I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 28, 2015

Survey Tadika Akhir Tahun 2013, Untuk Sesi 2014

Actually nak cerita benda ni dah lama. Tentang survey tadika untuk Haziq. Saya rasa SANGAT PENTING untuk saya tulis di blog ini rujukan saya sendiri dan untuk panduan rakan-rakan yang survey tadika untuk anak masing-masing.

Tidak dinafikan, semua parents nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi, terbaik pada saya tidak semestinya terbaik pada anda, dan begitulah vice versa. Jadi perkataan terbaik itu sendiri sebenarnya subjektif dan bergantung kepada diri yang menilai. So jangan mudah terikut-ikut ya.

Ok, ini cerita tahun akhir 2013, semasa saya memulakan survey untuk tadika Haziq.

Ini adalah kriteria yang ditetapkan :

1) LOKASI & SAFETY

Dari segi lokasi, saya memilih tadika di kawasan Pasir Gudang, kerana kami suami isteri bekerja di Pasir Gudang, so rasa lebih dekat dengan kami kalau katakan kena pergi ke tadika Haziq atas apa-apa urusan. Safety tadika juga mesti diberi perhatian penuh.

2) PENGANGKUTAN

Kami bersepakat untuk tidak menggunakan perkhidmatan van sekolah. Jadi kami bergilir-gilir menghantar dan menjemput Haziq.

3) UNIFORM

Walaupun lelaki, saya nak uniform Haziq berseluar panjang. Saya sangat kurang gemar tengok uniform sekolah pakai seluar pendek. Dan juga untuk perempuan, mestilah berseluar panjang juga. No skirt.

4) ISLAMIC EDUCATION & ENGLISH MEDIUM

Untuk awal-awal ni which is umur 4 tahun, saya lebih menekankan Islamic Education & English Medium untuk Haziq. Saya nak dia belajar berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya dan belajar menyesuaikan diri dalam persekitaran di luar rumah.

5) JUMLAH GURU, KELULUSAN, BERDAFTAR JKM

Ops, dah terkena masa hantar Haziq kat nursery dulu, so kini lebih berjaga-jaga.


SURVEY TADIKA 1 : TADIKA INOVASI BESTARI

Pilihan tadi pertama saya adalah Tadika Inovasi Bestari (IB). Tapi tak disangka rupa-rupanya tadika hanya untuk umur 5 dan 6 tahun sahaja. So kalau nak masuk, Haziq kena tunggu umur 5 tahun.

Jadi saya survey tadika lain. Actually masa tu tak tau nak survey tadika mana, sebab memang target nak masuk IB je.


SURVEY TADIKA 2 : TADIKA NURI

Lepas tu, ada kawan suggest Tadika Nuri. Saya pula, dah tahu memang Nuri agak mahal untuk saya, tapi saya survey ajelah. No harm pun kan?

[ NOTA SURVEY TADIKA NURI SAYA MISSING. CARI-CARI TAK JUMPA. NANTI DAH JUMPA SAYA UPDATE RUANGAN INI YA].

Lepas tu bila saya request nak tengok uniform, tetttt!!! Budak lelaki pakai seluar pendek, budak perempuan pakai skirt. So kriteria dah tak dipenuhi. Maka, bye-bye Tadika Nuri.


SURVEY TADIKA 3 : TADIKA ADDIN

Kemudian saya ternampak banner di sebuah shoplot tingkat atas (kedai 2 tingkat). Kat bawahnya restoran dan kat atasnya Tadika Addin. So saya surveyla kat situ. Rupa-rupanya itu tadika yang sebelum ni beroperasi di rumah corner lot, sekarang berpindah ke shop lot. Dah 8 tahun usia tadika tu rupanya.

Untuk tadika ini, ada 2 sesi :

Sesi pagi : 7.45 am - 11.45 am
Sesi petang : 12.00 pm - 4.00 pm

Pengangkutan disediakan. Tapi saya decide nak hantar dan jemput Haziq.

Bayaran RM175/month. Makanan disediakan.

Silibus :

BM
English
Maths
Sains
Islamic Education (Tauhid, Sirah, Feqah, Fardhu Ain, Hadis Ringkas)
Jawi
Iqra'
Pendidikan Jasmani & Seni Kreatif (Art & Craft, Real Time, Birthday - setiap Rabu 1 aktiviti)
Asas Komputer

Breakdown yuran untuk Sem 1 :

Pendaftaran (RM45)
Yuran Jan 2014 (RM175)
Buku Sem 1 (RM180)
Alat Tulis (RM100)
Bacalah Anakku (RM36)
Uniform 2 pasang (RM64)
Baju senam 1 pasang (RM28)
Kopiah (RM24)
Makanan (RM100)
Insurans (RM20)

TOTAL = RM772

Jumlah guru ada 5 orang yang mengajar kelas N2 (4 tahun), K1 (5 tahun) dan K2 (6 tahun). 1 kelas maksimum 20 murid. Saya juga berjumpa dengan guru-gurunya, sangat mesra, peramah dan nampak berpengalaman.

TADIKA MANA YANG DIPILIH :

 Setelah ditimbang tara dan saya juga buat solat istikharah minta Allah tunjuk yang mana yang terbaik untuk Haziq di masa kini dan masa depan, akhirnya kami memilih TADIKA ADDIN untuk Haziq.

Nak tahu bagaimana hari pertama Haziq di tadika ini? Klik SINI.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great entry

Mar Mansor said...

saya plan hantar anak umur 5 tahun nanti..risau bab pergi balik tu..nak hantar dan jemput agak payah pula

Nizam Rahman said...

Tksh atas info pn ni..sbb sy baru aje tel tadika ni survy2 juga tadika mana yang ok. Tadika ni ok ya pn.. bg pendapan sikit ..hihi..sy nak hantar anak 5 thn tahun hadapan

Siti Munirah said...

En Nizam Rahman - saya cuba ke blog encik tapi link tak appear. encik Nizam refer kepada tadika yang mana ya? Tadika Addin ke? kalau Tadika Addin, pada pendapat saya, ada pros dan cons juga. tips dari saya - encik Nizam berkenalan dengan pengetua tadika beserta guru-gurunya dan cuba fahamkan selok belok pengurusan dan pembelajaran di tadika. In Shaa Allah encik Nizam boleh buat keputusan yang terbaik untuk anak encik Nizam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *