I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, October 30, 2015

Apa Yang Sebenarnya Ibu Bapa Harapkan


Sambungan dari entry ini.
.
.
.
Agak lama juga kami terdiam. Betul-betul tak sangka. Dalam pada terdiam itu, saya lihat suami saya mengesat matanya. Terkejut dengan reaksinya, tiba-tiba airmata saya pula terus hadir di mata dan cepat-cepat saya kesat. Tak mahu ia terus berjuraian di situ, di waktu makan tengahari di kala ramai orang sedang menikmati hidangan.

Suami terus tak tersuap nasinya dan saya pula hanya diam dan memandangnya penuh kasih. Saya tak pasti apa yang ada di fikirannya ketika itu, tapi di sudut hati, saya tahu dia sangat gembira hingga tak mampu berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, dia senyum dan mengucapkan "Alhamdulillah". 

Lama kami berdua tersenyum sambil bertentangan mata. Ia ibarat satu kejayaan besar di kala kami tidak menyangka akan memperolehinya. Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Haziq dapat no. 1 di dalam kelasnya, 5 A dan 1 B. B untuk subjek Seni.

Betul-betul kami tidak sangka. Bukan bermakna kami tidak harapkan anak dapat no. 1, 2, 3 dan sebagainya, tapi kami ingin jadi ibu bapa yang realistik. Tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi sehingga menimbulkan suasana tegang sekiranya anak tidak mencapai apa yang kami harapkan dan  kami pula sendiri jadi kecewa dengan anak. Senang kata, taknak pressure anak lebih-lebih sampai dia stress dan kami pun stress.

Tapi melihat kepada keputusan peperiksaan Haziq, ia betul-betul buat kami rasa bangga dan puas. Ah, banyak liku-liku kehidupan yang dilalui yang tak dapat saya nyatakan di sini, tapi kejayaan ini ibarat menghapus segala susah payah yang dirasai sebelum ini, malah membakar lagi semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak-anak sedaya upayanya kami.

Mungkin ada yang berkata "Alah, no. 1 tadika je pun...". Saya senyum sahaja dan biarkan kata-kata itu berlaku tanpa singgah pun di minda saya. Mungkin ia kecil sahaja pada kamu, tapi ia sangat besar maknanya pada saya dan suami kerana kami adalah ibu bapa Haziq, dan bukannya kamu :)

Kemudian, kami sambung makan semula. Rasa lebih enjoy sampaikan makan pun tak habis. Rasa kenyang sangat dah, kenyang dapat lihat keputusan Haziq. Terima kasih Haziq sayang, Haziq buat Abah dan Mama bangga dan sayang sangat kat Haziq tau.

Makanan yang tak habis tu saya tapau sambung makan kat rumah petangnya.

Next ialah pergi ke Open Day Tadika Haziq pada 29 Oktober 2015 :)

1 comment:

Diana Rashid said...

Tahniah..segala nya dari didikan ibu bapa juga..kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *