I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, May 18, 2015

Perbualan Suami Isteri

Tengahari semalam selepas menghadiri jemputan perkahwinan di Pasir Gudang, saya sekeluarga bertolak pulang ke rumah mertua. Balik hari je pun, tak sempat nak tido semalaman sebab esoknya anak sekolah. 

Kami bertolak pulang semula ke rumah selepas solat Isyak, lebih kurang jam 9.30pm. Bila dah malam gelap macam tu, Haziq dan Aimi terus tertidur dalam kereta, maka tinggallah saya menemani suami yang sedang drive. Saya rasa segar pada masa itu.

Dalam perjalanan, banyak sungguh perkara yang kami bualkan. Bukan apa, bila kita punya anak kecil yang sangat petah berbicara, masa untuk kami suami isteri berbicara sesama kami menjadi sangat terhad. ^_^

Sebab tulah, bila anak-anak tidur, masa tulah kami takkan lepaskan peluang untuk bercakap banyak-banyak sepuas-puasnya!

Malam tadi, topik perbualan kami suami isteri adalah berkisar tentang "Get Connected to Allah s.w.t." dan "Sejauh Mana Kita Ini Yakin Kepada Allah Dalam Setiap Urusan Kita".

Actually, kami sekeluarga antara insan terpilih yang Allah sayang yang Allah sedang uji buat masa ini. Ada beberapa perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku yang Allah berikan buat kami sekeluarga ketika ini. Maaf, saya takkan sekali-kali nyatakan apakah perkara tersebut di blog ini, ia terlalu peribadi.

Cukuplah sekadar saya nyatakan, ujian Allah kali ini benar-benar menguji IMAN kami.

Tapi saya percaya, Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya itu melebihi daripada kemampuan dan kesanggupannya. Kalau kita rasa hidup kita ini susah sangat, payah sangat, kita sepatutnya sedar, ada ramai lagi orang kat luar sana yang hidupnya lagi susah daripada kita, yang mana kalau Allah beri peluang untuk kita exchange kehidupan kita dengan orang itu, kita pun taknak. Kita takkan mampu. Kita takkan sanggup.

Maka, sentiasalah berlapang dada dengan apa jua yang telah Allah aturkan dalam kehidupan kita ini.

Kita mungkin rasa tak suka, kenapalah jadi macam ni, kenapalah jadi macam tu, tapi kita tak tahu bahawa yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita yang Allah beri kepada kita, kerana Allah sayang pada kita. Kita mungkin tidak suka, tapi itulah yang sebenarnya yang kita perlukan, yang Allah sebenarnya lebih tahu daripada kita.

Topik tentang Get Connected to Allah s.w.t. adalah salah satu topik yang saya pelajari bersama Dr. Azizan Osman di Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) baru-baru ini. Topik itu jualah yang saya kongsikan kepada suami.

Solat 5 waktu, apakah cukup sebagai tanda bahawa kita ini betul-betul connected kepada Allah s.w.t.? (Kalau tak cukup 5 waktu, tak tahulah macamana pula). Apakah cukup dengan solat semata-mata untuk menunjukkan kita ini benar-benar berhubung dengan Pencipta kita?

Sedekah dengan ikhlas Lillahi Ta'ala. Apakah ada beza nilai sedekah RM1 dengan nilai sedekah RM1000? Kenapa kita ni asyik nak sedekah dengan nilai RM1 / RM5 / RM10 / RM20 sahaja? Kenapa kita tidak sedekah dengan nilai RM50 / RM100 / RM500 / RM1000 / RM10,000? Ini yang sama-sama kami suami isteri bincangkan dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi.

Kemudian topik "Sejauh Mana Kita Ini Yakin Kepada Allah Dalam Setiap Urusan Kita". Yang ini saya perolehi daripada pelbagai jenis buku yang saya baca. Saya buat summary dan cerita balik dekat suami supaya mudah difahami.

Saya cakap pada suami, saya bukan hamba Allah yang sempurna, saya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, oleh sebab itu saya nak sentiasa upgrade diri. Saya nak kami suami isteri sama-sama memperbaiki kelemahan dan meningkatkan amal ibadat demi memperolehi syurga di akhirnya nanti.

Indahnya rasa di hati kerana kami suami isteri punya chemistry yang sama-sama ingin mencari keredhaan Ilahi. Kami mungkin tidak kaya buat masa ini, kami mungkin tidak mewah buat masa ini, tetapi kami percaya dengan janji dan izin Allah s.w.t. kami pasti kaya dan berjaya suatu hari nanti dengan kekayaan dan kejayaan itu lebih mendekatkan kami kepada Allah s.w.t.

Kami sampai di rumah jam 10.45 pm, terasa cepat sahaja masa berlalu namun kami puas dengan perkara yang kami bincang dan sepakat bersama.

Melihat wajah anak-anak yang sudah tertidur keletihan, kami rasa semakin yakin dengan aturan Allah s.w.t. untuk kami. Kami terima segalanya dengan berlapang dada dan bersangka baik kepada Pencipta kami. Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah s.w.t. pada setiap masa. Amin Ya Rabbal Alamin.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bagus perbualan suami isteri yang sebegini sebenarnya...

Diana Rashid said...

setuju..bila nak derma kita berani untuk jumlah yang kecil2..kalau masuk ratus tu rasa takut je nak hulur padahal itu yang lebih baik walaupun orang kata ikhlas tu penting..memang ikhlas tu lebih penting tapi bila banyak yang kita beri sekurang2nya banyak juga yang dapat kita bantu...

Hafiza AizZawa said...

duit tak menjamin kebahagiaan kak..tp sebab duit banyak keluarga pecah belah.. kebahagian yg kita nak cr bukan shj di dunia, ttp di akhirat juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *