I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, November 9, 2015

Ajar Anak Makan Sendiri, Tak Perlu Bersuap-suap


Sejak Haziq berusia 1 tahun 6 bulan, saya dah mula ajar Haziq makan sendiri suap sendiri. Tentu ada yang cakap, "eh anak kecik lagi lah dah suruh dia suap sendiri???"

Sabar bertenang. Setiap orang ada cara masing-masing dan setiap orang bebas nak mendidik anak mengikut cara masing-masing asalkan cara itu tidak memudaratkan. 

Untuk saya, setakat saya ajar anak makan sendiri ni, Alhamdulillah belum pernah lagi terjadi perkara yang memudaratkan. Setakat muka comot, baju kotor, nasi bersepah-sepah dan mee berterabur tu kira standardlah kan, nama pun budak kecik kan.

Kalau makan di luar, semua makan sendiri.
Tak perlu bersuap-suap.
Semua orang enjoy food masing-masing :)


Macamana cara saya mula ajar anak makan sendiri?

Semuanya bermula semasa Haziq berumur 1 tahun 6 bulan. Pada masa itu, kami sekeluarga lebih selesa makan dengan duduk bersila di atas tikar walaupun dah ada meja makan di rumah.

Saya letakkan makanan di dalam pinggan Haziq dan ajar dia menggunakan sudu. Mula-mula tu, dia nampak kekok dan tak reti maklumlah selama ni semua disuap kan. Tapi saya tetap ajar Haziq dan siap demo kan macamana cara nak letak makanan kat sudu, masukkan dalam mulut dan suap sekali lagi.

Dalam proses nak ajar makan sendiri ni, ia mengambil masa juga. Kuah sup pernah tumpah ke lantai, nasi dan mee berterabur, air pun pernah tumpah dan macam-macam lagilah.

Ada sekali tu masa bulan puasa. Saya dan suami ni dengan kerja yang super penat nya, masuk je waktu buka puasa terus makan tak toleh kiri kanan lagi. Sedar-sedar je, Haziq yang masa tu tengah makan mihun sup, supnya dah habis dia hirup tapi mihun tu tau tak kat mana?

Dok bertenggek mihun dan tauge tu semua atas kepala dia!!!

Ya Allah kelakar sungguh la masa tu. Sakit perut kami ketawa, sampai tak teringat langsung nak amik gambar. :)

Lama kelamaan Haziq dah pandai makan sendiri. Lagi pandai kalau makan pakai tangan. Kalau pakai sudu, still kena praktis lagi.

Pernah sekali tu masa kami sekeluarga bercuti ke Gold Coast Morib, Selangor (May 2013). 

First percutian keluarga dengan 2 orang anak :)
Haziq umur 2 tahun 9 bulan
Aimi umur 4 bulan


Masa dinner, saya pangku Aimi, Haziq duduk bersama saya dan suami yang ambilkan makanan untuk kami. Kemudian bila makan, kami makan bersama-sama. Aimi pula tidur di pangkuan saya. 

Selesai makan, tiba-tiba seorang wanita di meja sebelah menegur saya.

"Anak u makan sendiri? Pandainya! Berapa umur dia?"

"Nak masuk 3 tahun".

"Oh really? Anak I umur 5 years plus now, masih lagi nak makan bersuap, taknak makan sendiri".

Saya senyum sahaja.


Maknanya di sini, setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. It is just a matter of time. Mungkin anak saya lebih cepat berdikari dari segi makan sendiri, tetapi anak orang lain pula lebih cepat berdikari dari segi pakai baju dan seluar sendiri. It is just a matter of time.

Untuk Aimi pula, seawal umurnya 1 tahun saya dah latih dia makan sendiri. Dalam first gambar di atas, masa ni Aimi umur 2 tahun 8 bulan.

Alhamdulillah sehingga kini, anak-anak saya boleh makan sendiri tak kisahla di rumah sendiri ataupun ketika makan di luar. Tapi saya akui, sebagai ibu, ada masanya saya sendiri akan menyuapkan makanan ke mulut mereka. Of course tetap ada naluri nak melayan anak-anak plus nak jimatkan pinggan mangkuk untuk dibasuh nanti :)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great learning

adianiez AIDA said...

melampau la anak pompuan tu 5 thn masih makan bersuap.
dia yg x dedahkan kot anak dia makan sendiri.
aida ni memang bila anak da nak makan sendiri, aida da suruh diorang makan sendiri.
now ijat 3 thn, dia makan sendiri semeja dgn kakak-kakak dia.
even anak-anak aida bertiga tu di peringkat awal diorang da reti pakai sudu garfu.
mostly kawan2 aida pun mcm kita, bagi anak makan sendiri.

mawar yus said...

sweet sangat...nak ajar anak sulung jugak makan sendiri..dah masuk 2 thn 4 bln...bila bg sudu.dia kuis2 je..tunggu org suap...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *