I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 3, 2015

Resepi Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap Sedap (suami yang cakap)


Ok ini dia resepi simple ayam masak kicap. Dengan saya, semua simple-simple aje, yang complicated sangat tak reti pulak nak masak. Hahaha...

Ayam Masak Kicap

Goreng ayam dulu.
Macam biasa, perap dengan garam dan kunyit dulu sebelum goreng.

2 cili merah - potong
1 biji bawang besar - mayang
4 biji bawang putih - mayang

Guna minyak yang goreng ayam tadi.
Tumis kesemua bahan di atas.
Masukkan kicap manis, sos cili dan kiub ayam / perasa.
Masukkan gula sikit.
Rasakan manis dan masinnya.
Tak perlu tambah garam.

Kalau pekat sangat, tambah air sikit dan biar mendidih.

Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Gaulkan dan biarkan dalam kuali supaya kuahnya meresap dalam ayam.
Rasakan sekali lagi manis dan masinnya.

Kalau semua dah ok, tutup api. Siapppp!!!!

Selamat memasak! :)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

Diana Rashid said...

Ayam masak kicap ni kalau kat rumah saya seminggu sampai 2,3 kali buat..anak2 suka..

adianiez AIDA said...

ni pun selalu aida masak.
sebab paling senang.
and paling abis kalau dimasak. tak bazir langsung.

Rinah said...

suka makan ayam masak kicap.
tapi kalau saya masak, kuah kena banyak.
anak suka makan nasi dengan kuah ayam kicap.
bukan anak je, maknya sama gak.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *