I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, October 30, 2015

Hari Terbuka Tadika Haziq


29 Oktober 2015

Hari ni hari Terbuka tadika Haziq, juga hari untuk ambil report card. Kami pergi sekeluarga, Aimi pun ikut sekali sebab saya nak dedahkan dia dengan persekitaran di mana abangnya bersekolah, manalah tahu nanti Aimi pun akan ke tadika ini.

Saya pergi tu waktu tengahari dan tak ramai ibu bapa lain pada masa tu, kebanyakannya datang pada waktu pagi. Selepas mengisi nama di buku rekod kedatangan, kami terus ke kelas Haziq yang terletak di bahagian belakang tadika. Laa, kelas anakku kat belakang rupanya.

Masa saya masuk tu tengah ada parents lain yang tengah jumpa cikgu. Saya pula taknaklah menunggu di situ dan dengar perbualan mereka jadi saya pergi ke meja laptop. 

Kalau nak tahu, di Tadika Inovasi Bestari ini ada subjek penggunaan multimedia dan mereka semua guna laptop tanpa guna mouse. Haziq dah pandai guna touchpad sedangkan Mama dia memang fail kalau guna touchpad. Mesti kena ada mouse jugak.

Program multimedia interaktif memang best sangat. Memang seronok budak-budak ni belajar sebab ada kartun semua. 

2 laptop disediakan untuk setiap kelas


Kemudian tiba turn kami untuk jumpa cikgu. Cikgu kelas Haziq cuti bersalin jadi yang kami jumpa hari tu ialah cikgu yang ajar subjek Matematik dan Bahasa Arab untuk kelas Haziq.

Mula-mula cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan setiap subjek. Haziq dapat no.1 dalam kelas dia dan no. 5 untuk keseluruhan murid umur 5 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ini bermakna Haziq akan naik pentas untuk menerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang nanti :)

Kemudian cikgu tunjukkan kertas soalan peperiksaan, file dan rekod prestasi, semua bagus termasuk juga bahagian hafazan doa-doa. Cikgu cakap, penguasaan Haziq dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab sangat bagus. 

Masa cikgu cakap tu, saya punyalah seronok terus terbayang Haziq further study kat UIA Jalan Gombak, KL. Hahahaha.. over kan Mama Haziq. Yelah, kalau dah Bahasa Arab bagus, leh la masuk situ, tapi kat sana medium komunikasi is in English, so Haziq kene improve lagi speaking in English. Mama Haziq dulu teringin nak masuk UIA tapi dah lepas dah masa tu.

Kemudian ada 2 komen daripada cikgu yang saya rasa kami perlu perbaiki. In shaa Allah takde masalah. Pada masa ini juga cikgu serahkan gambar kelas dah siap dalam frame. Cantiknye. Haziq duduk kat depan dan tengok kamera. Puas hati Mama bila Haziq tengok kamera dan senyum, sebab masa gambar kelas tahun lepas (N2 4 tahun), masa tu Haziq tak tengok kamera :)

Saya juga bertanya cikgu tentang buku Bacalah Anakku yang Haziq telah tamat baca. Cikgu cakap lepas ni sambung buku Read Easy, bayarannya RM45 dan perlu dijelaskan semasa hari pembayaran yuran nanti. Lepas tu cikgu bagitahu, kalau complete semua bacaan buku, akan dapat anugerah.

Saya tanya cikgu, anugerah apa pula. Haziq dah tamat baca buku Bacalah Anakku bermakna Haziq akan dapat anugerah juga ke?

Cikgu cakap tak. Maksud cikgu ialah tamat baca semua buku bacaan iaitu :

1) Bacalah Anakku
2) Read Easy Beginner
3) Ready Easy Intermediate
4) Bacalah Jawi
5) Bacalah Jawi Bertahap (Pemantapan)
6) Bacalah Jawi Lanjutan
7) Lughatul Jannah

Set Buku Bacaan


Bermakna ada 7 set buku bacaan dan Haziq baru aje complete set buku bacaan 1. Bermakna ada 6 lagi set buku bacaan yang perlu dihabiskan sebelum dapat anugerah. Saya rasa terkejut sampai ternganga kat situ.

"Banyaknya buku, cikgu" kata saya sambil rasa konfius.

"In shaa Allah boleh. Ada kawan kelas Haziq dah complete kesemua 7 set buku bacaan ini pada usia 5 tahun dan akan dapat anugerah pada Hari Cemerlang nanti".

"Oh yeke cikgu?" padahal dalam hati cakap, Haaaaaa????!!!! sebab terkejut bebenar.

"Takpe puan, kita fokus untuk tahun depan, in shaa Allah Haziq boleh completekan semua" cikgu cakap dengan konfiden.

Serta-merta saya rasa konfiden juga. Bukan konfiden sebab nak Haziq dapat anugerah, tapi dapat bayangkan betapa seronoknya bila anakku Haziq dapat membaca dengan lancar dalam tulisan bahasa Melayu, English, Jawi dan Arab (terus terbayang Haziq masuk UIA!). Hahahhahaa...

Setelah selesai semua, saya pun bersalam lah dengan cikgu, tiba-tiba saya terkaku dan tergamam bila cikgu minta maaf atas segala silap, jika ada marah Haziq semasa mengajar dia, ada usik Haziq kot-kot dia tak suka dan macam-macam lagi.

Saya tergamam atas 2 sebab :

1) Sebab cikgu minta maaf sungguh-sungguh dan sebut apa perkara yang dia minta maaf.

2) Sebab saya dapat rasakan aura keikhlasan cikgu yang meminta maaf, auranya terus meresap ke hati.

Saya pun terus minta maaf juga kepada cikgu, yelah walaupun kita ni ibu bapa, kita tetap tidak sempurna. Yelah, mungkin kita ada tak tengok homework Haziq kat rumah ke, tak monitor pembelajaran dia ke, atau apa-apa jelah kesilapan yang melibatkan Haziq dan sekolahnya. Cikgu dan ibu bapa saling bermaafan dengan penuh ikhlas.

Dah selesai tu, kami pun nak baliklah. Saya juga sempat jumpa guru besar dan semua cikgu-cikgu yang lain, mengucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sabar mengajar Haziq sehingga Haziq dapat no. 1 dan sabar melayan kerenah Haziq di sekolah. Saya juga minta maaf kepada semua cikgu bagi pihak Haziq sekiranya Haziq ada buat apa-apa kesalahan di sekolah.

Kemudian kami bergambar sebelum balik.

Anak-anakku :)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Saya sayang keluarga saya :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *