I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, November 1, 2015

Bilakah Masanya Untuk Diri Sendiri?



Sejak punya 2 orang anak, saya sendiri pun tak ingat bilakah masanya yang saya spend untuk diri saya sendiri. Mungkin ada, tapi terhad. Contohnya time saya nak belek hp, time tu juga lah anak-anak request nak hp sebab nak main game atau tengok video Upin & Ipin.

Saya ingat lagi sewaktu awal-awal punya anak 2, yakni selepas melahirkan Aimi. Memang rasa kelam kabut sangat. Rumah sentiasa bersepah, dapur pun sama, kain baju lagi, bangun pagi terkejar-kejar nak pergi kerja, balik pula lewat malam, penatnya memang tak pernah habis. Bangun malam buat power pumping lagi, fully bf Aimi waktu malam sebab siangnya duduk rumah pengasuh. In the end, saya tak sempat nak belek diri sendiri. 

Sehingga satu hari saya luahkan perasaan pada suami, saya cakap saya perlu masa untuk bertenang dan recharge energy. Suami tanya, apa saya nak buat, saya cakap, boleh tak izinkan saya pergi ke spa untuk body and foot massage ataupun izinkan saya lepak berjam-jam di kedai buku? Itu je benda yang saya nak buat sorang-sorang kerana saya perlukan time off sebentar.

Beliau izinkan. Kiranya itulah ME TIME saya. Buat sesuatu untuk tenangkan diri dan caj energy sementara suami duduk di rumah mengurus dan menjaga anak-anak. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali saya akan request untuk ME TIME saya.

Alhamdulillah, sejak dari itu saya rasa lebih tenang dan boleh berfikir serta mengurus rumahtangga, keluarga dan kerjaya dengan lebih baik :)

Kita sebagai wanita dan ibu-ibu memang sentiasa sibuk dengan pelbagai komitmen. Dari sebesar-besar perkara hinggalah kepada sekecil-kecil perkara, semuanya menuntut perhatian kita. Kalau hari-hari kita menghadap benda yang sama, lama-lama kepala pun boleh jem. Nanti mulalah itu tak betul, ini tak betul, ada sahaja yang tak betul di mata.

Jadi saya cadangkan, cuba arrange masa to have ME TIME - masa untuk diri sendiri buat apa yang kita suka nak buat tanpa melibatkan sesiapa. 

Perlukah ME TIME ni?

Saya rasa tak semua orang perlukan ME TIME. Tepuk dada tanya rasa hati. Untuk saya, saya memang perlukan ME TIME. Ada masanya saya perlukan 1-2 jam sahaja. Ada masanya saya perlukan 3-4 jam. Tengok keadaan.

Untuk anda pula, jika anda rasakan semuanya berjalan dengan lancar dan anda boleh menguruskan semua perkara dengan baik tanpa emosi tercalar, two thumbs up for u :)

Tapi kalau dah stress sampai cakap dengan suami pun macam nak melancarkan perang, dengan anak-anak pun asyik nak marah memanjang, campur pula dengan hiruk pikuk di tempat kerja, pastu mulalah rasa frust dengan diri sendiri, then itulah masanya untuk take a break, have a ME TIME :)

1 comment:

adianiez AIDA said...

perlu sgt me time.
but kekadang no time, kan :) hi hi...
aida gi facial dlm 1-2 bulan skali.
other than that, takde kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *