I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, May 27, 2015

Pendaftaran Tadika Untuk Semester 2/2015

Pagi semalam, saya pergi ke Tadika Inovasi Bestari untuk mendaftar masuk dan membuat pembayaran bagi semester 2 sesi 2015.

Sebelum ini, Haziq bersekolah di Tadika Addin sejak daripada tahun 2014 lagi iaitu dari kelas N2 (umur 4 tahun). Kesemuanya baik-baik sahaja, namun sebagai ibu bapa, saya dan suami sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan semasa.

Setelah berbincang dan mengambil kira semua aspek, akhirnya kami sepakat memilih Tadika Inovasi Bestari. Kat bawah ni breakdown yuran untuk semester 2 bagi pelajar baru.

Pendaftaran (RM50)
Yuran Jun 2015 (RM170)
Yuran November 2015 (RM170) - terus kene bayar yuran full walaupun pertengahan bulan 11 nanti dah start cuti sekolah
Uniform 2 pasang (RM80)
Baju senam 1 pasang (RM40)
Multimedia (RM100)
Pelbagai (RM100)
SPS (RM30)
Buku Sem 2 (RM100)
Gambar (RM20)

TOTAL = RM860

Untuk pendaftaran baru, saya perlu :

1) Mengisi borang pendaftaran
2) Membuat pembayaran penuh (peralatan akan diambil di sekolah semasa Hari Terbuka nanti)
3) Membawa 4 keping gambar passport Haziq
4) Membawa salinan sijil kelahiran dan salinan mykid

**   Bayaran di atas tidak termasuk beg dan alat tulis. Yang ini kena beli sendiri.

** Bermula Januari 2016, yuran tadika akan dinaikkan kepada RM190/month. Ya Allah, limpahkanlah rezeki-Mu kepada kami sekeluarga. Amin amin ya rabbal alamin...

Bila dah selesai semua tu, saya rasa lega sangat-sangat. Haziq dapat masuk ke sesi pagi, saya rasa semua parents pun nak anak sekolah sesi pagi, ye kot? Sesi pagi dari jam 8.00 am - 11.30 am. Sesi petang dari jam 11.45 am - 3.15 pm.

Kalau di Tadika Addin, makanan disediakan pada waktu rehat. Makanan yang ringan aje contoh macam biskut dan roti.

Tapi di Tadika Inovasi Bestari, makanan tidak disediakan, jadi kena bawa bekal sendiri. Nampaknya, lepas ni kelentang kelentung lah saya kat dapur pagi-pagi sebab nak siapkan bekal untuk Haziq. Hehehe..

Nanti bila dah dapat barang-barang dan peralatan semasa Hari Terbuka, saya akan cerita kat blog ya.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

yuran tadika sekarang ni memang mahal kan? tak boleh nak lari mana, semua lebih kurang sama jer dan ada juga yang lebih mahal...hi hi hi, mengalahkan yuran sem UiTM pun ada...

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Diana Rashid said...

mahalnya..baru tadika tu..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *