I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, August 28, 2015

Provoke = Pancing

Ada satu jenis manusia, dia suka provoke orang.

Errm, tau tak apa maksud provoke tu?

Ni contoh simple saya bagi ya.

Provoke tu ialah dalam bentuk lisan atau perbuatan, yang menjurus kepada satu-satu orang atau kumpulan, dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan atau rasa tidak puas hati yang seterusnya boleh membawa kepada situasi yang lebih serius, sekiranya tidak dikawal.

Contoh :

Si A lahir dalam keluarga yang bermasalah. Bapanya penagih dadah. Ibunya pula berjuang untuk kehidupan mereka sekeluarga. A pula terpaksa berhenti sekolah di usia belasan tahun demi untuk membantu ibunya menjual kuih. A tiada pilihan lain. A marah dengan sikap bapanya tapi dia tak mampu berbuat apa-apa. 

Disebabkan dia berhenti sekolah, rakan-rakan dan jiran sekeliling beranggapan bahawa dia nanti akhirnya akan menjadi seperti bapanya juga - penagih dadah.

Mula-mula mereka berjenaka sahaja, namun semakin berterusan mereka tanpa segan silu atau tanpa memikirkan perasaan A, mengatakan A memang akan jadi seorang penagih dadah. Bapak dan anak sama sahaja.

Pada mulanya A tidak mengambil kisah.

A tidak pedulikan pun apa yang mereka kata tentang dirinya.

A ada matlamat yang lebih penting, iaitu membantu ibunya.

Namun lama kelamaan A sudah tidak tahan lagi.

A mula terganggu dengan cakap-cakap orang tentang dirinya.

A tidak mengambil dadah, tidak sedikitpun terlintas untuk menjadi penagih dadah.

Namun cakap-cakap mereka itu membuatkannya sakit hati.

Dan seterusnya A membuat satu keputusan tanpa menggunakan akal yang waras...
.
.
.
.
.
Seterusnya anda sambung lah sendiri. :)

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, tindakan rakan-rakan dan jiran-jiran A terhadapnya adalah merupakan satu provokasi (saja nak memancing).

Mereka dengan sengaja berbuat demikian, kerana ingin melihat apa reaksi A. Mungkin marah, mungkin menangis, mungkin juga merusuh.
.
.
.
.
.
Samalah juga dengan kita sehari-hari.

Di tempat kerja, di perjumpaan rakan-rakan, di dalam komuniti, ataupun mungkin apabila berkumpul bersama ahli keluarga dan saudara mara sekalipun, pasti ada ada seseorang yang akan bersifat provokasi.

Sengaja memancing dengan menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kita, dengan tujuan untuk melihat apa reaksi kita terhadap pancingan tersebut. Malah, ada juga yang suka apabila melihat kita hilang kawalan.

Jadi sebaiknya, apabila kita diprovokasi atau dipancing sebegitu, ingatlah satu perkara,

"Dia / Mereka saja ingin pancing aku. Aku perlu kawal pemikiran dan tindakan aku. Jika aku berjaya kawal, yang lain tidak akan menjadi apa-apa masalah bagiku".

Bertenang dan senyum. Istighfar banyak-banyak.

Ketenangan dan senyuman adalah antara self-defense yang paling kuat.

Dan ia boleh mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkin akan membuatkan kita menyesal kelak.

3 comments:

Mastura Aziz said...

Sabar akak..heheheheh..

Farah Waheda Wahid said...

provokasi memang berlaku di mana-mana....

Diana Rashid said...

memang tersksa kalau berdepan dengan mereka2 yang macam ni..selalunya yang memprovoke tu mesti terdiri dari 2 orang atau lebih .ada geng berani la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *