I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 15, 2015

Yuran Pengesahan Tadika 2016

Alhamdulillah, pagi tadi dah bayar RM100 kepada cikgu di tadika Haziq sebagai bayaran untuk yuran pengesahan tadika bagi sesi 2016.

Bermakna, tahun hadapan 2016, Haziq akan meneruskan sesi pembelajaran di tadika yang sama.

Saya dah tak rasa nak survey-survey tadika yang lain lagi dah. Memang berpuas hati dengan tadika ini. Walaupun Haziq baru je daftar masuk ke tadika ini pada bulan Jun 2015 yang lalu, banyak perubahan positif yang dapat saya lihat.

Akhir tahun ini, bersiap sedialah untuk membayar yuran penuh pula. Cikgu dah beritahu awal-awal yang bermula tahun hadapan, yuran bulanan tadika Haziq ini akan dinaikkan daripada RM170 sebulan kepada RM190 sebulan. Pertambahan RM20. Zaman GST, semua benda pun naik harga. Cikgu kata sepatutnya hendak naikkan yuran bermula April 2015 selaras dengan perlaksanaan GST, tapi akhirnya ditangguhkan sehingga ke tahun 2016.

Jadi tahun hadapan nak tak nak, yuran bulanan perlu juga dinaikkan.

Apapun, untuk tujuan pendidikan anak-anak, kita sebagai ibu bapa berusahalah yang sehabis baik. Nak cari tadika mahal, tadika sederhana, tadika murah, final decision adalah di tangan kita sendiri sebagai ibu bapa.

2 comments:

ArELeEz said...

the choice is yours kan? so, pilihlah yg kite rase t'baik walau dlm ape situasi sekalipun.

Diana Rashid said...

Betul..nak tak nak kena bayar jugak..sama je tadika lain pun tetap ada kenaikan..ada yang awal2 tahun hari tu pun dah naik 2,3 puluh ringgit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *