I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, November 12, 2015

Bertukar Susu Kerana GST


Sebenarnya, cerita ini dah lama dah. Berlaku sebelum perlaksanaan GST pada 1 April 2015 yang lalu. Baru-baru ini saya browse through folder picture, teringat semula gambar susu anak. Ada cerita di sebaliknya.

Bila sahaja kerajaan mengumumkan perlaksanaan GST, saya sebagai rakyat marhaen kurang faham. Kata kerajaan, GST ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyat, tetapi apabila saya bertanya kepada rakan-rakan yang cerdik pandai dalam bidang kewangan dan ekonomi, mereka jawab sebaliknya pula.

Penjelasan mereka yang panjang lebar, membuatkan saya faham akhirnya. Dipendekkan cerita, GST = kenaikan harga barang. Pada masa itu, saya tak pasti sama ada harga susu dan pampers anak-anak akan naik juga atau tidak, tapi takkanlah kita nak duduk sahaja tanpa buat apa-apa persediaan.

Dulu-dulu saya ada berbincang dengan suami, yang mana Haziq sangat serasi dengan susu Similac Gain Plus (usia 1-3 tahun) dan kami akan teruskan dengan Similac Gain Kid (usia 4-6 tahun). Namun, harga susu ini yang boleh tahan juga harganya, membuatkan kami berfikir dua kali (RM119.90 untuk 1 tin 1.8 kg. Sebulan perlu 2 tin).

Apatah lagi, Haziq sekarang tiada masalah makan. Jadi bincang punya bincang, kami bersepakat untuk menukar susu Haziq kepada jenama yang lebih ekonomi. Pilihan kami pada masa itu adalah Dutch Lady kerana selepas memberikan Haziq susu Dutch Lady untuk percubaan, Haziq boleh habiskan susu dengan cepat seperti biasa, dia cakap sedap dan juga tiada sebarang masalah dari segi pembuangan air besar.

Untuk Aimi pula, Aimi ini bukan jenis minum susu sangat macam Haziq. Makan nasi beberapa suap sahaja. Jadi kami bersepakat untuk maintain kan susu Similac Gain Plus untuk Aimi. Moga-moga berat badan Aimi akan naik dengan meneruskan susu ini.

Oleh yang demikian, pada tarikh 20 Mac 2015 yang lalu, kami suami isteri pun memulakan pembelian stok susu untuk anak-anak. Ingat lagi tak, pada masa sebelum tarikh 1 April 2015, orang ramai sibuk dengan "impulsive buying"? Ramai orang berpusu-pusu membeli barang keperluan untuk dibuat stok, bimbang dengan kenaikan harga akibat GST.

Saya ingat lagi pada masa itu, saya terdengar perbualan beberapa pasangan suami isteri yang turut membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak untuk dibuat stok. Terfikir sejenak, kesian rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri. Huhuhuhu...

Ini susu yang kami beli.

Susu Haziq : Brand Dutch Lady

Kami beli beberapa peket susu di 3 tempat yang berlainan.

Kedai pertama : Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

1.1 kg free 100 g = RM24.90 / pack

Beli 3 pack = RM74.70


Kedai kedua : Kedai Twin Win, Taman Rinting

1 kg = RM23.90 / pack

Beli 4 pack = RM95.60


Kedai ketiga : Tesco Seri Alam

900 g = RM22.00 / pack

Beli 3 pack = RM66.00


TOTAL SEMUA = RM236.30 (10 pack)


Pada masa pembelian ini, belum masuk 1 April 2015 pun lagi, kami dah dapat rasa 'bahang' kenaikan harga. Cuba perhatikan harga susu seperti di atas. Kebiasaannya kami beli yang pack 1 kg dengan harga plus minus RM23.90. Tapi yang kat Tesco masa tu Dutch Lady dah keluarkan packing baru tau. Tengok harga, eh murahnya, tapi jangan tertipu sebab isi kandungan susu pun kurang 100 g.

Susu Dutch Lady
Pack lama : 1 kg
Pack baru : 900 g


Sebab tu lah kami pun termasuk dalam golongan impulsive buying pada masa itu. GST belum dilaksanakan lagi pun, tapi harga dah start naik. Nak tak nak, kena keep stok banyak-banyak jugak.


Susu Aimi : Brand Similac Gain Plus

Kami beli di 2 tempat berlainan.

Kedai pertama : Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

1.8 kg = RM119.90 / tin

Beli 2 tin = RM239.80


Kedai kedua : Tesco Seri Alam

1.8 kg = RM120.00 / tin

Beli 1 tin = RM120.00

TOTAL SEMUA = RM359.80 (3 tin)

TOTAL PEMBELIAN SUSU UNTUK HAZIQ DAN AIMI = RM596.10

Susu untuk anak-anak tersayang


Fuh! Habis nak dekat RM600 untuk susu sahaja, itu belum masuk pampers lagi (tapi pengiraan harga untuk pampers dah hilang entah ke mana, tak dapatlah buat entry tentang pampers).

Selepas dah beli susu tu, sebagai ibu bapa, kami rasa lega sangat-sangat. Dalam apa hal sekalipun, keperluan anak tetap jadi keutamaan. Bila dah selesai keperluan anak-anak, baru lihat keperluan diri sendiri apa yang perlu dibeli, bertukar jenama yang lebih ekonomi ataupun delay buying.

Di dalam hati, terselit juga rasa sedih sebab terpaksa tukar susu Haziq dengan yang lebih murah, tapi inilah keputusan yang paling tepat untuk berdepan dengan keadaan ekonomi Malaysia pada masa itu. Orang kata, adjust dengan keadaan.

Susu Dutch Lady packing baru


Dan kini, Aimi juga telah bertukar kepada susu Dutch Lady. Masa minum susu Similac Gain Plus, nak habiskan 1 botol 6 oz pun susah sangat. 1 hari cuma 2-3 botol sahaja. Tapi dengan susu Dutch Lady, Aimi boleh habiskan minum 1 botol 6-8 oz sehingga 3-4 botol sehari. Alhamdulillah :)

Weekend lepas, saya baru je beli susu untuk anak-anak dan ini harga terkini (Nov 2015).

Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

Susu Dutch Lady Haziq (4-6) = RM25.50 / pack (900 g) - harga termasuk GST

Susu Dutch Lady Aimi (1-2) = RM23.50 / pack (900 g) - harga tidak dikenakan GST

Rasa-rasanya selepas ini kami akan teruskan dengan susu Dutch Lady sebab anak-anak pun sangat sukakan rasanya. Kami beli yang jenis biasa sahaja dan baru-baru ini telah beli perisa coklat. Nampaknya Haziq dan Aimi suka sangat susu Dutch Lady perisa coklat ini :)

Alhamdulillah, di sebalik kegawatan ada nikmat. Di sebalik kesusahan ada kesenangan. Yang penting, keperluan anak-anak mestilah menjadi keutamaan.

2 comments:

Diana Rashid said...

nak buat cemana..kan??kena pilih yang mana kita mampu je la..
Selalu beli dutch lady ,lepas ni boleh la join peraduan yang dapat wang tunani tu..mana tau ada rezeki..hehe

nik said...

anak sulung nik minum Dugro Madu..Sebulan 12pek...sebelum tu minum S26 gold..tak tahan main sebelum 1.8kg x 4box..
yang adik Similac Lf...umur tak sampai 1year ..minum 6tin sebulan.. genap setahun maybe tukar ker Gain .. Dulu pernah try DutchLady untuk C Abg..tapi x suit ..bibir jadi biru kering..Tukar Dumex baru ok...
Demi kesihatan anak2..mak ayah tak cukup makan pun x tak per..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *