk semua pembaca blog My Story, My Life. Terima kasih sebab sudi baca blog saya ini walaupun saya tak tahu siapa yang membacanya. Apa yang baik dari dari blog ini jadikanlah tauladan, dan yang buruk jadikanlah sempadan dan takyah diikut ye :)

Tahun ini giliran beraya pertama di rumah keluarga saya di Johor Bahru. Tema baju raya tahun ni ialah warna purple, macam biasalah, saya yang pilih warna. Kata suami, hal-hal simple macam ni, dia follow saja asalkan jangan pilih warna pink striking tu. Hahahaha...

Raya hari Rabu, Isnin malam Selasa barulah sampai ke rumah Mama. Itupun pukul 11.30pm baru sampai, padahal jarak rumah saya dengan rumah Mama cuma dalam 20 minit sahaja. Yang buat lambat tu bab nak packing baju. Aduhaiii ini baru anak dua, lama betul mengemasnya.

Raya tahun ini sederhana sahaja, masak pun biasa-biasa sahaja. Menu yang wajib ada ialah pulut kuning, rendang daging, laksa putih, sate ayam dan daging, kuah kacang dan nasi impit. Selebihnya kuih raya dan kerepek-kerepek. Suami beli juga lemang dan lepat pulut untuk menambah menu. Kira banyak sangat dah tu.

Saya sebenarnya seronok sangat nak raya tahun ni, sebab suami cakap, tahun ni nak kami semua sekeluarga 4 orang pergi solat raya di masjid. Saya punya seronok tu, seronok sangat-sangat. Betul-betul nak pergi sangat. Sejak daripada melahirkan Haziq sampailah ke sekarang ni, rasanya saya dah tak pergi solat raya dah.

Sibuk menguruskan anak kecil di pagi raya, membuatkan saya tak sempat nak pergi solat raya. Dalam hati memang teringin sangat, tapi anak-anak kecil lagi penting kan, takkan nak suruh orang lain pulak handle anak kita kan. Tahun ni Haziq dah umur 6 tahun dan Aimi 3 tahun, kira dah besar sikit dan dah faham apa kita cakap, sebab tu suami ajak kami semua pergi solat raya.

Tapi itulah, dalam pada saya excited nak solat raya di masjid, sekali period lah pulakkk... Haihhhh sabo sangatnyaaa.. memang Allah tak izin lagi solat raya di masjid tahun ni. Redha sajalah. Jadi suami pergi dengan Haziq sahaja, bersama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Balik dari solat raya, saya dan suami beraya dulu berdua. Bermaafan berdua dalam bilik dan siap kunci pintu. Privacy sikit. Saya teremosional pula time bermaafan. Menangis berjurai-jurai non-stop. Rasa banyaknya dosa kat suami, rasa banyaknya kekurangan saya sebagai isteri dan ada juga rasa banyak menyusahkan suami. Huhuhuhu...

Dan akhirnya kami sama-sama menangis...sama-sama memohon ampun dan maaf dan berjanji berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Aidilfitri kali ini penuh kesederhanaan untuk kami, tapi betul-betul raya untuk Haziq dan Aimi. Haziq request nak sangat beg duit raya, kami belikan beg duit raya Ultraman, Aimi pun nak juga beg duit raya, kami belikan beg duit raya Frozen. In fact, Aimi request macam-macam untuk raya ni - baju raya, kasut raya, stokin raya, lipstik raya, handbag raya dan lain-lain. Meriah betul permintaan Aimi!

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua!!! :)

Erti Hari Raya


Hari Raya is all about :

- merendahkan ego
- memohon ampun dan maaf seikhlas hati
- memaafkan seikhlas hati
- menyayangi dan mengasihi
- menghargai apa yang kita ada dan siapa yang sentiasa bersama kita

Monday, June 27, 2016

Daftar Perniagaan di SSM Menara Ansar, Johor Bahru


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat diberikan kesempatan masa, tenaga dan wang untuk pergi mendaftar perniagaan di SSM Menara Ansar, Johor Bahru pada 21 Jun 201 (Selasa)bersamaan 16 Ramadhan 1437H :)

Actually dah lama sangat dah nak pergi daftar, tapi asyik tertangguh dengan macam-macam urusan itu ini. Tapi syukur, Allah tangguhkan sebab nak saya daftar bisnes pada bulan Ramadhan tahun ini :)

Setelah difikir-fikir dan diperah idea selencun-lencunnya, inilah nama bisnes saya :)

INSPIRE PROSPER RESOURCES
No. Pendaftaran : JM0770059-W
Jenis Perniagaan :
Menjual produk kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman,
Menulis dan menjual ebook,
Menerima tempahan membina dan latihan blog



Haaa nak dengar tak story mory saya pasal daftar perniagaan ni. Teruskan baca ohkayy :)

19 Jun 2016 (Ahad)
Sepatutnya inilah harinya saya pergi daftar perniagaan di SSM. Tapi tahu sahajalah hari Ahad, satu-satunya hari suami cuti dan rehat, so keluar rumah je dah pukul 2.30 pm. Dalam hati dah tau, takkanlah sempat nak sampai on time kat sana, tapi gagahkan diri jua.

Sekali sangkut dalam jem yang teruk sangat depan City Square Johor Bahru tu. Padahal ada je jalan lain nak pergi ke SSM tu, tapi jalan itu jugalah yang kami lalu. Nampak sangat Allah tak izin daftar hari tu. Last-last pukul 4.30pm baru sampai SSM, itupun kaunter semua nak tutup dah. Tak open lagi untuk ambil nombor giliran. So saya amik borang sahaja dan balik.


Waktu operasi SSM Menara Ansar, Johor Bahru
(Sila rancang masa dengan sebaiknya)


Waktu berurusan 
Ahad - Rabu : 8.15 am - 5.00 pm
Khamis : 8.15 am - 4.45 pm

Waktu pengambilan nombor
Ahad - Rabu : 8.15 am - 4.00 pm
Khamis : 8.15 am - 3.45 pm


21 Jun 2016 (Selasa)
Suami amik cuti hari ini sebab nak tolong saya setelkan daftar perniagaan plus nak gi belanja keperluan raya. Jadi lepas hantar Haziq ke sekolah pagi tu, kami terus zasss ke JB. Sampai kat SSM Menara Ansar nak dekat pukul 9am. Sampai-sampai je terus isi borang. Padahal dah amik borang awal, tapi tetap isi borang kat situ jugak. Hahahahaduiii..


TIPS ISI BORANG
  • Gunakan pen dakwat hitam sahaja
  • Tulis semua menggunakan huruf besar sahaja
  • Bawa salinan kad pengenalan (1 keping)


BORANG YANG DIISI
  • Borang PNA42 - Permohonan nama perniagaan (sehelai) (standby siap-siap 3 pilihan nama untuk perniagaan, jangan dah sampai kat SSM baru nak fikir)
  • Borang A - Pendaftaran perniagaan (2 helai) - nama, alamat, no. hp, tarikh mula berniaga


Lepas isi borang, saya terus amik nombor giliran. 

Seronok tengok nombor ni :)


Kaunter lengang selengang-lengangnya. Saya punyalah happy rasa macam nak lompat bintang. Takyah que lama-lama dan pastinya jimat masa. 

Kaunter lengang, tak ramai orang, sejukkkkk


Lepas nombor dipanggil, saya pergi ke kaunter 8. Kat sini staff tu tanya serba sedikit tentang perniagaan yang saya buat, so saya explainlah apa yang patut. Beliau juga ada revise sikit jenis perniagaan yang saya tulis dan saya setuju. Yang buat lagi best, nama pilihan pertama saya tu berjaya didaftar! My first choice! Yeayyyy!!

Dah sudah tu, terus buat payment.
RM60 untuk tempoh setahun pendaftaran (lepas setahun, kena renew)
RM10 untuk sijil yang akan dikeluarkan
60 sen untuk GST
TOTAL = RM70.60

Lepas tu saya duduk dulu tunggu sijil diproses. Masa ni memang sekejap je rasa, saya belum habis reply pm dan whatsapp, terus nama perniagaan saya dipanggil di kaunter 1. Haaa dia tak panggil nama kita tau, tapi dia panggil NAMA PERNIAGAAN KITA. So ahkak rasa proud gituuu dengan nama perniagaan ahkak. Hehehehe...

So bila dapat sijil tu, saya terus cek semua info, kot-kot ada salah eja ke apa ke. Lepas cek, semua okey takde masalah.

Dah selesai kat Tingkat 4 tu, saya naik pergi ke Tingkat 5 Seksyen Sumber Korporat untuk laminate sijil SSM. Bayar RM2, tunggu dalam 10-15 minit pastu siap.

Laminate kat sini.
Kerusinya best betul, gebus yang amat!


Saya punya seronok lepas dah setel daftar perniagaan ni, taktaulah nak cakap macamana, walaupun ini dah kali kedua saya daftar perniagaan :)

Alhamdulillah, selesai satu urusan. Bagi yang ingin mendaftar perniagaan, semoga panduan ini memudahkan lagi urusan anda semua :)

Nak order Shaklee? Klik sini
Nak order WR Product Natural Skincare, Bodycare, Haircare? Klik sini

Thursday, June 2, 2016

Open Day Tadika Haziq (Sem 1 Tahun 2016)


Selesai sesi berjumpa cikgu-cikgu Haziq di Open Day di tadika.

Apsal ntah, tetiba hati rasa tacing pulak.

Sampai bila-bila pun saya sebagai ibu, takkan dapat balas semua jasa cikgu pada Haziq. Daripada tak tahu membaca, menulis dan mengira, sekarang Haziq dah dapat menguasai semua tu dengan sangat lancar. Saya sendiri dapat lihat betapa cikgu-cikgu bertungkus lumus utk pendidikan murid-murid (saya pernah arrange private session dgn semua cikgu untuk discuss progress Haziq dan kat mana saya boleh play my role as parents). 

Terima kasih cikgu-cikgu, hanya Allah dapat membalas jasa cikgu semua. Saya doakan segala kebaikan dunia akhirat utk cikgu-cikgu. Muahhh..

Thank you Cikgu Ardilla
Thank you Cikgu Asmira
Thank you Cikgu Syikhah
Thank you Cikgu Juliana
Thank you Cikgu Ain
Thank you Cikgu Syuhada

Kalian semua sentiasa dalam doa saya.

p/s : Haziq dapat no.2 dengan 96%. Alhamdulillah. Thank you Allah :)

Monday, May 30, 2016

Sampul Duit Raya Untuk Customer


Seronok betul hujung minggu baru ini. Rezeki saya dapat sampul duit raya 2016 ala-ala hipster dan moden ni. Masih lagi bentuk sama, tapi design dia tu memang wow, tak sama macam yang selalu dapat kat bank-bank time tukar duit raya. Hehehehe.. Jangan marah ye orang bank :)

Fikir punya fikir, then dapat idea - nak bagi sampul duit raya percuma untuk setiap customer saya, yang membuat pembelian RM100 dan ke atas (tidak termasuk postage). Boleh pilih sama ada nak beli Shaklee ke, sabun Tomato Clear Skin ke, Tati Skincare ke, in shaa Allah saya selit sekali sampul duit raya ni sebagai free gift dari saya. Haaa, best kannnnn...

Ada lagi ke yang tak tau saya jual apa? Hehehee, takpe takpe, meh saya storymory..


1) Produk Shaklee



2) Produk WR Empire - Skincare, Bodycare, Haircare




So meh meh beli dengan saya ya, untung rezeki boleh pilih nak design sampul duit raya yang mana satu. Anyway, stok limited tauuuu.. Sapa cepat dia dapat! :)

Monday, May 16, 2016

Dari Pengguna Yang Berpuas Hati, Kepada Penjual :)




Hai Semua!!

2 tahun setia menggunakan Tomato Clear Skin (TCS) dan Corrector Cream Oil (CCO), kini saya decide untuk sharing dan jual produk ni. #SayaGunaSayaJual hehehe...

TCS tu best sangat tau, 3-in-1 sebagai pencuci, masker dan scrub.

CCO pula sebagai treatment krim, boleh guna siang dan malam, juga sapu pada area yang ada jerawat, cepat aje kecut tau.

TCS harganya RM40 sahaja tak termasuk postage.

CCO pun sama RM40 sahaja tak termasuk postage.

Saya guna kedua-dua ni sebagai vitamin luaran untuk kecantikan kulit. Untuk vitamin dalaman, saya consume Shaklee, memang penting kita ambil kedua-duanya, barulah saling melengkapi.

Nak tahu cerita lanjut tentang TCS, CCO dan lain-lain produk keluar WR? Sila klik gambar di atas :)

Dalaman & Luaran Mestilah Seiring, Barulah Betul-Betul Cantik


Aduh! Tajuk tak menahan. Tak sempat nak fikir tajuk yang proper pepetang ni, terus tulis direct ajer. Hahahaha...

Tau kan, kalau kita nak cantik dan inginkan kulit yang sihat, of course kena guna skincare yang sesuai dengan kulit. Bila dah guna skincare yang sesuai, mesti juga repair from within, coz kalau nak harapkan skincare sahaja memang tak cukup dan tak memadai. Untuk repair from within, memang kena amik supplement.

Tapi, kalau nak amik supplement sahaja tanpa apply skincare yang sesuai, pun tak jalan jugak, ye tak? Cuba fikir, dah makan supplement ni, tapi bila nak keluar rumah, nak pergi kerja, nak pergi jalan-jalan, takkan keluar terus macam tu jer tanpa apply apa-apa krim yang bersesuaian kat muka kan?

Kulit kita ni kalau kena direct kat cahaya matahari lagi-lagi pukul 10 am ke atas, memang bahaya sangat tau. Tu yang kulit jadi kusam dan macam-macam lagi, nak tak nak, mesti apply sunblock. Sunblock termasuk dalam kategori skincare juga.

So point saya kat sini, nak sihat dan nak cantik, tak cukup amik supplement sahaja atau skincare sahaja. Tak cukup. Memang tak cukup. Kita mesti amik kedua-duanya both supplement and good skincare.

Untuk supplement, saya cadangkan anda cuba supplement Shaklee yang diyakini selamat, berkesan dan semulajadi. Paling basic untuk mendapatkan kulit yang cantik, boleh pilih sama ada Vitamin C, Vivix, Collagen Powder, ESP, Vitalea, Herblax dan Alfalfa. Kalau tak tau yang mana sesuai, jangan segan-segan whatsapp saya 018-766 9798, saya akan guide supplement yang sesuai untuk repair from within :)

Untuk skincare pula, saya sebenarnya rasa bersalah sebab saya dah lama stop sharing pasal skincare yang saya guna. Rasa bersalah sebab saya dah dapat hasil yang positif, tapi saya dok diam diri aje, tak share kat blog ni, tak bantu mereka yang juga ada masalah kulit sensitif, berminyak dan berjerawat. Huhuhu..

So sempena hari ini 16 Mei 2016, saya janji saya akan share from time to time, apa skincare yang saya guna, untuk perbaiki masalah kulit muka saya selama ini. Actually saya pernah cerita dah kat blog ni, even dah pernah jadi agent pun untuk produk tu, tapi saya tak sharing dengan serius, saya sharing sambil lewa aje, saya tak betul-betul usaha nak bantu orang atasi masalah kulit, huhuhuhu...

Okey jangan cerita hal lepas, kita maju ke depan ye. Hehehe... Skincare yang saya gunakan adalah daripada produk keluaran Bumiputera iaitu WR. Percaya tak, saya dah guna produk ni since July 2014, sampailah sekarang dan sangat puas hati dengannya :) :) :)

Produk WR yang paling famous hot top top meletop ialah sabun pencuci muka iaitu Tomato Clear Skin (TCS) dan krim nya iaitu Corrector Cream Oil (CCO).

Nak tengok entry saya tentang produk ini? Klik SINI.

Dengan ini juga, saya telah beroleh inspirasi untuk berkongsi kebaikan dan manfaat produk ini bagi membantu mereka yang punya masalah kulit berjerawat dan berminyak seperti saya. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI untuk info kesemua produk WR. Take note ya, blog masih dalam proses kemaskini so info akan dimasukkan dari semasa ke semasa :)

Saya bangga menyatakan saya adalah pengguna yang gembira dan berpuas hati dengan produk WR untuk skincare (luaran) dan dengan produk Shaklee untuk dalaman (repair from within) :) :) :)

Nak cuba Shaklee dan produk WR? Whatsapp 018-766 9798 okey, konsultasi terus dari hati ke hati. Ewahhhh!! :)

Wednesday, May 11, 2016

Yuran Tadika Untuk Anak Umur 6 Tahun - Semester 2 Tahun 2016


Cikgu tadika Haziq telahpun edarkan surat makluman bulanan beserta dengan bayaran yuran bagi Semester 2. Saya punyalah konfiden yuran dalam RM200 lebih sahaja, tapi sekali tengok, terperanjat mak. Huuhuu...

Ini dia senarai yuran untuk Haziq (6 tahun) pada Semester 2 tahun 2016 akan datang :

Yuran Jun 2016 = RM190
Yuran November 2016 = RM190
Buku Semester 2 = RM100
Gambar = RM60
Bayaran Program = RM50

Total = RM590


Haaa banyak juga kan. Kat tadika ni, bila masuk semester 2 je, kena terus bayar untuk bulan November sekali dan semua yuran ini mesti dijelaskan pada Hari Terbuka nanti (awal Jun 2016).

Walaupun terasa agak pricey, tapi saya memang tak nafikan, tadika ini sangat-sangat bagus, setanding dengan harga yang kita bayar. Haziq pun dah boleh membaca, menulis dan mengira dengan sangat lancar. Saya sangat puas hati dan gembira.

Okey terus kerja kuat demi untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak! :)


Klik untuk baca Yuran Tadika Semester 1 Tahun 2016

Tuesday, May 10, 2016

Cara Mudah Cari Surah-Surah Dalam Al-Quran


Hai semua :)

Pernah tak berdepan dengan keadaan di mana kita nak baca surah-surah tertentu dalam Al-Quran, tapi cari punya cari sampai tak jumpa dan dok selak setiap mukasurat Al-Quran?

Memang ada indeks di setiap Al-Quran but still, kene cek satu persatu kan?

Ini dia saya kongsikan cara mudah untuk mencari surah-surah dalam Al-Quran :)

Labelkan setiap surah-surah. Saya guna Kokoyu Tape ada jual kat kedai stationery


Haaa itu je caranya. Mudah sangat kan? Labelkan setiap surah, kalau yang Juz Amma (surah pendek-pendek tu), tak perlu labelkan pun tak apa. Kita boleh cari sendiri, cuma label ni penting untuk surah-surah selain daripada Juz Amma :)

Cubalah, pasti sangat mudah untuk mencari dan membaca surah dalam Al-Quran :)

Friday, May 6, 2016

Malu Dengan Allah


Sebenarnya saya nak tulis entry ini di fb, tapi bila fikir-fikir semula, saya nak abadikan tulisan ini di blog saya, untuk ingatan saya di masa hadapan dan juga moga-moga ada manfaatnya untuk mereka yang membaca tulisan ini.


Selasa 3 Mei 2016 @ 4.45 am

Saya terjaga dari tidur sebab Haziq bangun nak buang air kecil. Selesai temankan dia di bilik air, mata saya dah cerah dan tak rasa mengantuk lagi.

Saya tengok jam, masih ada masa untuk solat Tahajud. Kalau ikutkan, macam dah lama saya tak buat Tahajud. So bila ada peluang masa seperti ini, saya taknak lepaskan.

Selesai siap-siapkan anak ke sekolah dan suami pergi kerja, saya masuk ke soho. Banyak yang saya dah plan untuk disiapkan hari ini. Saya pun mula buat kerja dan masa tengah isi borang Poslaju, saya tersengguk.

"Eh, kenapa pula ini, saya mengantuk ke?" Rasa macam tak percaya saya mengantuk sebab memang saya rasa segar sejak bangun dari awal pagi lagi.

Saya menyambung kerja.

Tahu-tahu saya saya sudah terlelap di depan skrin laptop. Mata saya bagai digam-gam, kepala rasa berat dan saya rasa mengantuk sangat-sangat. Saya kenal diri saya, kalau dah mengantuk sampai tersengguk, ubatnya pergi tidur ajelah. Tapi saya tahankan diri juga.

Tepat jam 8.50 am, saya dah tak tahan lagi. Mengantuk sangat-sangat. Saya set jam untuk bangun jam 9.15 am.

Jam berbunyi, saya postpone lagi ke 9.45 am. Lagi setengah jam, lagi setengah jam, sedar-sedar sahaja dah pukul 10.30 am!!!

Terkejut betul saya, lama sungguh saya tidur. Rasa rugi sangat-sangat tidur di waktu pagi kerana saya percaya rezeki mula masuk di waktu pagi.

Nak solat Dhuha, saya rasa malu dengan Allah, nak Dhuha apanya, tidur sampai sejam lebih waktu Dhuha. Pulak tu saya kena cepat bersiap-siap untuk ambil Haziq di sekolah. Akhirnya saya tidak solat Dhuha pagi itu, kerana mengejar masa. Sambil bersiap, saya merungut pada diri sendiri kerana tidur lama.

Sampai ke sekolah, cikgu beritahu ada kawan Haziq main baling getah, getah tu ada kat kepala Haziq, dan masa kawan tu nak ambil getah, kawannya tertepis tepi mata Haziq dan Haziq mengadu matanya sakit sangat. Saya hanya mampu mengangguk dan saya lihat Haziq masuk dalam kereta dengan muka yang monyok.

Masuk je dalam kereta dan baru je bergerak, Haziq terus menangis, ala-ala burst out. Mungkin dia tahan dari masa kat sekolah tadi. Saya biarkan sahaja Haziq menangis tapi makin lama makin kuat, siap cakap, "Haziq taknak kawan  lagi dengan xxx sebab dia tepis mata Haziq". Untuk pujuk Haziq, saya belikan air Milo kotak.

Kemudian, saya bergegas ke Shaklee branch. Masa isi order form, barulah saya perasan yang saya tak bawak handphone. Aduhaiiii, geramnya rasa. Nasib baiklah semua info customer saya dah tulis siap-siap, takde handphone pun takpe, tapi tahulah perasaan tertinggal handphone dalam situasi penting, itulah yang saya rasa.

Tiba di kaunter untuk buat payment, kad bank pula tak dapat digunakan untuk buat transaksi. Cuba 2 kali, memang tak boleh juga. Saya pula tak cukup cash di tangan pada masa tu. Ya Allah, terkial-kial saya mengorek duit di dalam handbag kot-kot terjumpa. Nasib baik cukup, akhirnya setel payment dan saya tiada lagi cash di tangan.

Selesai beli produk, saya pun buatlah kerja saya di branch. Tapi masih lagi merungut dengan masalah kad bank, masalah tak cukup cash, masalah tak bawak handphone, semuanya buat saya merungut dalam hati sambil buat kerja.

Selesai semua, saya pun bergegas untuk pulang. Keluar sahaja dari pintu branch, saya telah ditahan oleh 2 orang wanita.

"Eh kenapa pulak ni?" tanya saya dalam hati.

Dipendekkan cerita, mereka sebenarnya telah memerhatikan saya sejak dari tadi lagi. Saya aje yang tak perasan.

Mereka ingin membeli produk Shaklee dan perlukan bantuan saya. Saya berbesar hati untuk membantu, dan hasilnya, saya mencapai target saya pada hari itu pada jam 1.30 pm.

In fact, sudah lebih mencapai target.

Dalam perjalanan pulang, saya terdiam sendiri sambil memandu. Banyak yang saya fikirkan bermula dari saya bangun untuk solat Tahajud awal pagi tadi.

Banyak yang saya minta, banyak juga yang Allah beri, malah Allah beri lebih daripada apa yang saya minta. Tapi saya ini sahaja yang banyak merungut, atas perkara-perkara kecil. Sedangkan Allah memang nak beri saya sesuatu yang besar pada hari itu.

Saya malu.

Saya malu sangat-sangat.

Merungut tertidur lama.

Merungut pasal handphone.

Merungut pasal kad bank.

Merungut pasal cash tak cukup.

Banyaknya saya merungut.

Sedangkan apa yang Allah atur tu adalah yang terbaik untuk saya.

Biarpun saya tertidur lama, mungkin itu caranya Allah persiapkan saya supaya tidak mengantuk di tengahari sewaktu sedang berurusan dengan customer.

Merungut pasal handphone, sedangkan info customer sudah siap saya tulis di buku log, tak perlu refer handphone lagi dah sebenarnya.

Merungut pasal kad bank, sedangkan cash di handbag cukup walaupun terpaksa korek-korek.

But still, Allah beri rezeki banyak untuk saya hari itu. Allah beri apa yang saya perlukan.

Saya malu sangat dengan Allah, sampai ke rumah saya terus solat Taubat, mohon ampun atas segala dosa dan kelalaian saya.

Saya tidak mahu lagi merungut selepas ini, kerana saya tahu Allah sentiasa memerhatikan saya dan akan memberikan apa yang saya perlukan, pada masa yang tepat, yang hanya Allah sahaja yang tahu bilakah masa itu.

Thursday, May 5, 2016

Bloglist - Blogger Friends


Sejak akhir-akhir ini, makin terhad pula masa saya untuk blogging. Siapa kata jadi wahm atau sahm tu lagi banyak masa nak buat kerja-kerja blogging ni? Nak-nak lagi bila ada anak kecil yang suka berdempek 24 jam. Hehehehe... Macam anak saya, Aimi, dah umur 3 tahun dah, tapi masih lagi ikut aje saya ni hatta ke bilik air sekalipun. Siap amik bangku kecik, dan tunggu depan pintu bilik air. Pintunye pulak dia tak kasi tutup rapat. Padahal saya kat dalam nak buat urusan global. Hahahaha...

So macamana pulak nak blogging, nak menaip bagai? Memang berebut-rebutlah coz Aimi pun nak menaip jugak. So sementara saya ada masa yang singkat tapi sangat berharga ni, meh saya storymory sikit.

Saya baru je masukkan satu bloglist khusus untuk Blogger Friends saya. Yang terpilih dalam bloglist tu ialah mereka yang RAJIN komen di blog saya, walaupun saya tak sempat-sempat nak bw / komen di blog mereka. Bermakna mereka ni ikhlas komen di blog saya tanpa harapkan balasan. Eceh ceh ceh, betul tak ni? Hehehhee... so nak tau blog anda tersenarai atau tak, boleh tengok kat right side bar ye.

Kalau ada yang nak join dalam Blogger Friends ni, sila drop nama dan url blog anda di ruangan komen. Nanti saya masukkan :)

Tuesday, April 26, 2016

Doa Untuk Anak-Anak, Di Depan Anak-Anak


Saya spesifikkan satu masa, berdoa untuk anak-anak, di depan anak-anak, dengan menggunakan bahasa Malaysia.

Bezanya, sebelum ini jika saya berdoa menggunakan ganti nama "aku", tapi bila berdoa untuk anak-anak di depan anak-anak, saya gunakan ganti nama "Mama".

Saya panggil anak-anak duduk bersila di depan saya, tadah tangan dan dengar doa saya. 

Apa yang saya inginkan untuk anak-anak, saya sebut satu persatu. Saya dapat melihat reaksi wajah mereka, diam sambil memberi sepenuh perhatian terhadap doa saya.
.
.
.
.
Semalam, semasa anak-anak sedang bermain dan berbual sesama mereka, saya pasang telinga...

H = Haziq, A = Aimi

H : Adik sayang Mama tak?

A : Sayang. Abang sayang Mama?

H : Mestilah sayang. Mama kan selalu doa untuk kita. Abang suka bila Mama doa untuk kita berdua.

A : Aimi pun.

Lepas tu kedua-duanya saling mengusik, bermain dan bergelak ketawa.
Perbualan anak-anak yang cukup singkat, namun sangat terkesan di hati saya.
.
.
.
.
Semoga saya sebagai seorang ibu, sentiasa sabar, ikhlas dan redha dalam mendidik anak-anak. Saya doakan sahabat semua yang telahpun menjadi ibu atau bakal menjadi ibu juga sentiasa sabar, ikhlas dan redha mendidik anak-anak :)

Monday, April 25, 2016

Tulisan Haziq Yang Buat Mama Happy, Seronok, Tergelak, Syahdu Pun Ada


Di sini saya abadikan tulisan tangan Haziq semasa dia berusia 6 tahun (sekarang). Alhamdulillah, sejak dah pandai menulis ni, macam-macam yang dia tulis, seronok saya melihatnya.

Abah, Mama, Tok Wan, Nenek


Barangan di ruang tamu dan dapur



Makanan yang Mama masak.
Jempuk-jempuk = jemput-jemput
Terguling-guling Mama gelak, rasa macam 
kena hempuk membaca jempuk-jempuk! Hahaha..


TQ Cikgu-Cikgu ajar Haziq sampai Haziq boleh menulis dan membaca. Semoga Allah s.w.t. kurniakan ganjaran pahala yang sangat besar untuk cikgu semua :)

Thursday, April 21, 2016

Roti Bom Segera, My Feveret


Pertama kali beli dan terus tersuka!

Ini dia roti putar a.k.a. roti bom keluaran Zaimah Frozen Foods. Jangan ditanya berapa harganya sebab saya tak ingat :)

Dalam 1 pek ni ada 8pcs roti putar, satu kali masak, goreng 4 pcs. Dapatlah sorang satu, cukup dah tu, memang kenyang sangat dah. Hehehe...




Cara masak :

1) Panaskan sedikit sahaja minyak masak dalam non-stick frying pan.

2) Balik-balikkan roti anggaran 1 belah roti tu dalam 2-3 minit. Ini agak-agak jela ye, apapun pastikan bahagian tengah roti tu masak sepenuhnya.


Selalunya saya makan roti bom ni begitu saja, yang ini memang plain, takde inti apa-apa, itupun dah cukup sedap dah pada saya. Hehehe..

Kadang-kadang, saya cicah dengan susu manis ataupun kuah kari. Memang sedap, boleh buat sebagai sarapan ataupun minum petang :)

Wednesday, April 20, 2016

Gambar Buku Tadika Semester 1 (Umur 6 Tahun)


Dapat juga saya upload gambar buku-buku tadika yang Haziq pelajari di sekolahnya.

Ini untuk Semester 1 sahaja ye, untuk buku sahaja, jumlahnya RM100. Boleh lihat details bayaran yuran di sini.





Untuk senarai subjek dan subtopik yang dipelajari di tadika untuk Semester 1 umur 6 tahun, boleh lihat di sini.

Tuesday, April 19, 2016

Cara Gaul Ayam Dengan Garam dan Kunyit Supaya Jari Tidak Menjadi Kuning


Err... fenin memikir tajuk apa untuk entry ni.

Ini sesuai untuk ibu-ibu, bapa-bapa ataupun orang bujang yang jarinya jadi kuning kesan daripada menggaul ayam dengan kunyit sebelum digoreng.

Suami saya ada berkongsi satu cara, yang diberitahu oleh rakan memancingnya. Hehehee.. pergi mancing bukan bawak balik ikan ajer, siap bawak balik info baru, sangat-sangat membantu isterinya bila tiba bab nak goreng ayam dan ikan. Hehehe..

Selalunya, sebelum goreng ayam dan ikan, saya akan gaul rata kunyit, serbuk kunyit, kadang-kadang letak serbuk cili, bawang putih dan lain-lain ramuan. Hasilnya, jari jadi kuning, kadang-kadang tak berapa gemar tengok macam tu, lagi-lagi kalau lepas tu nak keluar pergi jalan-jalan.

So ini dia cara paling mudah nak gaul ayam dan ikan sebelum digoreng :

Cara gaul ayam dengan garam dan kunyit
supaya jari tidak menjadi kuning


3 langkah super mudah :

#1 - Taburkan garam, serbuk kunyit, serbuk cili dan lain-lain ke atas ayam yang telah diletakkan di dalam bekas aiskrim.

#2 - Tutupkan dengan penutup bekas aiskrim dan goncang-goncangkan bekas tersebut.

#3 - Buka penutup dan ayam siap sedia untuk digoreng!


Paling best, jari jemari tak kuning :)

Selamat mencuba! :)

Monday, April 18, 2016

Kenapa Mama Dah Lama Tak Baca Al-Quran?


Beberapa hari lalu, masa tengah layan anak-anak bermain, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu soalan daripada Haziq.

"Mama, Haziq tengok Mama dah lama tak baca Al-Quran. Kenapa Mama dah lama tak baca Al-Quran?"

Tersentak saya dibuatnya. Saya tak pasti nak beritahu bagaimana, atau nak respon macamana, selebihnya saya terkedu sebab tak sangka soalan itu yang akan terpacul keluar dari mulut Haziq yang berusia 6 tahun (baru 5 tahun lebih kalau ikut tarikh lahir).

"Mmmm.... kenapa Haziq tanya macam tu?" Saya bertanya lagi, cuba memancing soalan seterusnya.

"Yela, Mama kan selalu sembahyang, selalu mengaji. Tapi Haziq rasa dah lama Mama tak sembahyang dan tak mengaji. Kenapa Mama? Mama dah lupa ke?" jawab Haziq.

"Ooohhhh....." lega hati saya.

Pantas saya menangkap maksud Haziq. Rupa-rupanya sudah masuk 3 hari saya "bercuti" a.k.a. period, so bila period, memanglah tak sembahyang, tak mengaji semua tu. Rutin harian yang direhatkan buat seketika, paling lama pun seminggu.

Tapi nak explain pasal period kepada anak yang masih kecil, memang saya tak tahu nak mulakan macamana. Takkan nak cakap Mama tengah period. Nanti soalan seterusnya, "period tu apa, Ma?". Fikir punya fikir, ini sahaja yang dapat saya jawab,

"Yelah, Mama terlupa lah sayang. Lepas ni boleh tak Haziq ingatkan Mama untuk sembahyang dan mengaji? Sebab kadang-kadang Mama terlupa kalau Haziq tak ingatkan Mama".

"Oh, Mama lupa lah tu rupanya. Haziq dah tau dah. Ok lepas ni kalau Mama tak sembahyang dan tak baca Al-Quran, Haziq akan cepat-cepat ingatkan Mama".

Saya senyum lebar, kemudian bertanya lagi,

"Haziq suka ke Mama baca Al-Quran?"

Jawabnya,

"Ya, Haziq suka. Haziq suka dengar suara Mama baca Al-Quran, sebab tu bila Mama tak baca, Haziq teringat-ingat".

Aduhhh... entah kenapa saya rasa syahdu.

Haziq, anak sulung saya, setiap kali saya sembahyang atau mengaji Al-Quran, pada pandangan saya, dia bukanlah pay attention sangat. Dia tetap buat apa dia buat, tengok tv ke, bermain ke, kaler-kaler ke, atau apa-apa jelah, rasanya tak pernah pula dia datang duduk dekat saya bila saya mengaji.

Tapi bila dia tanya begini, hati saya tersentuh. Walaupun dia seolah-olah tak pay attention selama ni, but the truth is, dia dengar. He listened. Dia ingat. Dia capture moment tu dalam ingatan dia, dan itu yang buat saya sebak.

Teruslah terlintas di hati saya, bahawa sebagai seorang ibu :

1) Kita mesti sentiasa berbuat baik dari semua segi. Mungkin anak kita seolah tak beri perhatian, atau tak follow, tapi sebenarnya dia memerhatikan apa yang kita buat.

2) Jangan jemu beri nasihat kepada anak-anak, selagi kita punya kudrat, punya upaya, sentiasa berikan nasihat untuk mereka. Pengalaman saya sendiri, saat saya dinikahkan, Mama saya berpesan, "menjadi seorang isteri adalah permulaan kita hidup di bawah jagaan seorang suami, bukan lagi ibu bapa. Suami yang kita sebenarnya baru nak kenal siapa sebenar-benarnya dia, maka dalam proses ini, rajin-rajinlah bangun solat malam. Jadikan solat malam sebagai sahabat baik kita". Begitulah nasihat yang diberikannya untuk saya, namun saya hanya benar-benar menunaikannya apabila masuk tahun ke-6 perkahwinan. Malah kini, Mama saya masih terus berpesan yang sama kepada saya.

3) Sentiasa kongsikan dengan anak-anak, apa yang telah kita doakan untuk mereka. Supaya mereka tahu yang kita sebagai ibu takkan pernah berhenti mendoakan mereka, supaya mereka tahu bahawa kepada Allah s.w.t. sahaja tempat kita mengadu dan memohon keampuan dan pertolongan dan supaya ada strong connection dan bonding antara kita dan anak.

Sehingga sekarang, masih terngiang-ngiang di telinga saya akan persoalan Haziq tempohari, walaupun saya sudah habis period. Setiap kali memandang Al-Quran, pasti saya akan teringat pada Haziq. Semoga saya akan terus istiqamah membaca, memahami dan beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga ke akhir hayat saya.

Monday, April 4, 2016

Ada Yang Nak Tahu Ke Macamana Cara Balut Buku?


Baru kejap tadi saya check keyword yang membawa pengunjung ke blog saya, antaranya ialah "cara nak balut buku".

Untuk saya yang memang suka balut buku, saya rasa memang mudah sangat. Tapi bila terpandang keyword ni, terdetik di hati saya, ada orang yang perlukan tutorial cara-cara membalut buku.

Ada yang betul-betul perlukan ke? :)

Kalau ada, saya boleh buat tutorial ni. In Shaa Allah sangat mudah untuk difahami dan diikuti.

Friday, March 25, 2016

Jangan Mudah Menilai Atau Menghukum, Silap-Silap Timbangan Dosa Akan Bertambah


Apabila saya scroll newsfeed di FB, kadang-kadang terberhenti membaca status yang menulis tentang perkara-perkara seperti,

- konsert XYZ inilah yang merosakkan orang M....U
- kecik-kecik dah suruh menyanyi, tayang body bla bla bla ini semua tiket ke neraka
- tua muda semua nak menyanyi ajer, apa nak jadi

(ini contoh sahaja).

Saya hanya mampu menghela nafas yang panjang. Mudahnya mereka ini berkata begitu begini kepada orang lain / sekumpulan orang lain, seolah-olah diri ini malaikat.

Jika pun ingin menegur, ada tertibnya. Usahlah kita terpekik-pekik sehingga menyerlahkan kedangkalan diri pula.

Apatah lagi, apabila kita melihat satu sisi kehidupan seseorang itu, mudah sahaja kita menilai dan menjatuhkan hukum.

"Oh patutlah budak ni macam tak cukup zat aje, mak bapak sibuk kerja cari duit sampai anak pun terabai".

"Kesiannya dia dapat suami / isteri macam tu, terpaksa tebalkan muka je lah jawabnya"

(ini contoh sahaja).

Baru sahaja lihat satu sisi yang mungkin 1% sahaja, kita sudah judge 99% kehidupannya yang lain.

Tak malukah kita? Sempurna sangatkah kehidupan kita?

Sama jugalah macam perkongsian yang ditulis di blog.

Kita follow blog orang tu, follow blog orang ni, baca setiap entry dia, dan terus cop diri sendiri tahu benar tentang kehidupan yang dia lalui.

Sedangkan, apa yang dia tulis di blog pun, mungkin sekadar 1% sahaja daripada perjalanan kehidupannya.

Kesimpulannya, jangan mudah memberatkan timbangan dosa sendiri, dengan menilai dan menghukum seseorang yang lain. Bersangka baiklah dan doakan sahajalah yang baik-baik untuknya. Mudah-mudahan doa kita itu diangkat di sisi Allah s.w.t. dan dimakbulkan.

Jika kita doa yang baik-baik, malaikat pun akan  mendoakan kita. Tak teringinkah nak didoakan oleh para malaikat? :)




Berlapang dada.
Bersangka baik.
Doakan yang baik-baik.
Semoga kita juga beroleh pahala untuk kita bawa ke sana nanti, in shaa Allah.

Thursday, March 24, 2016

Perbezaan Antara Review Percuma, Review Berbayar dan Pengiklanan


Hari ini saya nak share sedikit tentang Review Percuma, Review Berbayar dan Pengiklanan.


REVIEW PERCUMA

Ini adalah hasil review daripada pengalaman saya sendiri. Tidak disuruh oleh siapa-siapa dan tidak pula dibayar oleh siapa-siapa. Sebab itu namanya Review Percuma. Hehehe...

Review ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ia boleh jadi positif atau negatif bergantung kepada pengalaman saya sendiri.

Oleh kerana review ini percuma, kebiasaannya saya tidak memasukkan info-info penting tentang sesuatu produk atau perkhidmatan itu, kerana saya hanya review berdasarkan apa yang saya ada / guna pada masa itu.


REVIEW BERBAYAR

Ini pula adalah review yang saya tulis sendiri di mana saya diminta oleh seseorang invididu atau kumpulan untuk menggunakan produk atau perkhidmatan mereka terlebih dahulu, dan saya tulis review berdasarkan pengalaman saya itu.

Oleh kerana ini adalah review berbayar, bermakna saya diminta untuk menulis dan dibayar untuk menulis mengikut skop tertentu. Untuk review berbayar ini, ia melibatkan beberapa terma dan syarat yang mesti dipatuhi dan diterima oleh kedua-dua belah pihak iaitu saya sebagai blogger dan juga pihak yang meminta saya untuk review.


PENGIKLANAN

Saya menyediakan ruangan iklan di blog saya khusus untuk mereka yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka. Di sini, saya tidak membuat sebarang review.

Setiap entry pengiklanan mestilah ditulis oleh tuan punya iklan itu sendiri dan disertakan bersama gambar dan info produk / perkhidmatan, testimoni atau lain-lain. Pengiklanan ini tertakluk kepada bayaran untuk tempoh tertentu dan mesti dibayar oleh pihak pengiklan bagi memastikan iklan mereka terus disiarkan di blog saya.


Diharap anda semua yang membaca entry, jelas akan perbezaan ketiga-tiganya. Saya mengalu-alukan sekiranya anda inginkan khidmat saya untuk membuat review terhadap produk atau perkhidmatan anda, ataupun anda ingin membuat pengiklanan di blog saya :)

Tuesday, March 22, 2016

Never Run Back to What Broke You


"Never run back to what broke you"
powerofpositivity.com


Saya pernah berada dalam situasi patah hati, jiwa resah, minda kusut. Bangun pagi rasa tidak bersemangat, tidur malam pula membawa segala ketegangan yang berlaku di siang hari. 

Lama saya bertahan dalam situasi yang sangat tidak menyihatkan ini, dan akhirnya saya tahu, saya tidak boleh selama-lamanya begini.

Saya ada 2 pilihan :

1) Change myself
2) Change the situation

Saya memilih untuk "change myself" namun, graf menunjukkan trend menurun dengan sangat cepat. Saya jadi ibarat suis, kejap on kejap off. Saya sedar saya tidak boleh berterusan begini.

Dan akhirnya, saya memilih untuk "change the situation". I must quit from this unhealthy environment. Satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat namun dengan petunjuk Ilahi, saya yakin dengan apa yang saya buat. Perlahan-lahan, saya membina semula kehidupan yang tercalar dan memperbaiki segala kekurangan. Saya berazam untuk lebih menikmati kehidupan bersama suami dan anak-anak yang saya sayang.

Pagi ini pula, saya terjumpa quote di atas ini. Seolah-olah satu peringatan untuk saya, agar tidak kembali semula kepada situasi yang "merosakkan" saya, biarpun situasi itu nampak gah di mata manusia.

Semoga saya akan terus ingat sampai bila-bila.

"I Will Never Run Back to What Broke Me".

Review Kek Anis Chocolate Moist


Anis Chocolate Moist memang dah popular kan, tapi saya baru je berkesempatan nak merasa kek ni.

Hari tu suami saya pergi memancing, janji nak balik petang tapi malam baru sampai rumah. So agaknya, dia nak pujuk saya ke apa (tak taulah), sampai je rumah dia hulurkan kek coklat Anis ni. Saya pulak, nampak kek coklat, memang tak ingat benda lain dah, tau nak ngappp terus. Hahahaha...


Kek ni bentuk love, harga RM4.50


Makan punya makan, inilah review saya tentang kek ni :

  • namanya kek coklat moist, tapi pada saya tak berapa moist. Agak kering dan teksturnya macam tak bind together
  • lapisan coklat kat atas tu sangat-sangat manis, nasib baik tak tersedak. Saya cepat-cepat minum air masak.
  • overall pada saya, lapisan coklat tu sangat manis dan kek pun biasa sahaja.


Dalam pada manis manis tu, tetap habis jugak 1 bekas tu, mana taknya 1 bekas kongsi 3 beranak - saya, Haziq dan Aimi. Tapi Haziq makan 1 sudu jer, lepas tu taknak, sebab katanya manis sangat.

Aimi pulak, makan kek ni sampai comot mulut dia. Sedap katanya. 

Saya pulak, tetap makan. Kesian suami dah belikan, takkan nak buang kan.

So habislah kek tu akhirnya. Rasanya, dah takkan beli dah kek ni pada masa akan datang. Mungkin tak berapa sesuai dengan selera saya. Jangan marah ye, ini pendapat saya jer :)

Thursday, March 17, 2016

Hadiah Reward Untuk Diri Sendiri : Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover


Alhamdulillah, bonus Shaklee yang baru sahaja dikreditkan ini, telah saya gunakan sedikit untuk reward diri saya sendiri.

Dah lama saya aim nak beli Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover, akhirnya tercapai sudah. Alhamdulillah. Memang target nak beli guna duit bonus Shaklee sebab taknak usik duit yang lain-lain.

Apa benda Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni?

Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover


Ia bolehlah saya umpamakan sebagai pre-cleanser. Sebelum kita cuci muka, kita mestilah tanggalkan mekap dan bersihkan kotoran yang ada di muka dulu kan? Kotoran ada yang berbentuk fizikal. Contohnya, kalau muka jenis berminyak, percaya tak, habuk-habuk atau partikel halus pun boleh melekat kat muka yang berminyak tu?

Tak percaya? Gunalah Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni, then baru nampak segala jenis kotoran dan daki kat muka dan leher tu.

Kalau nak harapkan kepada pencuci muka sahaja, memang tak cukup.

Cara nak gunanya senang sahaja.

1) Picitkan sedikit Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover (bentuk gel).

2) Sapukan rata ke bahagian muka dan leher (muka dan leher biar kering dan tak perlu dibasahkan terlebih dahulu). Gosok-gosokkan.

3) Tadaaaaaa!! Nanti tengok kat cermin, boleh nampak kekotoran yang telah ditanggalkan.

* Ataupun selepas dah gosok rata tu, ambil tisu dan kesat muka. Kat tisu lagi nampak jelas kekotoran dan segala daki-daki yang ada.

Lepas tu bersihkan muka dengan air. Masa ni pun dah rasa kulit jadi lembut sangat. Then continue dengan mencuci muka (cleanser).

Saya juga cuba Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni kat muka suami. Punyalah syok, sampai lena dia dibuatnya. Hahahaha... Tapi, being a man, kotor kat muka diorang ni, tak macam kat muka kita orang pompuan. Sebab, orang lelaki tak pakai mekap, tak pakai krim, tak pakai foundation, tak pakai bedak. 

So kekotoran kat muka suami saya tu agak minimum kalau nak dibandingkan dengan kat muka saya ni. Hehehehehe...

Yang bestnya lagi, Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni boleh pakai anytime. Tak kisah siang atau malam. Yang penting, asal kita nak cuci muka jer, kita buat pre-cleanse dulu. Baru muka lebih bersih sepenuhnya.

Bahan-bahan dalam Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni pun kesemuanya berasaskan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi. So dont worry lah, safe to use :)

- bearberry
- aloe
- mulberry
- rosemary
- peony
- linden

dan pelbagai lagi.

Saya suka sangat guna makeup remover ni sebab ia buat kulit saya rasa lebih bersih dan lembut. Ada sesetengah skincare tu bila kita cuci muka, ia akan buat kulit muka kita rasa tegang. Kalau anda pernah alami keadaan macam ni, bermakna skincare tersebut tak sesuai dengan anda kerana lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit akan menjadi kering sehingga menggelupas (ini pengalaman saya sendiri).

Satu tiub Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni, bersamaan 150 gram. Rasanya boleh tahan sehingga berbulan-bulan sebab hanya perlu guna sedikit sahaja setiap kali nak bersihkan muka. Apatah lagi dengan harganya yang tak sampai RM100 dan tahan pula sehingga berbulan-bulan, memang berbaloi sangat kalau beli Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni.

Saya memang berpuas hati!!

Kalau anda berminat nak cuba, boleh hubungi saya seperti number yang tertera di dalam gambar di atas :)

Wednesday, March 16, 2016

Resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas, Sesuai Untuk Anak-Anak


Hari ni saya nak share resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas, Sesuai Untuk Anak-Anak :)

Saya baru je masak untuk dinner malam tadi. Alhamdulillah, suami dan anak-anak cakap sedap. Haziq siap ratah ayamnya lagi.

Nak masak ayam masak merah bunyi macam waaaa sangat kan? Macam leceh, macam renyah, tapi sebenarnya mudah sangat bila kita dah prepare stok cili kering siap-siap.

Nak tahu macamana saya prepare stok cili kering / cili blender / cili boh? Klik sini.

Untuk makluman, ayam masak merah yang saya masak kali ni, menggunakan cili blender yang saya beli kat satu gerai sarapan kat Taman Bukit Dahlia. Gerai tu betul-betul terletak dekat AmBank Taman Bukit Dahlia. Selain jual sarapan pagi, gerai tu pun jual cili blender / cili boh ni. Dah siap blender dah, harganya cuma RM4.50 sahaja untuk plus minus 1 kilogram.

Kebetulan masa tu, stok cili blender kat rumah dah habis. Saya belum sempat prepare, jadi untuk nak cepat, beli jelah yang dah siap :)

Ok ini dia Resepi Ayam Masak Merah Tak Pedas

Bahan-bahan :

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia sikit
(Ketiga-tiga ni saya blender guna blender basah)

Cili blender 3 sudu besar
Serai 2 batang, ketukkan
Bawang besar 1 biji potong bulat
Sos cili
Sos tiram
Asam jawa
Gula
Garam
Perasa


Cara masak :

1) Goreng ayam terlebih dahulu. Ambil minyak yang goreng ayam tadi tu, untuk masak ayam masak merah. Jangan ambil semua minyak, kang mandi minyak kita nanti. Hehehe... Agak-agaklah minyaknya, yang penting masak sambal / cili ni pakai minyak banyak juga.

2) Tumis serai + bawang besar + bawang putih + halia sehingga kering sikit.

3) Masukkan 3 sudu besar cili blender.

4) Masa cili sampai keluar minyak (ambil masa jugak).

5) Masukkan gula, tabur atas cili tu, biar dia meresap dalam cili then baru kacau-kacaukan. Masukkan air, sukatan ikut suka. Kalau nak kuah banyak, masukkan air banyak.

6) Masukkan sos cili sikit, sos tiram sikit, asam jawa sikit. Saya guna asam jawa Adabi tu. Masuk sikit je, hujung sudu jer. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau-kacau biar sekata.

7) Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa dulu, if dah ok, baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi.

8) Kacau hingga sekata. Rasa lagi sekali, if dah ok, boleh tutup api. Siapppp!!!

Dan inilah hasilnya,

Ayam Masak Merah Tak Pedas


Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *