I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 24, 2015

Letak Iklan Di Blog


Letak iklan di blog.

Bukan letak hari ini, hari ini juga dapat customer.

Bukan letak hari ini, minggu depan baru dapat customer.

Tetapi letak hari ini, mungkin lepas setahun baru dapat customer.

Rezeki itu Allah yang bagi - at the right time and at the right place.

Yang penting, teruskan menulis, berkongsi dan beriklan di blog.

Konsisten. Konsisten. Konsisten.

Monday, November 23, 2015

Kerana Kita Tidak Akan Pernah Tahu


Kerana kita takkan pernah tahu apa yang insan lain korbankan demi untuk mencapai cita-citanya.

Berapa banyak air matanya yang tumpah.

Betapa dia berperang menyesuaikan diri apabila melangkah keluar dari comfort zonenya.

Betapa dia bergelut melawan kesusahan untuk bangkit semula setiap hari.

Kita takkan pernah tahu.

Mungkin juga takkan pernah faham.

Jadi, jangan dimusnahkan apa yang telah insan lain bina dengan jerih perih, gembira dan air mata.

Juga tak perlu sibuk mempersoalkan itu dan ini, cakap itu dan ini, kerana kita tak tahu their life story.

Doa Pergi Bekerja / Keluar Rumah

Setiap kali kita keluar rumah, kita selalu berdoa dan mengharapkan yang baik-baik kepada kita, mengharapkan semua urusan kita berjaya dan dipermudahkan, mengharapkan semua perancangan berjalan lancar tanpa masalah.

Tapi pernah tak kita terfikir dan sedar bahawa,

Kadang-kadang kita sendiri yang menyesatkan orang lain,
Kita sendiri yang mencari salah orang lain,
Kita sendiri yang menzalimi orang lain,
Kita sendiri yang mengganggu dan menyusahkan orang lain.
Kita sendiri yang menjadi punca rosaknya hari indah bagi orang lain.

Oleh sebab itu, kita berdoalah dari 2 segi, supaya org berbuat baik dengan kita dan kita juga berbuat baik dgn orang lain. Apa yg kita nak orang treat kita, begitulah juga kita treat orang lain.


Semoga hari-hari yang dilalui lebih indah, bahagia dan sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah s.w.t. 

Sunday, November 22, 2015

Cuci Ayam Betul-Betul Bersih-Bersih


Saya dapat info ini daripada FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Saya kongsikan di sini untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan ibu juga.


*******

Kali ni kita kongsi gambar yg x sedap dilihat..


Adek2 n kawan jgn abaikan pesanan ini..

Bahagian dalam foto ini ialah part ayam yg kadangkala kita abaikan semasa mncuci..semua darah yg menempel didalam tulang-tulang belakang ayam ni perlu dibuang dan bersihkan betul2.. ini point terbaik bakteria membiak..tempat mula ayam akan membusuk serta punca keracunan dan masakan ayam akan jadi cepat basi : jika tak dibersih betul2.. saya dah laamaa nak share ni tapi takda masa nak menaip panjang lebar...lastly slepas ayam bersih selawat lah 3 kali dgn cucuran air paip pada ayam2 tu ye..

Suhu menyimpan ayam yg belum dibersihkan mesti sejuk atau beku utk mengelak keracunan dan ayam rosak. 

PLS SHARE N TAG SESUKA HATI YE. MOGA MENJADI ILMU DAPUR YG BERGUNA UTK SETIAP KELUARGA..AAMIIN

Fakta lain..
INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

๐Ÿ”ถSayuran yg dimakan mentah cth taugeh..daun kesum..daun serai wangi dll yg dibuat ulam...yakni tdk dimasak..perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu utk mgelakkan drpd jgkitan virus e.coli.

๐Ÿ”ถ Petua beli ayam segar
bli ayam pd waktu pagi krn bakteria pd ayam masih sedikit...kalo bli pd waktu t.hari..pastikan balik ke rumah terus cuci n masukkn ke dlm peti sejuk beku...sblm dimasak..ini utk matikn bakteria...masak ayam dgn sempurna...kalo x cukup masak..bakteria x mati n akn aktif semula bila mknn itu sejuk

๐Ÿ”ถ Panaskn mknn setelah sejuk..jgn mkn maknan yg telah sejuk selama lebih 4 jam...perlu dipanaskn smpai mendidih

๐Ÿ”ถ Elakkan letak senduk nasi dlm periuk kerana pemegang senduk mgkin ade bakteria dr peluh ditangan kita...

๐Ÿ”ถ Elakkan telur separuh masak sbb mngandungi bnyk bakteria yg boleh mnyebabkn demam panas dn kekejangan otak. Pastikn telur dibasuh sblm digunakan

๐Ÿ”ถ Mknn sejuk beku spt nuget...ayam..daging burger perlu di goreng terus slps dkluarkn dr peti sejuk beku...jgn biar mknn berada pd suhu bilik..krn mngundang bakteria...pastikn goreng dlm mnyk yg betul2 panas

๐Ÿ”ถ Pastikan tukang masak bersih sms memasak sb 95% pnyakit brjgkit dlm rumah berpunca dr tukang masak....tu sb org berniaga kna amik suntikan vaksin...utk elak djgkiti pnyakit dan mnyebarkn kpd org lain

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn n minumn dlm tin di basuh dahulu sblm digunakan utk elakkan kncing tikus

๐Ÿ”ถ Jika mkn dikedai..pastikan basuh or lap sudu yg nk dgunakan terlebih dahulu...jgn gunakan sabun tongkol yg disediakan kedai mkn...sebaiknya gunakan pencuci cecair or x salah kalo bw ke mana2 pencuci tgn bersama kita..skrg bnyk pnyskit brjgkit brpunca dr mknn...

๐Ÿ”ถ Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...jgn bli kalo ayam dh sejuk or yg dh siap potong...

๐Ÿ”ถ Pastikan papan pncincang ayam drpd plastik...kalo kayu jgn mkn sbb serbuk kayu mgkin melekat pd ayam n daging yg dicincang

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn yg dibungkus dgn polisterin perlu dilapikkan dgn plastik utk elakkan pengaktifan sel2 kanser yg terdpt pd polisterin

********

Ada short form dalam tulisan di atas kerana saya copy paste direct dari group MAHN tanpa sebarang pengubahsuaian. Kredit kepada group MAHN.

Saturday, November 21, 2015

Barakah Anak Sulung Perempuan


Perkongsian di FB.

Saya kongsikan semula di blog ini kerana, saya adalah anak sulung perempuan :)


********
" Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… Bersabda, Diberkati oleh Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Kerana itu Para Salafus Solehin ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู… ูˆุฃุฑุถุงู‡ู…, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… .

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ . Inilah Barakah anak sulung perempuan "

- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ -
**********

Friday, November 20, 2015

Buku Read Easy 1-8


Alhamdulillah, baru sahaja menerima koleksi buku Ready Easy Phonics 1-8 daripada cikgu Haziq. Bila tanya Haziq, katanya dah habis baca buku 1. Aikk, dah habis, rasanya baru je Mama bayar untuk buku ini Ahad lepas (15 November 2015), 18 November 2015 (Selasa) last day sekolah, tup-tup semalam Haziq cakap cikgu dah habis ajar baca buku 1. Cepat betul, kan?

Bila fikir semula, oh patutlah, sebab itu ada murid di tadika Haziq, kelas yang sama dengan Haziq, boleh tamat 7 set buku bacaan dalam tempoh 1 tahun (tahun 2015). Sedangkan Haziq, disebabkan baru sahaja masuk ke tadika ini pada semester 2 tahun 2015, dapat habiskan 1 set buku bacaan sahaja iaitu Bacalah Anakku.

Cerita pasal buku bacaan ini, sebenarnya ada berlaku salah faham sedikit sebenarnya. Mengikut rekod, Haziq tamat baca buku Bacalah Anakku pada 2 November 2015 dan cikgu terus bagi surat pemberitahuan yang Haziq akan sambung ke set buku seterusnya iaitu Read Easy. Siap tertera harga buku iaitu RM45 1 set.

Saya pula, bila  baca surat tu, kefahaman saya ialah, Haziq akan baca buku Ready Easy ini bila masuk sesi tadika tahun depan (2016). Kiranya tahun ni dah habislah sesi bacaan buku. Bayar RM45 pada masa bayar yuran bulan Disember 2015 nanti.

Tak lama selepas itu, cikgu bagi lagi surat pemberitahuan kedua. Saya hairan, kenapa cikgu bagi lagi ya? Saya pun ingat takpela, ini untuk sesi tahun hadapan.

Silapnya saya, saya tidak bertanya terus kepada cikgu.

Kemudian pada hari Ahad (15 November 2015), barulah saya bertanya kepada cikgu "Kenapa cikgu bagi surat pemberitahuan 2 kali? Ada apa-apa yang pending daripada saya ke?"

Cikgu cakap, "Maksudnya Puan perlu beli buku tersebut supaya Haziq boleh teruskan sesi membaca".

"Oh, saya ingat dah habis untuk tahun ini, terus stop. Sambung semula tahun hadapan".

"Oh tidak Puan. Bila murid habis baca 1 set buku, terus sambung untuk set buku seterusnya. Berterusan. Kalau katakan tahun ini dia berhenti baca pada buku 2, tahun depan naik sekolah terus sambung buku 2 di mana mukasurat terakhir dia berhenti baca".

"Oh begitu. Maaf ya cikgu, saya dah salah faham. Okay, nanti saya bagi duitnya kat cikgu ya".

So tengahari itu lepas ambil Haziq, barulah saya bayar duit untuk buku Read Easy, selepas explain panjang lebar kat suami.

Inilah buku Read Easy, tahun depan Haziq akan terus sambung baca buku 2 :)

Buku Read Easy Phonics 1-8

Realiti Hidup


Saya begitu terkesan dengan tulisan Raja Shamri di FB beliau.

Saya kongsikan di sini untuk renungan kita bersama.


**************
Teks Asal : FB Raja Shamri

Anda nak sangat dapat straight A UPSR ... anda yakin boleh dapat ... anda pelajar kegemaran cikgu kat sekolah ... semua macam yakin anda boleh dapat ... diri anda sendiripun macam yakin ... kat sekolah anda selalu jadi leader dan kebanggan guru dan kawan2 tapi bila result keluar ada satu subjek anda tak dapat A ... anda rasa sangat kecewa dan malu ...
Anda nak sangat masuk SBP tingkatan 1 ... anda tak berapa yakin boleh masuk sbb result anda tak sebagus kawan-kawan .. anda dengar best friend anda dapat MCKK, Tun Fatimah, SDAR Seremban, ... anda jadi makin tertekan ... mak anda guna cable fibre optik sedara mara mintak tolong adjust ... akhirnya anda dapat SM Sains Fariz Petra ... anda tak berapa nak ke sana sbb SBP tu dekat dgn rumh ... anda nak yg jauh dari rumah baru ada classs ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda daftar masuk SBP ... anda betul2 bersemengat .. anda ada ramai kawan di sana ... tetapi tingkatan 3 PMR result anda tak bagus anda kena tendang keluar ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda masuk sekolah harian biasa dgn rasa malu ... anda mula ada kawan baru anda jadi glamer sebab budak sekolah sains ... anda antara terpandai kat sekolah baru ... anda di lantik jadi pengawas ... anda tenggelam dalam glamer ... result SPM tak bagus ... anda rasa kecewa dan tertekan ...
Anda apply program diploma, matrik, asasi dsbg ... anda yakin result anda dah cukup untuk masuk IPT ... tapi bila result IPT keluar anda hanya dapat offer program diploma yang anda tak suka di IPT yang anda tak suka ... anda rasa kecewa dan tertekan ...
Anda tak mahu masuk form 6 kononnya tak glamer ... anda apply IPTS kursus yg anda suka ... anda pergi jugak program diploma tak bagus di IPTS yg tak berapa bagus ... mak bapak bayar yuran mahal semester 1 ... anda apply MARA scholarship semester 2... anda joli sakan dgn duit MARA dan duit mak bapak ... anda habis diploma dgn result taklah bagus sangat seperti yg anda harapkan ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda apply sambung overseas ... anda tak sedar yg IPT overseas ni mereka berniaga buat duit ... anda bangga dapat beberapa offer dari IPT luar negara anda tak sabar nak sambung study kat luar negara ... belajar di tempat ada snow ... dikelilingi mat salleh ... tapi result IELTS anda sangat rendah dan anda kecewa dan tertekan ...
Anda akhirnya boleh pegi sambung study ke Australia ... anda rasa sangat seronok tapi adik anda mati kemalangan anda tak boleh balik sbb masa tu tgh exam ... ayah anda masuk wad dan mati tahun seterusnya juga anda tak boleh balik ... anda jadi amat kecewa dan tertekan ...
Anda balik ke malaysia dgn ijazah luar negara ... anda rasa bangga dapat gembirakan keluarga dan saudara mara ... anda yakin anda boleh dapat kerja dengan cepat dgn ijazah luar negara yg anda ada .. tapi anda lupa ... medic pun menganggur sekarang ni ... pilot bersepah yg menganggur ... bidang perguruan dari UPSI pun beribu yg masih menganggur ... anda pun end up life 3 tahun dah tak dapat kerja bagus ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda dapatlaa kerja biasa-biasa dengan gaji yg tak seberapa ... anda selalu berusaha untuk dapat Pegawai Tadbir Diplomatik atau kerja dgn GLC yg besar2 ... anda curi2 pergi interview ... anda selalu ponteng kerja dan tipu bos ... tapi dah 3 tahun ... takde satu yg panggil anda interview pun ... anda rasa kecewa dan sangat tertekan ...
Anda guna cable fibre optic untuk adjust anda dapat masuk PTD ... sedara anda tu tolong adjust yg akhirnya anda dapat kerja sbgai pegawai kerajaan di putrajaya ... tapi satu ofis tak suka kat anda sbb sikap ada yg sombong dan bongkak ... anda takde kawan di pejabat ... tambah2 anda pulak di beri kementerian yg selalu kena buat kerja luar ... anda terlalu penat dan amat kecewa dan tertekan ...
Anda mula berkenalan dgn kawan blok sebelah ... dia nampak sangat hensem ... anda jatuh cinta tahap gaban .. anda plan nak kawin ... anda nak ianya jadi sangat meriah ... anda pinjam personal loan bank rakyat RM50,000 ... anda kawin penuh meriah .. tapi anda sangat kecewa dan tertekan dengan hutang bank yang jejaskan income bulanan anda ...
Anda mula pergnant selalu muntah2 ... suami pula kena tukar ke sabah ... jumpa jarang2 sekali touch and go laaa nampaknya ... anda lalui hidup pregnant sorang2 kat putrajaya ... tahu2 ... suami anda terkantoi dgn anda ada affair dgn budak iban yg canntikkkkkk perghhhh model type cikgu sekolah kat sabah ... anda kecewa dan sangat tertekan ...
Anda lahirkan first baby tanpa suami disisi ... anda dalam proses perceraian ... anda lahirkan baby yg bermasalah pulak injap jantung tersumbat ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda akhirnya bercerai dgn suami .... setiap bulan anda terpaksa ke IJN bawak anak pergi berubat ... anak anda bakal jalani pembedahan jantung bulan depan ... anda harunginya sorang2 dan anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda kena fitnah mengurat suami orang kat pejabat ... jiran sebelah kat presint 8 putrajaya dimana rumah anda duduk tu pun tak suka kat anda ... bila jadi janda mcm2 fitnah keluar ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda stresss dan tertekan ... anda duduk atas sejadah dan mula berfikir ... mula menangis ... anda take duit ... ayah dah takde ... adik pun dah takde ... mak dah makin tua ... anakpun sakit ... suamipun dah bercerai ...
Bukan soal UPSR straight A
bukan soal masuk SBP yg top
Bukan soal PMR straight A
Bukan soal form 4 kelas sains
Bukan soal SPM cemerlang
Bukan soal masuk IPTA yang top
Bukan soal diploma yang bagus
Bukan soal pergi overseas
Bukan soal ada snow ke tak
Bukan soal kawan mat saleh ramai ke tak
Bukan soal kerja kerajaan ke swasta
Bukan soal gaji berapa besar ke kecik
Bukan soal kawin meriah ke tak
Bukan soal kerja putrajaya ke kerja kat kampung
Bukan soal jadi pegawai PTD ke or kerja kilang
Bukan soal kerja company besar ke kecik
Bukan soal anak sihat ke sakit
Bukan soal pregnan ke tak pregnan
Bukan soal suami kena tukar ke tak
Bukan soal itu atau ini ...
Soalnya kita :-
1. sentiasa tak bersyukur dengan apa yang kita ada
2. Sentiasa lupa bahawa keberkatan adalah segala-galanya bukan pencapaian ...
3. Sentiasa mintak sesuatu melampau2 sampai kita terlupa dalam perkara yg kita mintak tu ada bersamanya pelbagai benda yg kita tak suka
4. sentiasa sombong dan angkuh dengan Allah dan dengan sesama makhluk
5. sentiasa kejar dunia melampau2
6. sentiasa kejar glamer dan puji makhluk bukan puji Allah
7. sentiasa lupa pada Allah ...
Dan Allah berikan kita segala kekecewaan agar kita berfikir bahawa gembirakanlah Allah nescaya Allh akan gembirakan kita ... kita sibuk dengan dunia sehingga kita lupa untuk bangun tahjud, lupa utk bersedekah, lupa untuk dhuha, puasa sunat isnin khamis, lupa untuk merendah diri, lupa bahawasanya tiada satupun hak kita di dunia ni ... semuanya Allah yg punya ...
Pesanan abangraja :-
Jangan terlalu mengejar dan meminta dan excited terhadap sesuatu ... sesunggunya seringkali ada banyak bala yg kita tak jangka ada bersama sesuatu yg kita kejar itu ...
Wallahu'alam ...
Raja Shamri bin Raja Husin
Hotel UiTM Dungun
Terengganu.
Sharing is caring ...

Thursday, November 19, 2015

Lembaran Kerja Cuti Sekolah


Antara perkara yang saya suka dengan tadika Haziq sekarang ini ialah, mereka ada menyediakan Lembaran Kerja Cuti Sekolah untuk setiap murid. Kenapa saya suka? Sebabnya lembaran ini membantu saya untuk mengendalikan aktiviti cuti sekolah anak dengan lebih baik, in shaa Allah.

Lembaran Kerja Cuti Sekolah
Semester 2 Tahun 2015


Lembaran ini berharga RM5 senaskhah di mana ibu bapa perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kepada guru dan kemudiannya lembaran ini akan diberikan pada hari terakhir persekolahan sebelum mula bercuti.

Di dalam lembaran ini tersedia 10 Worksheet, dan di dalam setiap worksheet ada subjek-subjek berikut :

1) Bahasa Malaysia
2) English
3) Matematik
4) Sains
5) Bahasa Arab

Disebabkan baru sahaja menerima lembaran ini, saya sendiri belum berkesempatan untuk membuat jadual perlaksanaan lembaran ini. Kalau boleh, saya taknak Haziq rasa terbeban dengan lembaran (homework) yang begitu banyak sewaktu cuti sekolah ini, jadi saya fikir saya perlu susun jadualnya agar aktiviti ini boleh dilakukan secara tenang dan gembira.

Pastinya lembaran ini akan disiapkan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2016.

Plan Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini dah masuk hari kedua cuti sekolah. Seperti ibu bapa yang lain, saya juga merancang beberapa aktiviti untuk cuti sekolah kali ini. Rancangnya dah lama, tapi nak survey dan buat keputusan tu je yang tak sempat-sempat. Huhu.

Dalam kesibukan seharian, ini senarai aktiviti yang telah saya rancangkan :

1) Tingkatkan penguasaan Haziq di dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Tindakan : Saya dah beli 5 buah buku aktiviti di MPH City Square JB. Kemuanya dalam bahasa Inggeris. Pun dah mula buat dah. Daripada sana saya dapati Haziq masih kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris jadi saya akan usaha lebih lagi untuk ajar Haziq.


2) Pendedahan untuk Aimi kepada buku dan alat tulis.

Tindakan : Saya dah beli pensel warna, alat tulis berkaitan dan juga buku mewarna untuk Aimi. Setakat ini, dia lebih kepada menconteng buku daripada mewarna.

Rajinnnya anak-anak Mama


3) Bawa anak-anak swimming dan jogging

Tindakan : Tahu kan kat Johor ni hari Ahad ialah hari sekolah? Suami pula cuti hari Ahad, jadi family time kami agak limited pada hari Ahad. So sempena cuti sekolah ini, in shaa Allah dapatlah kami sekeluarga memanfaatkan cuti hari Ahad bersama-sama. Minggu lepas, tadika Haziq cuti peristiwa pada hari Ahad, jadi kami ambil kesempatan pergi berjogging dan walking walking di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Lepas ni nak plan bawa anak-anak swimming pula.


4) Bercuti

Tindakan : Selalunya kami bercuti 2 kali setahun tapi untuk kali kedua ni, belum nampak bayang lagi. Belum plan pun nak ke mana-mana. So KIV dulu lah bab bercuti ni.


5) Kelas Mengaji & Kelas Seni

Tindakan : Saya dah memang hantar Haziq kepada orang perseorangan untuk mengaji tapi fikir-fikir semula mungkin nak tukar ke tempat lain. Sudah survey beberapa tempat tapi belum decide nak pilih kelas yang mana. Selain daripada itu, plan juga nak hantar Haziq ke kelas seni memandangkan Haziq selalu dapat gred B dan C untuk subjek Seninya. Hari tu ada survey kelas Mandarin tapi dibuka untuk kanak-kanak bermula 7 tahun ke atas.


6) Kerja rumah

Tindakan : On-going. Saya memang dedahkan anak-anak dengan pelbagai kerja rumah. Memang tiap-tiap hari pun tak kiralah semasa cuti sekolah ataupun tidak.


Ini sahajalah aktiviti yang sempat saya fikirkan. Oh ya, Haziq dah beberapa kali cakap, "Mama, Haziq nak naik bas" sebab dia belum pernah naik bas lagi. Hehehhehe... Ok, itu senang aja, bisa diatur.

Apa aktiviti cuti sekolah anda semua?

Wednesday, November 18, 2015

Draft = Kerja Bertangguh


Dengan sepantas kilat, saya berjaya mengclearkan draft-draft entry yang sekian lama duduk di ruangan draft, tanpa dipublish. Bila saya check semula, ya Allah, draft entry tahun 2013 pun ada!!

Haih.. beginilah seorang blogger. Time ada masa, ada idea, satu hari boleh jejak sampai 4-5 entry. Time takde masa, takde idea, maka berhabuk dan bersawanglah blog dibuatnya.

Macam saya, idea sentiasa ada mencurah-curah, tapi mencurahnya pergi kat draft aje, publishnya tidak juga. Hahahahaa... Lepas ni taknak buat macam ni lagi dah. Maksimum mesti ada 5 draft sahaja pada satu-satu masa (nak latih diri blogging everyday without fail).

Korang macamana? Banyak ke entry kat folder draft? ;)

Apabila Anak Tamat Sesi Tadika 5 Tahun


"Apabila anak tamat sesi tadika umur 5 tahun bermakna parents bersiap sedia jugalah mengumpul sebanyak-banyak maklumat, membuat persediaan dan final decision bagi sesi persekolahan umur 7 tahun (darjah 1)".

Hari ini bermulanya hari pertama cuti sekolah bagi Haziq. Untuk sesi tadika tahun depan (6 tahun), saya dan suami telahpun membuat keputusan untuk meneruskan pembelajaran Haziq di tadika yang sama.

Oleh sebab itu, sekarang saya fokus untuk memilih sekolah rendah bagi Haziq untuk sesi pembelajaran tahun 2017 nanti. Awal minggu ini, saya telah pun membuat online survey tentang beberapa sekolah dan pusat pengajian Al-Quran dan juga telah menghubungi mereka yang berkenaan.

Fuh, tiba-tiba terasa bila Haziq dah mula masuk sekolah rendah nanti, inilah permulaannya perjalanan pendidikan seorang anak dan juga ibunya. Bukan kata masa belajar di tadika itu tidak penting, di tadika pun penting juga tapi bila masuk sekolah darjah 1 rasanya perlu lebih serius dan komited berbanding sewaktu di tadika, betul tak?

Di entry yang akan datang, saya akan kongsikan beberapa sekolah yang saya telah buat survey secara online. Pastinya untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan dan pastinya juga untuk rakan-rakan parents yang juga akan melalui pengalaman seperti saya :)

Tuesday, November 17, 2015

Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerunsingan

Doa ini sebaik-baiknya dibaca setiap kali selepas solat, atau pada bila-bila masa sekiranya mampu.



Monday, November 16, 2015

Kek Chocolate Moist Untuk Jamuan Akhir Tahun Tadika

Hari ini ialah hari jamuan akhir tahun tadika Haziq di mana ibu bapa digalakkan untuk menyumbangkan sedikit sebanyak makanan untuk jamuan tersebut. Ala-ala potluck gitu, cuma yang bezanya, parents hanya sumbangkan makanan tapi yang makan tu cikgu dan murid-murid. Hehehehe..

Plan asalnya ialah saya nak bawakkan mee goreng / mihun goreng untuk jamuan tu. Tapi tahu-tahu sajalah kalau nak bangun awal pagi hari Isnin untuk masak dalam kuantiti yang banyak, saya tak pasti nak bangun pukul berapa dan boleh siap pukul berapa. Isnin kan. :)

So, pilihannya ialah, saya ingat nak order sahaja kat mana-mana rakan FB saya yang boleh deliver sehingga ke rumah / meet up di mana-mana tempat yang berdekatan dengan rumah saya.

Saya contact dalam 4 orang dan ini reply dari mereka :

1 - Tak terima order buat masa ini kerana baru sahaja disahkan pregnant. Jadi masih lagi di fasa morning sickness.

2 - Boleh supply tapi kawan tu kat area KL. Saya pula order dah last minit takut ada problem dari segi delivery. So cancel.

3 - Saya tinggalkan komen di photo beliau tapi no reply at all.

4 - Boleh terima order last minit saya dan boleh deliver ke rumah saya. Yeayyy!! Alhamdulillah!!

Jadi saya pun order kek chocolate moist. Yang bestnya kek ni dah dipotong siap-siap (slice) so total ada 64 slices. Senang kalau budak-budak nak makan kan, cikgu pun takyah comot-comot nak potong kek kecik-kecik.

Alang-alang dah order tu, saya pun orderlah sekali congo bar pek mini. 1 pek ni ada 12 pcs. Tak silap saya tahun lepas saya pernah cuba congo bars juga (orang lain punya). Tapi kurang menepati selera sebab ia agak kering dan bila digigit, serdak-serdak tu jatuh bertaburan. Makan 1 pc kecik je masa tu. So kali ni saya nak cuba congo bars orang lain buat pula.

Malam tadi, tibalah kek yang dinanti!

Haziq dan Aimi, bila saya buka je kotak kek coklat tu, diorang punya menjerit punyalah riuh rendah satu rumah rasa macam nak raya! Excited lah of course. Saya cakap ini untuk cikgu dan kawan-kawan abang Haziq makan. Haziq ok je, tapi Aimi, being the manja girl in the family, teruslah merengek-rengek plus menangis yang takleh dipujuk lagi dah. Nak makan kek kat situ jugak time tu jugak.

Saya dah serba salah, takkanlah nak amik kek yang nak dibawa ke tadika kan.

Tapi suami cakap, takpe ambil je sikit. Saya nak ambil 2 pcs je supaya setiap seorang dapat 1 pc, tapi suami cakap ambil je satu row (8 pcs). Lagi lah saya serba salah.

Then suami cakap, takpelah. Untuk anak-anak makan juga. Saya ikutkan aje dan bila letak 8 pcs kek tu kat piring, anak-anak punyalah happy sampai menjerit keriangan. 

Happy faces of my babies, dapat makan kek malam-malam! :)


Kemudian saya cubalah congo bars pula. Ya Allah, sedapnya tak terkata! Memang terasa coklatnya dan yang sangat menepati selera saya ialah - ia kurang manis. Sekali hadap terus habis 5 pcs. Hehehehhe...Terus berangan lepas ni nak beli yang 1 box besarlah pulak. ;)

Kalau ada yang nak order, boleh contact sahabat saya Noorul Hana Aini (017-716 5747). Recommended! :)

Pasu Yang Retak

Seorang wanita cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit, sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapainya...
Disebalik pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya,dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan,pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai...
"aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabakan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.."
wanita tua itu tersenyum,
"Sedarkah kamu akan bunga-bunga dibahagian laluan kamu tetapi tidak dilaluan pasu yang satu lagi?"
"Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga dibahagian laluan kamu.
Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.
"Selama 2 tahun aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja.
"Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri,mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."
Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri
Tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat

ANDA PERLU MENERIMA SETIAP MANUSIA SEADANYA DAN MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI MEREKA
KEPADA SEMUA SAHABATKU YANG TIDAK SEMPURNA
MOGA HARI ANDA CERIA DAN INGATLAH UNTUK MENCIUM BAU BUNGA-BUNGAAN DILALUAN ANDA.

SEBARKAN MESEJ INI KEPDA SAHABAT ANDA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KEKURANGAN DAN ALLAH MENGETAHUI BERAPA BANYAK SAHABAT-SAHABAT KITA SEPERTI ITU

Sunday, November 15, 2015

Penghawa dingin (air-conditioner) menggemukkan

Tak pastilah betul ke tak info ni. Mungkin suasana air cond tu yang membuatkan kita rasa lebih malas, banyak makan dan end up --> GEMUK. Wallahualam. Info ni saya copy paste dari fb.


Biasa tengok benda ni?Boleh kate semua orang nak duduk dalam air-cond tak kira masa.Kalau leh 24 jam nak ada air cond, nak-nak sekarang tengah panas (tanpa kita sedar yang air-cond sendiri menyumbang kepada pemanasan global) kat negara kita.Tapi korang tau tak,air cond boleh mendatangkan banyak keburukan kepada kita?Dan air cond jugak boleh membuatkan kita gemuk..Nak tau fakta pasal ari cond??

1. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan.Kenapa?Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai takleh buat keje..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar
Biggest Loser.

2. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16..Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

3. Senang terserang jangkitan kuman

Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara?Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

4. Penuaan kulit
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air kat kulit korang tersejat,kulit jadi kering,senang la proses
penuaan berlaku..

Tak salah sebenarnya mempunyai air cond,tapi kalau sayang alam kita yang indah ni,dan sayang kepada generasi yang akan datang, jarang-jarang kan lah bukak air cond tu, agar karbon monoksida kat udara tak banyak.. 

Saturday, November 14, 2015

Bagaimana Merangsang Anak Solat?

Hasil tulisan: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.
(Hak Cipta Terpelihara 2011 @ MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.)


1)
Ibu bapa mesti menjadi contoh dahulu.  Mudah sahaja, ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.  Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1 hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat atau ikut sama solat tetapi main-main.  Kita baru rukuk dia sudah pun sujud.  Kita belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain.  Tidak perlu bertegas atau berkeras.  Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman.  Biarkan sahaja dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat.  Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap.  Malah 80% didikan adalah melalui tauladan bukannya melalui perkataan.  Tauladan maknanya apa yang anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari.  


2)  Ajak anak-anak anak-anak berjemaah.  Usah jadikan sibuk sebagai alasan tidak mampu mendirikan solat secara berjemaah di rumah.  Kalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh, boleh berjemaah di waktu Maghrib.  Apabila masuk waktu solat, hamparkan sejadah di ruangan yang sesuai, panggil semua anak-anak dan suruh mereka berwuduk.  Suruh anak lelaki yang sulong azan dan kemudian iqamat.  Lazimkan solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa dengannya.  Selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya.


3)  
Tegas dan berdisiplin.  Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).  Hadis ini menunjukkan betapa tegasnya Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah solat.  Sebab solat itu tiang agama.  Orang yang tidak menjaga solatnya tidak layak dijadikan imam, pemimpin dan suami.  Memukul anak seawal usia 10 tahun bukanlah bermakna menderanya.  Cukup sekadar ia tahu bahawa kita serius dalam bab solat ini.  Kegagalan ibu bapa dalam bertegas adalah punca anak-anak malas solat terutamanya apabila mereka dewasa.  Malah ramai ibu bapa yang rasa kesian nak kejutkan anak mereka yang lena tidur di waktu subuh atas alasan tidak apalah anak belum akil baligh lagi.   Kalau waktu rebung tidak dilentur tidak akan mungkin mampu dilentur ketika sudah separa buluh.


4)  
Nasihatkannya dengan baik.  Apabila anak-anak tidak solat cubalah nasihakan mereka dengan cara yang baik.  Terutamanya bagi anak-anak yang sudah masuk usia remaja iaitu 15 hingga 21 tahun.  Ceritakan hukuman Allah yang menantinya apabila tidak solat.  Ceritakan ganjaran syurga dan seksa neraka.  Ceritakan kesan dan akibat yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balas dunia atau akhirat.  Bawakan kepadanya kisah-kisah Nabi SAW dan para sahabat tentang solat.  Sampaikan padanya bagaimana Nabi SAW pernah solat malam hingga bengkak-bengkak kakinya.  Usah berputus asa.  Nasihatlah anak-anak dengan sabar dan berterusan.  Kalau bukan kita, ibu bapanya, menasihatkan maka siapa lagi?


5)  
Doakan anak.   Banyakkanlah berdoa agar anak-anak lembut hati dan mendengar kata.  Buatlah solat hajar agar anak lembut hati bagi mendirikan solat.  Bacakan ayat 21 dalam surah Al-Hasrh (59) dan sapukan pada ubun-ubun anak.  

Doakan anak setiap kali kita teringat akan dia meski pun ketika itu kita sedang bekerja, memasak, memandu dan sebagainya.  Sebab ketika kita teringat akan anak maka ketika itu insya Allah dia juga teringat akan kita.  Oleh itu manfaatkan hubungan yang unik ini.  Usah merasa putus asa jika doa belum makbul sebab berputus asa dari rahmat Allah itu tanda-tanda kekufuran.  Yakinlah Allah pasti makbulkan doa kita cuma masanya sahaja yang belum tiba.


6)  
Berikan masa bagi anak melakukan perubahan.  Ada ketikanya kita tidak sabar.  Sesuatu tabiat memakan masa bagi mendarah daging.  Sebab itulah mendidik anak solat perlu bermula seawal usia 7 tahun iaitu beberapa tahun sebelum anak-anak akil baligh.  Setiap kali menegur anak solat, ucapkanlah begini, "Aiman, sekarang dah pukul 6.30 petang tapi Aiman masih belum solat.  Aiman kan anak yang baik kenapa mesti begini.  Sekarang tak apalah juga Aiman baru 11 tahun.  Tahun depan Aiman dah masuk usia 12 tahun, mak tidak mahu lihat Aiman begini lagi tau.  Ok, sekarang pergi tunaikan solat Asar itu."  Ada beberapa perkara yang menarik dalam teguran ibu ini.  Pertama, dia ingatkan anaknya tentang solat.  Kedua, dia wujudkan jambatan emosi dengan mengatakan yang anaknya itu budak baik.  Ketiga, dia letakkan jangkaan bahawa anaknya mesti berubah pada usia 12 tahun.  Keempat, dia minata anaknya solat sekarang.  Ucapan sebegini membuatkan anak lebih senang berubah.  Bayangkan pada hari lahirnya 12 tahun nanti apabila kita berikan Aiman hadiah sejadah dan baju sembahyang.  Otaknya terus faham bahawa masanya untuk berubah dan menjaga solat sudah pun tiba.


7)  
Bisikkan di telinganya sewaktu dia tidur.  Minda akan memproses maklumat yang disampaikan padanya berulang kali dalam gelombang theta.  Oleh itu, hampiri anak yang sedang tidur lalu usap kepalanya, atau tepuk-tepuk badannya sambil berulang kali menyebut, "Aiman, rajin solat yer nak."  Terus menyebut kata-kata tersebut sehingga anak memberikan respon seperti mengangguk, mengalih badan atau seumpamanya.  Kemudian, sebut beberapa kali lagi lalu tinggalkanlah anak itu.  Lakukan perkara ini setiap malam selama 1 hingga 3 minggu dan insya Allah berhasil.  Yang penting yakin dan positif.


8)  
Bawa anak-anak ke surau dan masjid.  Biasakan anak-anak ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil.  Anak-anak yang sudah terbiasa dengan suasana beribadah tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh.  Tambahan pula, apabila dia ke masjid, potensi bagi dia berkawan dengan mereka yang kaki solat juga tinggi.  Kalau dia melepak maka potensi untuk dia jadi kaki rempit pula yang tinggi.  Pilihan ditangan kita sebagai ibu bapanya.  Usah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah mahu disesalkan.  Masalahnya, orang tua pun sekarang liat ke masjid.


9)  
Lakukan Rawatan Islam.  Ya betul, saya memang serius.  Lakukan rawatan Islam.  Mengikut pengalaman saya ramai anak-anak yang mals, degil, tidak solat dan tidak suka membaca al-quran disebabkan adanya gangguan syaitan dan iblis yang berbisik-bisik di kalbunya.  Tetapi bukanlah semua kes tidak solat disebabkan oleh gangguan.  Ada juga yang memang sudah jenis pemalas.  Cuma tidak salah melakukan rawatan jika semua perkara yang disarankan di atas telah pun dilakukan.  

Friday, November 13, 2015

Slot Pengiklanan PERCUMA Di Blog Khusus Untuk 5 Orang Sahabat FB Yang Bertuah


Pagi tadi saya baru sahaja up status di FB berkenaan slot pengiklanan percuma di blog ini khusus untuk 5 orang sahabat fb saya yang bertuah.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada beberapa orang yang ingin turut serta.

Tujuan saya memberikan slot pengiklanan percuma ini adalah, tidak lain dan tidak bukan, adalah pastinya untuk sama-sama membantu sahabat-sahabat saya yang berbisnes.

Ini adalah cara peribadi saya untuk menyatakan sokongan terhadap mereka. Mungkin saya tidak boleh hendak membeli produk jualan mereka setiap kali, jadi saya sokong mereka berbisnes dengan cara menyediakan ruang pengiklanan percuma di blog saya untuk tempoh 1 tahun.

Customer datang atau tak, confirm beli atau tak, dapat closed sale atau tak, itu urusan Allah.

Yang penting, kita berusaha semampu kita dan sedaya upaya kita kerana pengiklanan di blog juga adalah salah satu cara hebahan kepada potential customer.


Sms daripada potential customer


Saya terima sms ini semalam. Cik Puan ini ingin membeli produk yang diiklankan di blog saya. Tarikh iklan adalah sekitar akhir tahun lepas, bermakna sudah masuk hampir 1 tahun produk tersebut diiklankan di blog saya.

Yang menariknya, produk ini telah diiklankan secara percuma sampai bila-bila di blog saya kerana pengiklan produk ini telah menjadi Penaja Giveaway saya tahun lepas :)

Jika anda ingin menjadi di kalangan 5 orang sahabat FB saya yang bertuah untuk mendapat slot pengiklanan percuma ini, jangan lupa sertainya di FB saya. Tarikh tutup ialah pada hari Ahad 15 November 2015 jam 11.00 am. Pemenang dipilih melalui cabutan undi dan keputusan akan diumumkan pada hari Isnin 16 November 2015 jam 11.00 am.

Ataupun jika anda ingin terus menyewa slot iklan di blog ini, boleh rujuk Kadar Pengiklanan dan hubungi saya di z.munirah@gmail.com / whatsapp 018-766 9798 untuk tempahan. Terima kasih :)

Petua Untuk Mak & Ayah


Saya copy paste dari group whatsapp.


Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......
 

Hati Manusia Dalam Genggaman Allah



Pesanan untuk diriku...

Thursday, November 12, 2015

Bertukar Susu Kerana GST


Sebenarnya, cerita ini dah lama dah. Berlaku sebelum perlaksanaan GST pada 1 April 2015 yang lalu. Baru-baru ini saya browse through folder picture, teringat semula gambar susu anak. Ada cerita di sebaliknya.

Bila sahaja kerajaan mengumumkan perlaksanaan GST, saya sebagai rakyat marhaen kurang faham. Kata kerajaan, GST ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyat, tetapi apabila saya bertanya kepada rakan-rakan yang cerdik pandai dalam bidang kewangan dan ekonomi, mereka jawab sebaliknya pula.

Penjelasan mereka yang panjang lebar, membuatkan saya faham akhirnya. Dipendekkan cerita, GST = kenaikan harga barang. Pada masa itu, saya tak pasti sama ada harga susu dan pampers anak-anak akan naik juga atau tidak, tapi takkanlah kita nak duduk sahaja tanpa buat apa-apa persediaan.

Dulu-dulu saya ada berbincang dengan suami, yang mana Haziq sangat serasi dengan susu Similac Gain Plus (usia 1-3 tahun) dan kami akan teruskan dengan Similac Gain Kid (usia 4-6 tahun). Namun, harga susu ini yang boleh tahan juga harganya, membuatkan kami berfikir dua kali (RM119.90 untuk 1 tin 1.8 kg. Sebulan perlu 2 tin).

Apatah lagi, Haziq sekarang tiada masalah makan. Jadi bincang punya bincang, kami bersepakat untuk menukar susu Haziq kepada jenama yang lebih ekonomi. Pilihan kami pada masa itu adalah Dutch Lady kerana selepas memberikan Haziq susu Dutch Lady untuk percubaan, Haziq boleh habiskan susu dengan cepat seperti biasa, dia cakap sedap dan juga tiada sebarang masalah dari segi pembuangan air besar.

Untuk Aimi pula, Aimi ini bukan jenis minum susu sangat macam Haziq. Makan nasi beberapa suap sahaja. Jadi kami bersepakat untuk maintain kan susu Similac Gain Plus untuk Aimi. Moga-moga berat badan Aimi akan naik dengan meneruskan susu ini.

Oleh yang demikian, pada tarikh 20 Mac 2015 yang lalu, kami suami isteri pun memulakan pembelian stok susu untuk anak-anak. Ingat lagi tak, pada masa sebelum tarikh 1 April 2015, orang ramai sibuk dengan "impulsive buying"? Ramai orang berpusu-pusu membeli barang keperluan untuk dibuat stok, bimbang dengan kenaikan harga akibat GST.

Saya ingat lagi pada masa itu, saya terdengar perbualan beberapa pasangan suami isteri yang turut membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak untuk dibuat stok. Terfikir sejenak, kesian rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri. Huhuhuhu...

Ini susu yang kami beli.

Susu Haziq : Brand Dutch Lady

Kami beli beberapa peket susu di 3 tempat yang berlainan.

Kedai pertama : Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

1.1 kg free 100 g = RM24.90 / pack

Beli 3 pack = RM74.70


Kedai kedua : Kedai Twin Win, Taman Rinting

1 kg = RM23.90 / pack

Beli 4 pack = RM95.60


Kedai ketiga : Tesco Seri Alam

900 g = RM22.00 / pack

Beli 3 pack = RM66.00


TOTAL SEMUA = RM236.30 (10 pack)


Pada masa pembelian ini, belum masuk 1 April 2015 pun lagi, kami dah dapat rasa 'bahang' kenaikan harga. Cuba perhatikan harga susu seperti di atas. Kebiasaannya kami beli yang pack 1 kg dengan harga plus minus RM23.90. Tapi yang kat Tesco masa tu Dutch Lady dah keluarkan packing baru tau. Tengok harga, eh murahnya, tapi jangan tertipu sebab isi kandungan susu pun kurang 100 g.

Susu Dutch Lady
Pack lama : 1 kg
Pack baru : 900 g


Sebab tu lah kami pun termasuk dalam golongan impulsive buying pada masa itu. GST belum dilaksanakan lagi pun, tapi harga dah start naik. Nak tak nak, kena keep stok banyak-banyak jugak.


Susu Aimi : Brand Similac Gain Plus

Kami beli di 2 tempat berlainan.

Kedai pertama : Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

1.8 kg = RM119.90 / tin

Beli 2 tin = RM239.80


Kedai kedua : Tesco Seri Alam

1.8 kg = RM120.00 / tin

Beli 1 tin = RM120.00

TOTAL SEMUA = RM359.80 (3 tin)

TOTAL PEMBELIAN SUSU UNTUK HAZIQ DAN AIMI = RM596.10

Susu untuk anak-anak tersayang


Fuh! Habis nak dekat RM600 untuk susu sahaja, itu belum masuk pampers lagi (tapi pengiraan harga untuk pampers dah hilang entah ke mana, tak dapatlah buat entry tentang pampers).

Selepas dah beli susu tu, sebagai ibu bapa, kami rasa lega sangat-sangat. Dalam apa hal sekalipun, keperluan anak tetap jadi keutamaan. Bila dah selesai keperluan anak-anak, baru lihat keperluan diri sendiri apa yang perlu dibeli, bertukar jenama yang lebih ekonomi ataupun delay buying.

Di dalam hati, terselit juga rasa sedih sebab terpaksa tukar susu Haziq dengan yang lebih murah, tapi inilah keputusan yang paling tepat untuk berdepan dengan keadaan ekonomi Malaysia pada masa itu. Orang kata, adjust dengan keadaan.

Susu Dutch Lady packing baru


Dan kini, Aimi juga telah bertukar kepada susu Dutch Lady. Masa minum susu Similac Gain Plus, nak habiskan 1 botol 6 oz pun susah sangat. 1 hari cuma 2-3 botol sahaja. Tapi dengan susu Dutch Lady, Aimi boleh habiskan minum 1 botol 6-8 oz sehingga 3-4 botol sehari. Alhamdulillah :)

Weekend lepas, saya baru je beli susu untuk anak-anak dan ini harga terkini (Nov 2015).

Kedai Ubat Fu Heng, Taman Rinting

Susu Dutch Lady Haziq (4-6) = RM25.50 / pack (900 g) - harga termasuk GST

Susu Dutch Lady Aimi (1-2) = RM23.50 / pack (900 g) - harga tidak dikenakan GST

Rasa-rasanya selepas ini kami akan teruskan dengan susu Dutch Lady sebab anak-anak pun sangat sukakan rasanya. Kami beli yang jenis biasa sahaja dan baru-baru ini telah beli perisa coklat. Nampaknya Haziq dan Aimi suka sangat susu Dutch Lady perisa coklat ini :)

Alhamdulillah, di sebalik kegawatan ada nikmat. Di sebalik kesusahan ada kesenangan. Yang penting, keperluan anak-anak mestilah menjadi keutamaan.

Wednesday, November 11, 2015

Planner 2016

Bulan lepas, saya dah pergi ke Harris AEON Tebrau City untuk membeli planner baru tahun 2016. Cari punya cari, tak jumpa. Terus saya tanye pada staff Harris, katanya stok planner belum masuk lagi.

Hairan juga saya, sebab adik saya cakap di MPH area KL semua dah start jual planner 2016. Macam-macam jenis planner ada, yang fancy, yang kartun, yang macam standard ofis pun ada. Kat Pasir Gudang ni pun dah start jual, tapi planner standard macam kat ofis tu. Yang fancy-fancy memang tak ada langsung.

So weekend baru ni, saya pergi semula ke Harris dengan harapan moga-moga planner 2016 dah mula dijual. Finally, yang dicari pun ada. Ada 3 kaler je kali ni, semua kaler pastel iaitu purple, grey dan brown. Look at first sight, takde langsung yang menarik perhatian. Tapi disebabkan hanya itu yang ada, pilih punya pilih, saya pilih kaler purple.

Kaler ni yang terpaling ok antara semua :)


Yang buat saya terkejut, harga planner naik lagi!! Sebelum ni RM10.90, tahun lepas naik jadi RM11.50, tahun ini pulak harganya RM12.70. Huuuu sabo jelah! Tapi saya bernasib baik, masa tu ada promo 25%, so dapatlah beli dengan harga RM9.50 sahaja. (Asal ada perkataan "promo", mesti kena grab cepat, sebab dapat jimat).

Selain tu, saya cari juga Executive Log 2016. Langsung takde jual kat Harris. Tahun lepas ada jual harganya RM19.90 / RM29.90 kalau tak silap. The same Executive Log 2016 ade jual kat Syarikat Kiang Trading kat Pusat Bandar Pasir Gudang, tapi tau tak harganya berapa?

RM44!!!

Nanges mak tengok harga mahal macam tu. Bila saya belek, kandungan semua sama aje, tapi yang bezanya, cover log tu yang tebal sikit dan ada 4 pilihan warna. Itu yang membuatkan harganya mahal. Terus rasa tak berbaloi langsung nak beli.

So setakat ini, weekly planner 2016 dah dapat, just nak cari Executive Log aje. Kalau rajin, saya nak try cari kat MPH City Square JB. Tapi tahap kerajinan nak pergi ke sana tu tak dapat dipastikan sebab rasanya dah lama sangat-sangat tak pergi ke bandar JB :)

Tuesday, November 10, 2015

Roti Naan Cheese Kesukaanku


Sebelum berkahwin dengan suami, saya hanya tau roti canai dan roti telur. Malah 2 jenis roti ini sajalah yang saya tahu kalau nak order roti untuk sarapan pagi. Lain-lain jenis roti memang tak tahu langsung.

Selepas berkahwin, banyak yang saya explore bersama suami. Daripada dia, barulah saya tahu ada banyak jenis roti di kedai mamak (sebelum ni kalau pergi ke kedai mamak, saya tapau je, sangat jarang duduk makan kat kedai mamak).

Rupa-rupanya ada roti bom, roti kapas, roti susu, roti tisu, roti bawang, roti tampal, roti milo, roti garlic dan macam-macam jenis roti lagilah dan yang sekarang jadi feveret saya ialah....


Roti Naan Cheese!!
(Roti aje, ayam tak payah)


Roti ni diletak cheese dalam dia dan dibakar dalam tempayan. Satu set macam gambar ni harganya RM4.50. Selalunya roti naan cheese ni siap dengan ayam tandoori merah menyala tu, tapi saya tak pernah order lagi. Tak rasa nak order pula sebab saya lebih suka makan roti naan cheese ni begitu sahaja tanpa perlukan ayam tandoori atau 3 jenis pencicah tu.

Disebabkan selalu makan, roti naan cheese ni dah jadi feveret saya. Ada tak yang suka makan roti naan cheese macam saya? :)

Monday, November 9, 2015

Ajar Anak Makan Sendiri, Tak Perlu Bersuap-suap


Sejak Haziq berusia 1 tahun 6 bulan, saya dah mula ajar Haziq makan sendiri suap sendiri. Tentu ada yang cakap, "eh anak kecik lagi lah dah suruh dia suap sendiri???"

Sabar bertenang. Setiap orang ada cara masing-masing dan setiap orang bebas nak mendidik anak mengikut cara masing-masing asalkan cara itu tidak memudaratkan. 

Untuk saya, setakat saya ajar anak makan sendiri ni, Alhamdulillah belum pernah lagi terjadi perkara yang memudaratkan. Setakat muka comot, baju kotor, nasi bersepah-sepah dan mee berterabur tu kira standardlah kan, nama pun budak kecik kan.

Kalau makan di luar, semua makan sendiri.
Tak perlu bersuap-suap.
Semua orang enjoy food masing-masing :)


Macamana cara saya mula ajar anak makan sendiri?

Semuanya bermula semasa Haziq berumur 1 tahun 6 bulan. Pada masa itu, kami sekeluarga lebih selesa makan dengan duduk bersila di atas tikar walaupun dah ada meja makan di rumah.

Saya letakkan makanan di dalam pinggan Haziq dan ajar dia menggunakan sudu. Mula-mula tu, dia nampak kekok dan tak reti maklumlah selama ni semua disuap kan. Tapi saya tetap ajar Haziq dan siap demo kan macamana cara nak letak makanan kat sudu, masukkan dalam mulut dan suap sekali lagi.

Dalam proses nak ajar makan sendiri ni, ia mengambil masa juga. Kuah sup pernah tumpah ke lantai, nasi dan mee berterabur, air pun pernah tumpah dan macam-macam lagilah.

Ada sekali tu masa bulan puasa. Saya dan suami ni dengan kerja yang super penat nya, masuk je waktu buka puasa terus makan tak toleh kiri kanan lagi. Sedar-sedar je, Haziq yang masa tu tengah makan mihun sup, supnya dah habis dia hirup tapi mihun tu tau tak kat mana?

Dok bertenggek mihun dan tauge tu semua atas kepala dia!!!

Ya Allah kelakar sungguh la masa tu. Sakit perut kami ketawa, sampai tak teringat langsung nak amik gambar. :)

Lama kelamaan Haziq dah pandai makan sendiri. Lagi pandai kalau makan pakai tangan. Kalau pakai sudu, still kena praktis lagi.

Pernah sekali tu masa kami sekeluarga bercuti ke Gold Coast Morib, Selangor (May 2013). 

First percutian keluarga dengan 2 orang anak :)
Haziq umur 2 tahun 9 bulan
Aimi umur 4 bulan


Masa dinner, saya pangku Aimi, Haziq duduk bersama saya dan suami yang ambilkan makanan untuk kami. Kemudian bila makan, kami makan bersama-sama. Aimi pula tidur di pangkuan saya. 

Selesai makan, tiba-tiba seorang wanita di meja sebelah menegur saya.

"Anak u makan sendiri? Pandainya! Berapa umur dia?"

"Nak masuk 3 tahun".

"Oh really? Anak I umur 5 years plus now, masih lagi nak makan bersuap, taknak makan sendiri".

Saya senyum sahaja.


Maknanya di sini, setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. It is just a matter of time. Mungkin anak saya lebih cepat berdikari dari segi makan sendiri, tetapi anak orang lain pula lebih cepat berdikari dari segi pakai baju dan seluar sendiri. It is just a matter of time.

Untuk Aimi pula, seawal umurnya 1 tahun saya dah latih dia makan sendiri. Dalam first gambar di atas, masa ni Aimi umur 2 tahun 8 bulan.

Alhamdulillah sehingga kini, anak-anak saya boleh makan sendiri tak kisahla di rumah sendiri ataupun ketika makan di luar. Tapi saya akui, sebagai ibu, ada masanya saya sendiri akan menyuapkan makanan ke mulut mereka. Of course tetap ada naluri nak melayan anak-anak plus nak jimatkan pinggan mangkuk untuk dibasuh nanti :)

Sunday, November 8, 2015

Resepi Sosej Masak Kicap


Pernah tak kawan-kawan buat resepi ni? Ini adalah resepi yang paling simple di dunia sehingga semua orang pun mesti boleh buat punya.

Ia juga dikenali sebagai lauk express - sesuai dimakan time poket tengah kering (dengan syarat kena ada duit untuk beli sosej dulu), time nak sahur, time nak buat bekal pergi kerja atau time malas nak masak beriya-iya sampai berkecah dapur! ;)




RESEPI SOSEJ MASAK KICAP

Sosej 4 batang - potong serong
2 ulas bawang putih
1/2 - 1 biji bawang besar
1 biji cili merah - potong
Cili api ikut suka nak pedas mana

Cara-caranya :

Tumis bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili api.

Masukkan sosej. Goreng sekejap.

Masukkan kicap secukup rasa. Tak perlu masukkan garam lagi.

Tutup api. Ok Siappppp!!!

Makan dengan nasi panas-panas memang sedap wooo!!! :)

Saturday, November 7, 2015

Nak Whiteboard Jugak!


Sekarang Haziq dan Aimi sangat suka explore benda baru dan juga benda lama. Yang terbaru, mereka sangat suka menconteng penuh kreativiti di atas whiteboard. Kedua-duanya saling berlakon dan bertukar peranan - sorang jadi cikgu, sorang jadi anak murid. Sorang mengajar dan sorang lagi belajar.

Sukanya dia dapat whiteboard

Tengok Mama dia ada laptop, Haziq pun request nak laptop juga. Tengok Mama dia ada whiteboard, Haziq pun request nak whiteboard juga. Pendek kata apa yang Mama dia ada, semua pun dia nak juga untuk diri dia sendiri.

Saya selalu membayangkan ada satu whiteboard besar di rumah kami, di mana pada masa itu saya sendiri akan mengajar anak-anak buat ulangkaji dan ajar anak-anak subjek yang telah mereka pelajari di sekolah. 

In fact, saya juga terfikir, apabila anak-anak saya masuk sekolah rendah nanti, tidak perlu keluarkan duit untuk ke tuisyen kerana saya sendiri akan mengajar dan memberikan tuisyen kepada mereka. 

Mengajar ialah passion saya. Tak dapat jadi cikgu yang mengajar di sekolah, dapat jadi cikgu untuk anak-anak pun dah cukup bagus :)

Cuma saya perlu ambil tahu silibus dan kaedah pengajaran supaya dapat ajar anak-anak dengan baik. In shaa Allah tiba masanya nanti, di SOHO saya akan ada satu whiteboard besar, kerusi dan meja untuk saya mengajar anak-anak saya.

Doakan impian saya ini jadi kenyataan ya kawan-kawan ! :)

Friday, November 6, 2015

Amalan Rezeki Melimpah Tak Pernah Habis


Bila sebut rezeki, pasti kita kaitkan dengan duit yang banyak. Sebenarnya, maksud rezeki itu sangat luas dan bukan pada duit sahaja. 

Punyai suami yang penyayang dan bertanggungjawab, itu adalah rezeki. 
Punyai isteri yang taat dan pandai melayan suami, itu adalah rezeki. 
Punyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, itu adalah rezeki.
Malah, orang belanja kita sarapan, pun itu adalah rezeki.

Rezeki itu luas maknanya, hanya kita yang menyempitkan makna rezeki tersebut.

Untuk memperoleh rezeki melimpah yang tidak pernah habis dalam apa segi sekalipun, apa kata kita sama-sama amalkan zikir dan ayat Al-Quran seperti di bawah? 

Ini adalah sebagai ikhtiar kita memohon pertolongan Allah, kerana hanya Dia lah yang memberikan rezeki dan hanya Dia lah yang mengatur segala-galanya.

Mudah-mudahan, dengan amalan yang berterusan ini, Allah akan belas kasihan kepada kita dan memakbulkan doa dan permintaan kita, in shaa Allah :)



Amalan Rezeki Melimpah Tak Pernah Habis :

1) Baca Subhanallah 33x
2) Baca Alhamdulillah 33x
3) Baca Allahuakbar 33x
4) Baca "Inna haaza larizkuna maa lahu minnafaad" 33x (Surah As Sod Ayat 54)

Selamat beramal :)

Thursday, November 5, 2015

Ayam Nasi Ayam Terhitamlah Sikit

Minggu lepas saya goreng ayam untuk nasi ayam.

Actually ayam itu dah direbus dalam sup, so selepas diperap dengan kicap dan madu, goreng jelah macam biasa. Tapi goreng kejap aje sebab ayam tu memang dah masak pun.

Tapi saya pula terlupa, teringat macam goreng ayam biasa. So terlamalah pula ayam tu dalam kuali dan inilah hasilnya.

Ayam nasi ayam terhitamlah sikit. Huuuu


Tapi bila dimakan bersama kuah kicapnya, tetap sedap marvellous sehingga menjilat jari! :)

Wednesday, November 4, 2015

4 Jenis Kurikulum Yang Ditawarkan di Tadika / Prasekolah (Tradisional, Montessori, Waldorf, Reggio Emilia)


Saya rasa sekarang ini adalah masa di mana kebanyakan ibu bapa sedang sibuk membuat tinjauan (survey) ke tadika / nursery berdekatan bagi memilih tadika atau nursery manakah yang paling baik untuk anak-anak tersayang. Betul tak?

Samalah juga seperti saya dahulu, sibuk plan dengan suami, hari ini kita nak pergi tadika mana ya? Pukul berapa nak pergi tadika B? Dah set appointment ke dengan cikgu kat tadika C? Ni kita nak pergi survey sama-sama ke atau salah seorang je pergi?

Memang tersenyum sendiri bila mengingatkan moment ini, survey tadika untuk Haziq pada akhir tahun 2013, untuk kemasukan sesi 2014. Nama pun first time, memang kami berdua concern sangat tentang setiap tadika. Tak cukup dengan buka website tadika, siap tanya lagi kat kawan-kawan dan kenalan tentang tadika mana yang bagus yang mereka boleh rekemen untuk kami :)

Untuk Haziq, kami pilih tadika berkonsepkan English & Islamic Medium. Saya rasa ramai parents pun nak tadika macam ni kan? 

Haaaa... tips dari saya, jangan hanya buat keputusan memilih tadika tersebut hanya kerana mereka claim mereka adalah English & Islamic Medium Pre-school. Sebaiknya, kita lihat sendiri betul ke mereka ni English medium dan Islamic medium. 

Speak English masa kelas English sahaja atau speak English sepanjang 3-4 jam anak-anak kita berada di tadika? Islamic tu dari segi apa pula? Islamic sebab ada kelas praktikal solat dan bacaan doa serta ayat hafazan sahaja atau Islamic dari semua segi termasuklah keseluruhan tadika itu sendiri, cara guru berpakaian dan berkomunikasi dan lain-lain.

Ni tips daripada saya tau. Mahal tau tips ni. Tapi saya dah share untuk semua. Jangan sekadar baca tapi mesti dipraktikkan sewaktu survey tadika ya :)

Dan ini pula 4 jenis kurikulum yang selalunya ditawarkan di tadika-tadika. Sebagai ibu bapa, kita berhak menentukan jenis kurikulum yang manakah yang kita ingin ia diterapkan untuk pendidikan dan perkembangan anak-anak kita. 

Perlu juga sedia maklum bahawa, yuran untuk setiap kurikulum ini ada perbezaannya. Ada yang mahal sikit dan ada juga yang sederhana / murah. Mungkin tak sama untuk setiap tempat. Again, survey baik-baik dan buatlah keputusan yang terbaik.


4 Jenis Kurikulum Yang Ditawarkan di Tadika / Prasekolah


1) Kurikulum Tradisional

- Lebih menjurus kepada akademik.
- Kanak-kanak akan diajar tentang cara pengiraan, pembacaan dan penulisan.
- Tujuannya agar kanak-kanak tidak terkejut dengan cara pembelajaran di sekolah rendah.
- Guru menerapkan pengajaran berstruktur kepada pelajar melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.
- Kanak-kanak juga perlu mematuhi kurikulum yang disediakan oleh tadika.


2) Kurikulum Montessari

- Tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak.
- Eleman yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman dan material yang diperlukan.
- Kaedah ini dapat meningkatkan kemahuan semulajadi kanak-kanak untuk belajar dan mengembangkan keupayaan mereka dalam persekitaran yang sempurna.
- Kanak-kanak dilayan sama seperti orang dewasa di mana mereka diberikan hak untuk memilih aktiviti yang ingin mereka pelajari seperti membaca, menulis, mengira dan menambah.
- Kanak-kanak turut didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran mereka seperti diajar cara membutangkan baju, mengikat tali kasut, membasuh pinggan dan meletakkan baju kotor. (Rasanya semua ni pun memang saya ajar Haziq dan Aimi kat rumah, maksudnya saya ni ajar kaedah Montessori ke kat anak-anak? Hehehehe..).


3) Kurikulum Waldorf

- Jarang jumpa tadika yang ada kurikulum Waldorf sebab setiap cikgu yang nak mengajar di tadika ini mestilah mempunyai kelayakan Waldorf juga.
- Kanak-kanak diajar menjalani rutin kehidupan seperti memasak dan berkebun.
- Juga akan diletakkan dalam satu kelas dan menjalani aktiviti pembelajaran dengan cara pembelajaran kreatif seperti membaca, berlakon dan menyanyi.
- Menggunakan sistem penggredan dan penggunaan media.
- Guna alat bantu mengajar seperti komputer dan bahan elektronik untuk menarik tadika pelajar.
- Tidak menggunakan bahan akademik jadi tiada kerja rumah akan diberikan kepada kanak-kanak.


4) Kurikulum Reggio Emilia

- Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri.
- Kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang-orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan.
- Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

Kredit info 4 kurikulum : Majalah Mama Papa


Haaa, macamana? Dah ada idea nak pilih kurikulum yang mana untuk anak-anak? Pilih, jangan tak pilih tau. Kalau anda tanya pendapat saya, saya konfem memang pilih yang kurikulum tradisional sebab saya rasa itu yang paling asas yang kita nak anak-anak boleh capai dalam usia 4-6 tahun sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Pendapat saya juga, pemilihan kurikulum tadika ini haruslah selari dengan kurikulum yang ada di sekolah rendah nanti. Katakan kita pilih tadika dengan kurikulum Waldorf, bagaimana pula nanti bila anak masuk sekolah rendah yang umumnya masih lagi meneruskan kurikulum Tradisional? 

Lainlah jika sekolah rendah tersebut juga mengamalkan kurikulum Waldorf, jadi anak tidaklah mengalami culture shock apabila masuk ke sekolah rendah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *