I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, June 24, 2015

Kasihnya Ibu

Pertanyaan daripada ibu saya di grup whatsapp family kami.


Kasihnya ibu, pelbagai cara, dan ini yang dizahirkan oleh ibu saya.

Biarpun 3 daripada kami sudah berkeluarga dan duduk berasingan, beliau masih lagi menekankan soal amal ibadat seperti solat, mengaji, puasa, zakat, sedekah dan lain-lain, sama seperti ketika kami masih tinggal bersamanya dahulu.

Beginilah kasihnya ibu.

Moga-moga Uni akan jadi seperti Mama, tetap mengambil berat soal ibadat anak-anak biarpun anak-anak sudah berumahtangga kelak.

Kerana yang pasti, inilah antara bekalan untuk dibawa ke sana nanti.

Tiba-tiba, mata masuk habuk....

Tuesday, June 23, 2015

Salam Ramadhan Kareem 1426H

Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua.

Hari ini sudah masuk hari keenam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, saya masih berpuasa penuh setakat ini. Macamana puasa kawan-kawan semua setakat ini? Saya doakan semuanya baik-baik sahaja.

First time ever in my life, saya ternanti-nanti dan sangat teruja untuk menyambut bulan Ramadhan. Kenapa ya? Saya pun tak tau macamana nak cakap. Tapi dalam hati ni, rasa macam tak sabar-sabar nak berpuasa di bulan Ramadhan. Agaknya umur dah 3 series feeling pun jadi macam ni kot? 

Tapi yang dapat saya bandingkan sebelum ini, setiap kali tiba bulan Ramadhan, saya rasa semacam. Semacam tu sebabnya saya ni ada gastrik, so dalam pukul 12 pm macam tu, perut saya dah start rasa pedih semacam. Pastu lepas je waktu Zohor dalam pukul 2 pm ke atas, saya dah mula rasa letih, lesu dan longlai. Tiap-tiap hari pun macam tu. So bila balik rumah, memang tak larat nak buat apa pun. Nak urus diri sendiri pun tak larat apatah lagi nak mengurus yang lain-lain.

Terrible sangat rasanya. Huhuhu.

Saya ingat lagi dulu, masa tu pukul 4pm di ofis. Ada seorang kakak tu tanya saya something, pasal kerja, tapi saya tak mampu nak bersuara pun sebab rasa letih dan lapar sangat-sangat. 

Teruknya alahai kalau diingatkan zaman dulu-dulu. Huhuhu.

Kemudian, start Ramadhan tahun 2013, keadaan saya jadi lebih baik. Masa tu saya menyusukan Aimi dan saya ambil Set Penyusuan Shaklee. Masa tu dah mula rasa pelik, ish, aku ni menyusu badan. Pam susu lagi kat ofis. Kenapa tak rasa letih lesu longlai macam dulu-dulu. Then pada masa tu, tahulah saya, betapa pentingnya pengambilan supplement. It makes a huge difference, to me.

Masuk bulan Ramadhan 2014, masa ini saya masih menyusu badan tapi dah tak pam susu dah di ofis. Masa ni pun puasa dengan steady. Bukanlah kata langsung tak penat, tak haus dan tak lapar, masih rasa itu semua, tapi dalam keadaan yang lebih terkawal. Yang penting, takde rasa lesu dan longlai.

Balik kerja pun, masih boleh memasak di rumah untuk buka puasa walaupun lauk simple aje. Betul-betul rasa perbezaannya. Tapi dalam 2x Ramadhan tu, saya rasa bertenaga (dah boleh manage bab gastrik tu) tapi still rasa biasa je nak menyambut Ramadhan. Camne nak cakap ek? Maksud saya feeling Ramadhan tu tak rasa sangat di hati.

Tapi tahun ini, cukup berbeza. 

Saya ade buat target Ramadhan 2015. Tak pernah-pernah dalam hidup nak buat target bulan Ramadhan. Tapi tahun ni siap tulis dalam planner.

Ini target saya :

1) Puasa cukup 23 hari (saya minus 7 hari untuk period, saya belum ada rasa nak ambil pil stop period semata-mata nak puasa. Tak berani pun ya jugak).

2) Terawih minimum 15 malam (maksudnya minus period 7 malam, ada 23 malam so tolak 8 hari untuk urusan-urusan yang tak dijangka macam travel ke, penat ke, sibuk ke).

3) Khatam Al-Quran. Actually saya tahu mustahil untuk saya khatam dengan baca sorang-sorang. Tapi saya percaya sekiranya saya bertadarus (baca beramai-ramai), in Shaa Allah boleh khatam. Masalahnya sekarang tak berkesempatan untuk bertadarus. Jadi saya tukar target kepada : Baca Al-Quran 4 mukasurat setiap pagi dan petang (means 1 hari baca 8 mukasurat).

4) Bersederhana dalam makan dan minum. Saya taknak lagi dah membazir. Beli apa yang hendak dimakan sahaja dan jangan melebih-lebih. Jangan makan yang pedas-pedas sebab saya taknak diserang gastrik lagi. Alhamdulillah setakat 5 hari puasa ni, 4 hari saya masak di rumah dan hanya hari kedua puasa sahaja beli di bazar (sebab masa tu teringin pula nak makan ikan bakar).

5) Taknak mengumpat dan bergosip. Alhamdulillah, yang ini saya rasa setakat 5 hari puasa ini, saya dah berjaya (moga-moga Allah terima amalan saya ini in shaa Allah). Caranya, saya dah mula tapis mereka yang negatif bermula 2 bulan sebelum Ramadhan. Mungkin nampak "kejam" tapi saya perlu buat begitu. Kalau tak, saya masih lagi di takuk lama. Nama je puasa tapi bergosip tak habis-habis. Saya taknak jadi macam tu lagi. 

Apapun, saya tak pasti apakah saya boleh mencapai kelima-lima target ini dengan sempurnanya sehingga akhir Ramadhan. Namun saya percaya, Allah melihat setiap apa yang kita buat. Kalaupun tak mampu capai 100%, mungkin kita leh capai 90%, mungkin juga 80%, semuanya dengan izin Allah jua Maka berdoalah kita banyak-banyak kepada-Nya.

Saya doakan Ramadhan kali ini membawa sejuta makna untuk semua yang membaca blog saya ini. Saya doakan yang baik-baik untuk anda semua, agar kita benar-benar dapat menghayati makna dan memperoleh nilai Ramadhan itu sendiri, bukan hanya sekadar beroleh lapar dan dahaga.

Salam Ramadhan Kareem daripada saya sekeluarga. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *