I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, October 31, 2015

Babak Yang Sangat Menyentuh Hati


Hari tu tengok rancangan homisid di channel CI (Astro channel 732).

Dipendekkan cerita, suami dan isteri tu ada masalah rumahtangga.

End up, suami tu belasah isteri tu teruk giler, siap cekik dan humban/tolak jatuh ke tangga (rumah 2 tingkat).

Matilah akhirnya isteri itu.

Dan sewaktu temubual pihak tv dengan ibu kepada isteri tu, ibu tu cakap,

"Kepada menantu saya itu, jika awak tidak sukakan dia lagi (si isteri), janganlah buat begini.

Saya serahkan dia sebaiknya kepada kamu di hari perkahwinan kamu.

Jika sudah tidak cintakan dia lagi, tidak mengapalah.

Jika sudah bencikan dia dan tidak mahu lagi hidup bersamanya, saya faham.

Pulangkan semula dia kepada saya dengan sebaiknya, sebagaimana saya serahkan dia kepada kamu dahulu.

Jangan pisahkan dia dengan anak-anaknya yang perlukan cinta dan kasih sayang ibu.

Jangan pisahkan dia dengan saya ibunya yang telah berjuang melahirkannya dulu.

Tapi, hakikatnya kini, kamu rentap dia daripada saya ibunya.

Saya kehilangannya dengan cara yang paling tidak saya sangka kamu melakukannya.

Saya ibunya".

Dan ibu tu broke into tears. Deep tears.
.
.
.
Tak sangka pula tengok rancangan polis, detektif dan forensik dapat tengok babak yang sangat menyentuh hati ini...Sedih rasanya. Huhuhu...

Yuran Tadika 2016


Untuk tahun depan, Haziq akan teruskan pembelajarannya di tadika yang sama. Berikut adalah details yuran yang perlu dibayar sebelum mula sesi 2016.

Yuran Januari 2016 = RM190
Buku Semester 1 (Teks, Aktiviti & Buku Tulis) = RM100
Buku Read Easy Beginner's Level = RM45
Yuran Pelbagai = RM100
E-Daya Multimedia Package (Setahun) = RM100
Yuran SPS (sistem online) = RM30

Total = RM565

Saya dah bayar yuran pengesahan (untuk konfirm masuk tadika ini umur 6 tahun) = RM100

So baki yuran yang perlu dijelaskan 
= RM565 - RM100
= RM465

Juga perlu bawa 2 keping gambar berukuran passport.

Yuran ini tidak termasuk untuk pengangkutan. Kalau ambil pengangkutan, perlu bayar direct kepada driver van. Untuk Haziq, kami bergilir-gilir hantar dan jemput dia dari sekolah.

Friday, October 30, 2015

Hari Terbuka Tadika Haziq


29 Oktober 2015

Hari ni hari Terbuka tadika Haziq, juga hari untuk ambil report card. Kami pergi sekeluarga, Aimi pun ikut sekali sebab saya nak dedahkan dia dengan persekitaran di mana abangnya bersekolah, manalah tahu nanti Aimi pun akan ke tadika ini.

Saya pergi tu waktu tengahari dan tak ramai ibu bapa lain pada masa tu, kebanyakannya datang pada waktu pagi. Selepas mengisi nama di buku rekod kedatangan, kami terus ke kelas Haziq yang terletak di bahagian belakang tadika. Laa, kelas anakku kat belakang rupanya.

Masa saya masuk tu tengah ada parents lain yang tengah jumpa cikgu. Saya pula taknaklah menunggu di situ dan dengar perbualan mereka jadi saya pergi ke meja laptop. 

Kalau nak tahu, di Tadika Inovasi Bestari ini ada subjek penggunaan multimedia dan mereka semua guna laptop tanpa guna mouse. Haziq dah pandai guna touchpad sedangkan Mama dia memang fail kalau guna touchpad. Mesti kena ada mouse jugak.

Program multimedia interaktif memang best sangat. Memang seronok budak-budak ni belajar sebab ada kartun semua. 

2 laptop disediakan untuk setiap kelas


Kemudian tiba turn kami untuk jumpa cikgu. Cikgu kelas Haziq cuti bersalin jadi yang kami jumpa hari tu ialah cikgu yang ajar subjek Matematik dan Bahasa Arab untuk kelas Haziq.

Mula-mula cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan setiap subjek. Haziq dapat no.1 dalam kelas dia dan no. 5 untuk keseluruhan murid umur 5 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ini bermakna Haziq akan naik pentas untuk menerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang nanti :)

Kemudian cikgu tunjukkan kertas soalan peperiksaan, file dan rekod prestasi, semua bagus termasuk juga bahagian hafazan doa-doa. Cikgu cakap, penguasaan Haziq dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab sangat bagus. 

Masa cikgu cakap tu, saya punyalah seronok terus terbayang Haziq further study kat UIA Jalan Gombak, KL. Hahahaha.. over kan Mama Haziq. Yelah, kalau dah Bahasa Arab bagus, leh la masuk situ, tapi kat sana medium komunikasi is in English, so Haziq kene improve lagi speaking in English. Mama Haziq dulu teringin nak masuk UIA tapi dah lepas dah masa tu.

Kemudian ada 2 komen daripada cikgu yang saya rasa kami perlu perbaiki. In shaa Allah takde masalah. Pada masa ini juga cikgu serahkan gambar kelas dah siap dalam frame. Cantiknye. Haziq duduk kat depan dan tengok kamera. Puas hati Mama bila Haziq tengok kamera dan senyum, sebab masa gambar kelas tahun lepas (N2 4 tahun), masa tu Haziq tak tengok kamera :)

Saya juga bertanya cikgu tentang buku Bacalah Anakku yang Haziq telah tamat baca. Cikgu cakap lepas ni sambung buku Read Easy, bayarannya RM45 dan perlu dijelaskan semasa hari pembayaran yuran nanti. Lepas tu cikgu bagitahu, kalau complete semua bacaan buku, akan dapat anugerah.

Saya tanya cikgu, anugerah apa pula. Haziq dah tamat baca buku Bacalah Anakku bermakna Haziq akan dapat anugerah juga ke?

Cikgu cakap tak. Maksud cikgu ialah tamat baca semua buku bacaan iaitu :

1) Bacalah Anakku
2) Read Easy Beginner
3) Ready Easy Intermediate
4) Bacalah Jawi
5) Bacalah Jawi Bertahap (Pemantapan)
6) Bacalah Jawi Lanjutan
7) Lughatul Jannah

Set Buku Bacaan


Bermakna ada 7 set buku bacaan dan Haziq baru aje complete set buku bacaan 1. Bermakna ada 6 lagi set buku bacaan yang perlu dihabiskan sebelum dapat anugerah. Saya rasa terkejut sampai ternganga kat situ.

"Banyaknya buku, cikgu" kata saya sambil rasa konfius.

"In shaa Allah boleh. Ada kawan kelas Haziq dah complete kesemua 7 set buku bacaan ini pada usia 5 tahun dan akan dapat anugerah pada Hari Cemerlang nanti".

"Oh yeke cikgu?" padahal dalam hati cakap, Haaaaaa????!!!! sebab terkejut bebenar.

"Takpe puan, kita fokus untuk tahun depan, in shaa Allah Haziq boleh completekan semua" cikgu cakap dengan konfiden.

Serta-merta saya rasa konfiden juga. Bukan konfiden sebab nak Haziq dapat anugerah, tapi dapat bayangkan betapa seronoknya bila anakku Haziq dapat membaca dengan lancar dalam tulisan bahasa Melayu, English, Jawi dan Arab (terus terbayang Haziq masuk UIA!). Hahahhahaa...

Setelah selesai semua, saya pun bersalam lah dengan cikgu, tiba-tiba saya terkaku dan tergamam bila cikgu minta maaf atas segala silap, jika ada marah Haziq semasa mengajar dia, ada usik Haziq kot-kot dia tak suka dan macam-macam lagi.

Saya tergamam atas 2 sebab :

1) Sebab cikgu minta maaf sungguh-sungguh dan sebut apa perkara yang dia minta maaf.

2) Sebab saya dapat rasakan aura keikhlasan cikgu yang meminta maaf, auranya terus meresap ke hati.

Saya pun terus minta maaf juga kepada cikgu, yelah walaupun kita ni ibu bapa, kita tetap tidak sempurna. Yelah, mungkin kita ada tak tengok homework Haziq kat rumah ke, tak monitor pembelajaran dia ke, atau apa-apa jelah kesilapan yang melibatkan Haziq dan sekolahnya. Cikgu dan ibu bapa saling bermaafan dengan penuh ikhlas.

Dah selesai tu, kami pun nak baliklah. Saya juga sempat jumpa guru besar dan semua cikgu-cikgu yang lain, mengucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sabar mengajar Haziq sehingga Haziq dapat no. 1 dan sabar melayan kerenah Haziq di sekolah. Saya juga minta maaf kepada semua cikgu bagi pihak Haziq sekiranya Haziq ada buat apa-apa kesalahan di sekolah.

Kemudian kami bergambar sebelum balik.

Anak-anakku :)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Saya sayang keluarga saya :)

Apa Yang Sebenarnya Ibu Bapa Harapkan


Sambungan dari entry ini.
.
.
.
Agak lama juga kami terdiam. Betul-betul tak sangka. Dalam pada terdiam itu, saya lihat suami saya mengesat matanya. Terkejut dengan reaksinya, tiba-tiba airmata saya pula terus hadir di mata dan cepat-cepat saya kesat. Tak mahu ia terus berjuraian di situ, di waktu makan tengahari di kala ramai orang sedang menikmati hidangan.

Suami terus tak tersuap nasinya dan saya pula hanya diam dan memandangnya penuh kasih. Saya tak pasti apa yang ada di fikirannya ketika itu, tapi di sudut hati, saya tahu dia sangat gembira hingga tak mampu berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, dia senyum dan mengucapkan "Alhamdulillah". 

Lama kami berdua tersenyum sambil bertentangan mata. Ia ibarat satu kejayaan besar di kala kami tidak menyangka akan memperolehinya. Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Haziq dapat no. 1 di dalam kelasnya, 5 A dan 1 B. B untuk subjek Seni.

Betul-betul kami tidak sangka. Bukan bermakna kami tidak harapkan anak dapat no. 1, 2, 3 dan sebagainya, tapi kami ingin jadi ibu bapa yang realistik. Tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi sehingga menimbulkan suasana tegang sekiranya anak tidak mencapai apa yang kami harapkan dan  kami pula sendiri jadi kecewa dengan anak. Senang kata, taknak pressure anak lebih-lebih sampai dia stress dan kami pun stress.

Tapi melihat kepada keputusan peperiksaan Haziq, ia betul-betul buat kami rasa bangga dan puas. Ah, banyak liku-liku kehidupan yang dilalui yang tak dapat saya nyatakan di sini, tapi kejayaan ini ibarat menghapus segala susah payah yang dirasai sebelum ini, malah membakar lagi semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak-anak sedaya upayanya kami.

Mungkin ada yang berkata "Alah, no. 1 tadika je pun...". Saya senyum sahaja dan biarkan kata-kata itu berlaku tanpa singgah pun di minda saya. Mungkin ia kecil sahaja pada kamu, tapi ia sangat besar maknanya pada saya dan suami kerana kami adalah ibu bapa Haziq, dan bukannya kamu :)

Kemudian, kami sambung makan semula. Rasa lebih enjoy sampaikan makan pun tak habis. Rasa kenyang sangat dah, kenyang dapat lihat keputusan Haziq. Terima kasih Haziq sayang, Haziq buat Abah dan Mama bangga dan sayang sangat kat Haziq tau.

Makanan yang tak habis tu saya tapau sambung makan kat rumah petangnya.

Next ialah pergi ke Open Day Tadika Haziq pada 29 Oktober 2015 :)

20 Cara Berkesan Menghilangkan Bau Hanyir Pada Ikan


"Kalau tak hanyir, bukan ikan namanya, kan?"

Ini dia perkongsian daripada sahabat fb saya iaitu Khairunnisa Jamali berkenaan 20 cara berkesan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Siap ada 3 lagi cara paling berkesan tau. Kalau nak tau, sila baca entry ni sampai habis.


20 Cara Berkesan Menghilangkan Bau Hanyir Pada Ikan :

1. Perah limau nipis

2. Perah + rendam dengan air limau nipis selama 3 minit 


3. Lumur ikan dengan garam kasar, gaul, biar dan basuh


4. Lumur ikan dengan tepung gandum, gaul, biar dan basuh


5. Lumur ikan dengan perahan lemon, gaul, biar dan basuh


6. Basuh dengan air basuhan beras


7. Rendam dengan asam keping dan daun serai


8. Basuh bersih ikan, rendam sekejap dengan garam kasar dan asam jawa 


9. Ikan bendang : Gunakan daun serai


10. Basuh dengan garam


11. Basuh dengan air asam jawa


12. Asam jawa gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci 


13. Jus limau gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci


14. Basuh dengan air dan tepung gandum


15. Ramas dengan daun bebuas, biar sekejap dan cuci


16. Buh asam jawa, perap dalam peti ais selama 3 jam


17. Tutup hidung ( tak bau hanyir ikan )


18. Ikan sungai : gunakan air kapur


19. Ikan laut : gunakan asam garam


20. Guna CelebrityLass (hilangkan bau hanyir ikan di tangan awak)




3 Cara Berkesan Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Bersama Ikannya Sekali :


1. Bagi kucing

2. Makan ayam

3. Kasi Mak Leha hujung taman goreng, kita makan je KFC


Hahahhaa... lawak kan 3 cara ni. 

Apapun, selamat mencuba ya! :)

Mood Kindergarten


Sejak Open Day tadika Haziq semalam, mood saya hanya nak bercerita topik tentang Kindergarten sahaja. Banyak betul info baru yang saya rasa mesti kene cerita jugak kat blog ni. 

Kalau tak cerita nanti saya sendiri lupa. 
Kalau tak cerita nanti tak dapat refer semula time Aimi pula nak masuk tadika nanti.
Kalau tak cerita nanti tak dapat bantu rakan-rakan parents yang perlukan info tentang tadika untuk anak-anak.
Betul tak?

So lepas ni, entry marathon kindergarten lah nampaknya plus entry-entry yang saya telah scheduledkan lebih awal. Bertabahlah korang membacanya ya :)

Thursday, October 29, 2015

Hari Terbuka a.k.a. Hari Ambil Report Card dan Jumpa Cikgu


Tengahari nanti saya akan pergi ke Hari Terbuka tadika Haziq untuk ambil report card. 

Berdebar-debar juga ni sebab nak tahu details keputusan peperiksaan Semester 2 Year 2015 dan feedback guru kelas tentang Haziq.

Saya berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. Doakan kami ya kawan-kawan :)

Wednesday, October 28, 2015

Aimi Loves Sayur Bayam


Masa Aimi kecik dulu, dia makan sayur dengan mudah. Kalau disua ke mulutnya, memang dia ngap aje. Tapi lama-lama terikut dengan Abg Haziq yang tak makan sayur, Aimi pun menolak sayur setiap kali disua.

Tapi baru-baru ni saya jumpa sayur apa yang Aimi tak boleh resist. Jawapannya - sayur BAYAM!!! Kat rumah, kalau bayam ni saya selalu masak bening je. Makan dengan ayam goreng / ikan goreng dan lawan dengan sambal belacan, fuh, kenyang Alhamdulillah.


Aimi kalau makan sayur bayam, tak toleh kiri kanan!


Aimi pula, bila nampak je saya masak bening bayam, tak sabar-sabar dia nak makan. Tapinya, dia makan bayam, kuah dan nasi aje. Macam tu pun dia boleh makan sampai habis. Bayam tu siap bertambah-tambah lagi. MomAmazing sangat moment ni, tengok anak suka makan sayur.

Bayam pun bayamlah, yang penting Aimi suka makan sayur :)


Tersembur Nasi!


Situasi sewaktu makan tengahari bersama suami hari ini.

Suami tgh makan.

Saya pula cek result exam Haziq secara online, sementara menunggu order saya sampai.


Dan bila saya tunjukkan result exam tu pada suami, sampai tersembur nasi dia.

Dan kami berdua terdiam.

Speechless....

Buku Bacalah Anakku Tamat, Mula Buku Read Easy Beginner Level

Notis pemberitahuan daripada cikgu


Semalam saya menerima notis pemberitahuan daripada cikgu iaitu Haziq sudah tamat membaca kelapan-lapan buah buku dalam siri Bacalah Anakku (Bahasa Melayu) dan kini akan meneruskan pembacaan untuk buku Bahasa Inggeris pula iaitu Read Easy Beginner Level.

Saya tak pasti berapa buah buku ada dalam Read Easy ini. Dengan harganya RM45, saya anggarkan mungkin ada 8 buah buku juga sama seperti Bacalah Anakku. Apapun, untuk kepastian, saya akan tanya sendiri pada guru kelas Haziq semasa Hari Terbuka tadikanya esok.

Alhamdulillah, saya bersyukur keputusan kami suami isteri mendaftarkan Haziq masuk ke Tadika Inovasi Bestari adalah satu keputusan yang tepat. Pada mulanya timbul rasa tak pasti juga, iyalah kita nak bertukar dari satu tadika ke tadika yang lain, pastilah ada rasa keliru dan lain-lain perasaan yang sewaktu dengannya.

Namun, berkat solat Istikharah, Allah tunjukkan jalan dan permudahkan jalan. Haziq dapat menyesuaikan diri di tadika baru dengan begitu cepat sekali dan progress pembelajarannya pula meningkat luar biasa dari segi penulisan, pembacaan dan pengiraan (basic 3M). 

Saya suka bila tengok Haziq baca buku Bacalah Anakku. Dia baca mengikut suku kata, so cute! Dan sekarang Haziq dah boleh baca banner / bunting di tepi-tepi jalan atau shopping mall, malah boleh baca tulisan yang appear di tv time berita. Tapi kelakar jugaklah bunyinya.

Contohnya malam tadi. Ini tulisan yang appear di bawah skrin tv semasa Buletin Utama TV3.

"SUNTIKAN SEMANGAT BUAT CHONG WEI"

Haziq baca,

"Suntikan Semagat Bu At Chong Welllll"

Hahahhaa... kelakar kan. Tapi yang penting Haziq baca dengan konfiden. Tu yang buat saya senyum dan gelak sekaligus.

In shaa Allah lepas ni kita sambung dengan buku Read Easy pula. Tak sabar nak sama-sama belajar baca English dengan Haziq :)

Tuesday, October 27, 2015

Resepi Ayam Masak Halia Pedas vs Tak Pedas


Sejak anak-anak dah pandai request nak makan itu dan ini, maka sebagai ibu mithali penyayang, saya akan usahakan untuk masak walaupun tak berapa reti. Hehehehe...

Setakat ini, paling selalu diorang request pun ialah nak makan ayam sambal, kalau hari-hari makan ayam sambal pun takpe, diorang suka. Tapi Mama dan Abahnya jemu jugaklah kan kalau asyik makan ayam sambal tiap-tiap hari kan.

So alternatif kepada ayam sambal, saya buat Ayam Masak Halia. Resepi ada 2 jenis, satu pedas dan satu lagi tak pedas. Pedas tu kalau Suami request nak makan pedas dan yang tak pedas tu kalau kami nak makan sekeluarga dengan anak-anak.

Ayam Masak Halia :)


Ok ini dia resepinya, simple yang amat. Saya tak reti nak fix kan berapa ulas bawang etc, tapi anggarannya lebih kurang macam kat bawah ya :)


Resepi Ayam Masak Halia Tak Pedas

Bersihkan ayam terlebih dahulu, potong mengikut suka nak kecik atau nak besar.
Letak garam dan kunyit pada ayam kemudian goreng.

*Ibu saya cakap kalau goreng kemudian nak masak lain, kita goreng ayam separuh masak je. Tapi Suami pula cakap, walaupun nak masak lain, tetap ayam tu dia nak digoreng sampai masak. Jadi saya menurut perintah. :)

Sambil goreng ayam tu, prepare bahan untuk kuahnya :

1/2 - 1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Halia - banyak jugakla, namanya ayam masak halia kan

Ketiga-tiga bahan ini dikisar guna blender basah tu ya. 
Air agak-agaklah banyak mana, nanti pun memang nak tambah air lagi.

Tepikan ayam yang dah siap goreng.
Ambil sikit minyak yang dah guna untuk goreng ayam tu dan guna untuk buat ayam masak halia.

Tumis ketiga-tiga bahan di atas yang dah siap diblender, sampai masak dan naik bau.

Tambahkan sedikit sos tiram dan cili api potong kecik-kecik sikit aje (tak pedas pun)
Tambah sedikit aje serbuk kunyit untuk efek warna kekuningan :)
Masukkan kiub ayam / perasa / garam secukupnya
Rasakan dulu, kalau nak berkuah banyak, tambahkan air dan rasakan lagi.

Bila rasa kuah tu dah sedap secukup rasa, baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Biar lama sikit atas api supaya kuah tu menyerap masuk dalam ayam dan ayam jadi lembut dan berasa kuah tu.

Rasakan kuahnya lagi sekali.
Kalau semua dah ok, tutup api. Siapppp!!!

Haziq makan sampai bertambah-tambah. Katanya "sedapnya Mama masak. Haziq suka sangat".

Padahal Mamanya pun terkial-kial kat dapur. Hahahaha... Takpe, demi anak, semua Mama redah. Tau-tau nanti, Mama dah expert masak tau! Hahahaha...


Resepi Ayam Masak Halia Pedas

Sama juga macam di atas.

Bezanya masa blender tu, blender sekali dengan cili api.
Nak letak segenggam ke, ikut sukalah mengikut tahap tahan pedas masing-masing.

Pastu masa tumis tu, boleh lagi tambah cili api potong kecik-kecik.
Saya buat macam ni kalau Suami request nak makan ayam masak halia pedas.
Memang pedaslah, dia sorang je makan dengan penuh berselera, saya cuit kuah sikit-sikit je sebab saya jenis tak tahan pedas. Hahahaha...

Ok, itulah dia resepinya.
Aik, resepi simple aje, tapi bercerita tu yang lebih. Hahahaha...
Takpelah, setiap orang punya cara tersendiri dan inilah cara saya menulis resepi, siap tunjuk ajar sekali cara nak masak! :)

Saya Nak Jadi Penaja


Masa tengah sibuk-sibuk buat scheduled entry untuk blog, tiba-tiba terlintas idea untuk menjadi penaja hadiah bagi bloggers yang ada menganjurkan giveway. 

Kalau ikutkan, saya sendiri nak menganjurkan Giveaway Ke-2 pada akhir tahun ini, sama seperti tahun lepas, tapi setelah difikir berkali-kali, saya berdepan dengan kekangan masa untuk penganjuran giveaway pada akhir tahun ini kerana terikat dengan beberapa komitmen yang lain.

Tahu-tahu sahajalah, apabila jadi penganjur, kita perlu uruskan penaja dan juga peserta dan semua itu perlukan komitmen masa, tenaga dan akal fikiran walaupun hanya dilakukan secara online, betul tak?

Jadi supaya tidak buat giveaway ala-ala melepaskan batuk di tangga sahaja, saya decide untuk jadi penaja giveaway sahaja. So sesiapa yang ada menganjurkan giveaway dan mencari penaja, bolehlah hubungi saya di whatsapp 018-766 9798 kerana saya ada beberapa barangan yang boleh dijadikan sebagai hadiah giveaway, best kan? Hehehehe...

So kalau anda baca entry ini, bolehlah war-warkan kepada rakan-rakan atau sesiapa yang sedang mencari penaja giveaway, untuk menghubungi saya. 

Sebelum itu, saya juga akan meneliti apakah syarat-syarat giveaway tersebut, kalau simple macam perlu follow blog penaja, memang OK sangatlah tu, saya suka. :)

Friday, October 23, 2015

Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa

Sekarang ini saya sedang membaca buku bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa. Biarpun tebal, tapi sangat seronok membacanya sebab ayat ditulis dengan santai sekali dan mudah difahami sebab ada banyak sangat contoh yang diberi.

Saya belum habis baca lagi buku ini, tapi bila dah siap nanti saya akan review dan kongsikan isi pentingnya ya. Moga sama-sama beroleh manfaat.



Melabel Laci di SOHO

Punyalah lama dah ada laci pinky ni, tapi baru sekarang ni sempat nak buat label.

Sebenarnya kan, saya tak rasa pun nak buat label, tapi saya kelakar tengok suami bila dia nak cari barang dalam laci pinky ni, jenuh dia buka setiap laci untuk cari barang, contohnya cari stok pensel / pemadam / pengorek untuk Haziq. Buka tutup, buka tutup. Kesian dia. Hehehe.

Jadinya, untuk memudahkan suami dan saya sendiri, saya pun letaklah label untuk setiap laci. Saya guna saletip kaler krim tu je (eh, apa nama dia ye, tak tau pulak) dan guna marker untuk tulis, kemudian tampal saletip tu di setiap laci. Siap!

My laci pinky complete with label


Bila suami tengok, dia cakap "terharu" sebab akhirnya isteri dia ada jugak insiatif untuk memudahkan dia mencari barang. Hahahahaha....

Thursday, October 22, 2015

Kad Kahwinku

Semalam dok mengemas ofis kecikku, sempat membelek kad kahwin tahun 2008 dahulu.

Memang saya simpan 2 keping kad kahwin ni, satu untuk majlis sebelah saya dan satu lagi untuk majlis sebelah suami.

Kad kahwin ni kami tempah di Marina Design, Plaza Angsana Johor Bahru. Pilih yang paling simple dan harga jimat aje. Hehehe..


Kuning & Merah
2 hati menjadi satu


Semoga ikatan perkahwinan ini kekal utuh, abadi dan berkekalan hingga ke syurga, in shaa Allah :)

Akhirnya, Book Talk di Bandar Seri Alam!

Percaya tak, kat taman rumah saya ni sangat susah sebenarnya nak cari satu kedai stationary yang complete dan banyak pilihan. Mula-mula saya pelik tau, Bandar Seri Alam ni juga dikenali sebagai City of Knowledge, ada universiti, kolej, sekolah dan tadika kat sini tapi satu kedai stationary pun takde.

Kemudian awal tahun ini, barulah satu kedai stationary dibuka tapi ia macam kedai biasa sahaja. Pilihan sangat terhad dan memang tak rasa nak berlama-lamaan atau membeli apa-apa di situ.

Boleh dikatakan setiap hari jugalah saya wish wish wish agar Book Talk atau Syarikat Kiang Trading akan buka cawangan mereka di sini. Biar senang saya nak beli alat tulis dan tak perlulah lagi pergi sampai ke Pasir Gudang semata-mata nak beli alat tulis yang bagus.

Dan akhirnya, my wish wish wish comes true!!!

Book Talk Bandar Seri Alam telahpun dibuka pada Oktober 2015!


Punyalah seronok sampai rasa nak lompat bintang. Hehehe... Semalam saya berkesempatan pergi ke Book Talk. Fuh, memang bau kedai baru lagi, sedap kan bau kedai baru. Sebenarnya saya memang nak cari satu log book untuk blogging purpose saya dan pucuk dicita ulam mendatang, ke Book Talk lah kita :)

Kedai ni ada 3 tingkat, tapi tingkat kedua dan ketiga tu masih kosong lagi. Dalam proses nak masukkan buku-buku rasanya. Apalagi, kat tingkat bawah tu, saya pun berjalanlah dari rak ke rak. Tekun membelek setiap satu benda yang ada kat situ. Sebenarnya, saya suka pergi ke kedai stationary tau. Hehehehe..

Dah puas membelek, akhirnya saya beli lah log book yang memang nak dibeli. Keinginan pembelian barang-barang lain memang boleh dikawal, saya suka nak tengok sahaja dan bukannya nak beli semua. Saya beli apa yang perlu sahaja.

Salesgirl Book Talk pun peramah dan very helpful. In Shaa Allah lepas ni bolehlah bawa anak-anak beli keperluan sekolah dan buku di sini sebab dekat sahaja dengan rumah. 

Mood happy sebab Book Talk dah dibuka di Bandar Seri Alam! Yeayy!!

Monday, October 19, 2015

Jangan Sembarangan Makan Ubat


Biasa tak kita? Asal pening kepala je terus pergi ke kedai atau ke farmasi mencari ubat untuk meredakannya.

Biasa tak kita? Asal pening kepala je terus mintak ubat kat kawan dengan harapan dapatlah jimat sikit, tak perlu keluar duit nak pergi beli. Lagipun ubat pening kepala je kan, sama je semua orang pun boleh makan.

Tanggapan sebegini adalah salah, pertamanya jika anda membeli ubat di kedai atau farmasi, selalunya ia adalah ubat yang dijual yang boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor. 

Keduanya pula, jika anda mengambil ubat daripada kawan, ubat tersebut mungkin selamat dan sesuai untuk dirinya tetapi sebaliknya pula untuk anda. Pernahkah anda terfikir begini?

Sebelum menelan ubat yang dibeli, perhatikan 2 perkara iaitu :
  • Tarikh luput
  • Aturan makan

Selain daripada itu, ada beberapa perkara lain yang mesti diberi perhatian sewaktu mengambil ubat :


1) JANGAN CAMPUR 

Sebaliknya hindari mengambil lebih daripada 2 jenis ubat sekaligus kerana percampuran ubat dikhuatiri akan mempengaruhi reaksi ubat,

Lebih buruk lagi jika kepelbagaian ubat yang diambil akan membentuk zat lain yang tidak berkhasiat.

Bagaimanapun, ia berbeza dengan ubat yang telah diambil atas nasihat doktor. Ia sudah diatur jadual pengambilannya supaya selamat.


2) HABISKAN ANTIBIOTIK

Ramai yang sering tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan doktor.

Alasannya, tubuh sudah pun sembuh sepenuhnya.

Sebenarnya, antibiotik perlu dihabiskan meskipun anda telah sihat. Ia untuk mengelakkan penyakit tinggal dalam tubuh dan penyakit yang sama berulang kembali.


3) JANGAN DIKONGSI

Ini yang saya cakap tadi. Ubat kita adalah untuk kita sahaja dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain walaupun ia sekadar ubat sakit kepala atau pening kepala, kerana deskripsi ubat yang diberikan oleh doktor hanyalah untuk kita seorang.

Oleh sebab itu, janganlah berkongsi ubat yang sama dengan rakan atau pasangan walaupun mereka mengadu sakit yang sama seperti anda. 


4) TAK SEMBUH

Tubuh anda tidak menunjukkan tanda untuk sembuh sedangkan anda sudah mengikut sepenuhnya aturan makan setelah membelinya di farmasi atau kedai. 

Ini harus dicurigai kerana ubat yang anda ambil mungkin tidak mampu lagi mengatasi sakit yang anda rasa. Jadi jangan berlengah lagi, segeralah berjumpa doktor.


5) KESAN UBAT

Berasa mengantuk selepas mengambil ubat terutamanya ubat batuk, adalah perkara biasa (selepas diterangkan oleh doktor). Tetapi sekiranya kesannya lebih daripada itu contohnya timbul alahan, ruam merah, pening / sakit kepala melampau dan lain-lain, hentikan pengambilan ubat tersebut dan segeralah berjumpa doktor.


Kredit : Mingguan Wanita

Tuesday, October 13, 2015

Pembaca Blog Yang Memberiku Inspirasi

Pagi ini saya spend time untuk reply semua emel di inbox. Bila lihat date diterima, terus terbit rasa bersalah dalam diri, ada yang seawal bulan September menghantar emel kepada saya tapi belum mendapat balasan. Maaf ya.

Dalam banyak-banyak emel yang saya terima, ada satu emel ini yang membuatkan hati saya benar-benar tersentuh. Pendek sahaja emel ini tapi entah kenapa, bila saya membacanya,ia membuatkan saya ingin baca berkali-kali dan serta merta, saya terasa seolah beroleh energy yang sangat luar biasa.

Ya, ia hanyalah tulisan. Tapi tulisan yang sangat memberiku inspirasi dan kekuatan.


Saya sendiri sebagai seorang ex-ttc, waktu penantian selama 2 tahun rasanya cukup lama. Terlalu lama. Sangat tertekan rasanya. Namun bagi pembaca blog saya ini, beliau terus menanti walaupun telah menjejak usia 11 tahun perkahwinan. Malah tidak pula berputus asa. Allahurabbi!

Saya percaya, Allah menguji mengikut kemampuan dan kekuatan kita. Bagi pembaca blog saya ini, saya percaya beliau seorang yang mempunyai kekuatan jiwa yang sangat luar biasa kerana 11 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Malah bukan semua orang sabar menunggu hingga ke tempoh itu.

Saya percaya, Allah akan menganugerahkan cahaya mata terbaik untuknya pada masa yang sesuai. Bila masa yang sesuai itu, tiada siapa pun yang tahu, semuanya rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya, janganlah kita rasa berputus asa dan jemu untuk berikhtiar.

Untuk mereka yang membaca entry saya ini, saya dengan rendah dirinya memohon anda semua untuk turut mendoakan pembaca blog saya ini, dengan niat semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan memakbulkan segala permintaannya.

Terima kasih sis yang mengirim emel ini, you know who you are. Semoga Allah sentiasa melindungimu.

Friday, October 9, 2015

Cerita Kelakar

Pernah tak anda berhadapan dengan ahli keluarga atau kawan.

Dia ingin menceritakan satu cerita yang sangat kelakar kepada anda.

Anda tak tahu cerita apa itu tapi bila dia nak cerita, of courselah anda nak tahu kan.


Tapi dalam pada dia nak cerita tu, dia sendiri ketawa sampai keluar air mata dan merah muka kerana cerita itu kelakar sangat-sangat. Sambil cerita sambil ketawa.

Yang anda pulak terwonder-wonderland dan terkebil-kebil sebab anda tak tahu apa pun cerita yang kelakar sangat tu tapi kawan anda masih gigih meneruskan ceritanya, tapi baru cakap sepatah dia ketawa lagi, cakap sepatah, ketawa lagi.

Dan anda pula akhirnya ketawa juga berdekah-dekah tanpa mengetahui apa benda cerita yang kelakar sangat tu, tapi anda ketawa sebab kelakar tengok reaksi ahli keluarga atau kawan tu.

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi ini?
.
.
.
Saya pernah. Dan pagi ini saya pulak tak leh nak stop ketawa sorang-sorang dok teringat kejadian kelakar ini, kerana sayalah insan yang terwonder-wonderland dan terkebil-kebil itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *