I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, August 22, 2015

Perkembangan Terkini

Hari tu beriya berjanji kata akan lebih kerap update blog ni. Nampaknya janji tinggal janji. Huhuhu..

Walaupun saya tak update blog ni, tapi saya update blog Shaklee saya. Alhamdulillah, makin lama saya makin suka dengan Shaklee. Mula dengan guna sendiri, lepas dah jatuh cinta, saya mula serius buat bisnes Shaklee.

Ada sesiapa yang nak dapatkan supplement Shaklee ataupun nak daftar ahli ataupun nak buat bisnes Shaklee? Halo halo lah saya di 018-766 9798. Nanti kita cerita details kat whatsapp ya :)

Perkembangan terkini saya, masih lagi maintain berat 54-55 kg. Ari tu masa raya naiklah sekilo, almaklumlah makan macam-macam kan. BMI masih normal, so alhamdulillah, saya nak maintain sahaja berat badan sekarang ni.

Ada juga kawan-kawan sebaya yang beratnya 45 kg, 50 kg, memang nampak slim sangat dengan ada anak-anak lagi, tapi saya rasa saya dah tak boleh dah nak turun lagi bawah 50 kg.Nanti rasa macam melayang-layang pulak badan ni ditiup angin.

Bak kata mak mertua saya "Kalau Uni kurus sangat, nanti tak larat nak dukung anak". Hehehhee... I follow je lah. :)

Perkembangan lain, alhamdulillah Haziq genap berumur 5 tahun pada 15 Ogos 2015 yang lalu. Kami celebrate 4 orang aja kat rumah. beli kek coklat dan KFC, itu yang Haziq request. Dalam pada seronok celebrate, potong kek, menyanyi dan makan anak-beranak, bila tengok gambar kami yang suami amik, rasa kelakar yg amat.

Apa taknya, kebanyakan gambar yang diambil, gambar saya semuanya tak complete. means tudung separuh, muka separuh, senget dan yang sewaktu dengannya. Sabo jelahhh... Bila tanya suami, dia kata dia fokus kat kek.

Alahai, fokus kat kek, gambar saya jadi separuh. Suamiku oh suamiku. Memanglah saya gelak sampai berderai air mata.

Nasiblah ada 2-3 keping yang elok sikit. Hahaahahaha...

Mama love Haziq. Mama love Aimi.
Happy birthday Haziq :)


Kat area taman saya sekarang ni kena catuan ari. 1 hari ada air, 2 hari takde air, 1 hari ada air, 2 hari takde air dan begitulah seterusnya. Saya perasan time catuan air ni, kerajinan saya memasak di dapur semakin menurun, sebab kat sinki dapur takde air. Hehehhee.. boleh gitu? 

Tapi kalau nak makan kat luar pun, harga boleh tahan juga, soal kebersihan pun kene fikir juga almaklumlah semua tempat pun kene catu air. Jadi dalam rasa rajin tak rajin tu, kena rajinkan memasak juga. Suami cakap masak simple-simple pun takpe. :)

Okaylah itu sahaja dulu buat masa ni. Nanti ada masa saya update lagi :)

Pesanan :

1) Kepada sesiapa yang tinggalkan komen / pertanyaan, pastikan ade link ke blog anda ye, supaya senang saya nak reply komen dan kunjung balas.

2) TQ so much kepada anda-anda-anda yang emel kat saya, suruh saya update blog cecepat. Katanya rindu nak baca tulisan saya. Waaaaaa im so touched!! :)

3) Selain blog mystorymory.com, saya ada blog yang lain iaitu Healthy Family Empire. Jom jom support saya dengan follow blog saya. Boleh kan? :) :) :) 

Terima kasihhhhh!! :) :) :)


2 comments:

Asha Lya said...

Asalam Kak, lma nya x bw cne..makin bsr da ank2 akak

NurSabrina Sazali said...

Happy birthday Haziq!
Kak sy pun baru2 ni update blog setelah sekian lamaaa menyepi..hehe..

btw, berape tinggi akak? hihi


http://nursabrinasazali.blogspot.com/2015/08/alhamdulillah-selamat-bersalin-2nd-baby.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *