I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 22, 2015

Untuk Renungan Ayah-Ayah

Perkongsian daripada group Whatsapp untuk renungan kita bersama. Semoga memberi makna dan manfaat untuk kita.



Buat ayah/abah/papa/walid/apak/bapa/abi/babah yang dihormati.....

DARI FB SURAU AL-HUDA SR4

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH..sebenarnya belum lagi,ibarat orang yang baru memiliki bola,dh mengaku jadi footballer. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak,bukan sekadar'membuat' anak..Astaghfirullah.Maaf ye mcm kasar je,kerana ramai lelaki begitu,tapi bkn semua..

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak2 bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi..Tak caya tanyalah isteri2..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, dia telah menyamakan dirinya dgn mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja..ha ha muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh,dan anak perempuannya dh mula malu2..Ruginya duhai AYAH..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia jugak dari AYAH yang durhaka.Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dgn agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dgn ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri2 AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak di isi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian,survival, ketegasan harus diajarkan pada usia kecil oleh ayah-ayah. Di manakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di tv, surat khabar, komputer..

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tidak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dgn dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua,ambillah semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim,I brahim, Ya'qub, Imran.Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

14. Ibnul Qayyim dalam kitab Tuhfautul Maudud berkata : Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH.

15. Ingat lah! Seorang anak bernasab kepada AYAH nya,bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta di pertanggungjawabkan kelak.

16. Rasullullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tqpi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan di perolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri.

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelar amat terbaik.

18. Didalam Al Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 di antaranya adalah antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam Al Quran.

19. Marilah semua wahai AYAH2 untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan masjid.

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya (pengetua)

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap, anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak.

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.


Allahuakbar
Wallahua'lam..

1 comment:

Diana Rashid said...

untung siapa yang ada ayah..harap2 suami saya akan terus jadi ayah yang terbaik untuk anak2 nya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *