I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, November 4, 2015

4 Jenis Kurikulum Yang Ditawarkan di Tadika / Prasekolah (Tradisional, Montessori, Waldorf, Reggio Emilia)


Saya rasa sekarang ini adalah masa di mana kebanyakan ibu bapa sedang sibuk membuat tinjauan (survey) ke tadika / nursery berdekatan bagi memilih tadika atau nursery manakah yang paling baik untuk anak-anak tersayang. Betul tak?

Samalah juga seperti saya dahulu, sibuk plan dengan suami, hari ini kita nak pergi tadika mana ya? Pukul berapa nak pergi tadika B? Dah set appointment ke dengan cikgu kat tadika C? Ni kita nak pergi survey sama-sama ke atau salah seorang je pergi?

Memang tersenyum sendiri bila mengingatkan moment ini, survey tadika untuk Haziq pada akhir tahun 2013, untuk kemasukan sesi 2014. Nama pun first time, memang kami berdua concern sangat tentang setiap tadika. Tak cukup dengan buka website tadika, siap tanya lagi kat kawan-kawan dan kenalan tentang tadika mana yang bagus yang mereka boleh rekemen untuk kami :)

Untuk Haziq, kami pilih tadika berkonsepkan English & Islamic Medium. Saya rasa ramai parents pun nak tadika macam ni kan? 

Haaaa... tips dari saya, jangan hanya buat keputusan memilih tadika tersebut hanya kerana mereka claim mereka adalah English & Islamic Medium Pre-school. Sebaiknya, kita lihat sendiri betul ke mereka ni English medium dan Islamic medium. 

Speak English masa kelas English sahaja atau speak English sepanjang 3-4 jam anak-anak kita berada di tadika? Islamic tu dari segi apa pula? Islamic sebab ada kelas praktikal solat dan bacaan doa serta ayat hafazan sahaja atau Islamic dari semua segi termasuklah keseluruhan tadika itu sendiri, cara guru berpakaian dan berkomunikasi dan lain-lain.

Ni tips daripada saya tau. Mahal tau tips ni. Tapi saya dah share untuk semua. Jangan sekadar baca tapi mesti dipraktikkan sewaktu survey tadika ya :)

Dan ini pula 4 jenis kurikulum yang selalunya ditawarkan di tadika-tadika. Sebagai ibu bapa, kita berhak menentukan jenis kurikulum yang manakah yang kita ingin ia diterapkan untuk pendidikan dan perkembangan anak-anak kita. 

Perlu juga sedia maklum bahawa, yuran untuk setiap kurikulum ini ada perbezaannya. Ada yang mahal sikit dan ada juga yang sederhana / murah. Mungkin tak sama untuk setiap tempat. Again, survey baik-baik dan buatlah keputusan yang terbaik.


4 Jenis Kurikulum Yang Ditawarkan di Tadika / Prasekolah


1) Kurikulum Tradisional

- Lebih menjurus kepada akademik.
- Kanak-kanak akan diajar tentang cara pengiraan, pembacaan dan penulisan.
- Tujuannya agar kanak-kanak tidak terkejut dengan cara pembelajaran di sekolah rendah.
- Guru menerapkan pengajaran berstruktur kepada pelajar melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.
- Kanak-kanak juga perlu mematuhi kurikulum yang disediakan oleh tadika.


2) Kurikulum Montessari

- Tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak.
- Eleman yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman dan material yang diperlukan.
- Kaedah ini dapat meningkatkan kemahuan semulajadi kanak-kanak untuk belajar dan mengembangkan keupayaan mereka dalam persekitaran yang sempurna.
- Kanak-kanak dilayan sama seperti orang dewasa di mana mereka diberikan hak untuk memilih aktiviti yang ingin mereka pelajari seperti membaca, menulis, mengira dan menambah.
- Kanak-kanak turut didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran mereka seperti diajar cara membutangkan baju, mengikat tali kasut, membasuh pinggan dan meletakkan baju kotor. (Rasanya semua ni pun memang saya ajar Haziq dan Aimi kat rumah, maksudnya saya ni ajar kaedah Montessori ke kat anak-anak? Hehehehe..).


3) Kurikulum Waldorf

- Jarang jumpa tadika yang ada kurikulum Waldorf sebab setiap cikgu yang nak mengajar di tadika ini mestilah mempunyai kelayakan Waldorf juga.
- Kanak-kanak diajar menjalani rutin kehidupan seperti memasak dan berkebun.
- Juga akan diletakkan dalam satu kelas dan menjalani aktiviti pembelajaran dengan cara pembelajaran kreatif seperti membaca, berlakon dan menyanyi.
- Menggunakan sistem penggredan dan penggunaan media.
- Guna alat bantu mengajar seperti komputer dan bahan elektronik untuk menarik tadika pelajar.
- Tidak menggunakan bahan akademik jadi tiada kerja rumah akan diberikan kepada kanak-kanak.


4) Kurikulum Reggio Emilia

- Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri.
- Kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang-orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan.
- Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

Kredit info 4 kurikulum : Majalah Mama Papa


Haaa, macamana? Dah ada idea nak pilih kurikulum yang mana untuk anak-anak? Pilih, jangan tak pilih tau. Kalau anda tanya pendapat saya, saya konfem memang pilih yang kurikulum tradisional sebab saya rasa itu yang paling asas yang kita nak anak-anak boleh capai dalam usia 4-6 tahun sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Pendapat saya juga, pemilihan kurikulum tadika ini haruslah selari dengan kurikulum yang ada di sekolah rendah nanti. Katakan kita pilih tadika dengan kurikulum Waldorf, bagaimana pula nanti bila anak masuk sekolah rendah yang umumnya masih lagi meneruskan kurikulum Tradisional? 

Lainlah jika sekolah rendah tersebut juga mengamalkan kurikulum Waldorf, jadi anak tidaklah mengalami culture shock apabila masuk ke sekolah rendah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *